Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jangan dedahkan dosa dan aib diri sendiri


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jangan dedahkan dosa dan aib diri sendiri

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan dedahkan dosa dan aib diri sendiri

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 10:23


Petikan ringkas dari artikel asal ustaz Zaharuddin bertajuk 'jangan promosi dosa dalam facebook dan blog'



Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata:" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma .

Jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat . Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengaburi mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla."

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan .

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan . Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan:

Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya .


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2010
Ahli No: 39992
Posting: 31

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 10:49


salam...
kenapa kita nak bgitau kat org apa yang boleh memalukan kita...
sepatutnya kita berdoa kepada ALLAH..
supaya ampunkan dosa2 kita itu...
:(

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluarga88Profil   Hantar PM kepada permata_keluarga88   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 11:12


Bismillah
Salam

Semoga dalam rahmat dan kasi sayang Allah sentiasa. Syukran ukhti sakinah, penjelasan yang baik.

Persoalan; untuk apa dibuka keaiban dan dosa sendiri kepada umum? apakah ianya menjamin keselamatan dan memberi ruang supaya hati diperbaiki. Rasanya bukan hipokrit untuk menutup ini...sebaliknya muhasabah kembali akan dosa yang dilakukan. Perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...semua manusia mampu menjadi yang terbaik... kerana manusia itu dipilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Tiada yang sempurna tiada juga yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan. dengan kesilapan yang lalu mengajar hidup untuk lebih berhati serta menjadi pengajaran ke arah yang lebih baik.


Sayidina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, Adakah umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda: "Ada, iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis."



Cukuplah Hanya Allah Mengetahui keaiban/dosa/kekurangan kamu...bukan yang lain dariNya. Dengan pengabdian seluruh jiwa dan kehidupan kamu kepadaNya, mudah-mudahan ia dapat menenteramkan hatimu.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 11:56


Pada 17-06-10 11:12 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillah
Salam

Semoga dalam rahmat dan kasi sayang Allah sentiasa. Syukran ukhti sakinah, penjelasana yang baik.

Persoalan; untuk apa dibuka keaiban dan dosa sendiri kepada umum? apakah ianya menjamin keselamatan dan memberi ruang supaya hati diperbaiki. Rasanya bukan hipokrit untuk menutup ini...sebaliknya muhasabah kembali akan dosa yang dilakukan. Perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...semua manusia mampu menjadi yang terbaik... kerana manusia itu dipilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi. Tiada yang sempurna tiada juga yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan. dengan kesilapan yang lalu mengajar hidup untuk lebih berhati serta menjadi pengajaran ke arah yang lebih baik.


Sayidina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, Adakah umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda: "Ada, iaitu orang yang mengenang-ngenag dosanya lalu dia menangis."



Cukuplah Hanya Allah Mengetahui keaiban/dosa/kekurangan kamu...bukan yang lain dariNya. Dengan pengabdian seluruh jiwa dan kehidupan kamu kepadaNya, mudah-mudahan ia dapat menenteramkan hatimu.


Assalamualaikum

Setuju. Sebaiknya sebagai hamba perlulah memohon keampunan kepada Allah s.w.t agar dosa-dosa lalu diampunkan dan jangan mengulangi dosa lalu. Ambil sebagai iktibar dan pengajaran pada masa akan datang.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 11:59


Pelik juga zaman sekarang ni, Ramai pula yang gemar promote sesuatu benda kat laman FB, Tak kira apa benda dan sebagainya. Kalau benda tu baik eloklah tapi kalau sebaliknya...


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 12:00


!!! QUOTE !!!

Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya .


benar, pintu taubat itu terbuka luas kepada manusia sebelum tiba ajalnya. Maka keaiban janganlah dibuka kepada umum.

Hatta saya pernah mendengar bagi pesalah zina, dia bolleh menyembunyikan perbuatannya sekiranya tiada yang mengetahuiS dan hendaklahdia bertaubat serta benar-benar memohon ampun kepada Allah.. Sebab itu antara hikmahnya pelaksanaan hukum hudud keatas muslim khususnya untuk kesalahan zina sangatlah teliti dan begitu cermat terutama dalam hal persaksian. Hukumannya sangat berat dan tidaklah mudah mensabitkan pesalah zina jika tidak cukup syaratnya. Maka bagi yang terlepas dari hukuman dunia kerana kekurangan syarat sedangkan dia mungkin benar bersalah diharap mengambil peluang untuk bertaubat dan menyucikan dosanya.

memang dosa atau keaiban tidaklah pantas dibuka kepada umum apatah lagi untuk di bangga banggakan. Ada yang disentuh dalam tulisan ustaz zaharudin tentang f/book ini ialah tentang gambar-gambar yang dimuatkan. Ada dikalangan rakan lama yang tag gambar rakan muslimahnya yang dulunya dalam keadaan menutup aurat tapi sekarang sudah mendedahkannya. maka muslimah ni bangga pula mengatakan 'itu zaman sucinya dulu, atau zaman 'warak' atau zaman skema dan macam-macam 'penghinaan' untuk 'waktu lampaunya yang lebih baik....saya kira ini sungguh memalukan bagi seorang muslimah mempunyai perasaan yang sedemikian.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-10 20:00


sentiasa memperbaiki diri...bukan mendedahkan dosa sendiri... :oops:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-10 06:30


Sebenarnya artikel itu juga menyentuh:


Filem, Drama Dan Dosa

Dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.


DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya .

Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontonan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-10 06:37


Pada 17-06-10 10:49 , permata_keluarga88 posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
Kenapa kita nak bgitau kat org apa yang boleh memalukan kita...
sepatutnya kita berdoa kepada ALLAH..
supaya ampunkan dosa2 kita itu...
:(



kadang-kala berlaku dengan tidak sengaja atau tidak disedari. contohnya kerana dengan sengaja mahu buka dan ceritakan keaiban orang lain, aib sendiri pun terpaksalah turut dibuka.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

permata_keluarga88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2010
Ahli No: 39992
Posting: 31

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-10 19:40


"kadang-kala berlaku dengan tidak sengaja atau tidak disedari. contohnya kerana dengan sengaja mahu buka dan ceritakan keaiban orang lain, aib sendiri pun terpaksalah turut dibuka."

rmmm itu betul....sebab kita semua tak semestinya sempurna 100%
termasuk saya.....
tapi kita hendaklah berhati-hati dalam membicarakan sesuatu hal itu...
betul tak....
jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain sehingga lupa kekurangan diri sendiri.....

p/s maaf kalau ada salah silap....

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_keluarga88Profil   Hantar PM kepada permata_keluarga88   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-06-10 18:19


betullah..ana setuju dengan pendapat antum semua.. laman sosial ni baik ke tak ye??? boleh minta pendapat antum???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

usaidUSAID
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2010
Ahli No: 39972
Posting: 26

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 00:01


semua benda, selain yang diharamkan adalah natural.sama lah dengan laman sosial...kalau baik cara jadi lah macam ukhwah.com ni
tak terkira ilmu pengetahuan dapat kita kongsi dengan orang lain

kalau kita corakkan dia sebagai jadi laman tambah dosa jadi lah dia segai laman "so sial"
hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For usaidUSAIDProfil   Hantar PM kepada usaidUSAID   Quote dan BalasQuote

usaidUSAID
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2010
Ahli No: 39972
Posting: 26

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 00:04


saya pelik dengan perempuan zaman sekarang. semua gambar nak letak dekat fb semua aktiviti nak report kat fb. sampai gambar masak cekodok cuci longkang tunggu lrt semua letak kat fb. harap kat ukhwah.com ni tak ada lah perempuan2 sebegitu

sisters semua jangan marah ye..ini kenyataan, betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For usaidUSAIDProfil   Hantar PM kepada usaidUSAID   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 11:39


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Betul atau tidak.. muslimin atau muslimah. Rasionalnya mungkin untuk mudah dikenali, tapi jika dah ramai yang melihat, tak mungkin ke boleh jadi fitnah dan bahan sebaran. Jadinya tak perlu diletakkan gambar pada pandangan umum. Sekadar pendapat. Bersama renungkan.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111896 saat. Lajunya....