Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 4 hari yang lalu
azemi: 8 hari yang lalu
Firdaus15: 14 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 17 hari yang lalu
secureofficemovers: 18 hari yang lalu
Naqiu: 24 hari yang lalu
nawfaa79: 25 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 28 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Ziarah & Dakwah Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz di Malaysia 8hb-12hb Januari 2011


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Ziarah & Dakwah Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz di Malaysia 8hb-12hb Januari 2011

Please Mendaftar To Post


Oleh Ziarah & Dakwah Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz di Malaysia 8hb-12hb Januari 2011

dauspd
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22929
Posting: 40
Dari: Port Dickson / USJ

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-11 12:38




http://alfalahusj9.blogspot.com/
http://majlisilmu.blogspot.com/



Jutaan umat Islam menghadiri tausiyah beliau di Jakarta.
http://www.majelisrasulullah.org/

8hb Januari 2011 di Masjid Wilayah Persekutuan jalan Duta, KL, bermula pada waktu Maghrib

11hb Januari 2011 di Masjid Muhammadi, Kota Baru, Kelantan, bermula pada waktu Maghrib

12hb Januari 2011 di Kompleks Yayasan al-Jenderami, Jenderam, Selangor, bermula pada waktu Maghrib


Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). "Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim."

Kata Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه: Kematian 1000 abid (ahli ‘ibadah - yang jahil ) yang bangun di malam hari dan berpuasa di siang hati, lebih ringan daripada kematian seorang ulama yang memahami hal-hal yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah.

Nabi s.a.w.bersabda, “Yang terbaik di antara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah .a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’lah, Abu Nu’aim dan Addailamiy)

Ibnu `Abbas ra berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”.

Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali ra yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”



Siapakah al-Hafidh al-Musnid Habib Umar bin Salim bin Hafidz ?

Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin saja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Beliau adalah ahlulbait keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib ra.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran.

Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafidh, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadits berserta sanad dan hukum matan. (Sedangkan 1 hadits yang bila panjangnya hanya sebaris saja itu boleh menjadi dua halaman bila ditulis berikut hukum sanad dan hukum matannya)

Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul (asbab turunnya setiap ayat al-Quran) dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Selain itu, beliau juga adalah Ahlulkhusyu', iaitu malam hari beliau adalah berduaan dengan Allah SWT, pernah seorang tetamu tetap bersikeras hingga tengah malam duduk dengan beliau, lalu beliau minta izin untuk shalat malam, namun tetamu berkata : "saya menunggu anda", maka Habib Umar mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tetamu berkata : "Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?", beliau berkata : "maafkan saya. Aku bertamu kepada Yang maha Tunggal, dan jika aku bertamu pada Nya maka aku lupa pada semua selain Nya".

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman.

Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.


-----------------
"Tidak semua benda yang kita fikir baik itu, baik di sisi Allah..."


Bookmark and Share

  


  Member Information For dauspdProfil   Hantar PM kepada dauspd   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089167 saat. Lajunya....