Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43060

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43

  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 1 hari, 4 jam, 41 minit yang lalu
Swarig123: 5 hari yang lalu
marul: 8 hari yang lalu
mfy87: 22 hari yang lalu
zackwaniskandar: 30 hari yang lalu

Copy & Paste
Topik: Contoh Surat minta Izin Kahwin Awal

Carian Forum

Moderator: Admin
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Contoh Surat minta Izin Kahwin Awal

Please Mendaftar To Post

Oleh Contoh Surat minta Izin Kahwin Awal

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 26-08-10 22:02

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ini. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah ini bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tak ada lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda ini, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagitau abang azmi dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.

Puteramu,
Along

-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 771
Dari: cheras

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-10 09:04

copy paste dari mana??

macam ada pengalaman saja.. :-)

-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Pergi ke hafiz_along_83's Website   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 27-08-10 15:49

macam ada pengalaman saja.. :-)

alhamdulillah sekiranya pengalaman sendiri dan telah mendirikan masjidnya... tahniah2... :-)

Bookmark and Share

  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 28-08-10 16:18

Ramai sangat nak kawin awal tapi tak tau bagaimana nak cakap dengan parents. So ini ada tips ok...hehehe

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar

posticon Posting pada: 21-11-10 10:49

Pada 28-08-10 16:18 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Ramai sangat nak kawin awal tapi tak tau bagaimana nak cakap dengan parents. So ini ada tips ok...hehehe

oh...dah tak applicable untuk saya..tak awal dah...haha
so pada adik-adik yang nak kahwin awal, silalah gunakan ya =)

-----------------
HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH

Bookmark and Share

  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

ZuLLgp
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.06.2008
Ahli No: 33592
Posting: 45
Dari: B.M

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 21-11-10 11:02

itulah yang terbaik dengan arus zaman sekarang....pernikahan adalah pyelesaian sekira mampu...

Bookmark and Share

  Member Information For ZuLLgpProfil   Hantar PM kepada ZuLLgp   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 21-11-10 13:32

hehe.. parent saya before fly nenek2 saya kawenkan mereka awal-awal.. saya pula da tak available untuk seperti along dalam surat ni..hihihi..satunya tak study overseas..keduanya tak payah nak mintak2 izin lagi...malah da selalu sngat parent tanya2..haha

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 21-11-10 14:23

Hehehe....kalau lah mak ayah saya bagi...kih3...

akak saya mnx kahwin awal pun ramai yang tentang...menentang keras pulak 2...

Tujuan dia nak kahwin pun sebab tak hendak buat mksiat...yelar,dia da ada calon...ustaz juga....sapa yang tau hukum takkan nak biarkan macam 2 saja kan...

Huhuhu...kalau saya mnx,cnfirm tak ada org bagi...kih3...sbar lah wahai hati...ngeh3.... ^_^

Boleh minta izin copy?

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 22-11-10 16:39

Pada 21-11-10 14:23 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Hehehe....kalau lah mak ayah saya bagi...kih3...

akak saya mnx kahwin awal pun ramai yang tentang...menentang keras pulak 2...

Tujuan dia nak kahwin pun sebab tak hendak buat mksiat...yelar,dia da ada calon...ustaz juga....sapa yang tau hukum takkan nak biarkan macam 2 saja kan...

Huhuhu...kalau saya mnx,cnfirm tak ada org bagi...kih3...sbar lah wahai hati...ngeh3.... ^_^

Boleh minta izin copy?

hehe :kelip:
sabar ye..
semua dugaan..
Mak dan Ayah sayang sangat kat anak-anak nya//
sebab itu susah nak lepas kan...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-11-10 08:15

Restu ibu bapa itu penting, apa salahnya berkorban demi keluarga. Maksiat itu pilihan kita. If kita dah plan kalau tak kahwin akan jadi maksiat maka maksiat lah jadinya. Tukar paradigma, cabaran akhir zaman ini tinggi ujianNya. jangan mengalah dan bersedih ok.

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-11-10 09:03

hehehhe..kalaulah tak ada masalah..dah bebrapa bulan saya dah kahwin...sebab bapa lelaki tak setuju..pelik tak??...macam yang engrfeez tulis dalam surat itu..lelaki nak berkahwin..perlu minta izin..tapi untuk dapat redha Allah..mestilah dapat redha dari ibubapa...ni ibu dia xkesah, tapi bapa lain pula..
sedih dengan nasib saya..kita berdua nak mencari yang halal dan tidak mahu terus berdoa..sebab ubat untuk org yang saling kasih mengasihi adalah perkahwinan..tapi kerana ditentang habis-habis..kita macam ini saja lah..xkemana2...

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-11-10 14:46

Apa sebab bapa dia tak setuju? Sudah tentu Allah yang menentukan hati bapa dia? Bersangka baik dengan ALLAH, sebab ALLAH dah tau apa yang terbaik untuk kita. kalau tentangan itu berterusan maka sudah tentu itu bukan jodoh kita. Jika masih boleh bawa berbincang dengan ibubapa maka cubalah berbincang.

Berusaha terlebih dahulu, jika masih tidak boleh berdoa minta petunjuk dr ALLAH jika itu ketentuannya maka tawakal lah dan terima lah ketentuan ALLAH.

Bookmark and Share

  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 23-11-10 14:49

Berusaha terlebih dahulu, jika masih tidak boleh berdoa minta petunjuk dr ALLAH jika itu ketentuannya maka tawakal lah dan terima lah ketentuan ALLAH.

Ameen..
mudah-mudahan macam itu lah..
Usaha... Doa... Tawakkal..
Insya Allah..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-11-10 15:59

Dia sendiri mengikut saja kata bapa dia..sebab bapa dia nangis2 xsejutu..padahal umur dia sudah 35thn..sudah matang untuk memilih teman hidup..kami yang nak hidup bersama..Entahlah
bapa dia tak setuju tak tahu apa puncanyer..cuma dia kata hati bapa dia berat untuk terima saya..padahal..saya baru bertandang ke rumah dia sekali sebab untuk diperkenalkan pada adik-beradik dia..entahlah..saya tak ada salah silap bila dengan rumah dia..saya di layan dengan baik...kata dia adik beradik dia kata saya nampak baik...hanya selepas beberapa hari hati bapa dia berubah...huhuhuu..tiba-tiba xlalu makan sebab tak nak dia berkahwin dengan saya...
emak dia ada cuba bercakap dengan bapa dia..tapi..tetap juga tak terima dan mak dia dimarah pula..entah..saya dan dia benar-benar sedih..tapi dia pun tak dapat nak berbaut apa-apa..jadi saya pun tak tahu nak usaha macam mana lagi..usaha tu kena datang dari dia..tapi dia tak nak melukakan hati bapa dia..kalau teruskan juga niat untuk berkahwin dengan saya..bapa dia kata,kalau nak teruskan jugak..bapa dia tak nak masuk campur...saya pun xsedap hati untuk teruskan..saya tak mahu tanpa redha dari bapa dia..nanti kelak perkahwinan kami akan mengundang bencana....saya kasihan dengan diri sendiri..tak tahu Kenapa jalan hidup saya jadi macam ini pulak...huhuhuuu..saya tahu..Allah sahaja yang dapat membantu..sebab Allah memegang hati hamba-NYA...

kalau saudara2 ditempat dia..apa yang patut saudara lakukan?

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-11-10 18:23

Pada 23-11-10 15:59 , salabianca posting:

Salam kak...maaf mnyibuk ye...hehehe...

Emm...cuba akak main peranan sekali...sruh parents akak jmput family dia makan kat rumah ke,suruh ayah akak kenal-kenal dengan bapa dia ke...belum cuba belum tahu...huhu... ;-) :bunga:

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 24-11-10 19:25

kalau saudara2 ditempat dia..apa yang patut saudara lakukan?

Salam kak...maaf mnyibuk ye...hehehe...

Emm...cuba akak main peranan sekali...sruh parents akak jmput family dia makan kat rumah ke,suruh ayah akak kenal-kenal dengan bapa dia ke...belum cuba belum tahu...huhu... ;-) :bunga:

tapi, kalau tak hendak datang macam mana pula ye???
kena pandai mengayat ini :kelip:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-11-10 12:01

Pada saya kalau macam itu gayanyer..nmpknyer memang dia tak dapat terima..tak tahulah Kenapa..Allah sahaja yang tahu hikmahnya..saya ambil benda ini satu yang positif...b=mungkin bapa diaxsetuju itu sebabnya sahaja...tapi Allah ada rancangan lain buat kami..tapi kasihan pada kamilah...kami xkawen2 lagi..masih berkawan ..sebab kami memang nak hidup sama-sama....Entahlah..sedih sebenarnya..tapi tak tahu nak macam mana lagi....

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-11-10 16:49

Pada 24-11-10 19:25 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

tapi, kalau tak hendak datang macam mana pula ye???
kena pandai mengayat ini :kelip:

Hehehehe...2 kena pandai-pandai lah...huhu.... ^_^

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-11-10 16:51

Pada 25-11-10 12:01 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

Pada saya kalau macam itu gayanyer..nmpknyer memang dia tak dapat terima..tak tahulah Kenapa..Allah sahaja yang tahu hikmahnya..saya ambil benda ini satu yang positif...b=mungkin bapa diaxsetuju itu sebabnya sahaja...tapi Allah ada rancangan lain buat kami..tapi kasihan pada kamilah...kami xkawen2 lagi..masih berkawan ..sebab kami memang nak hidup sama-sama....Entahlah..sedih sebenarnya..tapi tak tahu nak macam mana lagi....

Emm...berdoa lah supaya Allah lmbutkan hati bapa dia...huhu...ni pun mungkin hasutan syaitan supaya akak dengan lelaki 2 tak kahwin...sebab bila da kahwin da tak ada dosa mksiat dan sebagainya...wallahualam...mungkin ni juga perancangan Allah.... ^_^

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-11-10 17:00

terima kasih Mencari Cinta Ilahi..
memang bila kita nak buat benda baik..dan nak mencari yang HALAL kemungkinan akan ada dugaan sebelumnya...Akak sendiri pun tak tahu Kenapa jadi macam ini....
bapa dia pun dah tua umur lebih kurang 70 lebih..jadi tak sanggup pula nak lukankan hati bapa dia..sebab bapa dia tak bagi peluang buat kami..xcuba membuka hati menerima, demi kebahagiaan anak dia...kasihan kat kami ni....kami pun hidup bahagia.....ujian dari Allah akan sentiasa ada selagi mana kita bernafas di bumi Allah swt ini....

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-11-10 11:52

Pada 25-11-10 17:00 , salabianca posting:

Owh...da 70 umurnya...emm...kadang-kadang kita kena faham juga perangai org tua ni...org tua memang sensitif..kadang-kadang perangai macam knak2...mereka ni nak lebih perhatian...

macam nnek saya lah...umur lebih kurang 50 lebih...masa mak su saya nak kahwin,macam-macam dia tanya pasal lelaki 2...kerja apa...kenapa itu ini...mak saya pun macam malu juga lah bila nnek tanya macam 2...sebab dia yang perkenalkan...

tapi sekarang,bila da kahwin,amboi...bukan main...sikit-sikit sebut nama pak su saya 2...hehehe... :-D

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 26-11-10 12:31

Pada 26-11-10 11:52 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-11-10 17:00 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih Mencari Cinta Ilahi..
memang bila kita nak buat benda baik..dan nak mencari yang HALAL kemungkinan akan ada dugaan sebelumnya...Akak sendiri pun tak tahu Kenapa jadi macam ini....
bapa dia pun dah tua umur lebih kurang 70 lebih..jadi tak sanggup pula nak lukankan hati bapa dia..sebab bapa dia tak bagi peluang buat kami..xcuba membuka hati menerima, demi kebahagiaan anak dia...kasihan kat kami ni....kami pun hidup bahagia.....ujian dari Allah akan sentiasa ada selagi mana kita bernafas di bumi Allah swt ini....

Owh...da 70 umurnya...emm...kadang-kadang kita kena faham juga perangai org tua ni...org tua memang sensitif..kadang-kadang perangai macam knak2...mereka ni nak lebih perhatian...

macam nnek saya lah...umur lebih kurang 50 lebih...masa mak su saya nak kahwin,macam-macam dia tanya pasal lelaki 2...kerja apa...Kenapa itu ini...mak saya pun macam malu juga lah bila nnek tanya macam 2...sebab dia yang perkenalkan...

tapi sekarang,bila da kahwin,amboi...bukan main...sikit-sikit sebut nama pak su saya 2...hehehe... :-D

wah, moga-moga Bahagia selalu..
ameen...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 29-11-10 09:09

Entahlah..saya pun dah tak tahu lagi apa nak usahakan...bapa dia memang tak setuju dengan saya...ni ujian dari Allah...tapi kami masih berkawan lagi...

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-12-10 02:01

Pada 29-11-10 09:09 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

Entahlah..saya pun dah tak tahu lagi apa nak usahakan...bapa dia memang tak setuju dengan saya...ni ujian dari Allah...tapi kami masih berkawan lagi...

ye..
mudah-mudahan urusan awak dipermudahkan..
ameen...
Allah nak uji hamba2 nya...
Sabar ye...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 01-12-10 07:53

Terima kasih as-syafie....ni tengah sabar banyak-banyak ini...:-)

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-12-10 15:59

Pada 21-11-10 13:32 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

hehe.. parent saya before fly nenek2 saya kawenkan mereka awal-awal.. saya pula da tak available untuk seperti along dalam surat ni..hihihi..satunya tak study overseas..keduanya tak payah nak mintak2 izin lagi...malah da selalu sngat parent tanya2..haha

Jadi.....tunggu apa lagi??Calon ada dah??cepat-cepat jalan :lol:

-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...

Bookmark and Share

  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 02-12-10 16:01

Pada 01-12-10 07:53 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

Terima kasih as-syafie....ni tengah sabar banyak-banyak ini...:-)

Baguslah Cik Salabianca,masih mampu bersabar,terbaik :-D
moga di permudah segala urusan,
ameen......

-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...

Bookmark and Share

  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 02-12-10 16:44

saya cari calon yang lain saja..berkenal-kenalan..tapi sapa eh..hehehheh....entahlah...tunggu datang bergolek-goleklah agaknya...:-P

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 02-12-10 16:45

saya cari calon yang lain saja..berkenal-kenalan..tapi sapa eh..hehehheh....entahlah...tunggu datang bergolek-goleklah agaknya...:-P

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 11:26

Pada 02-12-10 16:45 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

saya cari calon yang lain saja..berkenal-kenalan..tapi sapa eh..hehehheh....entahlah...tunggu datang bergolek-goleklah agaknya...:-P

Wah2...kat sini pun ramai kak...jom buka topik untuk cari calon pulak kak...hehehehe... :-D :sopan:

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 12:42

ramai calon, tapi "org punya"....hehehehhehe....:-P

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 13:39

Pada 03-12-10 12:42 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

ramai calon, tapi "org punya"....hehehehhehe....:-P

saya tak ada yang punya :malu:

-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...

Bookmark and Share

  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 14:32

wahhh..ada yang datang "menyerah diri" nampak..hehehheheheeh...

sampai tahun berapa eh..hahahahahah ;-P

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 14:35

eh, ngapa pula keluar ayat ini..."sampai tahun berapa" sepatutnya...ayat dibawah ini :-

Sijil Pelajaran Malayisa (SPM) berapa eh..hahahahahah ;-P

Bookmark and Share

  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 03-12-10 15:26

Hahaha...kak...ada yang da offer 2...suruh dia isi borang cepat...nanti kita buat tmuduga...hahahaha....

Akhi jojoi >> Pastikan bawa slip SPM anda...penting 2...hahaha...:-P

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 304
Dari: Perak..

Perak   avatar

posticon Posting pada: 04-12-10 21:38

Pada 03-12-10 11:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Wah2...kat sini pun ramai kak...jom buka topik untuk cari calon pulak kak...hehehehe... :-D :sopan:

setuju2...cepat buka topik tu..saya pun nak mencari ni...hoho... :malu:

-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"

Bookmark and Share

  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 04-12-10 21:41

Pada 04-12-10 21:38 , RijaludDeen posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-10 11:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Wah2...kat sini pun ramai kak...jom buka topik untuk cari calon pulak kak...hehehehe... :-D :sopan:

setuju2...cepat buka topik tu..saya pun nak mencari ni...hoho... :malu:

Ayooo..... :-o :lol:

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 10:25

Pada 03-12-10 15:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Hahaha...kak...ada yang da offer 2...suruh dia isi borang cepat...nanti kita buat tmuduga...hahahaha....

Akhi jojoi >> Pastikan bawa slip SPM anda...penting 2...hahaha...:-P

Aiseh....kena pakai slip SPM jugak ke??tak tau dah kat mana,10 tahun lepas punya cerita tu,yang sudah tu sudahlah...
ahak :lol:

-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...

Bookmark and Share

  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 11:26

Pada 05-12-10 10:25 , jojoi posting:

10 tahun lepas??? lamanya...hahaha...saya ni rsult spm pun tak dapat lagi...hehehe... :-D

kak salabianca >> akak kena pertimbangkan lah permintaan akhi jojoi.kasihan dia...slip spm 2 yang 10 tahun dulu... :-D
Kalau akak nak juga org yang ada slip spm,kena tnggu budak spm taun ni dapat result lah nanti...hahaha...
:-D :-D

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 11:55

Pada 05-12-10 11:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

wah, cerita panas........
macam pisang goreng... :kelip:
Insya Allah... Urusan jodoh ini ketentuan Allah..
tapi kena usaha... ;-)
Doa pada Allah supaya kita dapat jodoh terbaik..
ameen...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

Mencari_Cinta_Illahi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.10.2010
Ahli No: 40334
Posting: 121
Dari: Neraka Dunia

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 12:12

Pada 05-12-10 11:55 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-10 11:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-10 10:25 , jojoi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-10 15:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Hahaha...kak...ada yang da offer 2...suruh dia isi borang cepat...nanti kita buat tmuduga...hahahaha....

Akhi jojoi >> Pastikan bawa slip SPM anda...penting 2...hahaha...:-P

Aiseh....kena pakai slip SPM jugak ke??tak tau dah kat mana,10 tahun lepas punya cerita tu,yang sudah tu sudahlah...
ahak :lol:

10 tahun lepas??? lamanya...hahaha...saya ni rsult spm pun tak dapat lagi...hehehe... :-D

kak salabianca >> akak kena pertimbangkan lah permintaan akhi jojoi.kasihan dia...slip spm 2 yang 10 tahun dulu... :-D
Kalau akak nak juga org yang ada slip spm,kena tnggu budak spm taun ni dapat result lah nanti...hahaha...
:-D :-D

wah, cerita panas........
macam pisang goreng... :kelip:
Insya Allah... Urusan jodoh ini ketentuan Allah..
tapi kena usaha... ;-)
Doa pada Allah supaya kita dapat jodoh terbaik..
ameen...

Haa...kena berusaha...jadi sesiapa yang nak,kena usaha cari slip spm ok?? :-D :-D :sopan:

-----------------
Muhasabah diri...mencari cinta Illahi.....♥

  Member Information For Mencari_Cinta_IllahiProfil   Hantar PM kepada Mencari_Cinta_Illahi   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 12:13

Pada 05-12-10 12:12 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-10 11:55 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-10 11:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-10 10:25 , jojoi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-10 15:26 , Mencari_Cinta_Illahi posting:

!!! QUOTE !!!

Hahaha...kak...ada yang da offer 2...suruh dia isi borang cepat...nanti kita buat tmuduga...hahahaha....

Akhi jojoi >> Pastikan bawa slip SPM anda...penting 2...hahaha...:-P

Aiseh....kena pakai slip SPM jugak ke??tak tau dah kat mana,10 tahun lepas punya cerita tu,yang sudah tu sudahlah...
ahak :lol:

10 tahun lepas??? lamanya...hahaha...saya ni rsult spm pun tak dapat lagi...hehehe... :-D

kak salabianca >> akak kena pertimbangkan lah permintaan akhi jojoi.kasihan dia...slip spm 2 yang 10 tahun dulu... :-D
Kalau akak nak juga org yang ada slip spm,kena tnggu budak spm taun ni dapat result lah nanti...hahaha...
:-D :-D

wah, cerita panas........
macam pisang goreng... :kelip:
Insya Allah... Urusan jodoh ini ketentuan Allah..
tapi kena usaha... ;-)
Doa pada Allah supaya kita dapat jodoh terbaik..
ameen...

Haa...kena berusaha...jadi sesiapa yang nak,kena usaha cari slip spm ok?? :-D :-D :sopan:

Orait... saya ada... huhuhu...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

jojoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11668
Posting: 107
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 05-12-10 18:21

Sijil kursus kahwin tak boleh ke??
Hehehe...

-----------------
Letakkan akal di depan,bukannya nafsu.Akal setidaknya masih boleh memandu manusia daripada nafsu yang terkadang terbiar tanpa bimbingan...

Bookmark and Share

  Member Information For jojoiProfil   Hantar PM kepada jojoi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.160821 saat. Lajunya....