Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-11-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Alai_Syafa
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43068

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
RedPetunia: 20 jam, 23 minit yang lalu
sahabat_amin: 1 hari, 8 jam, 6 minit yang lalu
Gorodkovie: 3 hari yang lalu
Swarig123: 7 hari yang lalu
sunan-faqih: 12 hari yang lalu
ajefikrah: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 18 hari yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
owl_UM: 22 hari yang lalu
rasian: 25 hari yang lalu
a_zar81: 29 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: HAKIKAT VS SEBENARNYA.....


Carian Forum

Moderator: Admin
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» HAKIKAT VS SEBENARNYA.....

Please Mendaftar To Post


Oleh HAKIKAT VS SEBENARNYA.....

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 21:59


HAKIKAT VS SEBENARNYA.....

HAKIKATnya.....
Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadar "HAI" daripada si dia, ia sudah cukup untuk menenangkan hati anda.

SEBENARnya.....
Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


HAKIKATnya.....
Jangan jadi terlalu baik "saya akan merindui kamu". Jangan terlalu Mengambil berat "saya mungkin menyukai kamu". Jangan jadi terlalu 'sweet' "saya mungkin jatuh hati kepada kamu".

SEBENARnya.....
Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi si dia.


HAKIKATnya.....
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

SEBENARnya.....
Masa akan menentukan segalanya, jika si dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

HAKIKATnya.....
Jangan melarikan diri dari 'CINTA' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya, kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

SEBENARnya.....
Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita dan yang paling berharga ialah hatinya yang ikhlas.


HAKIKATnya.....
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah, bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,mungkin tiada lagi peluang kedua.

SEBENARnya.....
Masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu,atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.


HAKIKATnya.....
Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu ?" Jawab titis air mata kedua, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja".

SEBENARnya.....
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu saja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


HAKIKATnya.....
Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.

SEBENARnya.....
Bahagian 1 - Orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.
Bahagian 2 - Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya. Fikirkanlah.....


HAKIKATnya.....
Cinta itu membuat anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

SEBENARnya.....
Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.


HAKIKATnya.....
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

SEBENARnya.....
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu amat manis. Tetapi jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.


HAKIKATnya.....
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda Cuma kalah/kecewa jika anda bertangguh.

SEBENARnya.....
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa pentingnya dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga akan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain.


HAKIKATnya.....
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

SEBENARnya.....
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah. Dia layak mendapat cinta anda.


HAKIKATnya.....
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita di cipta untuk dipenuhi oleh jari-jari insan yang kita sayangi/cintai.

SEBENARnya.....
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

OLEH DARI ITU.....
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sedari. Apabila anda bercinta, ia bukan 'pasport' untuk anda DIFAHAMI tetapi ia adalah untuk anda MEMAHAMI.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MENGAMBIL ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda DIAMBIL.
Ia bukan 'pasport' untuk anda DIDENGARI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MEMINTA ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR, BERKORBAN DAN BERTOLAK ANSUR.
Ia bukan 'pasport' untuk anda BERKIRA-KIRA tetapi ia adalah untuk anda MENCINTAI.

Bookmark and Share

  


  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-07-10 18:56


salam hati suci..panjang berjela
terima qada dan qadarnya
daripada allah kita datang kepadaNya kita kembali..redha dengan apa yang terjadi,memohon diberi pahala atas reda dan digantikan dengan yang lebih baik,amin..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-07-10 07:36


:-) rasa macam menyukai seseorang .. tapi tak berani nak move on sebab sebelum ni, dah pernah 'reject' org tu .. Adui .. Hakikatnya... "Saya meminati awak, F" ..


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

  


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

ridhuan-ajmain
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.10.2009
Ahli No: 37967
Posting: 26
Dari: Dari ALLAH Kita Datang & kepada ALLAH Jua Kita Akan D Kembalikan, untuk D Hisab segala Kerja buat

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-10 18:34


HAKIKATnya.....
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

SEBENARnya.....
Masa akan menentukan segalanya, jika si dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

SO NICE....
" S "

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridhuan-ajmainProfil   Hantar PM kepada ridhuan-ajmain   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 18:37


HAKIKATnya.. hati & diri tiada daya melawan penentuanNya,

SEBENARNYA.. mungkin itu terbaik dari Allah dan perancanganNYA,

MAKA.. terimalah seadanya dan bahagialah selagi bersama.
Bila dah tiada, tiada lagi bermakna.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

arnabputih
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39621
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-07-10 20:01


apa ke bendenya "F".. dan "S" tu?

nak kata hakikat, dah itu yang kita fikir..tidak semuanya menjadi, sebenarnya pula kita harus akur dengan ketentuan Pencipta. Terima ajalah. Syukur dan Redha, prinsip dan asas utama!

Bookmark and Share

  


  Member Information For arnabputihProfil   Hantar PM kepada arnabputih   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110167 saat. Lajunya....