Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 215
Ahli: 0
Jumlah: 215




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: SANDIWARA AKP(TURKI) - ISRAEL ADALAH PENGKHIANATAN KEPADA PALESTIN


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» SANDIWARA AKP(TURKI) - ISRAEL ADALAH PENGKHIANATAN KEPADA PALESTIN

Please Mendaftar To Post


Oleh SANDIWARA AKP(TURKI) - ISRAEL ADALAH PENGKHIANATAN KEPADA PALESTIN

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 26-12-10 15:53


Al Quds Tidak Akan Dibebaskan Hanya Dengan Retorik Kosong.

Pada 30 Mei 2010, enam kapal kargo yang membawa 663 orang awam telah berlepas keGaza. Tujuan mereka adalah untuk memecahkan sekatan Israel-Mesir yang telah melumpuhkan penduduk Gaza, dengan membawa bekalan perubatan, bahan pembinaan dan bantuan lainnya. Angkatan Pertahanan Israel telah menyerang kapal terbesar dari armada bantuan itu, iaitu MV Mavi Marmara di perairan antarabangsa. Sembilan aktivis – semuanya beragama Islam yang tidak bersalah dari Turki – telah syahid ditembak oleh komando Israel dan puluhan lainnya telah terluka. Reaksi dari Turki adalah memanggil pulang duta besarnya dari Tel Aviv dan menghentikan latihan tentera bersama Israel. Ahmet Davutoglu, Menteri Luar Negeri Turki, dalam kenyataannya kepada harian Hurriyet Turki, “Israel mempunyai tiga pilihan: Mereka sama ada meminta maaf atau menerima penyiasatan bebas antarabangsa dan keputusannya. Jika tidak, hubungan diplomatik kami akan diputuskan ..”

Menggunakan Palestin untuk keuntungan politik.

Telah diketahui umum bahawa penderitaan kaum muslimin yang tinggal di Palestin adalah sesuatu yang dekat di hati umat Islam. Penguasa Muslim saat ini tanpa perasaan malu telah menggunakan isu penjajahan Israel sebagai cara untuk mencari keuntungan politik dari umat Islam. Sebagai contoh, Saddam Hussein telah melancarkan peluru berpandu SCUD ke Israel semasa Perang Teluk pada tahun 1991. Kerosakan darinya sangat sedikit tetapi ia merupakan salah satu usaha Saddam untuk meningkatkan sokongan dari umat Islam. Begitu juga, kerajaan Turki, dipimpin oleh AKP, telah menggunakan isu flotila bantuan kemanusian ini untuk mengelakkannya kehilangan lebih banyak sokongan dari pangkalan kuasa politiknya di Turki.

Sejak bulan Mac tahun lalu, AKP telah kehilangan kredibilitinya di kalangan rakyat atas 3 sebab utama:

1. Dengan memburuknya ekonomi yang bermula pada bulan Oktober 2008, Erdogan dengan bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat Turki bahawa krisis ekonomi sudah melepasi negara itu. Seiring berlalunya waktu, rakyat tidak melihat sebarang pemulihan ekonomi apapun – bahkan keadaan mereka bertambah buruk.

2. Kegagalan untuk mengembalikan hak-hak umat Islam (iaitu kebebasan untuk memakai tudung di institusi awam) telah meletakkan AKP dalam dilema strategik dalam negeri kerana belum lagi mampu menunaikan janji-janji yang pernah dibuat kepada penyokongnya di peringkat akar umbi.

3. Kegagalan Turki untuk diterima sebagai ahli Kesatuan Eropah.

Dengan ancaman yang boleh menyebabkan ia terpinggir atau dianggap tidak layak memerintah negara itu, AKP sangat memerlukan sesuatu yang mampu memperbaiki masa depan politiknya.

Pada tarikh 28 Januari tahun ini, ketika sebuah NGO Turki yang berdaftar, IHH (Insan Hak ve Hürriyetleri ve Yardım Insani Vakfı;), bersama Gerakan Bebas Gaza ( Free Gaza Movement) mengumumkan rancangan mereka untuk menghantar kapal yang penuh bantuan ke Gaza, pengumuman mereka ini dibuat dengan pengetahuan dan sokongan daripada kerajaan Turki kerana MV Mavi Marmara adalah kapal yang dibeli daripada salah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan – IDO Istanbul Fast Ferries Co Inc. Lebih-lebih lagi, mereka telah memulakan pelayaran dari pelabuhan Haydarpaşa Istanbul, dengan persetujuan penuh dari pihak berkuasa Turki.

Setelah insiden yang mengerikan itu di mana 9 orang Islam terkorban dan puluhan yang lainnya terluka oleh serangan komando Israel, kenyataan keras telah dibuat oleh pegawai kerajaan Turki termasuk:

• Presiden Erdogan menyebut insiden itu sebagai “peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai” dan bahawa serangan itu, “Layak untuk menerima segala jenis kutukan”.

• Pegawai Kementerian Luar Negeri Turki menyatakan bahawa serangan itu boleh mengakibatkan “kerosakan yang tidak boleh diperbaiki” kepada hubungan mereka dengan Israel.

• Zafer Caglayan, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan seorang ahli AKP menyatakan, “Sikap tidak berperikemanusiaan dan keganasan negara yang dilakukan oleh Israel boleh menyebabkan jatuhnya angka perdagangan, tidak kira setinggi mana ianya.”

• Ahmet Davutoglu, Menteri Hubungan Luar Negeri Turki memberikan ultimatum kepada Israel untuk meminta maaf, menerima penyiasatan bebas atau menerima akibat dari terputusnya hubungan diplomatik antara Turki dan Israel.

Adalah sangat jelas bahawa tidak satu pun dari ancaman-ancaman ini terlaksana, ia disebabkan dua alasan. Pertama, kita melihat kenyataan yang sama telah dibuat oleh Erdogan di Persidangan Davos selepas pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza pada 2008-2009 ketika itu beliau berkata kepada Presiden Israel Shimon Peres, “Suara anda adalah lantang dan saya tahu itu kerana perasaan bersalah. Apabila ia berkaitan pembunuhan, anda tahu dengan baik cara bagaimana membunuh. Saya tahu betul bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di pantai . Anda mempunyai perdana menteri yang telah mengatakan mereka merasa sangat bahagia saat mereka memasuki Palestin dengan berkereta kebal. ” Erdogan juga mengecam para hadirin yang bertepuk tangan selepas pidato Peres dengan berkata, “Saya juga mengutuk mereka yang bertepuk tangan atas kekejaman ini saya percaya bahawa bertepuk tangan kepada orang-orang yang membunuh kanak-kanak adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan ..” Tidak ada satu pun dari kecaman ini terwujud dalam bentuk sebarang tindakan.

Kedua, kita melihat Kerajaan Turki telah secara aktif terlibat dalam hubungan strategik dengan Israel termasuk:

1. Pesawat terbang tanpa awak – Reuters melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Vecdi pergiödanül menyatakan bahawa, “krisis diplomatik dengan Israel selepas negara Yahudi itu menyerang sebuah konvoi bantuan yang disokong oleh Turki tidak akan menjejaskan rancangan penghantaran ‘Heron’ pesawat terbang tanpa awak buatan Israel ke Turki”

2. Minyak – Sebuah projek saluran paip utama antara Turki dan Israel, yang dikenali sebagai MedStream, sedang berlangsung. Saluran paip itu, apabila terealisasi, akan menyalurkan minyak, gas petroleum cecair dan tenaga elektrik dari pelabuhan Mediterranean Turki Ceyhan ke Israel selatan dan dari sana ke India.

3. Tanah – Tanah yang baru-baru ini telah dibersihkan dari periuk api di antara sempadan Turki-Syria sedang dijual kepada salah sebuah syarikat Israel.

4. Perdagangan – Perdagangan antara Turki dan Israel adalah $ 1.4 bilion pada tahun 2002 apabila AKP berkuasa, dan sejak itu melonjak kepada $ 3.3 bilion pada tahun 2008 – iaitu peningkatan sebanyak 134%.

Pada tarikh 30 Jun – hanya selepas sebulan setelah apa yang disebut Erdogan sebagai ”pembunuhan berdarah” – Menteri Perdagangan dan Industri Israel Benjamin Ben-Eliezer telah bertemu Ahmet Davutoglu di Brussels. Pertemuan ini hanya menyokong fakta bahawa AKP sebenarnya tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan salah satu pun dari ancaman kosongnya kerana ia tidak lebih daripada usaha populis untuk mengembalikan semula sokongan orang Islam.

AKP: kebangkitan Uthmaniyah atau oportunisme politik?

Beberapa media telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menggambarkan kerajaan AKP mempunyai kemiripan dengan Khilafah Uthmaniyah. Lebih khusus lagi, merupakan langkah Turki untuk menguatkan lagi hubungannya dengan negara-negara orang Islam dan setelah berbicara menentang keganasan di Gaza pada 2008-2009 telah memberikan Presiden Erdogan gelaran “Sultan Erdogan” – mirip dengan panggilan Sultan yang diberikan kepada para Khalifah semasa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah dahulu. Mari kita lihat bagaimana Muslim yang memerlukan pertolongan dibantu oleh Khilafah Uthmaniyah:

Aceh: Pada awal tahun 1500, Portugis telah menyerang Aceh – kecil tetapi mempunyai kedudukan yang strategik dan terletak di Indonesia. Pada tahun 1547 utusan dari Aceh yang awal menemui Khilafah Uthmaniyah untuk meminta bantuan senjata dan sokongan ketenteraan. Sultan Selim II mengutus sepucuk surat ke Aceh, menegaskan bahawa ia adalah tugas Khalifah untuk menerima permintaan dari para penguasa muslim ketika mereka memerlukan bantuan dalam melawan penjajah. Baginda menyebutkan bagaimana baginda akan menghantar armada dan tenteranya mempunyai tanggunjawab untuk mengusir penceroboh Portugis. sikap hangat Sultan Selim II terhadap penduduk Aceh selanjutnya terserlah apabila baginda memerintahkan kepada gabenor-gabenornya untuk membantu duta besar dan semua utusan Aceh dengan apa cara yang mungkin, tanpa perlu melaporkannya kepada kerajaan pusat.

Algeria: Setelah Algeria membebaskan diri dari penjajahan Sepanyol pada 1517, mereka telah bergabung semula dengan Khilafah Uthmaniyah. Menyedari bahawa Sepanyol akan kembali, Khalifah menghantar Janisari (pasukan pengawal dan tentera peribadi Khalifah), kapal dan meriam sebagai sokongan. Malangnya, Sepanyol datang kembali pada 1518, mengalahkan tentera Uthmaniyah dan membunuh gabenor yang dilantik. Sebagai balasan, Khalifah menghantar Laksamana Hayreddin Barboussa. Di bawah pimpinannya, tentera Uthmaniyah terlibat dalam pertempuran melawan Sepanyol untuk pembebasan tanah kaum muslimin dengan jayanya.

Palestin: Pada tahun 1901, tokoh perbankan Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin Yahudi berpengaruh yang lain datang untuk melawat Sultan Abdul Hameed dan menawarkan kepada baginda pelunasan semua hutang yang dibuat oleh Khilafah Uthmaniyyah, membantu dalam membangunkan angkatan laut negara dan memberikan pinjaman sebanyak 35 juta Lira emas tanpa bunga untuk penbendaharaan negara sebagai pertukaran kepada membenarkan orang Yahudi untuk melawat tempat-tempat suci mereka di Palestin dan membolehkan mereka membangunkan pemukiman berhampiran Jerusalem.

Abdul Hameed bahkan menolak untuk bertemu dengan mereka. Dia berkata kepada pembantunya, “Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis juga mempunyai hutang dan ini tidak memberi kesan kepadanya. Baitulmuqadis menjadi sebahagian dari tanah Islam apabila Umar Bin Alkhattab membebaskan kotanya dan aku tidak akan membawa malu sejarah kerana menjual tanah suci itu kepada orang-orang Yahudi dan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan dari rakyatku. Yahudi itu boleh menyimpan wang mereka, Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam. ” Dia juga menyuruh mereka supaya pergi dan jangan pernah kembali untuk bertemu dengannya lagi.

Kemudian pada tahun yang sama, pengasas gerakan Zionis, Theodor Herzl, melawat Istanbul dan cuba bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri untuk, ”menasihati Dr Herzl supaya tidak mengambil langkah lebih lanjut dalam projeknya itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam pun tanah itu kerana ia bukan milikku, ia milik seluruhnya umat Islam. Umat Islam telah terlibat dalam jihad kerana tanah itu dan mereka telah membasahi buminya dengan darah-darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Negara Khilafah Islam telah runtuh satu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin dengan percuma! Tetapi sementara aku masih hidup!, aku lebih suka mendorong pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dipotong dan dilepaskan jauh dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan dibiarkan berlaku. Aku tidak akan memulakan pemotongan tubuh kita sementara kita masih hidup. “

Dari contoh di atas, jelaslah bahawa adalah tidak adil untuk membandingkan AKP dengan Khilafah Uthmaniyyah. AKP melolong dengan slogan-slogan kosong, sedangkan Khilafah Uthmaniyyah bertindak berdasarkan Kitab Allah سبحانه وتعالى dan Sunnah Rasulallah صلى الله عليه وسلم untuk membela hak umat mulia ini sehinggalah sampai saat-saat ia dihancurkan.

Sesuatu untuk difikirkan.

Apabila ditinjau rekod lalu kerajaan AKP, dengan hanya menganalisis dasar dan pencapaiannya, serta mengabaikan semua slogan-slogan, retorika kosong dan janji-janji yang dimungkirinya, kita harus bertanya apakah AKP benar-benar berbeza dari penguasa-penguasa umat Islam yang lain? Apakah ia benar-benar melakukan sesuatu untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan di tempat lain? Sekurang-kurangnya, telahkah ia memutuskan semua hubungan dengan negara-negara yang menduduki wilayah orang Islam? Berapa lama lagi umat Islam di Turki perlu menunggu sehingga mereka melihat perubahan yang sebenar?

Hanya melalui pembentukan kembali Khilafah ar Rashidah pada kaedah Nabi صلى الله عليه وسلم sahajalah pendudukan asing yang merosakkan itu dapat dihapuskan.

Semoga Allah (swt) memberi kita kekuatan untuk mengubah situasi saat ini kepada yang menyenangkanNya dan dengan cara sebagaimana yang telah Dia perintahkan.

“Imam adalah perisai dari belakangnya kaum muslimin berperang dan melindungi diri mereka. Jika Imam memerintahkan kepada takwa terhadap Allah dan hidayah, dia akan memperolehi pahala yang besar, jika dia memerintahkan kepada yang lain daripada ini dia akan menanggung beban kerananya.”


Terjemahan dari www.khilafah.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-12-10 16:14


yang ni kita kan sedia maklum bahawa badan kehakiman,polis dan ketenteraan turki penuh dengan penyokong kuat attarturk bapa sekular jika AKP silap langkah,habislah AKP ekna bungkus seperti parti sebelum ini....

jadi AKP sekarang terpaksa play safe dengan 3 badan utama ni selepas 3 badan utama ni bersih baru boleh bergerak ke agenda seterusnya


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 27-12-10 22:20


Kalau puak UMNO buat tak boleh,
tapi kalau puak kita buat tak apa....
begitukan Rashdin

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 12:45


Pada 27-12-10 22:20 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau puak UMNO buat tak boleh,
tapi kalau puak kita buat tak apa....
begitukan Rashdin



apa pula pasal umno ni.....ni pasal AKP turki pimpinan erdogan dalam melaksanakan polisi2 yang dah dijanjikan.....

ada satu lagi poin yang wuzaraa tak letak....iaitu penutupan pangkalan amerika di incirlik tu......semua yang wuzara post tu kan kuasa yang terdapat pada badan2 kerajaan turki yang saya sebutkan tu


isu pemakaian tudung tu pula setakat ni tiada bantahan dari badan2 yang saya sebutkan tu jika ada habislah erdogan hilang kuasa


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 18:10


Turki kini lebih baik dari Turki sebelumnya walaupun tidak sehebat zaman pemerintahan Khalifahnya. Dalam kita memperkatakan kelemahannya, 9 rakyat Turki syahid di misi Flotila. Kita terus terusan mencari kelemahan saudara seagama kita tanpa kita sedar itulah kemahuan pihak musuh terutama Yahudi. Kedudukan geografinya yang telah menyebabkan Turki tidak seperti Malaysia. Mengapa kita tidak berusaha menjadi negara contoh daripada kita menunding negara islam tidak boleh dijadikan contoh? Atau kita kemukakan negara yang manakah yang kita patut contohi dari kita kemukakan teori kita yang seringkali juga dikemukakan oleh segala macam org.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 17:25


saudara wuzara..

1. apa saranan saudara untuk perjuangan islam di turki buat masa ini???

2. saudara kuat "mengomplen" sana sini pasal AKP, tapi saya tidak nampak asas alternatif saudara..

3. cuba terangkan secara ringkas saranan saudara melalui pemahaman saudara..(kalau boleh jangan copy SN)

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 20:19


wuzara....nak tanya juga apa pendirian HT terhadap orang macam ni???

dia kini menjadi sumber rujukan pada rejim zionis untuk melanyak lagi hamas


!!! QUOTE !!!

Anak Pemimpin Hamas Murtad dan Menjadi Agen Israel


.


Tiadalah perkara yang lebih menyakitkan hati apabila umat Islam sendiri menjadi pembelot kepada agama dan bangsanya dalam usaha membantu musuh menghancurkan harakah Islamiyah.

Begitulah halnya yang berlaku kepada organisasi yang membela umat Palestin sekarang ini iaitu Hamas. Tidak cukup dengan hentaman dan terkaman Israel sepanjang hari, kini muncul pula pendedahan akhbar-akhbar Israel bahawa anak kepada Sheikh Hassan Yousef iaitu Mosab Hassan bekerja untuk Israel melalui organisasi Shin Bet.

Sheikh Hassan Yousef merupakan antara pemimpin kanan Hamas yang kini berada di penjara Israel kerana dituduh menyertai organisasi pengganas. Beliau ditangkap pada September 2005 dan sebelum itu pernah beberapa kali ditangkap sebelum dilepaskan pada September 2004.

Mossab Hassan Yousef

Kita tidak pasti apa yang menyebabkan Mossab menjadi tali barut kepada Israel dan yang lebih menyedihkan adalah beliau sendiri telah murtad dan menukar kepada agama Kristian.

Keputusan beliau untuk menjadi kafir amat menghairankan banyak pihak kerana Mossab dilahirkan dalam keluarga Islam malah ibu bapanya juga berketurunan arab Islam sejati.

.

Menurut laporan berita Fox News, ‘anjing’ ini telah bertukar ke agama Kristian pada sekitar Ogos 2008 ketika berada di penjara Israel. Semenjak itu, Mossab dilihat seringkali dilihat berulang-alik memasuki sebuah gereja di Jalan Barabas, San Diego, California.

Semenjak menjadi agen Israel pada 1996, Mossab dikatakan bertanggungjawab dalam urusan penangkapan beberapa orang pemimpin Hamas, pembocoran maklumat rahsia dan beberapa nombor telefon peribadi pemimpin-pemimpin Hamas.

.
(Kiri) Mossab Hassan (kanan) ayahnya, Sheikh Hassan Youssef

Antara orang-orang kanan Hamas yang dibelot oleh Mossab sehingga berlaku penangkapan ialah Komander Ibrahim Hamid, Marwan Bargouti, Abdullah Bargoutti dan bapanya sendiri iaitu Syeikh Hassan Yousef.

Selain itu, Mossab juga dikatakan menggunakan gelaran The Green Prince bagi dirinya dalam organisasi Shin Bet. Menurutnya, Green (hijau) dipilih merujuk kepada warna bendera Hamas manakala Prince (Putera) bermaksud anak kepada salah seorang pemimpin hamas.

Pembelotan Mossab ini boleh dikatakan bakal menjadi punca kepada berulangnya perang Israel-Palestin dan Mossab sendiri mungkin salah seorang agen yang sangat mahal di hati Israel selain daripada Dr. Ashraf Marwan.

Berikut ialah temuduga wartawan Jonathan Hunt bersama Mossab Hassan Yousef yang dikeluarkan oleh Fox News.

“I believe that all those walls that Islam built for the last 1,400 years are not existing (sic) anymore. They don’t recognize this. They built those walls and made people ignorant because they’re afraid.”

!!! QUOTE !!!

     “When I was 18 years old, and I was arrested by the Israelis and was in an Israeli jail under the Israeli administration, Hamas had control of its members inside the jail and I saw their torture; (they were) torturing people in a very, very bad way.”

    “When I studied the Bible carefully verse by verse, I made sure that that was the book of God, the word of God for sure, so I started to see things in a different way, which was difficult for me, to say Islam is wrong.”

    “…I started to figure out the problem is Islam, not the Muslims and those people - I can’t hate them because God loved them from the beginning. And God doesn’t create junk. God created good people that he loved, but they’re sick, they have the wrong idea. I don’t hate those people anymore but I feel very sorry for them and the only way for them to be changed (is) by knowing the word of God and the real way to him.”


Persoalan-persoalan dalam kaedah Teori Konspirasi

Kemarahan tentang pembelotan Mossab terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, sebagai blog konspirasi, beberapa persoalan harus dipandang lebih jauh dalam isu Mossab ini kerana ia mungkin membawa kepada beberapa petunjuk yang mencerminkan kepada kebenaran teori-teori penyiasat konspirasi antarabangsa yang diutarakan selama ini.

Antara persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan dalam isu ini ialah

    * Mengapa Mossab Hassan memeluk agama Kristian dan bukannya Judais sedangkan dia ditahan di Israel.
    * Adakah teknologi nano-robot keluaran Illuminati sudah mencapai tahap mampu menukar aqidah?
    * Adakah Mossab Hassan merupakan sampel kajian Illuminati yang sangat berjaya yang bakal mencerminkan satu kaedah perang masa depan yang diluar jangka?
    * Mengapa Mossab Hassan mendedahkan rahsia peribadinya dikhalayak umum sedangkan dia sendiri mengetahui tindakannya itu akan menyebabkan dia bakal dibunuh. Persoalannya adakah dia dengan rela mendedahkan identitinya atau dia diarah untuk berbuat demikian.

http://ibnuyaacob.com/?p=1420
http://www.foxnews.com/story/0,2933,475226,00.html
http://www.youtube.com/watch?v=aVIyUXJg3u8&feature=player_embedded

rupanya memang betul telahan saya bahawa dalang sebenar dalam konflik palestin ni adalah dimulakan oleh orang palestin yang membelot kepada israel




-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.35672 saat. Lajunya....