Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 27 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 27 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA

Please Mendaftar To Post


Oleh SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-12-10 11:46


SEMINAR ISLAM DAN HAK-HAK WANITA

14 DISEMBER 2010

DEWAN ANNEX, DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR



MENGAPA SEMINAR INI DIADAKAN?



Seringkali isu berkaitan wanita Islam dibahas dan dibicara dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Isu yang sering dimainkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Lebih jauh dari itu, ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia adalah topik yang sensasi dan sering juga disensasikan oleh media. Ia juga suatu topik yang sering dibahaskan oleh para sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela wanita tetapi ada yang meragui kaedah dan pendekatan yang digunakan.



Oleh itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cuba mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan akan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.



APAKAH OBJEKTIF SEMINAR INI?



i.                     Menjelaskan hak-hak wanita dari perspektif Islam

ii.                 Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menangani permasalahan wanita Islam di Malaysia

iii.                 Mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam masyarakat



SIAPA YANG BOLEH HADIR?



Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada muslim atau non muslim, lelaki atau permpuan, tua atau muda untuk sama-sama berkongsi ilmu dan mendapatkan ilmu yang berguna.



BILAKAH SEMINAR INI BERLANGSUNG?



Seminar ini akan berlangsung pada Selasa, 14 Disember 2010 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang



DIMANAKAH SEMINAR INI DIADAKAN?



Seminar ini akan diadakan di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. (Bersebelahan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pejabat yang menempatkan jabatan kerajaan negeri).



APAKAH TAJUK DAN PEMBENTANG KERTAS KERJA?



Pembentangan 1

Tajuk: Wanita Islam dan Isu-isu Gender Masa Kini

Oleh: Prof Madya Dr Raihanah haji Abdullah

Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya



Pembentangan 2

Tajuk: Wanita, Dakwah dan Media

Oleh: Prof Dr Siti Ruqayah Tibek

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia



Pembentangan 3

Tajuk: Wanita dan Isu-isu Mahkamah Syariah

Oleh: Puan Kamar Ainiah Kamaruzaman

Peguam Syarie, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zahidi



Pembentangan 4

Tajuk : Jaminan Hak-hak Wanita dari Perspektif Islam

Oleh: Ustazah Zawiah Hassan

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Pembentangan 5 ( FORUM )

Tajuk: Pemerkasaan Wanita Masa Kini

1.     Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

Ketua, Jabatan Siasah Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

2.     Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,

Pensyarah, Jabatan Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Selangor

3.     Prof Madya Dr Harlina Halizah haji Siraj,

JK Pusat IKRAM Malaysia dan Naib Presiden (JIM)



SIAPAKAH PENGANJURNYA?



Seminar ini anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Ulama Malaysia.

BAGAIMANAKAH UNTUK MENYERTAI?



Penyertaan tidak dikenakan bayaran dan yang awal mendaftar adalah diutamakan memandangkan tempat adalah terhad. Untuk menyertai seminar ini, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Disember 2010 dengan menghubungi:



Cik Nurul ‘Ain         : 013-3157180

pun Suraya                : 013-4038507

Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks                         : 03-5511 4302

Email                         : [email protected]

Blog                         : http://www/.pum.org.my



Alamat :

Sekretariat

Seminar Islam dan Hak-Hak Wanita

d/a Persatuan Ulama’ Malaysia

14B, Jalan Plumbum P7/P,

Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan




Semoga seminar ini dapat memberi manafaat dan membuka minda tentang status wanita di sisi Islam yang sering dipertikaikan.



Wassalam....

Bookmark and Share

  


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102586 saat. Lajunya....