Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
alongmina: 15 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu
kasih_kekasih: 26 hari yang lalu
budakbesar: 32 hari yang lalu
azemi: 36 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Penjelasan zul mengenai APCO


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Penjelasan zul mengenai APCO

Please Mendaftar To Post


Oleh Penjelasan zul mengenai APCO

xeeL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26838
Posting: 105

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-12-10 07:16


Mari bincangkan (kena tulis ni nanti takut ada yang tak faham....) ?
BTW, sila baca sampai habis sebelum komen.....

kalau nak tengok gambar dan artikel asal: http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/pembohongan-apco.html

PEMBOHONGAN APCO!

Salam 2 all.

Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO (gambar atas adalah logo badan tersebut). Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.

Maknanya perkataan APCO yang muncul didalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama - APCO!!

Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang sama ada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO! Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

10 Muharram 1432

16 Disember 2010

Bookmark and Share

  


  Member Information For xeeLProfil   Hantar PM kepada xeeL   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-10 09:21


bagi aku...

tak perlu nak bincang pendapat dan statement yang macam sampah ni.

harap maklum...kalau saudara xeel nak bincang sangat..

aku nak tolong copy paste kan juga statement dari datuk eri anwar ibrahim tentang apco...copy pastejuga statement dari tuan guru nik aziz.

baru boleh nak bincang...setakat nak bincang dengan 1 artikel saja yang memihak kepada sebelah pihak saja...hanyalah BUANG MASA...

buangkan sifat JUMUD saudara...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-10 09:25


APCO Hantar Perisik Sejak 2002?
post info


Dari Harakah Daily
Oleh Subky Latif

BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan E F O M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen setengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dan Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan, tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-12-10 00:39


jadi xeel...ada hujah lagi???mari ketengahkan di sini bagi kami baca dan balas hujah


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 21-12-10 10:29


xeel...ambil sumber rujukan dari orang yang dibuang oleh PR...dah sah-sah pemikiran dia pun same macam orang terbuang tu....



Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103789 saat. Lajunya....