Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 10 hari yang lalu
aye: 12 hari yang lalu
NisaAdDeen: 35 hari yang lalu
RijaludDeen: 35 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: kehilangan ayah tersayang.


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» kehilangan ayah tersayang.

Please Mendaftar To Post


Oleh kehilangan ayah tersayang.

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 20:48


Assalamualaikum ...
tanggal 11.12.2010 merupakan detik yang paling anis tak boleh lupakan..

kehilangan ayah.. buat selama2 nya berpisah alam...

pukul dalam pukul 10.30 mak panggil kami anak-anak, ayah sesak nafas lagi!!

pagi tadi ayah nampak sihat sangat....

kami adik beradik berkejar pada ayah... urut kaki, urut belakang.. juga mengajar ayah kalimah ALLAH..

nampak sukar sungguh ayah bernafas kali ni, rupanye ayah sedang nazak...

sungguh tak sangka... ayah minta nak tidur, rupa-rupanya ayah tidur buat selama2 nya.. saat tu anis dan dua kakak anis sedang membacakan surah addukhan...

tak sampai 10 ayat anis rasa, ayah senyap...

di fikiran anis, ayah tidur agaknya...

sungguh tak percaya...

air mata tak dapat dibendung lagi... suami memimpin tangan naik ke atas, sabar sayang.. ayah telah pergi...

anis turun balik kat ayah, anis sentuh badan ayah.. masih terasa hangat tubuh ayah.. ayah tidur ni... cukup tenang wajah ayah... tiada lagi kesakitan di wajah ayah...

selimutkan tokki, tokki sejuk ni... arah anis pada anak buah anis...

kami berkumpul keliling ayah membacakan surah yain.. untungnya ayah ada anak yang ramai dan cucu yang ramai...(mudah-mudahan)

alhamdulillah.. segala urusan pengebumian ayah berjalan dengan lancar...

cuaca redup saja..seakan bersedih sepeti kami...

terimbau segala kenangan bersaama ayah yang takkan pernah anis lupa...

masa saat anis dapat result untuk masuk um, ayah baru balik dr laut.. hilang penat diwajah ayah bila anis khabarkan berita gembira itu...

saat sahabat anis tak dapat mana-mana tawaran ke ipt, anis turun kebandar untuk tolong buat rayuan(pergi cc).. anis baru kena chikenpox masa tu,,, dalam perjalanan balik, ujan turun dengan lebat... bila bas berhenti nampak ayah sedang tunggu bersama dengan payung.. tah berapa lama lah agaknya ayah tunggu.. masa tu mana ada hp...

3 hari sebelum ayah meninggal.. ayah nak sangat makan sup tulang... anis tak bagi sebab kolestrol tinggi.. tapi anis tetap pergi cari kat pasar...hampa, tulang dah habis..

balik rumah, ayah kecewa sangat..
pelik, kenapa lah ayah beria sangat..
esok anis cari lagi.. alhamdulillah... sampai rumah anis terus masak... dapat lah makan semangkuk.. tu pun ayah sesak nafas sebelum nak makan...

hari ayah pergi, ayah sedang tidur.. mak, ayah dah makan ke.. anis btanye pada mak..
dah, ayah makan laksam...
lah, tu kan santan..
mak kata tak mengapa lah.. ayah teringin sangat nak makan laksam...
rupanya tu permintaan terakhir ayah...abang anis yang belikan...dan, ayah anis pun meninggal atas pangkuan abang anis...

apa pun ayah, sungguh banyak yang anis impikan untuk ayah.. tapi terlambat.. tak banyak impian yang dapat anis sempurnakan...

ayah, anis sangat sayangkan ayah, tapi anis malu nak cium ayah...
saat anis cium ayah, ayah sudah kaku....
moga-moga ALLAH membalas segala pengorbanan ayah dan kasih sayang ayah dengan syurga...

ayah, seorang yang tegas, mementingkan pelajaran anak-anak, penyayang walaupun terhadap binatang dan sangat-sangat menjaga kebersihan dan solat...

alfatihah buat ayahanda tersayang...
haji yusof bin mohamad..

:bunga: :bunga: :bunga: :bunga: :bunga:



Bookmark and Share

  


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 21:43


takziah atas pemergian ayahanda anis_zulaikah... mesti masih terbayang memori2 akhir bersamanya..mungkin kerana tak sangka atau juga tak dapat menerima..redha lah..memang telah sampai waktunya.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 07:24


Pada 29-12-10 21:43 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

takziah atas pemergian ayahanda anis_zulaikah... mesti masih terbayang memori2 akhir bersamanya..mungkin kerana tak sangka atau juga tak dapat menerima..redha lah..memang telah sampai waktunya.



redha tu sudah pasti.. alhamdulillah.. semakin menyesuaikan diri dengan situasi baru...

:-) :-) :-)

p/t- ketabahan emak saya pinjam dalam menambah kekuatan diri.. cekal sungguh emak...



Bookmark and Share

  


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 10:15


Takziah juga dari saya, kisah anis mengingatkan juga saya pada allahyarham ayah saya, jasa2 dan pengorbanan yang tidak sempat saya balas sepenuhnya. Saya percaya ada ramai lagi yang berkongsi pengalaman yang sama.

Bookmark and Share

  


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 11:02


takziah kepada anis_zulaikha sekeluarga...tabah hadapi cabaran hidup..setiap yang hidup pasti akan mati...

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-10 16:01


Pada 30-12-10 11:02 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

takziah kepada anis_zulaikha sekeluarga...tabah hadapi cabaran hidup..setiap yang hidup pasti akan mati...



-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 31-12-10 16:45


takziah ye ana ucapkan..sebenarnya ana pun sedang rasa kehilangan org yang ana sygi iaitu anak ana yang berusia 1 tahun 8 bulan.sudah pandai berjalan, berlari, bercakap walaupun pelat.tapi tu lah Allah mengambil dia sebab sakit radang paru-paru yang kritikal.dia hembuskan nafaz dia di hospital selayang pada 21 disember 2010 baru-baru ni..amat berat ana nak terima sebab dia adalah anak sulung ana.dia tinggalkan banyak kenanagan di rumah ini.tapi Allah lebih menyayanginya.Dia berhak mengambilnya.kita yang hidup kena redha diatas ketentuanNya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-11 16:32


Pada 31-12-10 16:45 , ana_lia posting:

!!! QUOTE !!!

takziah ye ana ucapkan..sebenarnya ana pun sedang rasa kehilangan org yang ana sygi iaitu anak ana yang berusia 1 tahun 8 bulan.sudah pandai berjalan, berlari, bercakap walaupun pelat.tapi tu lah Allah mengambil dia sebab sakit radang paru-paru yang kritikal.dia hembuskan nafaz dia di hospital selayang pada 21 disember 2010 baru-baru ni..amat berat ana nak terima sebab dia adalah anak sulung ana.dia tinggalkan banyak kenanagan di rumah ini.tapi Allah lebih menyayanginya.Dia berhak mengambilnya.kita yang hidup kena redha diatas ketentuanNya.


saham di syurga buat ibu yang tabah dan redha....sebagai ibu saya dapat rasakan 'sakitnya' menanggung perpisahan dengan anak tercinta....

dia pergi dalam usia 'putih' tanpa dosa dan cela, kita ibu yang masih diberi masa beramal di dunia, tingkatkan amalan dan ketaqwaan semoga dapat meraih pertemuan indah dengannya di syurga...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092993 saat. Lajunya....