Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 1 hari, 1 jam, 28 minit yang lalu
IbnuKhaldun: 1 hari, 8 jam, 28 minit yang lalu
sahabat_amin: 3 hari yang lalu
Gorodkovie: 5 hari yang lalu
Swarig123: 8 hari yang lalu
sunan-faqih: 14 hari yang lalu
ajefikrah: 19 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
owl_UM: 23 hari yang lalu
rasian: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Adakah anda islam?


Carian Forum

Moderator: Admin, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Adakah anda islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh Adakah anda islam?

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-10 05:48


'Culture shock' saya bila balik kampung. Itu kata-kata yang terungkap bila melihat keadaan umat islam di kampung. Teringat kembali diwaktu mula-mula melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Masa itu memang 'culture shock' dengan cara hidup muda-mudi di bandaraya paling sibuk di Malaysia. DI masa itu, teringat kampung halaman yang sedikit sebanyak masih 'suci' dek cara hidup barat yang berleluasa. Tetapi itu dahulu, kini saya 'culture shock' bila pulang ke kampung. Nampaknya kampung dah tidak 'sesuci' dahulu.


Sedih saya melihatkan generasi muda sekarang yang semakin 'western' atau lebih tepat lagi, meniru cara hidup golongan yahudi dan nasrani. Cara berpakaian yang semakin mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, bertepuk-tampar dan berkepit sesama pasangan yang bukan mahram sedah semakin menjadi kebiasaan dikalangan anak muda sekarang. Tidak sukar untuk melihat semua ini, siggah sahaja di mana-mana pusat membeli belah dan anda akan 'dihidangkan' dengan ratusan remaja islam yang kehilangan identiti. Persoalannya, Kenapa ini boleh berlaku dikalangan remaja islam di Malaysia dikala ramai orang bukan islam di barat, yang sememangnya hidup dengan budaya tersebut, memilih untuk memeluk islam?

Jawapannya mudah, mereka di barat yang memeluk islam, mereka belajar tentang islam, faham akan islam dan nampak akan kebenarannya manakala umat islam di sini, tidak tahu secara mendalam tentang islam, keliru tentang islam, tidak berusaha untuk faham dan mendalami islam, lalai dengan hiburan, dan gagal untuk menghayati serta mengamalkan cara islam islam yangg sebenar.

Berikut adalah suatu petikan kisah yang saya dapati daripada Dr.Radzi’s Weblog:

Ah Seng : Eiy Mat, gua nak tanya samting lah. kenapa mak bapak lu bagi nama Mat lah? (sambil membuat muka tak ada perasaan)

Mat : Oi, mak bapak aku bagi nama Muhammad lah… Mat tu nama manja saja…(tersengih-sengih menampakkan gigi kuning akibat merokok)

Ah Seng : Ooo…kenapa tak panggil lu pakai nama Muhammad ? tu kan lu punya nabi ? tak bangga ke, the most influencial man in the history of mankind. Gua pernah baca ada satu buku tulis pasal itu Muhammad.

Mat : Haha…pandai kau ek? Kau nak masuk islam ke baca-baca buku pasal Muhammad ni? kenapa tak baca quran sekali terus? Hahaha…

(Mat bangun lantas mengambil beg galasnya bersedia untuk berjalan pulang)

Ah Seng : (Bangun dan mengikuti Mat dari belakang.) kenapa lu gelak bye? Gua suka baca buku, suka hati gua lah….Lu tak jawab soalan gua lagi. kenapa tak ada orang panggil lu Muhammad, and kenapa lu gelak kalau gua baca quran? Tu kan buku jugak? Jangan risau, GUA TAKKAN MASUK ISLAMLA TENGOK PERANGAI LU NI…by the way, lu Islam ke? Haha…

Mat: Cakap biar berlapik brother, lu nak makan penumbuk gua ke….aku dah lama tak belasah orang ni…Aku tak nak dipanggil Muhammad sebab aku tak nak memburukkan nama nabi aku semata-mata perangai aku…tapi aku Islam dowh…

Ah Seng : Lu Islam macam mana? Orang azan lu lepak saja? Lu usha cd blue kat rumah gua selamba saja? Lu cerita lu ringan-ringan dengan lu punya awek selamba saja?

Mat : Ai cina todi ni banyak pulak soal dia. Aku sepuk jugak mamat ni karang… Tak kisahla aku buat apa pun, yang penting aku Islam. anda APA TAU ? MATI NANTI MASUK NERAKA JUGAK !!! KAPIR!!!!

(Mat berlalu meninggalkan Ah Seng sambil menahan marah yang membuak-buak apabila dikatakan tidak mengikut ajaran Islam dan mencontohi sikap nabi….)

---

Si Mat mungkin boleh tengking Ah Seng namun dengan kelakuan mat sekarang, bolehkah dia dibanggakan sebagai seorang remaja islam ???

Walaupun petikan di atas mungkin suatu cerita namun, itulah realitinya sekarang. Islam hanya pada nama.... tidak dihayati dan diamalkan.

Adakah anda islam?

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/

Sama-sama kita sebarkan artikel di atas, moga intipatinya dapat dikongsikan bersama. Bagi yang ada Facebook, boleh share link artikel di atas di dalam facebook !


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-11-10 17:43


kena tanamkan jatidiri sebagai muslim agar org kenal dia sebagai seorang muslim secara zahir batin... ilmu juga perlu mantap bagi memastikan dia kenal dengan agama anutannye yang bukan sekadar ikut2an..fahamkan juga Kenapa dia seorang islam dr segi keperluan beribadah yang ada matlamatnye, bukan kerana suka-suka atau taklid semata-mata lantaran jahil dalam beramal. Kalau lah semua muslim begini sure2 boleh d anggap sebagai duta agama..org boleh kenal..org boleh tau dan dapat maklumat malah tertarik dengan islam gara-gara penampilan dan ketrampilan zahirian bawaannya...



(aduih...cakap lebih...aku kadang-kadang kantoi jugak..)


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113799 saat. Lajunya....