Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hikayat 16 September...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hikayat 16 September...

Please Mendaftar To Post


Oleh Hikayat 16 September...

xeeL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26838
Posting: 105

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-11-10 09:29


Petikan dari blog YB Zul: http://zul4kulim.blogspot.com/

Hikayat 16 September

...

Balik pada cerita tarikh 16 Sept, korek punya korek, research punya research, teman terbaca buku "The Singapore Story-Memoir of Lee Kuan Yew". Ni pun satu punya kayu. Negara yang satu ketika dulu tanah umat Islam bangsa Melayu, dikenali dengan nama sejarahnya Singapura, hari ni dah lenyap nama itu. Yang ada "Singapore" - nama yang omputeh bagi. Bagi teman, kita umat Islam bangsa Melayu tidak sepatutnya terikut-ikut menggunakan nama omputeh ini; tidak ada makna dan sejarahnya langsung. Kita sepatutnya menggunakan nama asalnya Singapura. Macam Pulau Pinang; kita tak perlu ikut omputeh atau puak pelat ni dok panggil Penang. Nama orinya Pulau Pinang, pulau yang penuh dengan pokok pinang, pulau dimana mamak-mamak dulu kuat makan sireh berpinang. Nama "Penang" tu apa sejarahnya; paling dekat pun "pening". Dan memang orang Melayu Pulau Pinang dok pening dengan perangai cauvinis anak laki kitsiang dan juak-juak dia disana!!

Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 macam mana tarikh 16 Sept menjadi pilihan, dan bukannya 31 Ogos. "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..rupenya tarikh 16 September sebenarnya adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 yop!! Nampak gaya kita kena kencing dah yop. Empat puluh tujuh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu). Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima saja cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah bangsa Melayu kena kencing.

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu kena kencing sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing. Ini kencing hilang negara yop. Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!

Dan jangan lupa kita semua kena kencing 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia yop..termasuk teman lah kena kelentong yop. Siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru yop. Siap berangan nak salam dengan Tuanku Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg yop..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku dok tunggu kat Istana. Teman dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan yop! Tau-tau kena kencing jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept yang teman tau. Teman harap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu kena kencing lagi yop. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, teman rasa memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangoat dok sibuk mengembik mengurat si kapior, Pak Keris dok gila mengejar limau maruku. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!

Ni pun teman dok dengar cerita ada satu konspirasi besar nak dibuat tak lama lagi, yang teman rasa kalau berjaya dilaksanakan memang bangsa Melayu tinggal kepiah dengan songkok sajalah! Apa konspirasi tu, nanti teman akan dedahkan. Sementara tu, holiday 16 Sept ni teman nak pergi beraya rumah kekawan. Harap-harap ketupat rendang ado lagi yop!

Selamat Hari Malaysia yop..eh..dema dah tukar jadi Selamat Hari 1 Malaysia pulak dah.. selamat..selamat :))

Adios amigos..grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Syawal 1431
16 September 2010

Bookmark and Share

    


  Member Information For xeeLProfil   Hantar PM kepada xeeL   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095228 saat. Lajunya....