Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 28 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 28 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: CABARAN DAN TENTANGAN SEJURUS BERDIRINYA KHILAFAH


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» CABARAN DAN TENTANGAN SEJURUS BERDIRINYA KHILAFAH

Please Mendaftar To Post


Oleh CABARAN DAN TENTANGAN SEJURUS BERDIRINYA KHILAFAH

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 02-01-11 07:53


(SN242) Setelah selesai Barisan Nasional (BN) mengadakan konvensyennya pada 5/12/2010 baru-baru ini, Pakatan Rakyat (PR) pula mengadakan perjumpaan yang sama pada 19/12/2010 yang bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Konvensyen PR yang membawa tema ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ itu antara lain menawarkan pelbagai janji kepada rakyat Malaysia di dalam 100 hari pertama pemerintahannya sekiranya mereka berjaya menjejakkan kaki ke Putrajaya. Di antara janji tersebut adalah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan, menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman, menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak kepada 20%, menstruktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi.

Kerajaan UMNO/BN nampaknya teramat resah dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang ini sehingga kebanyakan menteri kabinet dan media massa pengampu kerajaan terus memperlekeh dan memburuk-burukkan tawaran 100 hari ini. Dalam masa yang sama, PR sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang janji 100 hari ini di dalam usaha mereka untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Di dalam janji 100 hari tersebut, nampaknya isu Negara Islam yang selama ini diperjuangkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) langsung tidak dibangkitkan, mungkin demi ‘menjaga hati’ parti komponen yang lain. Pelaksanaan Islam secara syumul dan kaffah melalui penerapan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sebagai undang-undang negara juga langsung tidak dibangkitkan.

Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin mengupas tentang tawaran 100 hari ini, tetapi ingin membawa perhatian pembaca agar dapat menilai, berusaha dan bersedia dengan selengkapnya jika kita benar-benar ingin menegakkan sebuah Negara Islam. Di dalam usaha Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk menegakkan Daulah Khilafah, di samping membincangkan thariqah (jalan) yang syar’i ke arah tersebut, Hizb turut membincangkan aspek-aspek realistik yang bakal ditempuh oleh Khalifah setelah Daulah Khilafah berjaya ditegakkan nanti.

Sebagai Muslim, kita hendaklah sedar bahawa penerapan Islam bukanlah suatu ‘tawaran’ yang boleh kita berikan kepada rakyat, tetapi ia adalah sebuah ‘kewajipan’ yang tidak ada tawar-menawar lagi. Islam wajib diterapkan walaupun oang-orang kafir membencinya. Khalifah selaku Ketua Negara wajib menerapkan Islam secara syumul dan kaffah sebaik sahaja Khilafah berjaya ditegakkan. Hal ini hanya dapat (dan wajib) dilakukan dengan menerapkan hukum dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, bukannya dengan mengekalkan Perlembagaan kufur Lord Reid dengan segala bentuk akta/enakmen yang sedia ada. Tidak boleh (haram) bagi Khalifah untuk menerapkan Islam secara tadarruj (bertahap) kerana ini bermaksud Khalifah itu akan mencampur-adukkan hukum kufur dengan hukum Islam, walhal Allah SWT mengharamkan kita untuk berhukum dengan hukum kufur ataupun mencampur-adukkan hak dan batil.

Selain cabaran untuk menerapkan Islam secara kaffah di dalam pemerintahan negara, kita juga tidak akan dapat lari dari tentangan-tentangan lain yang bakal dihadapi setelah Khilafah berdiri nanti. Berikut ini kami paparkan beberapa tentangan yang mungkin akan berlaku setelah berdirinya Khilafah dan bagaimana Khilafah akan mengatasinya. Jalan untuk mengatasinya adalah berupa hukum-hukum syara’ yang diistinbath (digali) dari dalil-dalil syar’i yang terperinci, atau berupa penciptaan situasi politik melalui pelbagai cara (asalib) dan sarana (wasa’il) yang memungkinkan. Dalam hal ini kami percaya bahawa para pemimpin di negara Khilafah nantinya mempunyai kebolehan politik dan kapasiti intelektual yang jauh lebih besar daripada kami yang menulis nasyrah kecil ini. Terdapat dua tentangan pasca berdirinya Khilafah nanti, iaitu, pertama, tentangan internal (dalam negeri) yakni tentangan yang akan muncul dari dalam negara Khilafah sendiri. Kedua, tentangan eksternal (luar negeri), yakni tentangan yang akan muncul dari luar negara Khilafah.

A. Tentangan Internal

Tentangan internal ini akan dihadapi oleh Khilafah dan juga oleh umat Islam yang ada dalam wilayah negara Khilafah. Di antaranya ada yang terkait dengan tentangan dari bekas para ahli politik lama yang menjadi ejen penjajah. Ada juga yang terkait dengan tingkat kesedaran dan pemahaman umat dan sebagainya. Secara garis kasar, terdapat lima jenis tentangan yang secara pasti akan dihadapi negara Khilafah nanti iaitu:-

Pertama: Penerapan Islam secara inqilabiyah (menyeluruh), yakni penerapan Islam dalam segala aspeknya secara sekaligus bukan secara bertahap, serta hal-hal yang menghalangnya di dalam negeri pada saat-saat awal;

Kedua: Aktiviti persiapan pemikiran dan mental umat bagi menghadapi serangan-serangan dari luar negeri, baik serangan fizikal, serangan pemikiran mahupun embargo;

Ketiga: Keterbatasan pelbagai potensi atau sumber daya (sumber daya manusia, dana, bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan lain-lain);

Keempat: Persiapan ketenteraan dan segala sesuatu yang menjadi konsekuensi dari persiapan ini;

Kelima: Penghapusan dan pengubahan pelbagai realiti buruk peninggalan sistem lama dalam segala bidang baik politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pada tentangan kelima ini akan wujud aspek-aspek berikut:-

(i)     perubahan sistem pendidikan sekular kepada sistem pendidikan Islam;

(ii)     pengaturan semula media massa (akhbar, majalah, TV, internet dan lain-lain) agar sesuai dengan Islam, dari segi sumber manusia, undang-undang, kandungan/material dan sebagainya;

(iii)     transformasi sistem wang kertas (fiat money) menjadi sistem mata wang dinar dan dirham bersandarkan emas dan perak;

(iv)     pembaikan sistem birokrasi yang korup menjadi sistem birokrasi yang bersih dan profesional;

(v)     pengaturan semula kepemilikan umum (seperti elektrik, air dan pelbagai bahan mentah) dan pembahagiannya secara adil menurut Islam;

(vi)     penstrukturan semula angkatan bersenjata dan polis;

(vii)     penyelesaian pelbagai tanggungjawab yang berkaitan dengan hak dan kewajiban sebelum Khilafah berdiri seperti kes-kes kontrak, hutang-piutang, persengketaan tanah, juga termasuk pelbagai kejahatan (pembunuhan, pencurian dan lain-lain) yang belum diputuskan oleh mahkamah kufur sebelum Khilafah.

Inilah cabaran dan tentangan utama yang secara pasti akan dihadapi oleh negara Khilafah kelak. Di samping itu, bakal ada tentangan-tentangan lain yang mungkin terjadi, bergantung kepada situasi dan kondisi yang ada. Misalnya, ancaman serangan terhadap negara Khilafah kerana negara mempunyai senjata pemusnah massal, penentangan dari sebahagian anggota tentera atau polis yang korup atau munculnya protes dan demonstrasi dari rakyat yang bencikan Islam dan sebagainya. Bagaimanakah Khilafah akan menghadapi kelima-lima tentangan ini? Berikut huraiannya secara ringkas:-

Pertama: Untuk mengatasi cabaran penerapan Islam secara inqilabiyah, intipatinya adalah mesti ada mafahim (persepsi/pemahaman) yang baik di tengah-tengah umat mengenai Islam dan mengenai hakikat negara Khilafah yang akan menerapkan Islam secara kaffah, bukan Islam secara sebahagian. Negara wajib memberi pemahaman kepada umat bahawa menerapkan Islam secara bertahap (tadarruj) adalah haram kerana Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” .

Maka, negara wajib memahamkan umat (berkali-kali) mengenai apa itu Khilafah, asasnya dan tujuannya di dalam dan di luar negeri. Negara dapat menempuh langkah ini dengan cara mempertingkatkan sosialisasi perlembagaan Negara Khilafah (Dustur al-Khilafah) beserta penjelasannya kepada seluruh umat melalui pelbagai cara dan sarana media massa. Dalam usaha ini, negara perlu mengutamakan penjelasan beberapa aspek strategis iaitu:-

(a)     menjelaskan hakikat (kewajipan) Khilafah dan menjelaskan perbezaannya dengan sistem lama yang kufur (republik, demokrasi dan lain-lain);

(b)     menjelaskan bahawa Khilafah tegak di atas asas aqidah Islamiyah, yang mewajibkan penerapan syariah Islam secara total serta menjelaskan perbezaan asas itu dengan asas sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan;

(c)     menjelaskan bahawa tugas Khalifah adalah menerapkan hukum-hukum syara’ di dalam negeri dan mengembang dakwah Islam ke luar negeri dengan cara dakwah dan jihad fi sabilillah;

(d)     menjelaskan bahawa di antara prinsip terpenting dalam kehidupan peribadi serta kehidupan bermasyarakat dan bernegara adalah keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm asy-syar’i), serta menjelaskan perbezaannya dengan prinsip kebebasan (al-hurriyat) gaya Barat yang melepaskan manusia dari keterikatannya dengan hukum Allah;

(e)     menjelaskan bahawa penerapan Islam oleh negara Khilafah wajib dilakukan secara inqilabiy bukan secara tadarruj.

Kedua: Masalah persiapan mental umat, yakni umat Islam hendaklah mempunyai sikap optimis dengan penerapan dan kekuasaan Islam berlandaskan keimanan kepada Allah dan percaya (tsiqah) akan datangnya pertolongan dari Allah ke atas kita semua. Umat perlu difahamkan bahawa dari sekian banyak persiapan dan senjata untuk mengadapi pelbagai tentangan, yang paling utama tiada lain kecuali senjata keimanan kepada Allah dan tsiqah akan datangnya pertolongan dari Allah. Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” TMQ Muhammad (47):7, lihat juga 24:55 dan 3:160).

Ketiga: untuk mengatasi masalah keterbatasan pelbagai potensi dan sumber alam, secara kasar ada dua solusi iaitu solusi dari negara dan dari umat:-

(a)     negara menyiapkan sumber daya baru dan/atau memanfaatkan segala sumber daya yang sudah dimilikinya sebaik mungkin. Dari segi sumber daya manusia, negara boleh menyeru putera-puteri umat Islam baik yang berada di dalam mahupun di luar negara untuk menyumbangkan kepakaran mereka (dalam pelbagai bidang) bagi membela dan membangun negara Khilafah. Dari segi kewangan, negara dapat mengoptimakan sumber-sumber pendapatan dalam negara seperti zakat, kharaj, dhara’ib, hasil pengelolaan kepemilikan umum (al-milkiyyah al-ammah) dan sebagainya.

(b)     pada saat yang sama, negara menyeru umat Islam (baik di dalam mahupun luar negeri) untuk mengorbankan harta di jalan Allah secara sukarela (tabarru’at). Negara perlu mengaitkan pengorbanan harta mereka ini dengan pahala yang besar sesuai dengan firman Allah SWT,

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (TMQ al-Baqarah (2):261).

Keempat: Masalah persiapan persenjataan militer, secara umum juga dapat diatasi melalui penyelesaian yang datang dari negara dan dari umat:-

(a)     negara mencari dana baru dan/atau mengoptimakan dana yang sudah dimiliki untuk membeli dan membina persenjataan yang pelbagai. Dana zakat dapat dimanfaatkan kerana salah satu asnaf zakat adalah jihad fi sabilillah, dan ini termasuk segala sesuatu yang terkait dengan jihad (lihat TMQ at-Taubah (9):60). Negara juga dapat menetapkan polisi hima, iaitu mengkhususkan hasil kepemilikan umum seperti minyak atau gas tertentu agar dimanfaatkan untuk keperluan jihad, bukan untuk keperluan lainnya. Rasulullah SAW telah melakukan hima atas Naqii’ (nama padang gembalaan dekat Madinah) khusus untuk kuda-kuda perang milik kaum Muslimin (hari Ahmad dan Ibnu Hibban).

(b)     pada masa yang sama, negara menyeru umat Islam (baik di dalam mahupun luar negeri) untuk mengorbankan harta di jalan Allah secara sukarela (tabarru’at). Umat Islam perlu diingatkan akan sikap dermawan para sahabat pada Perang Tabuk. Misalnya, sikap dermawan Utsman bin Affan ra yang telah menyumbang harta peribadinya kepada sepertiga tentera Islam (10,000 mujahidin) dan menyerahkan wangnya sebanyak 1,000 dinar kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pun mencium kedua tangan Utsman bin Affan dan bersabda,

“Tidak akan membahayakan Utsman apa yang ia kerjakan setelah hari ini.” (hari Tirmidzi).

Kelima: Untuk menghapuskan pelbagai kerosakan akibat dari sistem lama, wajib dilakukan usaha-usaha strategis berikut ini:-

(a)     penyiapan pelbagai peraturan, baik undang-undang syar’i (qanun syar’i) mahupun peraturan administratif (qanun idari) dalam bidang pendidikan, media massa, peraturan birokrasi, kepemilikan umum, ketenteraan dan kepolisian, kewangan dan sebagainya;

(b)     penyiapan pelbagai sarana dan prasarana fizikal yang diperlukan seperti infrastruktur dan sebagainya;

(c)     penyiapan modal insan baru yang memiliki syakhshiyah (keperibadian) Islam dan keupayaan profesional. Kakitangan awam dari sistem pentadbiran lama masih dibolehkan memegang jawatan yang sama dalam struktur pentadbiran Khilafah, dengan syarat mereka memberikan kesetiaan (al-wala’) mereka kepada Khilafah dan Islam.

Perbincangan di atas adalah mengenai tentangan-tentangan yang pasti muncul. Mengenai tentangan yang mungkin akan muncul, negara akan memberikan penyelesaiannya mengikut masalah yang muncul. Misalnya, jika terjadi penentangan sebahagian anggota tentera dan mereka telah melakukan penderhakaan terhadap negara atau rakyat, maka negara akan menerapkan hukum bughat (pemberontak) atas mereka. Pertama, akan dilakukan usaha persuasif dengan jalan dialog (al-murasalat). Jika gagal, maka negara akan menerapkan langkah tegas iaitu menumpaskan mereka dengan kekuatan (senjata). Firman Allah SWT,

“Jika salah satu dari golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah…” (TMQ al-Hujurat (49):9).

B. Tentangan Eksternal

Tentangan eksternal yang berpotensi timbul ada tiga jenis iaitu perang fizikal, perang pemikiran dan embargo (sekatan ekonomi):-

Pertama: Perang Fizikal - Serangan AS terhadap Afghanistan tahun 2002 dan terhadap Iraq pada tahun 2003 (dan sebelumnya tahun 1991) memberi pengajaran dan pengalaman yang bermakna kepada kita, iaitu negara-negara Barat (khususnya AS) kemungkinan besar akan melancarkan perang fizikal terhadap Khilafah jika Khilafah kembali berdiri nanti. Tanggapan tersebut juga diperkuat dengan berita wahyu yang pasti (qath’i), bahawa kaum kafir akan terus memerangi umat Islam sehinggalah umat Islam mengikuti mereka. Firman Allah SWT,

“Mereka (orang-orang kafir) tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu.” (TMQ al-Baqarah (2):217). “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” (TMQ al-Baqarah (2):120).

Persoalan tentang bagaimana negara Khilafah menghadapi perang fizikal ini, berikut adalah langkah-langkahnya secara kasar:-

(i)     Khalifah akan mempersiapkan umat Islam secara mental dan fizikal untuk menghadapi perang. Hal ini telah kami jelaskan sebelumnya semasa kami menerangkan mengenai tentangan internal. Namun di sini kami ingin menambahkan dari segi lain yakni Khalifah dan para pembantunya mesti melakukan persiapan ini secepatnya dan semampu mungkin. Khalifah harus sentiasa bersiap siaga dan tidak boleh leka atau menangguh-nangguh. Secara realistiknya, musuh memerlukan masa untuk menyerang kita. Contohnya ketika Iraq menyerang Kuwait pada 2 Ogos 1990, sekitar 6 bulan kemudian barulah AS menyerang Iraq. Oleh itu, ketika Khilafah berdiri nanti, AS dan sekutu-sekutunya tentu akan tetap mengambil masa untuk menyiapkan serangan, boleh jadi beberapa minggu atau bulan. Di dalam rentang waktu itulah, Khalifah harus segera mempersiap dan menggerakkan tentera serta umat. Jika media massa sebelum Khilafah tidak berada di bawah kawalan Khilafah, maka ketika Khilafah berdiri, seluruh media massa sudah berada di bawah kawalan Khilafah dan harus digunakan semaksima mungkin untuk menyiap dan menggerakkan umat. Keyakinan akan kemenangan, semangat jihad dan cintakan syahid di jalan Allah merupakan polisi utama yang wajib ditanam oleh Khalifah kepada tentera dan umat Islam. Allah SWT berfirman,

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) nescaya Allah akan mengazab mereka melalui tangan-tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka dan Allah akan membantu kamu terhadap mereka serta melegakan hati orang-orang yang beriman.” (TMQ at-Taubah (9):14).

Selain itu, Khalifah dapat mendorong umat untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ilallah). Di waktu Salahuddin al-Ayyubi membebaskan Palestin dari pendudukan dan kezaliman puak Nasrani, beliau memerintahkan pasukannya untuk melakukan solat tahajjud (qiyamullail), memperbanyak doa seraya tetap mengambil hukum-hukum sababiyah (sebab-akibat) secara sempurna. Demikian juga ketika Muhammad al-Fatih hendak menakluk Konstantinopel, beliau memerintahkan pasukannya untuk berpuasa tiga hari sebelum hari penyerangan serta memperbanyakkan doa dan takbir di waktu siang dan malam.

(ii)     Melakukan manuver politik dan menjalankan pengurusan krisis (crisis management) dengan baik. Manuver politik adalah menampakkan tindakan, pernyataan atau aktiviti, tetapi pada waktu yang sama menyembunyikan tujuan dan targetnya. Hal ini seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika Perjanjian Hudaibiyah di mana baginda dan para sahabat menampakkan diri hendak melakukan umrah dengan pakaian ihramnya, namun maksud sebenarnya adalah hendak mengadakan perjanjian. Para ahli politik Muslim yang bijak dan cerdas akan dipilih oleh Khalifah untuk melakukan hal ini, dengan tetap berpegang pada hukum-hukum Islam, tidak menghalalkan segala cara. Pengurusan krisis yang baik adalah dimaksudkan untuk memperbanyakkan dukungan umat terhadap negara dalam menghadapi serangan kuffar.

(iii)     Melakukan komunikasi/dialog secara bijak dan tepat, baik komunikasi dengan kaum Muslimin mahupun non-Muslim. Kepada kaum Muslimin perkara berikut ditegaskan:-

(a)     di dalam negara, dijelaskan hakikat negara Khilafah dengan sejelas-jelasnya, kerana akan banyak terjadi penyelewengan maklumat atau penyesatan terhadap Khilafah;

(b)     di luar negara yang menjadi jiran negara Khilafah, perlu dijelaskan bahawa mereka harus mencegah negara yang mereka diami itu untuk berpihak kepada negara kafir dalam usaha kafir memerangi Khilafah,

(c)     setelah ini berhasil, kaum Muslimin di negara jiran Khilafah ini diajak untuk menggantikan kekuasaan negara tersebut dan menggabungkannya dengan Khilafah,

(d)     kepada para aktivis dari pelbagai harakah Islam, perlu disampaikan penjelasan Islami yang baik dan bersemangat, agar mereka tidak menjadi korban penyelewengan maklumat dari penguasa mereka atau negara kafir tentang Khilafah.

Sedangkan kepada bangsa-bangsa kafir di Barat dan Timur:-

(a)     dijelaskan kerosakan ideologi kapitalisme (dan sosialisme) yang menjadi landasan kehidupan mereka;

(b)     dijelaskan betapa jahatnya kebijakan politik pelbagai negara yang menjalankan ideologi kapitalisme (dan sosialisme), termasuk kebijakan untuk menghancurkan negara Khilafah yang baru berdiri;

(c)     dijelaskan kebenaran dan kebaikan ideologi Islam yang menjadi landasan negara Khilafah.

(iv)     Melibatkan seluruh potensi umat Islam dalam peperangan, bukan hanya bergantung kepada pasukan tentera yang sedia ada sahaja. Jika negara kafir seperti AS melakukan serangan nanti, umat Islam secara keseluruhan mesti dilibatkan dalam mempertahankan negara melalui pelbagai sarana. Pasukan tentera biasa (regular) boleh sahaja dikalahkan AS, bahkan ibu kota Khilafah mungkin sahaja dapat diduduki dan Khalifah juga mungkin sahaja dapat ditawan atau dibunuh oleh musuh. Namun melalui penyertaan seluruh umat, Khilafah tidak akan dapat dihancurkan Insya Allah. Jika Khalifah tertawan atau terbunuh sekalipun, umat akan segera membaiat yang lain menjadi Khalifah dan dialah yang akan memimpin umat melawan serangan kafir walaupun sang Khalifah harus memimpin pertempuran dari darat dan laut, dari udara dan gunung atau dari hutan mahupun padang pasir. Langkah ini dipersiapkan dengan cara-cara:-

(a)     menyeru setiap Muslim yang mampu memikul senjata untuk mengikuti pendidikan dan latihan ketenteraan agar mahir berperang dan mempunyai sikap dan jiwa seorang mujahid,

(b)     membahagikan senjata kepada mereka yang telah mengikuti pendidikan dan latihan militer tersebut,

(c)     mendidik secara berterusan pasukan tentera dengan tsaqafah Islam agar cara berfikir (aqliyah) dan diri (nafsiyah) mereka sentiasa terbentuk dengan nilai-nilai Islam,

(d)     menyeru umat Islam di luar negara Khilafah agar datang secara sukarela sebagai mujahid untuk membela dan menolong negara Khilafah dengan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan untuk tujuan tersebut,

(e)     mengirim utusan-utusan ke seluruh penjuru dunia Islam untuk mencari pertolongan dan sekaligus menggesa mereka mendukung Khilafah. Khalifah akan mengingatkan mereka dengan firman Allah,

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (TMQ al-Ma’idah (5):2).

Kedua: Perang Pemikiran - Perang pemikiran dalam pelbagai bentuknya sudah pasti akan dilancarkan Barat ke atas Khilafah, termasuk usaha stigmatisasi (menjelek-jelekkan) dan juga penyesatan. Sekarang pun AS telah melakukan strategi ini dengan melabel Islam sebagai sumber terorisme dan melancarkan perang melawan terorisme (baca: Islam) sejak peristiwa 9/11. Pelbagai bentuk perang pemikiran yang mungkin akan dilancarkan Barat antara lain:-

(i)     Melakukan stigmatisasi Khilafah di hadapan kaum Muslimin di seluruh dunia;

(ii)     Melakukan stigmatisasi Khilafah di hadapan bangsa-bangsa kuffar Barat dan mengaitkannya dengan tindakan kejahatan;

(iii)     Menyembunyikan fakta mengenai hakikat dan tujuan negara Khilafah;

(iv)     Memburuk-burukkan sejarah Islam, khususnya sejarah penaklukan Islam;

(v)     Bersama para politikus dan para intelektual yang merupakan ejen Barat, pihak kuffar akan membangkitkan sentimen nasionalisme dan patriotisme, termasuk menyeru disintegrasi dan perpecahan kepada negara-negara tetangga yang telah bergabung dengan Khilafah. Barat juga akan melancarkan fitnah keji bahawa tujuan Khilafah dalam menggabungkan sebuah negara ke dalam Daulah Khilafah hanyalah kerana motif ekonomi dan politik, bukan kerana motif agama;

(vi)     Menakut-nakutkan kaum Muslimin akan akibat pelbagai perang yang terjadi jika mereka membela Khilafah.

Khusus terhadap bangsa-bangsa mereka, Barat akan mengarahkan serangan pemikiran dengan cara:-

(i)     Membangkitkan kebencian terhadap Islam dan kaum Muslimin dengan membangkitkan kisah Perang Salib dan sebagainya;

(ii)     Menyebarkan pendapat umum (public opinion) bahawa Islam akan menghancurkan kebebasan;

(iii)     Menyebarkan public opinion bahawa Khilafah akan mengajak manusia kembali ke zaman kuno dan tidak bertamaddun;

(iv)     Menyodorkan fakta sejarah mahupun fakta masa kini tentang pelbagai kemunduran dan keterbelakangan umat Islam di bidang sains dan teknologi, ekonomi, pendidikan, militer dan sebagainya.

Bagaimanakah negara akan menghadapi perang pemikiran sebegini? Cara yang akan ditempuh antara lain:-

(i)     Menjelaskan kebenaran ideologi Islam, dengan cara menjelaskan kebenaran aqidah Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, dengan hujjah bahawa aqidah Islam adalah aqidah yang didasarkan pada akal dan sesuai dengan fitrah manusia;

(ii)     Menjelaskan keberhasilan penerapan ideologi Islam sepanjang sejarah Khilafah Islam sejak hijrahnya Nabi SAW tahun 622 M hingga 1924 M, baik di bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, dan sebagainya;

(iii)     Menjelaskan bahawa keburukan dan kemunduran yang terjadi dalam sejarah Islam bukanlah kerana kesalahan ‘Islam’ itu sendiri, namun kerana penerapan Islam secara salah oleh negara (isa`atu al-tathbiq);

(iv)     Menjelaskan kebatilan ideologi Kapitalisme, dengan cara menjelaskan kebatilan aqidah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan), dengan hujjah bahawa aqidah itu tidak berlandaskan akal, malah berlandaskan jalan tengah (kompromi) semata-mata; dan aqidah yang tidak sesuai dengan fitrah manusia kerana menafikan sikap lemah manusia dalam mengatur kehidupan;

(v)     Menjelaskan dan membongkar kejahatan negara-negara Barat dan sekaligus penderitaan dunia akibat penerapan ideologi Barat (kapitalisme) yang rosak sejak sekian lama, sejak zaman penjajahan fizikal (termasuk Perang Dunia I dan II), zaman pembangunan Dunia Ketiga, era globalisasi, dan era perang melawan terorisme serta era yang terakhir yakni perang untuk menghancurkan negara Khilafah yang baru berdiri;

(vi)     Menjelaskan bahawa fakta-fakta buruk yang terjadi di tengah kaum Muslimin (kemiskinan, keterbelakangan ilmu pengetahuan, dan lain-lain) adalah akibat dari tidak adanya penerapan Islam dengan benar, bukan kerana adanya penerapan Islam. Semua keburukan itu tiada lain terjadi kerana imperialisme keji yang dipaksakan Barat ke atas umat Islam, bukan kerana umat Islam menerapkan Islam.

Ketiga: Embargo - Tentangan ketiga adalah embargo dengan segala jenis dan bentuknya. Embargo ini dapat terjadi secara bersamaan atau lebih dahulu daripada perang fizikal dan perang pemikiran. Sarana atau cara yang akan digunakan oleh negara kafir untuk melakukan embargo antara lain:-

(i)     melalui undang-undang antarabangsa (melalui resolusi PBB),

(ii)     melalui negara jiran Khilafah yang menjadi ejen penjajah,

(iii)     pemaksaan resolusi dengan kekuatan militer (invasi).

Sejarah menunjukkan bahawa pada 6 Ogos 1990, setelah beberapa hari Iraq menduduki Kuwait, AS terus meluluskan Uniten Nations Security Council Resolution (UNSCR) No. 661, sebuah resolusi mengenai embargo total ke atas Iraq yang sangat besar skala dan dampaknya. Isinya berupa larangan keseluruhan import dan eksport ke Irak. Sesudah resolusi itu, muncul pula resolusi UNSCR No. 666 yang mengecualikan bahan makanan. Resolusi lainnya, yakni No. 665 berupa sekatan laut oleh dunia internasional yang pelaksanaannya dipimpin oleh AS (sebagai perancang resolusi ini). Untuk melakukan embargo, Barat tentunya memerlukan ‘justifikasi’ dan di antara justifikasi yang mungkin akan dipakai mereka adalah slogan palsu ‘Perang Melawan Terorisme’ atau ‘Mengembalikan Demokrasi’, ‘Menjaga Kebebasan’, ‘Menjaga Keamanan Dunia’ dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah cara Khilafah menghadapinya? Langkah yang dilakukan di dalam negeri adalah meneliti dengan cermat dan mendalam, berapa lamakah embargo akan dilakukan musuh, apakah satu bulan, dua bulan dan sebagainya. Ramalan ini sangat penting dilakukan kerana ia menyangkut tiga aktiviti, iaitu:-

(i)     memperkirakan sejauh mana ketahanan masyarakat dalam menghadapi embargo ini;

(ii)     menyusun program untuk mengatasi dampak buruk akibat embargo, seperti kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bahan api. Menghadapi situasi sulit ini, Khalifah akan mengarahkan umat untuk bersabar, saling tanggung-menanggung (takaful), berhemat dan memanfaatkan segala sumber daya/potensi yang ada tanpa melihat lagi siapa pemiliknya. Dalam hal ini harta yang digunakan akan dihitung sebagai hutang yang ditanggung oleh negara atau dapat juga dianggap sumbangan sukarela (tabarru’at) selama pemiliknya merelakannya demi mengharap redha Allah semata-mata. Setelah segala perancangan siap diatur, ia akan dijalankan dengan segera;

(iii)     mengeksplorasi dan mengolah segala potensi dan sumber daya yang ada dalam negeri seperti bahan mentah, pertanian, industri dan lain-lain.

Adapun langkah-langkah luar negeri:-

(i)     berusaha menembus atau memecahkan embargo, baik secara terbuka mahupun rahsia;

(ii)     berusaha menghentikan embargo dengan segala langkah yang memungkinkan,

(iii)     memanfaatkan isu embargo ini untuk membangkitkan solidariti kaum Muslimin di seluruh dunia, membangkitkan semangat juang kaum Muslimin untuk menentang penguasa ejen di negara jiran Khilafah dan memanfaatkan isu ini untuk membuktikan betapa kejamnya langkah politik kaum kuffar ke atas kaum Muslimin. (Keseluruhan perbincangan di atas adalah ringkasan yang dipetik dan disunting dari kitab Al-Khilafah al-Rasyidah al-mahu’udah Wa al-Tahadiyat).

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah sekilas penjelasan mengenai pelbagai cabaran dan kemungkinan tentangan yang diperkirakan akan muncul dan langkah Daulah Khilafah mengatasinya, apabila Khilafah berdiri tidak lama lagi, Insya Allah. Kita semua yakin bahawa sekiranya negara yang berdiri nanti adalah sebuah negara demokrasi sebagaimana yang diperjuangkan oleh sesetengah parti/gerakan Islam sekarang, maka hal ini tentunya tidak akan mereka perkirakan kerana negara demokrasi itu pastinya tidak akan menimbulkan kemarahan, ketakutan mahupun penentangan oleh Barat. Malah Barat akan berasa lebih gembira dan akan memberikan sokongan padu apabila sesebuah parti Islam tetap berjuang (dan berjaya) mempertahan dan menegakkan negara demokrasi. Fakta menunjukkan bahawa perjuangan sesebuah parti Islam bersama parti sekular dan parti kufur sememangnya diredhai oleh Barat selama mana mereka tetap menjadikan demokrasi sebagai acuan. Namun sekiranya parti Islam itu berjuang untuk menegakkan negara Khilafah dan menolak demokrasi yang kufur, maka Barat tidak akan pernah berdiam diri.

Justeru, sedarlah wahai kaum Muslimin yang masih mempunyai keikhlasan bahawa sistem pemerintahan Islam yang wajib kita tegakkan adalah sistem Khilafah dan bukannya demokrasi! Dan perjuangan kita tidaklah selesai dengan berdirinya Khilafah tetapi tegaknya kembali Khilafah merupakan tahap awal perjuangan untuk menerapkan ideologi Islam secara praktis oleh negara. Dan diharapkan kalian sedar bahawa bukannya mudah untuk menghadapi cabaran dan tentangan, baik internal mahupun eksternal pasca berdirinya Khilafah, sebagaimana dipaparkan. Namun dalam masa yang sama paparan ini juga dimaksudkan agar Barat khususnya AS mengetahui bahawa umat Islam sedang bersedia dan berani untuk menghadapi sebarang kejahatan, bahaya, tipu daya dan serangan mereka walaupun untuk itu kita semua perlu berkorban waktu, tenaga, harta bahkan nyawa kita sekalipun. Pengorbanan memang harus ada kerana sunnatullah telah mengajarkan kita bahawa tidak akan ada kemenangan dan kemuliaan tanpa perjuangan dan pengorbanan. Namun di tengah-tengah kesulitan, mara bahaya dan ujian yang akan timbul nanti, kita sama-sama meyakini bahawa hasilnya amat jelas dan amat menggembirakan kita, yakni Islam akan pasti menang dan kekafiran serta kebatilan akan pasti hancur. Firman Allah Azza Wa Jalla,

“Dan katakanlah, ‘telah datang kebenaran (Islam) dan lenyaplah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu adalah suatu yang pasti lenyap” (TMQ al-Isra’ (17):81).

Wallahu a’lam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104832 saat. Lajunya....