Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-06-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: penjejak87
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43055

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Yang Masuk Ke Sini
hafiz_along_83: 6 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
penjejak87: 17 hari yang lalu
Kakngah: 25 hari yang lalu
ezaty: 29 hari yang lalu
Sabila: 34 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Korban Bas Berhantu, Suatu Kenangan Berulang-Ulang


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Korban Bas Berhantu, Suatu Kenangan Berulang-Ulang

Please Mendaftar To Post


Oleh Korban Bas Berhantu, Suatu Kenangan Berulang-Ulang

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-11-10 14:26


Korban Bas Berhantu, Suatu Kenangan Berulang-Ulang

Mohd Zubairy Bin Shamsudin*
[email protected]

*Penyelidik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kemalangan jalanraya merupakan kemalangan yang paling tinggi kekerapannya berlaku di Malaysia. Ini menjadikan kemalangan jalanraya merupakan pembunuh utama rakyat di negara ini. Kempen Ops Sikap XXII yang telah berlangsung dari 3 hingga 17 September 2010 sempena cuti perayaan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan telah merekodkan sebanyak 16,817 kemalangan, dan daripada jumlah itu sebanyak 248 kematian dicatat.

Apakah ertinya angka-angka ini? Adakah sekadar angka ataupun sarat dengan nilai? Mari kita mengenang sedikit beberapa peristiwa lampau. November 2003 menyaksikan kemalangan maut bas yang melibatkan 14 nyawa melayang dan mencederakan 28 penumpang yang lain. Lokasi kejadian adalah di jalan Kuala Lipis-Merapoh, Pahang.

Lebih hebat daripada itu, pada Ogos 2007 menyaksikan 22 maut apabila bas yang dipandu gagal dikawal dan seterusnya merempuh penghadang jalan kiri sebelum terjunam ke dalam parit sedalam lima meter.

Tidak serik berikutan peristiwa itu, sehari selepas Krismas iaitu pada tarikh 26 Disember 2009 telah mencatat satu lagi sejarah “Bas berhantu". Kemalangan ini melibatkan bas dua tingkat yang telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan 10 penumpang kenderaan itu maut akibat terkena tusukan besi penghadang di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Dan pada tarikh keramat 101010 telah berlakunya satu lagi peristiwa maut yang bakal mengisi lembaran sejarah trajedi “Bas berhantu”. Peristiwa ini melibatkan 12 nyawa melayang. Mungkin, dan mungkin sedikit masa lagi, peristiwa ini bakal luput diingatan rakyat Malaysia dan akhirnya hilang bersama-sama kenangan pilu yang menyelubung sebelum peristiwa yang lain muncul pada episod yang seterusnya.

Soalan yang perlu dilontarkan, apakah punca peristiwa ini berlaku? siapakah yang bersalah? apakah yang menyebabkan ianya berlaku? Persoalan-persoalan di atas memerlukan suatu penelitian yang perinci bagi mengenalpasti punca akarnya. Persidangan meja bulat ini perlu melibatkan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa, institusi penyelidikan dan wakil industri pengangkutan awam. Faktor kemanusiaan (Saikologi dan fisiologi), kebendaan (alam sekeliling, jentera, alat dan sebagainya) dan undang-undang merupakan perkara yang perlu dibincang dan ditimbangtarakan.

Faktor manusia

Namun begitu apa yang ingin ditekankan di dalam perbincangan ini adalah berkaitan dengan faktor kemanusiaan (kesilapan manusia, Human Error). Kesilapan manusia ditakrifkan sebagai sebarang perbezaan atau sisihan (deviation) terhadap tingkahlaku biasa berdasarkan jangkaan umum tingkahlaku manusia. Kesilapan manusia ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pengaruh persekitaran pekerjaan terhadap seseorang individu, pengaruh sifat fizikal individu dan pengaruh saikologikal individu.

Faktor persekitaran pekerjaan individu ini termasuklah jalan raya, kenderaan, cuaca, cahaya, suhu, keselesaan dan sebagainya. Faktor-faktor ini nampak seperti bukan perkara besar atau rumit kepada punca-punca kemalangan, namun secara benarnya ianya walaupun sedikit, tetap menyumbang sama kepada punca-punca sesuatu kemalangan (peristiwa). Dan dengan izin, dipertekankan sekali lagi, kemalangan adalah jujukan peristiwa yang tidak disangka-sangka atau dirancang, di dalam satu rangkaian kejadian yang terjadi disebabkan oleh punca berganda (kombinasi daripada beberapa kejadian) yang menyebabkan ancaman fizikal (kecederaan atau penyakit) kepada seseorang, kerosakan hartabenda, kemalangan nyaris, kerugian atau sebarang kombinasi daripada akibat di atas.

Faktor fizikal individu pula meliputi umur, jantina, pengalaman, kewibawaan, dan lain-lain. Faktor ini dikenali juga dengan istilah faktor demografik.

Penyebab kecenderungan individu untuk melakukan kesilapan boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu, lebih bebanan, keputusan untuk membuat salah dan perangkap. Lebih bebanan mudah bagi kita untuk mengenalinya, sebarang kerja yang dilakukan tanpa mengikut kemampuan seseorang individu dikenali sebagai lebih bebanan. Lebih bebanan ini boleh diterangkan dari segi tenaga, kemampuan fizikal, mental dan emosi. Ketidakstabilan individu terhadap bebanan kerja bakal mengundang risiko terhadap kerjanya contohnya jika pemandu bas itu memandu di dalam keadaan mengantuk atau memandu dengan bermain telefon bimbit. Bermain telefon bimbit semasa memandu merupaka perbuatan luar kemampuan seseorang individu. Lebih bebanan tidak hanya tertakluk kepada bebanan kerja sahaja, faktor luaran yang menyumbang kepada penyerakan tumpuan ’tenaga’ terhadap sesuatu kerja juga dikira lebih bebanan kerana ’tenaga’ yang sepatutnya diperlukan untuk kerja yang tertentu (seperti pemanduan) tetapi telah digunakan untuk tujuan yang lain (dalam konteks ini ’tenaga’ yang dimaksudkan adalah ’tumpuan’)

Faktor kedua penyebab kecenderungan individu untuk melakukan kesilapan adalah keputusan untuk membuat salah. Kenyataan ini menerangkan tentang perbuatan menyegajakan perbuatan salah atas sesuatu sebab. Antara sebab yang boleh dihuraikan adalah seperti tekanan majikan, keadaan mental individu (faktor saikologi seperti ketidakyakinan diri, takut, risau dan sebagainya). Sebab lain adalah tanggapan individu itu terhadap sesuatu hazad dan risiko. Mereka mengganggap risiko untuk berlakunya kemalangan kepada diri adalah tipis dan tidak teruk ”Saya pasti dapat mengelaknya”. Ditakuti ini akan menjadi sindrom kepada para pemandu bas khasnya, pemandu lain umumnya (Sindrom Lepas Diri).

Faktor ketiga penyebab kencenderungan individu untuk melakukan kesilapan adalah perangkap. Apakah yang dikatakan sebagai perangkap? Perangkap di sini bermaksud ketidakserasian. Ketidakserasian individu terhadap pekerjaan yang dilakukannya sama ada tidak serasi dengan jentera, persekitaran dan sebagainya. Ketidakserasian inilah merupakan perangkap yang boleh menyebabkan sesuatu kemalangan itu berlaku. Dalam lingkungan perbincangan kita, perangkap yang boleh dinyatakan adalah seperti ketidakserasian pemandu terhadap waktu syif bekerja, keadaan bas itu sendiri, jalanraya dan sebagainya.

Oleh yang demikian, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bagi mengetahui punca-punca akarnya memerlukan penelitian yang perinci. Kaedah penjangkaan, penaksiran dan penilaian perlulah dilaksanakan secara teratur dan berstruktur. Kesimpulannya, banyak sudut yang perlu dilihat untuk merungkai permasalahan tersebut.

Kesimpulan

Jam berganti jam, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Saban masa, trajedi ini pasti akan mengambil tempat di dalam lembaran kehidupan masyarakat di negara ini. Suatu hari nanti kejadian ”Bas berhantu” akan menjadi fenomena tabii di dalam benak pemikiran rakyat Malaysia jika langkah yang berpatutan tidak dijanakan. Sebagai akhirnya, episod ”Bas berhantu” akan senantiasa berulang-ulang ibarat roda yang berputar.

Waalahua’lam


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 11-11-10 08:55


Macam mana tak berulang sedangkan tiada tindakan tegas diambil. Tindakan paling drastik pun sekadar gantung atau batalkan lesen syarikat. Ini tidak menjadi masalah kepada pemandu dan syarikat sebab boleh tubuhkan syarikat baru. nak lagi selamat letak proksi sebagai pemilik syarikat yang baru..lebih kurang sama macam kontraktor projek yang tbgkalai lah.

berlakulah banyak mana pun tragedi dan hebahan media tetapi pemandu dan syarikat hanya ketawa kerana kebal dari undang-undang dan semakin kaya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-11-10 23:13


Salam ...

baru-baru ini saya terkejut baca berita pemandu berumur 18 tahun yang tak berlesen memandu lori besar yang mengangkut muatan seberat 60 tan .... ngeri sungguh ... sepatutnya orang-orang macam ni dikenakan hukuman tidak boleh memandu sebarang kendaraan seumur hidup macam undang-undang di S'pura ....

Bookmark and Share

  


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105784 saat. Lajunya....