Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 184
Ahli: 0
Jumlah: 184




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: patutkah aku terima bakal suami kurang kuasai alquran tapi berniat mendalami


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» patutkah aku terima bakal suami kurang kuasai alquran tapi berniat mendalami

Please Mendaftar To Post


Oleh patutkah aku terima bakal suami kurang kuasai alquran tapi berniat mendalami

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-01-11 06:21


Assalamualaikum ..
baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 15-01-11 07:40


salam. anda patut tahu lebih banyak lagi kelebihan dan kekurangannya untuk pertimbangan anda. Setelah anda tahu banyak kelebihan dan kekurangannya anda solatlah istikharah dalam membuat keputusan terakhir. Untuk mendapat lelaki sempurna mungkin agak sukar. Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik atau sebaliknya begitu hebat menguasai al Quran tetapi tidak mempraktiknya seperti merokok, mata keranjang dan sebagainya. Selidiklah juga dari banyak sudut. Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-01-11 09:41


Pada 15-01-11 06:21 , syahibbul posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum ..
baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai.......


perlu hati-hati juga, bila dah jatuh hati 'yang tak elok semua nampak kecik, tambah wanita ni mudah sangat terpesona dengan sedikit sifat baik yang ditunjuk lelaki, sebab tu wanita ni ramai yang'terkena'...kadang lelaki ni bila berhajat pada wanita cakapnya pandai, sanggup belajar lah, minta dibimbing lah...sanggup berubah lah...macam-macam. tapi bila dah kawin baru lah terbongkar sikap yang sebenar...ajak sembahyang malas, ajak pergi masjid marah, suruh dalami agama kita pulak disergah....banyak kes macam ni...

seeloknya selidik dulu latar belakang....tak salah siasat lebih sikit calon suami ni, sebab dia adalah org yang kita nak hidup bersama nanti....hak memilih memang diizinkan pada wanita...

betul kata faqir imara...istikharah.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-01-11 15:51


faqir_imara: terima kasih atas pandangan anda....pandangan anda amat saya hargai..=)

myhoney : apa yang myhoney ckpkan tu memang betul...mungkin sebelum berkahwin semuanya nak buat, tapi kalau dah kawin lain pula yang jadinya...terima kasih atas pandangan kalian......=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-01-11 20:21


Pada 15-01-11 07:40 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

salam. anda patut tahu lebih banyak lagi kelebihan dan kekurangannya untuk pertimbangan anda. Setelah anda tahu banyak kelebihan dan kekurangannya anda solatlah istikharah dalam membuat keputusan terakhir. Untuk mendapat lelaki sempurna mungkin agak sukar. Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik atau sebaliknya begitu hebat menguasai al Quran tetapi tidak mempraktiknya seperti merokok, mata keranjang dan sebagainya. Selidiklah juga dari banyak sudut. Wallahualam.



ye..saya setuju.. ;-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-01-11 23:46


Pada 15-01-11 06:21 , syahibbul posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum ..
baru-baru ni saya dirisik oleh seorang kakak di tempat kerja saya. dia ingin memperkenalkan saya dengan saudaranya. saya menerima dengan rela hati kerana memang saya masih mencari-cari. selepas perkenalan pertama, lelaki itu berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. dia dapat merasakan yang saya adalah jodohnya yang terbaik. tetapi masalahnya sekarang lelaki kurang menguasai al quran dengan baik. tetapi beliau sangat berhrp supaya saya dapat membimbingnya nanti. Adakah saya patut menerima lelaki yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih mendalami agama?????minta pandangan semua.....pandangan anda semua sangat saya hargai.......


Kalau saya, saya akan tolak sebab bukan mudah nak didik lelaki selepas berkawin, sifat ego mereka yang tinggi.

Apa kata, anda ajak beliau ke majlis2 ilmu ... kalau beliau ikhlas nak berubah, InsyaAllah Allah akan beri iman dan takwa.

Lakukan solat, minta Allah tunjukkan jalan dalam mendapat jodoh yang taatkan Allah dan Rasul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

ymf
Warga Rasmi
Menyertai: 18.01.2011
Ahli No: 40834
Posting: 5
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-01-11 10:19


Pandangan mata, selalu menipu
pandangan akal, selalu tersalah
pandangan nafsu, selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki,
jika lahirnya dari iman & takwa.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ymfProfil   Hantar PM kepada ymf   Quote dan BalasQuote

AtiqahNajwa
Warga Rasmi
Menyertai: 18.01.2011
Ahli No: 40836
Posting: 2
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-11 15:18


Adik Syahibbul,

Tanya pada hati dan akal untuk berfikir..
Selidik peribadinya melalui rakan sekerja yang perkenalkan tu..
Kalau hati tidak menolak, doa banyak-banyak moga pilihan hati itu adalah yang terbaik. Apa yang dia tidak lengkap, anda lengkapkan.. compliment each other.. saya setuju dengan pandangan faqir_imara "Mungkin beliau kurang dalam menguasai al Quran tetapi akhlaknya baik".

Bookmark and Share

    


  Member Information For AtiqahNajwaProfil   Hantar PM kepada AtiqahNajwa   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-01-11 15:33


Ada begitu ramai tahfiz dan lelaki yang elok bacaan quran nya..namun akhlak nya MasyaALLAH lebih teruk dari org yang tak tau baca quran...

Bacaan hanya suatu sebutan dan untuk menguasai nya hanya perlu belajar..

Manakala mengikut dan mengamal apa yang terkandung dalam Quran begitu sukar sekali dicari...

tapi agak sukar jugak kalau berkata tentang pilihan hati atau jodoh..istikharah mohon yang terbaik lebih baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-01-11 17:11


terima kasih sangat-sangat atas nasihat dan pandangan semua.....memang saya ad selidik dr rakan-rakan yang mengenali lelaki ini dan hasil yang saya dapat adalah alhamdulillah.....memang dia punya tingkah laku yang baik dan ramai yang menyenanginya....insyaallah andai dia benar-benar jodoh saya, saya akan cuba lengkapkan ap yang kurang pada dirinya.....saling melengkapi...sebabnya saya tahu untuk mencari sesuatu yang sempurna dr semua sudut memang agak sukar......ap2 pun saya tetap memohon petunjuk dr yang maha kuasa.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-01-11 20:27


saya rasa anda perlu membuka diri anda kepada banyak lagi pilihan..tidak semestinya seorang laki sahaja...mungkin 2-3 lagi lelaki supaya lebih mudah untuk membuat pilihan..kerana ia adalah masa depan anda sendiri,anda yang tanggung sepenuhnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

haniras
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2011
Ahli No: 40849
Posting: 12
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-01-11 19:32


salam.. pada pendapat saya, kalau lelaki itu berniat untuk mendalaminya ia mesti dibuktikan.. bukan dengan kata-kata kosong saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanirasProfil   Hantar PM kepada haniras   Quote dan BalasQuote

usaidUSAID
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2010
Ahli No: 39972
Posting: 26

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 01:00


betul cakap haniras..bagi saya, elok interview dulu lelaki ni. tengok sejauh mana penguasaan dia. then suruh dia cari guru sejantina & belajar. lepas 3 bulan interview balik. kalau penguasaan meningkat itu bukti dia ikhlas & serius nak majukan diri.

))just my 2 cents



Bookmark and Share

    


  Member Information For usaidUSAIDProfil   Hantar PM kepada usaidUSAID   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 10:45


:kelip:
Assalamualaikum
bagi saya lelaki itu mesti betul-betul ikhlaskan diri dalam mendalami ilmu al-quran ini....

jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja..


:berfikir: :berfikir: :berfikir:

buatlah solat istikharah memohon petunjuk dariNYa

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-11 23:17


jangan terpedaya dengan pandangan dunia
-pandai mengaji al-quran? dari segi apa?makrajnye?hurufnye?tartilnye?
-mendalami ilmu al-quran?ilmu apa?al-quran ni luas....

saya ada kenal beberapa kenalan...

Si A - pandai mengaji, syahdu dan makrajnye kurang...sentiasa mencari ustaz untuk buat rujukan...

Si B - pandai mengaji, pandai mentafsir terjemahan al-quran (expert in arabic)

Si C - mengaji, boleh lah...sekarang tengah masuk kelas tajwid dengan ustaz2 masjid...

Antara 3 jejaka ini...yang paling bagus ialah....si C....sebab, dia seorang muslim yang mempunyai kelemahan dalam membaca al-quran dengan tartil.....dan dia berusaha untuk mengaplikasikan apa yang dibace dalam kehidupan dia...

Sebab si A & B ialah askar Britain yang beragama Kristian...mereka belajar bahasa arab dengan al-quran...fasihhh...tapi, kosong..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-11 23:18


Kalau pandai mengaji punn....lentok2 ada pun...kosong, sebab tak tahu maksud

kalau paham maksudnya pun, kosong juga sebab tak applied...

muhasabah diri kejap..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-02-11 15:12


sokong dengan mujahadah85...nak pilih calon suami ini ada criteria dia,..ilmu alquran tu luas...yang terbaik adalah beramal dengan isinya


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-02-11 18:48


Assalamualaikum,

Saya setuju dengan yang memberi cadangan supaya kenal dulu lelaki tersebut. Merisik pada orang itu baik, tapi kalau dia ni memang bakal jadi teman hidup, saya rasa baiklah tuan empunya diri yang kenal mengenali. Saya setuju dengan lily_mawar - bukan senang nak mengajar lelaki esp bila dah jadi suami.

Ada ilmu yang baik itu bagus tapi kalau tak diamalkan, rugilah. Dan seperti yang dikatakan, pandai baca quran tu bagus tapi dah menjiwainya? Banyak lagi ilmu dan amalan yang ada bagi orang Islam - solatnya macamana, sekadar mengambil contoh.

Saya agak musykil bila baru sekali kenal dah cakap nak bernikah. Kenapa ye? Istikharahlah. InsyaAllah ada jawapannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

adikwa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2011
Ahli No: 41016
Posting: 47

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-03-11 15:33


Salam..

Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

apa-apapun istikharahlah..setiap org boleh berubah..apa2xpn bagi lah beliau peluang sebelum menerimanya..tengok macam mana ksungguhannya..

i'allh
----------------------

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For adikwaProfil   Hantar PM kepada adikwa   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-03-11 18:05


TERIMALAH BAKAL SUAMI TU YE..

INGAT ORANG JAHIL SELAMANYA JAHIL KAH?

TAK MUNGKIN.. :sopan:

MUNGKIN YANG JAHIL ITU LEBIH BAIK DARIPADA YANG KITA SANGKA KAN.. :sopan:

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIFAT LUARAN SEMATA-MATA..

SEKARANG RAMAI BELAJAR AL-QURAN SEMATA-MATA KEPENTINGAN SENDIRI DAN POLITIK..

TETAPI DI MANA KAH AMALNYA?

TEKNOLOGI? SAINS? EKONOMI? SOSIAL? ILMU HISAB? ILMU ASTRIONOMI?

SEMUA ADA DALAM TU..

TAPI PERLAKSANAANYA MANA YE?

TAK ADA PUN..

HANYA SETAKAT LAUNGAN..

BUAT PERHABIS BERAS SAJA..

:sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-03-11 18:25


terima kasih sangat-sangat di atas pandangan kalian.....syukran.....=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-10-11 09:49


salam enti,ana pun setuju dengan cadangan sahabat/sahabiah berikn,tetapi enti harus ingat istikhorah saja tak cukup kalau hati rasa tak senang,makanya pohonlah sungguh-sungguh pada Allah tanpa dipengaruhi oleh emosi dan sebagainya,kerana jodoh yang tepat pada masanya akan menjadi senang dan mudah..wallahua'lam..kalau ana salah minta diperbetulkan, yang baik dari Allah..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-11 16:49


salam
saya pernah kenal dengan seorang muslim yang memang semangat untuk belajar, cuma matlamat dia xmenghalalkan cara...dia beli buku iqra' untuk minta saya ajarkan...walhal bapa dia adalah pengerusi masjid terdekat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-10-11 02:31


saya telah pun menerima lelaki tersebut sebagai suami saya.....alhamdulillah, memang suami saya mengotakan janjinya.....sekarang ni memang dah nampak improvement dia dalam bacaan alquran..........rasa bersyukur sangat.......=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 31-10-11 15:58


Assalamualaikum ,

alhamdulillah... tahniah kepada pun. syahibbul.. moga usaha suami puan istiqamah.....

biar seseorang itu bersungguh dalam apa yang dibuatnya.

:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

netbooksurfing
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2011
Ahli No: 41801
Posting: 3
Dari: bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-11 06:00


kalau mampu..ambik masa setahun sebulan untuk kenal hatibudi lelaki tu..lepas itu baru buat keputusan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For netbooksurfingProfil   Hantar PM kepada netbooksurfing   Quote dan BalasQuote

netbooksurfing
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2011
Ahli No: 41801
Posting: 3
Dari: bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-11 06:02


ooo dah kawin ke? alhamdulilah hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For netbooksurfingProfil   Hantar PM kepada netbooksurfing   Quote dan BalasQuote

udes
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2011
Ahli No: 41792
Posting: 6
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-11 16:29


Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik akhlaknya dan agamanya maka nikahilah ia.... Akhlak : Cara dia bermuamalah dengan kita, keluarga dan masyarakat.. akhlak yang baik adalah dari pancaran iman.. manakala agama : Mengetahui halal dan haram.. mendekat kepada yang halal, menjauhi kepada yang haram dan berhati-hati dengan syubhah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For udesProfil   Hantar PM kepada udes   Pergi ke udes's Website   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 31-01-12 14:43


Salam.

Pandangan ana.... sebagai manusia, kita tidak akan mampu menilai seseorang dengan tepat atau benar. Ini kerana, Allah telah beri kita banyak kelemahan. Biasanya kita akan menilai seseorang menggunakan alat :

1. Mata. Kita sering menilai manusia menggunakan mata zahir kita. Tetapi, mata kita ni lemah, ia tak nampak dalam gelap, ia tak dapat melihat dibelakang kepala dan tak boleh menilai disebalik tabir.

2. Akal. Kadang-kadang kita guna akal untuk menilai. kadang-kadang kita guna logik. Tapi akal juga banyak kelemahan, lebih teruk lagi, akal sering kali menghasilkan tanggapan sahaja.

3. Telinga. Ni lagi teruk..... kita sering percaya dengan apa yang orang cakap. kadang-kadang apa yang diperkatakan tu adalah berdasarkan sangkaan semata-mata tapi kita boleh mempercayainya.

4. Prinsip peribadi. Kita juga sering menilai menggunakan prinsip kita. Prinsip kita pula sering bias, sering mementingkan kita sahaja. Sampai kepada tahap kita akan mengatakan prinsip kita saja betul.... orang lain semua salah, dan orang lain sepatutnya mesti berprinsip seperti kita.

Jadi bagaimana kita ingin mendapatkan kebenaran?????

Jawapannya kembalilah kepada Allah.... Kerana Allah lah yang mencipta segala-galanya maka Allah lah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Mohonlah kepadaNya, munajatlah kepadaNya. Mintalah kepadaNya supaya kebenaran dizahirkan dihadapan kita. Secara khusus..... BERISTIKHARAHLAH kepadaNya.

Wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-02-12 16:44


Admin sila tutup thread ini, tuan rumah dah pun selamat berkahwin :)


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-03-12 13:58


Assalamualaikum

zaman saya baru grad dulu adalah seorang lelaki ni nak dekati saya dengan alasan agar saya dapat bimbing dia. Lalu saya berkata" bagi seorang lelaki yang sebaiknya untuk bimbing carilah seorang lelaki yang soleh bukan seorang wanita sebagai pembimbing". Terus lelaki tu tak hubungi saya. Bukan nak menyombong tapi saya kurang yakin seorang wanita bisa bimbing seorang lelaki. Bagi saya, saya siap sedia mencari lelaki yang memang sudah baik, sudah soleh untuk menjadi suami saya. Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120019 saat. Lajunya....