Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 226
Ahli: 0
Jumlah: 226




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: hakim wanita dan peguam non muslim


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» hakim wanita dan peguam non muslim

Please Mendaftar To Post


Oleh hakim wanita dan peguam non muslim

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 12:35


KUANTAN: Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai.

“Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM. Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM.)


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 12:38


Malaysia dah ada hakim syarie di kalangan wanita, malah non muslim pun ada yang berminat menjadi peguam di mahkamah syariah. Saya harap dapat berkongsi pandangan tentang perkara ini dengan warga ukhwah.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 13:57


pandangan saya...non muslim ni tak perlu jadi peguam syariah...

sebab sejauh mana dia mendalami islam? sebab apa-apa keputusan mesti melibatkan dan berujukan dari agama islam....

tentang hakim wanita pula saya tak tahu nak cakap macam mana...tapi secara jujurnya saya tak berapa setuju..kerana tugas hakim bukan lah mudah...dan memerlukan mereka yang berfikir panjang...
tapi tidak bermaksud saya cakap wanita tidak berfikir panjang..cuma lelaki lebih matang fikirannya...dan kita lihat isi tersirat Kenapa agama islam bagi lelaki menjadi ketua rumah dan lafaz talak pada suami...

cuba kita relate kan benda ni...itu saja lah..yang boleh saya cakap...maybe ada pro dan kontra benda ni...maaf kalau salah...harap pada yang pakar bagi pendapat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 08:06


Tak setuju kalau bukan islam jadi peguam syarie atau hakim syarie, kalau perempuan islam jadi hakim syarie dimalaysia boleh setuju. undang-undang syarie diMalaysia bukanya menyuluruh sangat . setakat undang-undang keluarga dan perkara tertentu sahaja , mungkin perlantikan wanita boleh percepatkan kes-kes lapuk yang melibatkan percerian , tuntutan nafkah dll , banyak kes seperti kelihatan wanita terinaya perlukan masa untuk diselesaikan , dan banyak kes juga tak selesai langsung. mungkin hakim wanita boleh selesaikan lebih cepat dari hakim lelaki.



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 13:24


saya ingin tahu dari segi hukum tentang kedua-dua perkara tersebut....dan hujah serta dalil tentangnya. Kalau soal cenderung....memang saya tak berapa setuju hakim wanita dan peguam syar'ie dari kalangan non muslim. Namun syarak kata macamana...itu yang saya cuba selidiki...

apa pun terima kasih atas pandangan anda di sini


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-08-10 15:06


Sekadar berkongsi sedikit pengalaman saya. Saya pernah berbincang dengan seorang hakim syariah di negeri Johor. Beliau adalah sahabat kepada seorang teman rapat saya. Beliau sangat dihormati kerana kedudukannya sebagai hakim syariah yang senior, dijemput ke sina-sini. Tetapi dalam perbincangan bersama kami, beliau mengakui hukum yang dilaksanakan adalah hukum bukan Islam tetapi terpaksa menyambung kontrak (setelah pencen) kerana beban hutang bank yang masih belum selesai.


Berkenaan hakim wanita dan peguam non-muslim, mari kita kembalikan kepada hukum syara'.
Wanita sememangnya dibenarkan oleh syara' untuk menjadi hakim(qadhi) bagi mahkamah am dan mahkamah hisbah. Manakala bagi mahkamah mazhalim, wanita dilarang menjadi hakim(qadhi) kerana ia terlibat dalam urusan pemerintahan. Begitu juga qadhi qudhat (ketua hakim)

Manakala bagi peguam, bukan Islam boleh menjadi peguam sebagai mewakili sesuatu perbicaraan. Kerana peguam adalah penyampai dan bukan pelaksana hukum syara'. Malah dalam sejarahnya, terdapat ramai bukan Islam yang pakar dalam perundangan Islam di masa khilafah, antaranya adalah Salim bin Baz.

Bagi realiti hari ini, kes mahkamah 'syariah' di Malaysia, baik lelaki atau wanita adalah haram hukumnya menjadi hakim selagi mana hukum yang dipakai adalah hukum kufur. Hukuman denda atau sebat 6 kali bagi penzina dan peminum khamar misalnya antara sebahagian hukum kufur yang diseleweng menjadi hukum Islam dalam mahkamah syariah. Sebagaimana hadith nabi:

Qadhi/Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua golongan berada dalam neraka dan segolongan lagi berada dalam syurga. Adapun (golongan) yang masuk syurga adalah (qadhi) yang mengetahui akan haq/kebenaran dan memutuskan dengannya (haq). Adapun (qadhi) yang mengetahui akan haq tetapi tidak menghukum dengannya, malah bertindak zalim dalam memutuskan hukum, maka dia ke neraka. Dan (qadhi) yang tidak mengetahui akan haq dan memutuskan hukum di antara manusia berdasarkan kejahilan, maka dia (juga) ke neraka” (hari Abu Daud).

Ada ke sesiapa diantara kita yang sanggup menjadi hakim mahkamah 'syariah' yang menerapkan hukum kufur dan mendakwanya ia hukum Islam?


wuzara,
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 14:08


!!! QUOTE !!!

Bagi realiti hari ini, kes mahkamah 'syariah' di Malaysia, baik lelaki atau wanita adalah haram hukumnya menjadi hakim selagi mana hukum yang dipakai adalah hukum kufur


wuzara, anda tolong cerahkan saya,
saya kira payah juga......jika mengambil hukum haram menjadi hakim, maka mudarat 'melepaskan' jawatan tersebut pada golongan yang lebih jahil dan jahat lagi tidak munasabah dan mendedahkan keadaan pada kerosakan yang lebih besar. Tapi mengambil ruang untuk memegang jawatan tersebut, terpaksa pula tunduk pada penguasa dalam keadaan lemah dan tak berdaya menentangnya.....antara keduanya mana yang lebih menjaga maslahat kita semua ?

Saya membaca tulisan Qardawi dalam bukunya “kebangkitan islam: antara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela”. Kata beliau, semua ulama' bersepakat bahawa mana-mana pemerintah yang tidak melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dengan cara mengingkari, menolak, mempersenda serta mengutamakan hukum manusia, dia adalah kafir tanpa pertikaian lagi. Dia tidak layak berada dalam kumpulan umat islam. Malah statusnya benar-benar menepati zahir firman Allah taala tanpa perlu penakwilan lagi “ dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh allah(kerana mengingkarinya) mereka itulah orang-orang yang kafir “ Al maidah : 44

Berbeza dengan mereka yang tidak melaksanakan hukum Allah kerana lemah, atau tunduk kepada kuasa asing atau menjaga kerusi pemerintahan dan lain-lain. Mereka ini tunduk bukan dengan kerelaan bahkan disebabkan desakan dharurat...dan menghalang kefasadan yang lebih besar.

!!! QUOTE !!!

Hukuman denda atau sebat 6 kali bagi penzina dan peminum khamar misalnya antara sebahagian hukum kufur yang diseleweng menjadi hukum Islam dalam mahkamah syariah.


wuzara, saya lagi pernah membaca....kita mendapati sahabat mengambil kira perbezaan keadaan seseorang. Mereka menangani seseorang individu dengan hukum hakam yang sesuai dengannya. Inilah rahsia perubahan hukum yang dilakukan dalam kes hukuman peminum arak. Abu Bakar menghukum 40 kali sebatan manakala umar menghukum 80 kali sebatan apabila melihat org ramai melampau-lampau meminumnya. Beliau berpandangan penambahan itu akan menghalang dan mencegah jenayah tersebut.

Dalam satu kisah yang diceritakan oleh Ibnu Qayyim berkenaan syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Kisah berlaku ketika Ibnu taimiyyah melintasi satu kumpulan bangsa Tartar di Kota Damsyik. Mereka dalam keadaan mabuk ekoran meminum arak. Beberapa org sahabatnya ingin meningkari mereka kerana melakukan kemungkaran itu, namun syeihkhul Ibnu taimiyyah dengan penglihatan mata hatinya telah mempertimbangkan antara kebaikan dan kefasadan telah berkata " biarkan mereka dalam keadaan mabuk dan minum, Allah haramkan arak kerana ia menghalang manusia dari zikrullah dan solat, sedangkan arak menghalang mereka ini dari menumpahkan darah dan merampas harta benda"

maka ini dinilai ulama sebagai kefahaman beliau yang tidak mengikat hukum kepada satu keadaan saja...malah melihat kepada 'illah dan maqasid hukum lalu hukuman diberikan berdasarkannya....wallahuallam


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-10 12:10


Pada 05-08-10 14:08 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Bagi realiti hari ini, kes mahkamah 'syariah' di Malaysia, baik lelaki atau wanita adalah haram hukumnya menjadi hakim selagi mana hukum yang dipakai adalah hukum kufur


wuzara, anda tolong cerahkan saya,
saya kira payah juga......jika mengambil hukum haram menjadi hakim, maka mudarat 'melepaskan' jawatan tersebut pada golongan yang lebih jahil dan jahat lagi tidak munasabah dan mendedahkan keadaan pada kerosakan yang lebih besar. Tapi mengambil ruang untuk memegang jawatan tersebut, terpaksa pula tunduk pada penguasa dalam keadaan lemah dan tak berdaya menentangnya.....antara keduanya mana yang lebih menjaga maslahat kita semua ?

Saya membaca tulisan Qardawi dalam bukunya “kebangkitan islam: antara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela”. Kata beliau, semua ulama' bersepakat bahawa mana-mana pemerintah yang tidak melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dengan cara mengingkari, menolak, mempersenda serta mengutamakan hukum manusia, dia adalah kafir tanpa pertikaian lagi. Dia tidak layak berada dalam kumpulan umat islam. Malah statusnya benar-benar menepati zahir firman Allah taala tanpa perlu penakwilan lagi “ dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh allah(kerana mengingkarinya) mereka itulah orang-orang yang kafir “ Al maidah : 44

Berbeza dengan mereka yang tidak melaksanakan hukum Allah kerana lemah, atau tunduk kepada kuasa asing atau menjaga kerusi pemerintahan dan lain-lain. Mereka ini tunduk bukan dengan kerelaan bahkan disebabkan desakan dharurat...dan menghalang kefasadan yang lebih besar.


salam...
Saya pernah membahaskan perkara ini panjang lebar suatu masa dahulu. Pokok persoalannya di sini sebenarnya isu yang sama, iaitu maslahah sebagai hujah membolehkan sesuatu yang asalnya haram. Maka ada yang menjadikan pelbagai tindakan saidina umar, tindakan nabi yusof, kaedah2 syara' seperti ahwanussyarrain, dar'ul mafasid aula min jalb masolih dll sebagai hujah. Walhal ia tidak lain sekadar pencerobohan ilmiah yang telah saya jelas satu persatu sebelum ini. Saya pernah mengajak sesiapa yang mempertahankan pandangan ini untuk berhujah, akibatnya thread itu dikunci serta merta. Oleh itu, saya tidak berhajat membahaskannya sekali lagi.

Cuma di sini ingin saya tegaskan pembahasan tentang maslahah telah dibahaskan oleh para fuqaha sejak sekian lama. bezanya, ulama' terdahulu memahami bahawa dengan melaksanakan hukum Islam, maka maslahah akan terperoleh. Sedangkan, ada golongan ulama' hari ini yang berpandangan hukum boleh berubah untuk mendapatkan maslahah. Maka, keluarlah pelbagai pandangan membolehkan riba' kerana kemaslahatan, membolehkan hukuman kufur kerana kemaslahatan, meyakini demokrasi-manusia gubal undang-undang sendiri-, membolehkan terlibat praktik ekonomi kufur kerana kemaslahatan, semua dengan syaratt mesti ada niat untuk menerapkan Islam. Maka itu jugalah jawapan SB2, menangkap pejuang Islam kerana kemaslahatan keamanan, kemakmuran kestabilan ekonomi dan sebagainya. Ulama2' yang terlibat bersekongkol mempertahankan Islam Hadhari dan manjalankan mahkamah syariah yang tak syar'ie juga mempertahankan kerana kemaslahatan. Paling menarik, ulama2' masuk UMNO baru-baru ini, menyatakan ia adalah demi kemaslahatan dakwah agar UMNO boleh didakwahkan. Malah menyatakannya sebagai suatu ijtihad.

Begitu hebat sekali penangan maslahah. Inilah akibatnya apabila maslahah diukur menggunal akal manusia sendiri dan illat syumuli, dan tidak membalikkan maslahah kepada nas wahyu. Cuma, terkadang apabila terkena batang hidup sendiri, konsep yang sama ini jadi haram pula.

Sememangnya, maslahah ini merupakan sesuatu yang paling mudah untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Setelah kejatuhan Islam, idea maslahah ini diterapkan di universiti2 dan menjadi minda cendekiawan Islam. Sampai2 mereka memperjuangkan Islam tetapi penuh dengan kompromi kerana dasarnya adalah kemaslahatan. Maka hukum yang asalnya haram, dihalalkan untuk menyesuaikan Islam dengan kemaslahatan hidup dalam sistem kapitalisme.

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-10 12:25


Pada 05-08-10 14:08 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



wuzara, saya lagi pernah membaca....kita mendapati sahabat mengambil kira perbezaan keadaan seseorang. Mereka menangani seseorang individu dengan hukum hakam yang sesuai dengannya. Inilah rahsia perubahan hukum yang dilakukan dalam kes hukuman peminum arak. Abu Bakar menghukum 40 kali sebatan manakala umar menghukum 80 kali sebatan apabila melihat org ramai melampau-lampau meminumnya. Beliau berpandangan penambahan itu akan menghalang dan mencegah jenayah tersebut.

Dalam satu kisah yang diceritakan oleh Ibnu Qayyim berkenaan syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Kisah berlaku ketika Ibnu taimiyyah melintasi satu kumpulan bangsa Tartar di Kota Damsyik. Mereka dalam keadaan mabuk ekoran meminum arak. Beberapa org sahabatnya ingin meningkari mereka kerana melakukan kemungkaran itu, namun syeihkhul Ibnu taimiyyah dengan penglihatan mata hatinya telah mempertimbangkan antara kebaikan dan kefasadan telah berkata " biarkan mereka dalam keadaan mabuk dan minum, Allah haramkan arak kerana ia menghalang manusia dari zikrullah dan solat, sedangkan arak menghalang mereka ini dari menumpahkan darah dan merampas harta benda"

maka ini dinilai ulama sebagai kefahaman beliau yang tidak mengikat hukum kepada satu keadaan saja...malah melihat kepada 'illah dan maqasid hukum lalu hukuman diberikan berdasarkannya....wallahuallam



Perbezaan pandangan antara Umar dan Abu Bakar bukan sekadar tentang sebatan peminum khamar, malah juga bagi masalah lain seperti talak. Ia perbezaan pandangan syar'ie. Malah dalam sesetengah kes, para sahabat membuat sesuatu yang seolah bertentangan dengan nas, tetapi dipersetujui oleh semua sahabat, ia dinamakan ijma' sahabah. Antaranya menundakan pemakaman jenazah Rasulullah saw selama 3 hari.

Jika kita membaca sirah para khalifah- antara yang terbaik jika kita baca kitab Tarikh Al Khulafa'- kita akan berjumpa pelbagai kes fiqh dan tindakan para khalifah. Dalam ilmu ushool, tindakan para khalifah ini bukanlah sumber dalil syara' yang sah untuk kita guna pakai. Seterusnya, realiti apa yang terjadi mungkin tidak sama, dan khalifah sendiri boleh silap dalam mengambil hukum. Maka kembalikanlah kepada sumber hukum yang shahih iaitu Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabat dan Qias.

Seterus berkenaan dengan qias, illat yang diambil wajiblah illat syar'ie. Tetapi para ulama' dewasa ini, ramai yang mula berani mengemukakan illat aqli/syumuli, dan ia sangat popular hari ini. Mungkin kak myhoney, boleh rujuk bentuk Illat yang bagaimana dikemukakan oleh DYQ.

Wallhua'lam.

Just my2cents,
wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118305 saat. Lajunya....