Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 28 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 28 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MAAL HIJRAH yang HAMBAR.....


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MAAL HIJRAH yang HAMBAR.....

Please Mendaftar To Post


Oleh MAAL HIJRAH yang HAMBAR.....

CahayaPembukaan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.11.2010
Ahli No: 40565
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-12-10 16:14


Assalamualaikum
bukan sekadar penghayatan,tapi sambutan maal hijrah tahun ni rasanya macam hambar sangat....dalam berita ada siarkn PM dan TPM sertai majlis baca yassin dan doa smpena smbutan maal hijrah...sekadar itu sahaja.. :-(


-----------------
~ mendamba CINTA yang SATU ~


Bookmark and Share

  


  Member Information For CahayaPembukaanProfil   Hantar PM kepada CahayaPembukaan   Pergi ke CahayaPembukaan's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 07-12-10 19:38


Hijrah adalah suatu proses mencabar dan kritikal yang membawa kepada penegakan Negara Islam di Madinah. Jika kita memahami perjalanan dakwah Rasulullah secara jernih dan mendalam, kita akan dapati ia adalah keberhasilan usaha-usaha sebelum hijrah tersebut.



Gambarajah di atas, menunjukkan konsekuensi dari hijrah adalah penegakan negara Islam Madinah. Baiat aqabah 2 membawa kepada berlakunya hijrah. Baiat aqabah kedua pula terjadi hasil penerimaan penduduk Madinah terhadap dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair. Mus'ab mendapat peluang dakwah yang terbuka luas di Madinah, hasil bantuan pemimpin Madinah, iaitu As'ad bin Zurarah. As'ad adalah antara 12 orang yang masuk Islam dan terlibat dalam baiat Aqabah yang pertama. As'ad sebagai pemimpin yang dihormati di Madinah, membuka peluang dakwah kepada Mus'ab. Malah sebahagian dari pemimpin Madinah yang lain adalah kerabat kepada As'ad sendiri. Pemimpin-pemimpin Madinah yang lain seperti Usaid bin Hidhir dan dan Saad bin Muadz yang pada mulanya sangat marah, tetapi dapat ditenangkan oleh As'ad. Dengan pengaruh As'ad, mereka bersedia mendengar penjelasan Mus'ab yang membawa kepada berimannya mereka, walhal sebelumnya mereka datang dengan niat untuk membunuh Mus'ab. Dengan kapasiti mereka sebagai pemimpin, dalam tempoh yang singkat rakyat dalam kekuasaan mereka beriman.

Meneliti proses dari dari Baiat Aqabah 1, dakwah Mus'ab di madinah dan baiat aqabah 2, ini adalah proses yang disebut sebagai thalabun nusrah. Hasilnya, adalah kesediaan Madinah untuk diterapkan hukum Islam yang membawa kepada hijrah para sahabat diikuti Nabi dan Abu Bakar ke sana. Objektif dari thalabun nusrah adalah untuk melindungi dakwah dan juga mendapat dokongan kekuasaan. Bukan sekali atau 2 kali Nabi melakukan thalabun nusrah. Ada pandangan yang yang menyatakan, hampir 30 usaha yang dilakukan Rasulullah. Merujuk catitan Ibnu Hisham dan Ibnu Ishak dalam sirah Ibnu Hisham, berikut antara usaha Thalabun Nusrah yang diusahakan rasul.

1)Bani Kindah
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka tetapi mereka tidak memberi sebarang respon.

2)Bani Abdullah (sebuah kabilah dari Bani Kalb)
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka, tetapi mereka tidak menerima tawaran tersebut.

3) Bani Hanifah
- Rasulullah pergi ke pemukiman mereka, tetapi ditolak dengan sangat buruk.
4) Bani Amir bin Sha’sha’ah
- Rasulullah mendatangi bani Amir bin Sha’sha’ah ketika musim Haji.
- Salah seorang dari mereka, Biharah bin Firas, berkata, “ Demi Allah, andai aku mengambil pemuda dari orang Quraisy ini. Aku pasti ditelan orang-orang Arab.
- Sekiranya mereka menyokong rasul, mereka mahu kekuasaan diserahkan kepada mereka. Ini ditolak rasul.
- Mereka memahami, ini adalah urusan kekuasaan dan melibat sesuatu yang besar dalam politik jazirah Arab.
5) Suwaid bin Shamit
- Beliau menerima tawaran Rasul tetapi dibunuh apabila balik ke Madinah.

6) Suku Khazraj dari Yathrib yang membawa kepada baiat aqabah dan kejayaan penegakan negara Islam.

Perlu kita fahami, bahawa thalabun nusrah adalah kesinambungan dari usaha dakwah peringkat awal rasul- membina aqidah, membetulkan pemikiran dan perjuangan politik - yang mana ia adalah jalan yang ditunjukkan rasul untuk mendapat kekuasaan. Sewajarnya tidak timbul persoalan mendapatkan kekuasaan tanpa terlibat dengan demokrasi. Cukuplah apa yang telah ditunjukkan Rasul kepada kita.

Salam Maal Hijrah.

http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-12-10 21:27


Tokoh Maal Hijrah .. Gabenor Bank Negara

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

CahayaPembukaan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.11.2010
Ahli No: 40565
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-12-10 22:21


majlis sambutan maal hijrah...tahun baru ISLAM..tapi agong masih brsalaman dengan gabenor bank,zeti aziz.....tak ada ke mne2 tokoh agama dalam kerajaan yang nak tegur??


-----------------
~ mendamba CINTA yang SATU ~


Bookmark and Share

  


  Member Information For CahayaPembukaanProfil   Hantar PM kepada CahayaPembukaan   Pergi ke CahayaPembukaan's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-10 10:49


Benar penghayatan itu lebih penting...dan disusuli dengan amal perbuatan tapi sekiranya tidak diperhebahkan, rasanya generasi akan datang tidak akan mengetahui apa itu Maal Hijrah, apa kisah disebalik 1 Muharram..sedih.


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

  


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100449 saat. Lajunya....