Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 1 hari, 23 jam, 25 minit yang lalu
Martyr: 6 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 10 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Semakin sedekah semakin kaya.


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Semakin sedekah semakin kaya.

Please Mendaftar To Post


Oleh Semakin sedekah semakin kaya.

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 09:19


Sedekah mempunyai kekuatan yang hebat. Anda mungkin mempunyai pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 10:10


tok guru saya, syeikh fahmi zam zam pernah berkata .. "kalau ada orang yang bersedekah rm2juta, kemudian dia jatuh muflis disebabkan harta sedekahnya itu, berjumpalah dengan saya, akan saya ganti wangnya itu" kemudian beliau mengulas, Allah s.w.t telah berjanji mereka yang bersedekah rezekinya akan bertambah, mungkin bukan dari nilai wang tapi dari banyak sudut, keberkatan hidup, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan pelbagai sudut lagi yang Allah lah yang berhak menentukannya..

:) jadi, takutkah kita untuk bersedekah.. berkurangkah harta kita bila bersedekah?


-----------------
nampak salah orang, muhasabah diri sendiri.. mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain.. ampunilah kami ya Allah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 10:11


Bismillah

Bersedekahlah untuk:
- menyucikan/ suburkan hati.
- taqarrubkan hati kepada Allah.

Kelebihan:
1. menjauhkan bala dalam diri, keluarga dan kehidupan
2. Sedekah dapat memanjangkan usia
3. kunci menyelesaikan masalah kepada kesusahan adalah sedekah.

Kata-kata/nasihat yang baik juga adalah sedekah dan ia lebih baik dari bersedekah harta. Kata seorang pengajar..

Senang tetapi susah nak buat...sebab berkaitan hati. Bila hati faham segala yang ada hanya Allah punya, mudahlah untuk bersedekah.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 31-07-10 22:05


Hadis riwayat Anas bin Malik. Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar.Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang diberi kepadanya, ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi.' Para malaikat bertanya lagi,'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?'. Allah menjawab, 'Ada, iaitu air.' Para malaikat terus bertanya,'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?' Allah menjawab,'Ada,iaitu angin. Akhirnya, para malaikat bertanya,'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?' Allah yang Maha Perkasa menjawab, 'Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.'

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-10 12:16


paling baik...sedekah yang diberi tidak pernah diingati bahkan tidak ada sesiapa pula yang mengetahui....hanya Allah dan diri sendiri. setiap pemberian yang diusahakan untuk membantu seseorang dan disembunyikan demi menjaga keihklasan disisi tuhan pasti akan membuahkan kemanisan pada si penghulur bantuan...maka banyakkanlah sedekah, tapi sembunyikan dari pengetahuan org..

sekarang ramai yang bersedekah tapi ingin dilihat org....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 01-08-10 17:30


'Katakanlah kepada hamba hambamu yang beriman,'Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang terangan sebelum datang hari kiamat. Pada hari itu,tidak ada jual beli dan persahabatan.' (Ibrahim 31)
so sama ada sembunyi atau terangan paling baik setepatnya ialah ianya kerana Allah. Dalam Islam sedekah adalah perintah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 10:23


pengalaman saya bersedekah...lepas itu ada rezeki yang tak disangka2....even kita dapat sebungkus nasi free...itu kan dikira pembalasan yang baik...dari Allah..

harus diingat juga...pahala sedekah berterusan walaupun kita sudah mati....
ini lah saham akhirat yang bermakna....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 10:42


benar rakan ukhwah sekelian, seorang pakcik.. dalam wad kecemasan, koma dan doktor beritahu, nyawanya mungkin dalam beberapa tempoh, peratusan untuk pulih dan terus menjalani kehidupan, sangat nipis, berkat sedekah anaknya yang ingin melihat ayahnya sembuh...akhirnya, berjaya dikeluarkan dari hospital dan walaupun ayahnya masih dikerusi roda... syukur masih diberi kesempatan untuk bersama keluarga. Alhamdulillah, semuanya kembali baik.

Abang sepupu, accident lantas mengalami beberapa komplikasi pada urat kaki dan leher dikejarkan ke ICU, kemalangan yang menyebabkan urat di mulutnya turut bermasalah dan hampir sumbing... Alhamdulillah... dari sedekah keluarganya dan pendapatannya sendiri... beliau dikurniakan kesihatan yang baik.. dan kembali normal..semua itu barakah dari sedekah yang dikeluarkan... SubhanAllah..

banyak kisah yang boleh dibawa.. tetapi harus diingat satu perkara ini,

apabila kita diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan/derma...jangan sekali menangguh-nagguh..kerana boleh jadi bebanan dan umpama suatu hutang.. (boleh jadi tidak tenang, ada sahaja masalahnya) oleh itu selesaikanlah sesegera yang mungkin..ye.

lepas ini, jom kita mula bersedekah, tak kira kecil yang penting keikhlasan dan niat kita untuk membantu mengeluarkan hasil yang ada untuk tujuan mendapat redhaNya. InsyaAllah.. DIA Memandang akan setiap perbuatan dan perkara yang dikerjakan hambaNYA.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 10:51


ya.............mari kita bersedekah.....

saya nak bagi satu idea...jom kita beli kain pelikat dan sejadah banyak-banyak...

sedekah kat masjid2...so nanti bila ada orang gunakannya kita dapat pahala...betul tak sINAR Abadi?? ..andai kata 1000 org guna kain tu...tak ke dah banyak saham kita tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 11:12


betul, baik juga cadangannya, tapi lagi baik jika kita tak fikir pasal pahala kan...~

macam mana kalau ada yang mengira pahala..tapi hati dah sedikit terlalai dari mendapat redhNya? Jadi, buatlah kerana redha dan pandanganNya, itu lebih utama. (susahkan..kena biasakan..Allah Tahu hambaNya lemah, tapi kita ni kenalah practise and do it.)

InsyaAllah.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 02-08-10 19:30


Pada 02-08-10 11:12 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

betul, baik juga cadangannya, tapi lagi baik jika kita tak fikir pasal pahala kan...~

macam mana kalau ada yang mengira pahala..tapi hati dah sedikit terlalai dari mendapat redhNya? Jadi, buatlah kerana redha dan pandanganNya, itu lebih utama. (susahkan..kena biasakan..Allah Tahu hambaNya lemah, tapi kita ni kenalah practise and do it.)

InsyaAllah.


Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata, 'Ada golongan yang menyembah Allah kerana mahukan ganjaran. Inilah ibadah pedagang. Golongan yang lain pula menyembah Allah kerana takut. Inilah ibadah seorang hamba. Golongan seterusnya menyembah Allah kerana rasa syukur. Inilah ibadah orang yang merdeka.'

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 12:57


Pada 02-08-10 13:37 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

...tapi puan forum ini bukan berkenaan poligami tapi berkenaan 'sedekah'. Bulan Ramadhan semakin hampir, bukankah bagus kita berbicara isu sedekah ini. Jangan jangan puan tersalah lorong tak?


ya benar, saya tersalah posting. Komen saya untuk thread lain.....sudah pun saya ubah, terima kasih.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 13:20


Setuju, selalu bersedekah dan juga membantu orang, bila kita susah InsyaAllah, Allah akan bantu dan bagi jalan. Sedekah tak semestinya banyak, ikut kemampuan tapi janganlah bagi 10 sen dengan alasan ikhlas..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12231 saat. Lajunya....