Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 10 hari yang lalu
aye: 12 hari yang lalu
NisaAdDeen: 35 hari yang lalu
RijaludDeen: 35 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: ..::Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku::..


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» ..::Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku::..

Please Mendaftar To Post


Oleh ..::Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku::..

althafunnisa_89
Warga Rasmi
Menyertai: 25.02.2009
Ahli No: 37296
Posting: 12
Dari: pahang

australia   avatar


posticon Posting pada: 29-11-10 11:11


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Kasih dan cintaku padamu bukanlah semata-mata siapa dirimu..tetapi semuanya kerana Allah..tetapi cukupkah aku mengatakan bahawa aku mencintaimu. Aku sayang padamu? Ketahuilah wahai mujahidku..segala rasa yang ada kini adalah rasa yang dikurniakan DIA pada kita..maka berbahagialah dengan itu..namun ISLAM itu menjanjikan yang INDAH pada yang MEMELIHARANYA…




Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

CINTA+SAYANG+RINDU+KASIH++++++ hanya akan ku lafazkan, apabila bersama yang HALAL bagiku…kerana apa? Kerana bagiku KEMANISANNYA akan lebih terbalas dan akan BERGANDA kebaikannya nanti..mengapa aku tak ucapkannya padamu? Kerana aku mengimpikan KEMANISAN itu..aku impikan itu…dan ketahuilah. Aku menghargai segala-galanya dengan rasa yang tak terluah…DIA juga Maha Mengetahui segalanya dalam hatiku…




Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Doaku tak pernah putus dalam memohon kepadaNYA agar terus ditetapkan dirimu untukku..agar terus ditetapkan hatimu bagiku..dan ketahuilah aku mengetahui, dirimu juga mengimpikan hal yang sama…maka kita mempunyai impian yang sama..BERSATU MENUJU CINTANYA…MENUJU REDHANYA…dan aku akan menunggu dengan setia mujahidku menjemputku untuk terus pacu HATI dan JIWA MENUJU CINTA ILAHI YANG ABADI…




Ketahulah dirimu yang menjadi mujahidku…

Fasa demi fasa, tahap demi tahap, peringkat demi peringkat akan dilalui…kerana kita mengetahui, perjalanan itu jauh..dan BEKALAN itu perlu untuk kita mengharunginya…maka katika inilah UJIAN dan DUGAAN akan menerpa..maka, BERSABARLAH..bersabarlah..bersabarlah…itu yang selalu dikatakanNYA dalam Kalam yang Agung…dan itu juga dirimu selalu berkata padaku dan peringatanku pada diriku dan dirimu…




Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Bagai ombak menghempas pantai, semuanya ada hikmah disebaliknya..semoga kita tidak terleka..Kelekaan membawa kerugian, ketakwaan paling utama..Moga taubat ku diterima, dibawah keredhaan Mu Ilahi..Dunia tidak laksana embun yang dingin, tidak sedingin sang bayu pagi..Dilanda gelisah tiada pedoman, mencari jalan Ilahi..

Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi
Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..




Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak akan datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya kerana Allah tak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu…




Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian..Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan…Kerana jangan lupa..Muliamu bukan pada pangkat dan harta, paras rupa atau popularity…Tapi kerana KETAQWAAN DAN KEPATUHAN kepada Allah..Kerana Islam yang dikau junjung tinggi…


Bersambung…..


-----------------
Memburu Cinta Ilahi Yang Utama, Hakiki dan Abadi itu yang pasti


Bookmark and Share

  


  Member Information For althafunnisa_89Profil   Hantar PM kepada althafunnisa_89   Pergi ke althafunnisa_89's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-11-10 12:40


ketahuilah olehmu wahai mujahid agama Allah...

tak guna aku bersajak untukmu panjang-panjang,
dalam bahasa puitis berbunga jiwang,
padahal mu langsung tak berjuang,
bahkan menikus di belakang,
macam seorang pondan ...
hatta nak menegur couple2 yang beromen sakan
tu pun lidah mu kelu tak ada perkataan
apa lagi nak angkat pedang atau senapang
melanyak zionis yang macam syaitan,
mu langsung tak dok keberanian...

jadi jangan perasan....mu tu mujahid atau seorang pejuang.
kalau jiwamu...sekecil kuman..

hmmm. saya tak pandai bersajak.....sekadar luahan perasaan.... :D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088158 saat. Lajunya....