Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61

  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu

Copy & Paste
Topik: SIHIR PIALA DUNIA 2010

Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» SIHIR PIALA DUNIA 2010

Please Mendaftar To Post

Oleh SIHIR PIALA DUNIA 2010

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 21-06-10 12:42

SIHIR PIALA DUNIA 2010

Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun - 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah ’pola hidup’ manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau‘melaraskan’ jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk ‘merasakan’ suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium.

Dari segi sejarah, bola sepak Piala dunia pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. Piala Dunia pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara non-muslim. Tuan rumah Uruguay keluar sebagai juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.

Sihir Bola Sepak

Piala Dunia ibarat sebuah sihir yang nyata. Gara-gara bola, ramai orang boleh lupa akan penderitaan diri sendiri, apatah lagi penderitaan orang lain. Setidak-tidaknya buat sementara waktu segala penderitaan seolah-olah tiada dan tidak pernah ada. Mereka tidak peduli lagi dengan isu-isu yang berlaku di luar bola. Kalau ada pun yang peduli, jumlahnya hanya sedikit sahaja. Sihir bola sepak merasuk jauh ke dalam diri manusia sehingga ke peringkat wujudnya manusia yang meng‘agama’kannya. Di beberapa negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton pertandingan walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang ‘lebih redha’ menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi ‘Tuhan’ baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai ‘Tuhan’. Dan diberitakan bahawa pengikut ‘agama’ Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 –hari lahirnya Maradona- ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan ‘10 Perintah Tuhan’ ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10’s, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Tuhan’.

Sihir bola memang luar biasa. Dahulu pemain Argentina Lionnel Messi disamakan dengan Jesus, kerana jasanyalah Barcelona telah mengalahkan Arsenal. Yang menyamakannya tidak lain adalah pelatih Argentina sendiri, Diego Maradona. Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak masuknya Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia 1998. Stadium-stadium bola sepak di negara Arab selalu penuh dengan penonton dengan masing-masing mempunyai kelab kesukaan (favourite club) masing-masing. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!

Kapitalisme Di Sebalik Piala Dunia

Kali ini (2010), giliran Afrika Selatan pula untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bola sepak terbesar dunia ini. Sekali fikir, sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis? Semua tahu bahawa Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis global berkulit putih inilah kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.

FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. “FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia”, keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Pila Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta. Sebuah headline media setempat menulis judul besar “Welcome to the Republic of FIFA” (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.

Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan ‘hadir’ sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi ‘pengusaha’ judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan ‘usaha baik’ Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!

Sukan Menurut Islam

Suatu hal yang kita dapat menduga akan berlaku di sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini adalah, bukan hanya akan terjadi perlawanan bola sepak semata-mata, malah yang jauh lebih besar dari itu, akan terjadinya kemaksiatan dan ‘kesyaitanan’. Judi, arak, pelacuran, perzinaan dan sebagainya akan menyelebungi bumi Afrika Selatan itu. HIV/AIDS mungkin akan meningkat berlipat kali ganda memandangkan fakta bahawa Afrika Selatan sememangnya tergolong dalam negara dengan pengidap HIV/AIDS terbesar di dunia. Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali ‘kepuasan sementara’. Malah sebenarnya boleh terjadi kerugian darinya kerana ternyata banyak masa dan tenaga umat Islam dicurahkan untuk bola. Ramai di kalangan umat Islam yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyaksikan perlawanan bola, masa yang sama yang tidak sanggup digunakan untuk hadir di kelas-kelas agama. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun malam untuk menghadap bola sepak, hal yang sama tidak sanggup dilakukan untuk bertahajud menghadap Allah.

Bola sepak merupakan suatu permainan atau ‘lahwun’. Lafaz lahwun terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda,

“Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun” .

Lahwun di sini membawa maksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan selama mana tidak ada unsur haram di dalamnya. Kebolehan ini juga dibatasi selama mana tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajipan. Manakala jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW,

“Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri” .

Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik .

Dalam hal ini, Imam As-Syathibi menyatakan, “Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah (boleh) asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang.” Selanjutnya beliau juga menambahkan, “Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Di sebalik Piala Dunia yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...”.

Justeru, berhati-hatilah wahai kaum Muslimin agar kalian tidak terkena sihir bola sepak ini sehingga menjauhkan kalian dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu, yakni Daulah Khilafah, adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha halangi selama ini dan mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula Daulah Khilafah dan Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita akan dapat menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!

www.mykhilafah.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-06-10 14:16

!!! QUOTE !!!

Justeru, berhati-hatilah wahai kaum Muslimin agar kalian tidak terkena sihir bola sepak ini sehingga menjauhkan kalian dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan.

nak buat bagaimana, dunia tengah 'berlawan bola'.. semua tengah demam bola....pak-pak ustaz pun demam bola.Harap mereka tidak demam iman gara-gara deman bola....

nak dikempen supaya menahan atau langsung menghalang dari menonton pertandingan bola terutama di kaca TV, macam keterlaluan pula,...cuma bimbinglah ahli keluarga, masyarakat supaya berpada-pada dan menonton sekadarnya saja. Pada saya sukan bola adalah kegemaran kebanyakan pemuda dan ia riadah yang baik juga. jika kesesuaian dengan tuntutan agama dapat diusahakan saya rasa ia sukan yang tidak ditentang oleh agama kita.

cumanya untuk kejohanan piala dunia, ia sebenarnya mencetuskan satu fenomena sehingga dikaitkan dengan situasi demam bola....saya rasa satu usaha yang baik jika dapat dibawa peringatan supaya kita tidak leka dan terlalu memuja kejohanan tersebut .

saya setuju memang ada penyuburan nasionalisme menerusi pertandingan bola ni...saya juga yakin...bola ni juga antara agenda yahudi dan musuh Islam nak melemahkan dan melekakan ummat Islam.......maka ummat Islam perlu diberi peringatan.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-06-10 14:19

untuk semua 'keburukan' yang tersurat maupun yang tersirat disebalik acara 'bola piala dunia' ni.... apa tindakan terbaik kita ??? pandangan wuzara macamana ?

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 21-06-10 20:39

subhananllah... kalau lah mereka ni sedar.. erm.. isu palestin tu memang da tolak tepi... silap hari bulan habis saja FIFA palestin tergadai sana sini...

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-06-10 21:34

Pada 21-06-10 20:39 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

subhananllah... kalau lah mereka ni sedar.. erm.. isu palestin tu memang da tolak tepi... silap hari bulan habis saja FIFA palestin tergadai sana sini...

hmmm macam tu lah....bola ni telah tenggelamkan isu-isu lain yang lebih penting.... dengar ceritanya ada misi kemanusiaan lain sedang di atur untuk ke Gaza Julai nanti...tu pun ditenggelamkan oleh bola.

tadi Portugal kenduri gol ke atas korea utara...bencinya rasa, imperialis yang pertama menjajah tanah airku nampaknya sakan beraya gol malam ni...benci ! tengok muka c.ronaldo pun terasa macam tengok muka alfonso D albuqarque...benci...harap Brazil yang pernah berjasa kerana getahnya brazillian pertama kali di tanam di kuala kangsar dulu akan membenamkan Portugal nanti...go Brazil go.... alamak...alamak, saya pun demam bola jugak ke ni...oh tidakkk

bola dari kacamata cikgu sejarah lagu tu lerrr.......ke guano?? 8-)

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 00:09

syukran jazilan kathira wuzaraa atas perkongsian info ni... harap-harap antara kita tak tersihir sama lah ya...

Bookmark and Share

  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 07:34

lama dulu ikut ceramah 'cabaran umat Islam masa kini'. Menurut penceramah itu ada 3S: Sains, sukan, seks. Oleh sebab penceramah hanya bercakap sikit pasal sains dan sukan dan selebihnya bercerita panjang lebar pasal seks sampai ke bilik mandi..

sekarang baru saya lebih faham bagaimana sukan menjadi cabaran kepada umat Islam.

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 10:23

Pada 23-06-10 07:34 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

lama dulu ikut ceramah 'cabaran umat Islam masa kini'. Menurut penceramah itu ada 3S: Sains, sukan, seks. Oleh sebab penceramah hanya bercakap sikit pasal sains dan sukan dan selebihnya bercerita panjang lebar pasal seks sampai ke bilik mandi..

sekarang baru saya lebih faham bagaimana sukan menjadi cabaran kepada umat Islam.

hmmm...kalau masa belajar pengurusan dulu ada teori pengurusan jepun, 5S - seiri, seiton, seiso, seiketso, sitshuke. Tapi dalam protokol ke 10 yahudi, muslim akan cuba dilekakan dengan 4s (seks, sport, smoke, songs) dan 4f ( fun, female , fashion, food )....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 12:31

...kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 15:35

Pada 23-06-10 12:31 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

...kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

InsyaAllah, mudah-mudahan kitalah golongan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran itu :bunga:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 19:32

alhamdulillah..saya jarang di sihirkan dengan menonton sukan..tak ada maknanya nak berjaga mlm besengkang mata... Kalau tengok pun tak lah fanatik sangat...malah Kalau tengok pun time final...yang biasa-biasa ni tak payah lah korban masa tu...

tu baru sukan.. belum lagi bab hiburan...tu pun lagi da lama tersihir...

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-06-10 11:33

Pada 23-06-10 19:32 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah..saya jarang di sihirkan dengan menonton sukan..tak ada maknanya nak berjaga mlm besengkang mata... Kalau tengok pun tak lah fanatik sangat...malah Kalau tengok pun time final...yang biasa-biasa ni tak payah lah korban masa tu...

tu baru sukan.. belum lagi bab hiburan...tu pun lagi da lama tersihir...

benar tu.....kawalan kena ada...
saya layan juga bola ni.......sukan adalah sebahagian dari minatb saya. Pernah jadi school player untuk hoki, netball dan pingpong dulu...maka kalau musim sukan, memang saya tonton juga.
Tapi iman menjadi pembatas dalam melayani kegemaran kita. Saya tonton perlawanan yang awal macam Nigeria dengan USA mlm tadi :-D sakit tekak tempik kat Algeria yang main hampeh sungguh :lol: ...keeper saja yang nak main bola, yang lain nak main kasar....hahaha..

tapi kalau tayangan tengah malam atau awal pagi baik tok sah lah....tidur lagi baik. Kalau mata tak pernah dapat berkorban untuk bersekang bagi urusan munajat dan taqarrub kat Allah tapi tiba-tiba nak bersekang dan berjaga bagi menonton bola...itu 'lagha' namanya.

yang penting tak pa demam bola jangan demam iman sudah lah...jangan kira masuk gol saja, tapi ambil kira masuk waktu solat juga.....:lol: :lol:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

daLL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 24-06-10 21:37

cikgu suka main bola..hari hari cikgu main bola...hihihi..pada cikgu-cikgu jangan sampai esok nak mengajar pun mata merah sebab stay up tengok bola...

-----------------
>

Bookmark and Share

  Member Information For daLLProfil   Hantar PM kepada daLL   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 24-06-10 21:56

salam..terima kasih atas nota diatas..barulah tahu serba sikit pasal fifa ni..harap diriku dan antum semua tidak terjebak dengan demam bola ni..

-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM

Bookmark and Share

  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 25-06-10 11:11

cuba tengok reaksi org yang menonton bola, guane rupanye??
macam-macam reaksi ada.. lucu pulak... kalau time gol tu, gamat kejap suasana... huhu...

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 26-06-10 00:16

buang karan saja nengok bola...bukannya ada manfaat/mudharat pun untuk hidup kita....ngeh ngeh ngeh... silap-silap semua game buki dah set. Team2 power banyak yang dah bungkus, macam ada makna saja... Maklumla, WC tahun ni ekonomi donia lembap, macam tau2 pulak, afrika selatan pulak dapat jadi tuan rumah zaman WC malap ni. ngeh ngeh ngeh.... :lucu:

-----------------
sepi itu indah

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 00:57

Pada 26-06-10 00:16 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!

buang karan saja nengok bola...bukannya ada manfaat/mudharat pun untuk hidup kita....ngeh ngeh ngeh... silap-silap semua game buki dah set. Team2 power banyak yang dah bungkus, macam ada makna saja... Maklumla, WC tahun ni ekonomi donia lembap, macam tau2 pulak, afrika selatan pulak dapat jadi tuan rumah zaman WC malap ni. ngeh ngeh ngeh.... :lucu:

buang karan ke?... tak pa lah, sambil lipat kain baju kito tengok bola... :-D boleh lah ...janji solat dah selesai, kerja-kerja utama tak terbengkalai...

sayo tengoh tengok german lawe england...adoi lah, terok jugok german bantai england .... blup blup sumbat gol, seghupo mee celop ... hehehehe......

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 09:02

Kekadang pelik juga kita ni. Mereka menyokong dan bersorak atas sebab tertentu. Antaranya, pasukan yang disokong ialah negara mereka, negara asal ibu atau bapa mereka, negara belah isteri mereka, negara datuk moyang mereka atau paling tidak negara yang pernah mereka tinggal beberapa tahun. So apa alasan kita menyokong dan bersorak seperti mereka? Atau kita bangsa yang mudah lupa diri. Atau kita yang jenis suka ikut ikut apa saja yang mereka lakukan?

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 28-06-10 10:07

Pada 21-06-10 14:19 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

untuk semua 'keburukan' yang tersurat maupun yang tersirat disebalik acara 'bola piala dunia' ni.... apa tindakan terbaik kita ??? pandangan wuzara macamana ?

bersukan tidak salah asalkan tidak melalaikan... so jangan kondem orang-orang yang tengok bola...

Daripada tengok cerita budaya kuning, kan lebih baik mereka tengok bola...

tak ke begitu....?

Manalah tahu sebelum atau selepas tengok bola mereka akan buat tahajjud pula...

Dan insyaallah satu masa nanti akan digunakan waktu itu sebagai qiamullail sepenuhnya pula...

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 28-06-10 10:28

Pada 28-06-10 10:07 , biru-putih posting:Pada 21-06-10 14:19 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

untuk semua 'keburukan' yang tersurat maupun yang tersirat disebalik acara 'bola piala dunia' ni.... apa tindakan terbaik kita ??? pandangan wuzara macamana ?

Jika Khilafah tertegak, mungkin ini adalah World Cup yang terakhir. :)

Kita perlu faham world cup bukan sekadar permainan bola sepak, GP Moto bukan sekadar perlumbaan motor, F1 sekadar perlumbaan jentera enjin. Hakikat sebenar, World Cup bukan sekadar lahwun tetapi lebih dari itu ia adalah Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) yang dicipta sebagai sebuah cara hidup sistem kufur hari ini, ia bukan sesuatu yang selari dari Islam. Maka, yang halal tetap halal yang haram tetap haram.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 11:43

Saya bermain bola bersama anak-anak setiap pagi minggu jam 7-8 am. Selain dari 'salahsatu' cara saya meluangkan masa bersama keluarga dapat juga mengeluarkan peluh.

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 15:24

Pada 28-06-10 09:02 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

Kekadang pelik juga kita ni. Mereka menyokong dan bersorak atas sebab tertentu. Antaranya, pasukan yang disokong ialah negara mereka, negara asal ibu atau bapa mereka, negara belah isteri mereka, negara datuk moyang mereka atau paling tidak negara yang pernah mereka tinggal beberapa tahun. So apa alasan kita menyokong dan bersorak seperti mereka? Atau kita bangsa yang mudah lupa diri. Atau kita yang jenis suka ikut ikut apa saja yang mereka lakukan?

sokong sebab itu sukan....sorakan sebab itu juga sukan....ada ke perlawanan sukan kita tengok macam tengok drama swasta ?

saya tahu, org memandang bolasepak piala dunia ni atas pelbagai sentimen, ...sehingga kepada sejarah asal permainan bola yang dikaitkan dengan kepala saidina Ali yang disepak2 selepas pembunuhannya....wallahuallam.

entah, saya sekadar sukakan sukan...apa saja sukan yang munsabah, ditonton atas tujuan yang munasabah, atas waktu yang munasabah dan juga secara munasabah.Kalau tidak kerana piala dunia, ada perlawanan bola di TV yang sempat saya tengok saya tengok juga...tu saja.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 15:28

Pada 28-06-10 11:43 , faqir_imara posting:

!!! QUOTE !!!

Saya bermain bola bersama anak-anak setiap pagi minggu jam 7-8 am. Selain dari 'salahsatu' cara saya meluangkan masa bersama keluarga dapat juga mengeluarkan peluh.

faqir,
saya main pingpong dengan anak-anak hampir saban petang...kadang sempat cabar suami kalau dia pulang kerja awal....selain keluarkan peluh , seronok dapat tumpaskan depa....terutama suami yang main pingpong mesti nak tunjuk eksen dengan saya... :-D ...depa tak tahu 'kehebatan' umi depa ... huh!

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 15:34

Pada 28-06-10 10:28 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-06-10 10:07 , biru-putih posting:Pada 21-06-10 14:19 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

untuk semua 'keburukan' yang tersurat maupun yang tersirat disebalik acara 'bola piala dunia' ni.... apa tindakan terbaik kita ??? pandangan wuzara macamana ?

Jika Khilafah tertegak, mungkin ini adalah World Cup yang terakhir. :)

Kita perlu faham world cup bukan sekadar permainan bola sepak, GP Moto bukan sekadar perlumbaan motor, F1 sekadar perlumbaan jentera enjin. Hakikat sebenar, World Cup bukan sekadar lahwun tetapi lebih dari itu ia adalah Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) yang dicipta sebagai sebuah cara hidup sistem kufur hari ini, ia bukan sesuatu yang selari dari Islam. Maka, yang halal tetap halal yang haram tetap haram.

maknanya haram menonton tv siaran perlawanan bola piala dunia ni ?...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 17:07

ooo sokong kerana sukan bukan pasukan. mana-mana pasukan yang jaringkan goal kenalah sorak. Baru saya faham.

Bookmark and Share

  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 28-06-10 18:28

Pada 28-06-10 15:34 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-06-10 10:28 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-06-10 10:07 , biru-putih posting:Pada 21-06-10 14:19 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

untuk semua 'keburukan' yang tersurat maupun yang tersirat disebalik acara 'bola piala dunia' ni.... apa tindakan terbaik kita ??? pandangan wuzara macamana ?

Jika Khilafah tertegak, mungkin ini adalah World Cup yang terakhir. :)

Kita perlu faham world cup bukan sekadar permainan bola sepak, GP Moto bukan sekadar perlumbaan motor, F1 sekadar perlumbaan jentera enjin. Hakikat sebenar, World Cup bukan sekadar lahwun tetapi lebih dari itu ia adalah Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) yang dicipta sebagai sebuah cara hidup sistem kufur hari ini, ia bukan sesuatu yang selari dari Islam. Maka, yang halal tetap halal yang haram tetap haram.

maknanya haram menonton tv siaran perlawanan bola piala dunia ni ?...

Ish, saya ingat tak payah spesifikkan dah faham.
Kembalikan kepada hukum menonton televisyen/imej.
Hukum asal melihat imej adalah harus selagi tiada dalil yang mengharamkan.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-06-10 22:29

Pada 28-06-10 18:28 , wuzaraa posting:

tak faham tu lah orang tanya.....nak berlapik-lapik pulak.....cakap saja lah...ni yang awak tulis kat sini lagi berkias .... saya tanya tonton bolasepak piala dunia haram ke?...bukan tanya hukum tengok TV...

anda tak tengok bola piala dunia ni?....
saya tak percaya peminat ragbi tak tengok bola
saya tak percaya peminat ragbi tengok imam muda saja
saya tak percaya...tak percayaaaa

jadi sebab tu saya tanya....

saya ulang tanya ....tengok bola piala dunia haram ka??? jawab lurus / spesifik saja soalan saya...bukan semua perkara kena consider saya dah faham semua . .. huh!

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 29-06-10 10:58

Pada 28-06-10 22:29 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

anda tak tengok bola piala dunia ni?....
saya tak percaya peminat ragbi tak tengok bola
saya tak percaya peminat ragbi tengok imam muda saja
saya tak percaya...tak percayaaaa

Menonton world cup di televisyen hukumnya mubah sahaja. Tetapi terlibat dengan penganjuran jelas hukumnya haram, termasuk menonton di stadium. World cup ke, LIga Perdana TM Piala Malaysia ke, sama saja hukumnya, lahwun munazzhamun.

p/s: Saya pun main bola sepak lah, dulu-dulu lah..... full back daerah lagi. :) Tapi ping pong, bola jaring memang saya tak pandai...

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 29-06-10 16:44

inilah yang saya nak dengar...anda mengaku yang anda juga menonton perlawanan bola world cup kat TV .... :D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 29-06-10 16:54

Pada 29-06-10 16:44 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

inilah yang saya nak dengar...anda mengaku yang anda juga menonton perlawanan bola world cup kat TV .... :D

bila pulak saya kata saya tengok?
saya katakan pemahaman saya adalah harus. tetapi saya tidak beri kenyataan menonton atau tidak.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 30-06-10 13:59

Pada 29-06-10 16:54 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-06-10 16:44 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

inilah yang saya nak dengar...anda mengaku yang anda juga menonton perlawanan bola world cup kat TV .... :D

bila pulak saya kata saya tengok?
saya katakan pemahaman saya adalah harus. tetapi saya tidak beri kenyataan menonton atau tidak.

ya lah tu wak labu......apa-apa saja lah...macam hangin saja, apa hal???

sama ada awak cover atau memang betul tak menontonnya...up to you lah. Benda belakang tabir ni tak patut lah saya nak 'bersunggoh'., lagi pun ia tak penting. Yang penting hok ini..

!!! QUOTE !!!

Menonton world cup di televisyen hukumnya mubah sahaja. Tetapi terlibat dengan penganjuran jelas hukumnya haram, termasuk menonton di stadium. World cup ke, LIga Perdana TM Piala Malaysia ke, sama saja hukumnya, lahwun munazzhamun.

perkara yang saya nak tahu dah jelas kat sini....ok lah itu

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 30-06-10 15:27

Pada 30-06-10 13:59 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

ya lah tu wak labu......apa-apa saja lah...macam hangin saja, apa hal???

sama ada awak cover atau memang betul tak menontonnya...up to you lah. Benda belakang tabir ni tak patut lah saya nak 'bersunggoh'., lagi pun ia tak penting. Yang penting hok ini..

Issyy... mana ada hangin.
Perkara yang harus, tak perlu nak cover pun. Cuma tak patut lah buat andaian untuk orang lainkan.

!!! QUOTE !!!

Menonton world cup di televisyen hukumnya mubah sahaja. Tetapi terlibat dengan penganjuran jelas hukumnya haram, termasuk menonton di stadium. World cup ke, LIga Perdana TM Piala Malaysia ke, sama saja hukumnya, lahwun munazzhamun.

perkara yang saya nak tahu dah jelas kat sini....ok lah itu

bagus... bagus.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 30-06-10 15:28

menonton di stadium haram sebab apa? ..........

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-07-10 15:53

Pada 30-06-10 15:28 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

menonton di stadium haram sebab apa? ..........

mungkin duit tiket tu langsung digunakan untuk ' pembangunan sukan' berkenaan, tu yang tabole.... :berfikir:

tak pa, kita tunggu ustaz wuzara jawab.. :

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 21-07-10 21:59

World Cup dah habis tapi sihirnya masih melekat lagi..di sana sini masih ramai yang cerita pasal world cup..masih ramai lagi yang frust sebab fav team tak menang...dan yang paling frust, sesal tak sudah tentula si kaki judi...

-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen

Bookmark and Share

  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.137338 saat. Lajunya....