Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-09-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43060

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 1 hari, 13 jam, 34 minit yang lalu
al-biruni03: 3 hari yang lalu
Swarig123: 10 hari yang lalu
marul: 13 hari yang lalu
mfy87: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Tips pelajar cemerlang


Carian Forum

Moderator: Admin, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Tips pelajar cemerlang

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips pelajar cemerlang

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-10 14:43


Bagi kebanyakan universiti awam di Malaysia, minggu ini merupakan antara minggu paling sibuk kerana minggu ini merupakan minggu kemasukan pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar baru ini biasanya akan melangkah masuk ke IPT dengan penuh bersemangat.

Setiap pelajar hadir membawa harapan besar untuk menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, mereka perlu tahu adab-adab atau cara untuk menjadi pelajar yang baik.

Berikut adalah suatu senarai semak tentang perkara-perkara yang patut diamalkan selagi seorang itu bergelar pelajar:

1. Pastikan niat masuk ke IPT atau belajar adalah untuk menjadi pelajar yang baik, bukannya untuk mencari kawan/pasangan/boyfriend/girlfriend atau sebarang tujuan lain. Setiap amalan/perbuatan bermula dengan niat. Jika baik/tepat niatnya maka Insya-Allah baik/tepatlah arah tujunya.

2. Jaga hubungan baik dengan Allah dan selalulah berdoa. Setiap apa yang berlaku itu adalah dengan keizinan dan kekuasaan Allah, termasuklah kejayaan dan semangat untuk belajar. Kalaupun seseorang itu berjaya tanpa hubungan baik dengan Allah, maka kejayaan itu mungkin kejayaan yang tiada keberkatannya, kejayaan yang memusnahkan.

3. Datang awal ke kelas/makmal/dewan kuliah, jangan lewat. Datang awal menyediakan minda untuk lebih mudah fokus kepada apa yang diajarkan.

4. Hormati pensyarah, walaupun anda rasa anda lebih bijak daripada pensyarah anda.

5. Duduk di hadapan, terutamanya bagi lelaki. Duduk sehampir mungkin dengan pensyarah kerana ini memudahkan anda untuk fokus. Mereka yang suka duduk di belakang akan mudah diganggu oleh pergerakan kawan-kawan mereka yang berada di hadapan sekaligus, menghilangkan daya tumpuan kepada pensyarah. Selain itu, duduk di hadapan juga memudahkan anda untuk bertanya kepada pensyarah jika anda ada sebarang kemusykilan.

6. Diawal semester, cuba dapatkan perancangan kuliah, atau senarai tajuk/bab yang akan diajar bagi subjek tersebut. Baca perancangan kuliah tersebut agar anda jelas tentang apa yang bakal dipelajari.

7. Jangan malu untuk bertanya. Bak kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". Begitulah juga halnya dengan menuntut ilmu. Malu bertanya sebenarnya musuh utama pelajar. Pertanyaan yang ringkas mungkin akan menjimatkan 1-2 jam masa anda untuk mengulangkaji.

8. Cuba untuk fahami apa yang di ajar di dalam kelas, ketika sesi kuliah sedang berlangsung. Memahami sesuatu yang diajar ketika sesi kuliah menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu meluangkan lebih masa untuk belajar perkara sama. Kalau apa yang diajar terlalu sukar untuk difahami, sebaiknya cuba dapatkan intipati atau 'general idea' tentang apa yang di ajarkan.

9. Jangan bertangguh untuk menyempurnakan sebarang tugasan yang diberi. Sikap suka bertangguh akan menyukarkan pelajar kerana tugasan lazinya bertambah apabila semester sampai ke penghujungnya. Mengumpulkan tugasan untuk dibuat pada saat-saat akhir akan menyebabkan tugasan tersebut dilakukan dengan 'cukup makan' atau ala kadar sahaja sekaligus, menjejaskan markah keseluruhan pelajar tersebut.

10. Belajar dari kesilapan. Tiada manusia yang tidak pernah buat kesilapan. Jika anda tidak mendapat markah yang memuaskan, cari punca kepada kesilapan tersebut dan atasinya. Antara kesilapan utama pelajar apabila mendapat keputusan yang teruk di dalam kuiz/ujian adalah untuk terus 'ignore' atau abaikan subjek tersebut, kononya, terlalu susah untuk dirinya dan lebih gemar untuk fokus kepada subjek-subjek yang lebih mudah. Ini suatu pendekatan yang salah! Sebaiknya, lebihkan masa untuk mengulangkaji subjek-subjek yang sukar berbanding subjek yang lebih mudah.



Sebenarnya, terlalu banyak petua untuk diterangkan dan disenaraikan. Cukuplah 10 tips untuk kali ini. Diharapkan agar tips-tips di atas dapat sedikit sebanyak membantu didalam usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Selamat belajar !

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

usaidUSAID
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2010
Ahli No: 39972
Posting: 26

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-07-10 23:09


teringat amalan nik nur madihah nik muhammad kamal:

menjaga aurat
solat tahajjud setipa malam
tak pernah tinggal puasa sunat tiap isnin & khamis sejak berumur 12 tahun
taat pada ibu bapa & guru

menitis air mata saya baca kisah beliau.semoga nik nur madihah sentiasa cemerlang dunia akhirat!

Bookmark and Share

  


  Member Information For usaidUSAIDProfil   Hantar PM kepada usaidUSAID   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 20-07-10 12:10


KEBERKATAN..
ilmu mesti mahu berkat ya...
kalau cemerlang saja tapi ilmu tak berkat kemungkinan pada masa akan datang ada masalah yang akan dihadapi..contohnya duit tak pernah cukup,masalah ditempat kerja dll...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

  


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 05:41


pelajar, tak kira di mana dia berada- sekolah rendah, menengah hatta universiti, tidak boleh memperlekehkan gurunya. Nescaya, ilmunya tidak sampai ke mana.


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

  


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092125 saat. Lajunya....