Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 14 hari yang lalu
alongmina: 18 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
kasih_kekasih: 28 hari yang lalu
budakbesar: 35 hari yang lalu
azemi: 39 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Saya lebih baik dari awak !


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Saya lebih baik dari awak !

Please Mendaftar To Post


Oleh Saya lebih baik dari awak !

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 09:59


Setiap dari kita melakukan dosa atau kesilapan, itu adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Namun begitu, ada diantara kita melakukan lebih banyak dosa berbanding yang lain. Ada yang mencuri, ada yang tidak. Ada yang merokok, ada yang tidak. Ada yang melakukan suatu dosa yang berat, dan ada juga mereka yang tidak melakukannya. Disebabkan terdapatnya perbezaan tahap perbuatan dosa tersebut, maka terdapatnya ruang dan peluang untuk mereka yang tidak melakukan dosa merasakan dirinya lebih baik (daripada mereka yang melakukan dosa). Ya, artikel saya kali ini bukanlah ditujukan kepada pendosa, sebaliknya golongan yang merasakan dirinya lebih baik dari yang lain.

    Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam kitab Fathul Bari bahawa Hafs bin Humaid pernah bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak, katanya "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?". Ibn al-Mubarak berkata, "Perasaan itu lebih berat daripada dosa orang itu".


Diceritakan bahawa suatu ketika, Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama-sama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian, lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini". Nabi Isa a.s. tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu (si pelaku maksiat) dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku".

Kita semua dituntut supaya membenci perbuatan dosa. Namun begitu, membeci pelaku dosa dan beranggapan bahawa kita lebih baik atau dia (si pelaku dosa) lebih hina sebenarnya suatu kesalahan yang cukup besar, kerana perkara ini termasuk di dalam salah satu cabang kesombongan.

Belum tentu seseorang yang sering melakukan maksiat dan dosa besar akan ke neraka. Kalaupun dia melakukan banyak dosa sehingga memenuhi langit dan bumi sekalipun, ketahuilah bahawa dosanya mungkin diampunkan Allah kelak sekiranya dia bertaubat.

    Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani". (Surah al-Zumar 39:53)


Jika Allah SWT sendiri telah mengatakan bahawa Dia Maha Pengampun, maka siapalah kita untuk memandang hina mereka yang melakukan dosa. Sebaiknya, kita mendoakan mereka yang melakukan dosa dengan kata-kata seperti, "Moga-moga Allah memberi pentunjuk dan hidayah kepada si dia". Itu jauh lebih baik daripada kita memalingkan muka dengan rasa benci, kerana itu menyamakan kita dengan syaitan.

Ingat!!! Syaitan yang sekian lama melakukan ketaatan kepada Allah, dek kerana kesombongannya merasakan dia lebih baik berbanding Adam, dilaknat Allah SWT. Semua amalannya selama ini menjadi sia-sia. Adakah kita, dek kerana merasakan diri kita lebih baik berbanding seseorang, sanggup menurut jejak langkah syaitan dan mengulangi sejarah yang sama?

Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis (maksudnya):

    "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka dia dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" (Hadis riwayat al-Tirmizi).


Oleh itu, berhentilah daripada memandang hina mereka yang melakukan dosa, kerana setiap orang tidak terlepas daripada melakukan dosa atau kesilapan. Sebagai umat akhir zaman, kita dituntut supaya menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebaiknya, kita bimbing si pelaku dosa dengan cara yang berhikmah supaya kembali ke jalan yang benar. Doakan mereka agar mendapat hidayah Allah dan meninggalkan perbuatan dosa. Mudah-mudahan usaha kita akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 10:33


artikel yang baik..bagus dan menyedarkan ,,terime kasih...


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

  


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-10 16:27


thanks....tulisan yang baik..

saya tersentuh hati membaca majalah solusi bil 21, kisah Abu Bakar bila di beritahu bahawa Allah memuji kebaikan beliau, Abu bakar tidak gembira sebaliknya menangis. Rupanya bagi Abu bakar, beliau rasakan sebenarnya Allah bukan memuji Abu Bakar sebaliknya Allah memuji diri-Nya sendiri...lantaran kebaikan yang mampu dilakukan Abu bakar adalah dari kehendak dan kurnia Allah jua....maka dirinya berasa ' dia tidak ada apa-apa'.... subhanallah...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-10 20:29


salam...

thanks for this article.. i shared this articles with my friends.. kak myhoney... saya pernah mendengar bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar dengan amalan semua manusia.. nescaya lebih berat amalan abu bakar... subhanallah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 23-07-10 00:12


alhamdulillah such a good note ...semoga membr manfaat..

Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-07-10 00:49


Pada 22-07-10 20:29 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

thanks for this article.. i shared this articles with my friends.. kak myhoney... saya pernah mendengar bahawa jika ditimbang amalan Abu Bakar dengan amalan semua manusia.. nescaya lebih berat amalan abu bakar... subhanallah...


benar....baginda sendiri yang menyebutnya begitu. Bahkan baginda saw juga berkata jika baginda boleh memiliki kekasih maka Abu Bakar lah orangnya


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-07-10 15:58


Setiap insan ada kebaikan dan kelemahan. Mana yang kurang bantu perbaiki dan beri sokongan. Kebaikan yang ada berkongsi dan manfaatkan bersama. InsyaAllah.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-07-10 16:51


Pada 23-07-10 15:58 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Setiap insan ada kebaikan dan kelemahan. Mana yang kurang bantu perbaiki dan beri sokongan. Kebaikan yang ada berkongsi dan manfaatkan bersama. InsyaAllah.



Salam

Setuju, Kita sebagai hamba perlu saling nasihat menasihati dan berusaha untuk memperbaiki diri yang masih kurang dengan pengetahuan ilmu agama. :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 23-07-10 21:24


Kata Hasan AlBana 'Kita ada dua mata, satu untuk melihat kebaikan orang, satu lagi untuk melihat keburukan diri sendiri. Ada dua telinga, satu untuk mendengar kebaikan orang, satu lagi untuk mendengar keburukan diri sendiri.' Merasakan diri lebih baik itu ujub.

Bookmark and Share

  


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-07-10 23:06


Tidak pula pada penglihatan kita itu baik, tentu baik dan sempurna... dan tidak pula semestinya yang kita lihat banyak kekurangan itu suatu yang tidak ada harapan untuk perbaiki dan menjadi yang terbaik..


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

skhaty
Warga Rasmi
Menyertai: 24.07.2010
Ahli No: 40088
Posting: 4
Dari: kem terendak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-07-10 23:15


Alhamdulillah...thaks a lot.artikel ni boleh jadi muhasabah diri kita semua..aminn...


-----------------
Hiasi dirimu dengan amal dan iman.


Bookmark and Share

  


  Member Information For skhatyProfil   Hantar PM kepada skhaty   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-07-10 22:13


alhamdulillah,artikel yang baik dan dengan kiizinan dari allah mudah-mudahan mendapat kebaikan dan manfaat melalui artikel ini...syukran ya akhi...



Bookmark and Share

  


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-10 20:24


terima kasih atas artikel yang bguna ini..semoga kita semua dirahmati ALLAH..insyaALLAH


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

  


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

ellina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 10:11


terima kasih..banyak manfaatnya dr artikel ini..boleh menyedarkan kita semua. sebab kadang-kadang kita tak nampak dan tak rasa benda yang kita anggap remeh dan biasa, namun lebih dibenci oleh NYA.. nauzubillah hi min zalik..


-----------------
''jika asal benih baik gugur di sahara menjadi samudera...gugur di lautan pasti menjadi pulau...''


Bookmark and Share

  


  Member Information For ellinaProfil   Hantar PM kepada ellina   Pergi ke ellina's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 11:06


satu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya..
"wahai guru, bagaimana ingin menghapuskan sifat riya'? aku sangat takut segala amalan rosak binasa"
gurunya menjawab.. "ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hanya orang yang riya' tidak merasa dirinya riya' dan hanya orang yang berdosa tidak merasa dirinya berdosa, tingkatkan imanmu, dampingi para ulama' agar kamu sentiasa akan melihat akan dosa2mu"

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami :cry:



wallahua'lam..

Bookmark and Share

  


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 31-07-10 14:31


salam a'laik...bagus artikel ini.. ana bersyukur dapat membaca artikel seperti ini.. sesungguhnya kebaikan itu datang dari Allah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130825 saat. Lajunya....