Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 226
Ahli: 0
Jumlah: 226




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Sejauh Mana Halal makanan harian kita???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Sejauh Mana Halal makanan harian kita???

Please Mendaftar To Post


Oleh Sejauh Mana Halal makanan harian kita???

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 13:38


assalamualaikum

saya teringin sekali untuk bincangkan perkara ini.
sekiranya saya ahli parlimen memang perkara ini dulu saya akan bangkitkan.

sejauh mana halalnya makanan di Malaysia kita???

saya bukan nak pertikaikan JAKIM atau HDC (halal development Coorporation).tetapi ini semua atas dasar pengalaman saya bekerja di sektor swasta iaitu sebuah syarikat pemporsesan makanan.

sewaktu bekerja,saya di dalam bidang hub halal untuk produk2 syarikat tersebut.dan mengendalikan proses permohonan sijil halal dan pembaharuan sijil.dan saya juga hampir hari2 melihat dan merasa bahan2 yang terilbat di dalam pmbuatan makanan terutama yang instant atau yang segera di dalam pack.

dari apa yang saya lihat, pihak berkuasa agak tidak melakukan penyiasatan secara terperinci mengenai senarai bahan yang di gunakan...

contoh: bahan A diperbuat dari B....

tetapi adakah bahan B itu dikaji diperbuat dari apa?? adakah dari C?? dan C pula terdiri dari apa??

tidak seperti MUI (majlis ugama indonesia) mereka begitu memberi penekanan terhadap makanan.setiap bahan yang terlibat mereka kaji sehingga ke lubang cacing mana sumbernya. (pengalaman ini saya dapat sewaktu bekerja dimana MUI datang buat audit bersama profesor2 mereka).

tetapi apabila berdepan dengan pihak berkuasa kita,mereka tidak seperti MUI..audit mereka hanya memerhati dan tidak seperti ke lubang cacing. dan pernah satu ketika,saya berdepan dengan mereka, mereka hanya cakap

"ok lah..tak payah cek lah..kami dah percaya pada u all..mesti bersih punya"

bagi saya ayat sebegini tak patut dikuarkan..mereka mesti pergi cek..jangan begitu..sebab next time pengusaha makanan akan mudah menipu kita.

lagi pun bayangkan pegawai-pegawai JAKIM berapa saja ada di Malaysia???sedangkan di Malaysia beribu-ribu kilang makanan...jadi fikir2 kan.....

apatah lagi bebola ikan,nuget,yang mudah kita perolehi di pasar2 malam....pernah kita tertanya dari mana mereka dapat???adakah dari ayamas yang sedia halal?? tapi mngapa dijual murah??sudah tentu bukan dari ayamas dan mesti dari mana-mana pengusaha 'cap ayam' yang mungkin diragui tahap kebersihannya.

saya pernah ternampak di pasaran pusat membeli belah..di mana bungkusan bbebola ikan atau nuget mmpunyai logo halal yang palsu..yang mempergunakan nama kerajaan Malaysia..

jadi di sini harapan ada baiknya kerajaan pandang serius lagi..iaitu tambah pegawai-pegawai JAKIM...kalau boleh setiap negeri ada cawangan JAKIM...yang pantau tentang halal haram makanan.dan ada makmal sendiri untuk buat kajian mengenai makanan.

ini baru makanan saudara saudari...belum lagi termasuk ubat ubatan....alat kosmetik..perfume..bedak.....dan sebagainya.....

fikir2 kan lah.....adakah keruntuhan moral orang sekarang..juga dipengaruhi oleh makanan2 yang haram??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 14:21


Bismillah
Salam

Then musafir pun dah keluarkan pendapat bernasnya. Betul musafir.... mereka pernah bekerja dengan institusi sewaktu ini mereka tahu apa yang berjalan.

Sebab inilah sinar pernah utarakan pada salah satu topic disini. Tapi hanya yang mampu berfikir akan menilai mana yang baik dan benarnya.

bukan makanan sahaja musafir, ada lagi ubatan...dan produk kosmetik.

Syukran for the best posting.

p/s: rakan sekalian....bukti salah seorang kakitangan yang membuat kenyataan ini. Fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 14:33


salam...
ikutkan bila mmbelibelah kat mana-mana saya berprinsipkan tak perlu meragui apa yang telah dilabel halal oleh jakim lantaran kita ni org awam.. tapi bila encik musafir sendiri sebagai salah seorang kakitgan d syarikat yang mengendalikan staust halal produk bkta kakitgan jakim cek ala kadar..membuatkan saya mula rasa perlunye mengetatkan lagi prinsip saya tu..tapi setakat mana saya patut untuk lebh bertindak lagi jauh drpada kaktgan jakim..takkan pula bila da rasa waswas tak jadi beli produk tu...? entahla...susah nak cakap...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 14:37


dan sebenarnya..saya pernah juga berada d sana 3 tahun lalu untuk latihan industri..apa yang saya lihat mmereka begitu komited menjalankan tugasan..malangnye kerana kakitgn tak cukup maka kadang-kadang memang ada kelewatan dalam pjadualan dsebabkan banyaknye premis yang perlu d lihat..tapi Kalau cincai boncai tak ada pula saya lihat..malah saya sendiri pun pernah 4low inspection sepanjang sesi latihan..siap kami di sua rasuah namun pgawai saya tolak habis2an..memang itula cabaran. tapi tu yang letehnya..kerajaan tak mahu tambahkan kakitgn ni..konon nak jadikan malaysia hub halal dunia...entah lah...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-06-10 15:49


syemarly...

memang JAKIM komited...saya tak nafikan...tapi pegawai JAKIM mesti ditambah......dan pegawai-pegawai yang sikap ambil mudah tu mesti berubah....sebab walaupun saya jumpa sendiri orang yang macam tu...tapi mungkin tak semua....tapi jika seorang pun bersikap macam tu...lama-lama..akan mempengaruhi...kerana nila setitik......?

komited...semua orang komited...tapi dari apa yang saya mengalami suatu ketika dulu...di mana Pegawai JAKIM datang audit tempat saya bekerja dan saya juga salah seorang yang kena bawa mereka untuk audit...ternyata bagi saya pemerhatian masih lemah.....sebagai contoh mereka tanya:

apa barang di tempat ini?saya cakap..ini susu tepung untuk buat bancuhan...
tapi mereka tidak pun selak atau belek baik....so adakah benar di dalam susu tepung?? senang-senang saja saya boleh tipu.

contoh yang lain:
mereka tanya,barang ni diperbuat dari apa?? saya jawab...daripada C kut...
perkataan kut ni pun dah cukup buat saya dipersoal banyak-banyak...tapi bagi mereka..mereka jawab...."ooo...ok...."

bayangkan kalau ini lah jawpan saya pada MUI (majlis ugama indonesia) ternyata sekali saya di tanya bertubi2 dan produk saya diragui oleh mereka.

kakitangan JAKIM yang tak cukup tu kadang-kadang membuatkan keadaan menjadi terpaksa...dan cek ala kadar di premis2....ini baru di kilang2 makanan...belum lagi di restoran2.........

saya pernah bincang hal ni dengan pegawai JAKIM...sebab masa kerja dulu selalu juga ulang alik ke Cyberjaya pejabat JAKIM...then pernah juga saya suarakan hal ini...mereka pun akui mereka kurang kakitangan...tapi nak buat macam mana mereka cakap...ini semua bidang kuasa kerajaan.....kerajaan kena main peranan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

pu3_umairah86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2009
Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-10 12:15


betul cakap cik musafir tu..
makanan menjadi darah daging kita..sepatutnya pegawai yang datang check tu kena lah di kalangan orang-orang yang sangat brtanggungjawab dan sangat titikberatkan soal halal dan haram..baru lah soal pegawai buat kerja remeh temeh tak terjadi..oleh itu pihak JAKIM betul-betul kena bagi latihan pada kakitanganya betul-betul..

dan cadangan saya elok lah kita masak sendiri..lagi brkhasiat dan lagi hrmoni keluarga..dan lebih terjamin kbersihannya..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_umairah86Profil   Hantar PM kepada pu3_umairah86   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-06-10 14:17


Pada 10-06-10 12:15 , pu3_umairah86 posting:

!!! QUOTE !!!



dan cadangan saya elok lah kita masak sendiri..lagi brkhasiat dan lagi hrmoni keluarga..dan lebih terjamin kbersihannya..hehe..



bukan isu masak memasak..isunye produk mentah tu... :-D


papun pada saya jakim da buat sedaya upaya yang boleh..dr perkhidmatan kaunternye...key in data..inspection..kelulusan semua ok..namun lagi sempurna jika kekurgan kakitgan tu ditambah.. ada dengar satu syarikat dulu yang rekrut fresh graduate untuk jadi inspector bagi hub halal..tapi tak tau lah apeciter sekarang..adakah mereka d serap? Kalau betul ada sure tak ada jadi masalah kekurgan sekarang... :berfikir:


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-06-10 20:31


syemarly...

bagi saya JAKIM masih lagi tak beri penekanan dalam dokumen halal...

sebab saya pernah bekerjasama dengan JAKIM...swaktu memohon sijil...di mana saya mengendalikan sijil2 halal bahan ramuan yang digunakan....JAKIM hanya tengok ada sjil halal bahan tersebut dimana datang dari negara lain dan dicop halal mengikut jabtan negara itu....tetapi sejauh mana JAKIM meyakini status halal produk itu?

kena ingat.......bahan pembuatan makanan memang sumber aslnya sangat panjang...sebab dulu saya bekerja sebagai ASSISTANT FOOD TECHNOLOGIST....saya handle ramuan2...jadi saya nampak situasi...

saya bagi contoh...ramuan MAGNESIUM..yang digunakan dalam minuman instant 3in1...tahu kah anda magnesium diperbuat dari apa??? ada dua sumber....halal dan haram....jadi maksud saya di sini adalah...kaji sumber ini...sama juga dengan serbuk CALCIUM CARBONAT...ada diperbuat dari rambut manusia...dan tulang2 haiwan.....

jadi...pegawai JAKIM wajib kaji bahan itu sampai ke lubang cacing.....contohnya kaji lagi ingredient yang digunakan untuk hasilkan serbuk CALCIUM tadi...tapi apa yang saya nampak mereka jarang buat.

pu3 umairah.........

memang masak sendiri lagi bagus....tapi kena ingat...kalau kita masak sardin....masak apa-apa berbentuk goreng...serbuk2 kari...serbuk2 sambal yang kita guna tu.....adakah 100% halal??? walaupun terdapat cop halal....
untuk pengetahuan kita....hidupan harian kita...KITA BERGANTUNG 80% KEPADA MAKANAN yang DI PROSES...IAITU MAKANAN DI DALAM BUNGKUSAN......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-06-10 22:43


sebagai orang awam kapasiti kita hanya memilih makanan yang bertanda halal jakim bukan tanda halal yang lain. Kalau sudah bertanda halal jakim, apa yang boleh kita lakukan untuk pastikan halal jakim itu betul-betul halal?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 09:04


Pada 10-06-10 20:31 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!



sebab saya pernah bekerjasama dengan JAKIM...swaktu memohon sijil...di mana saya mengendalikan sijil2 halal bahan ramuan yang digunakan....JAKIM hanya tengok ada sjil halal bahan tersebut dimana datang dari negara lain dan dicop halal mengikut jabtan negara itu....tetapi sejauh mana JAKIM meyakini status halal produk itu?

kena ingat.......bahan pembuatan makanan memang sumber aslnya sangat panjang...sebab dulu saya bekerja sebagai ASSISTANT FOOD TECHNOLOGIST....saya handle ramuan2...jadi saya nampak situasi...

saya bagi contoh...ramuan MAGNESIUM..yang digunakan dalam minuman instant 3in1...tahu kah anda magnesium diperbuat dari apa??? ada dua sumber....halal dan haram....jadi maksud saya di sini adalah...kaji sumber ini...sama juga dengan serbuk CALCIUM CARBONAT...ada diperbuat dari rambut manusia...dan tulang2 haiwan.....

......

memang masak sendiri lagi bagus....tapi kena ingat...kalau kita masak sardin....masak apa-apa berbentuk goreng...serbuk2 kari...serbuk2 sambal yang kita guna tu.....adakah 100% halal??? walaupun terdapat cop halal....
untuk pengetahuan kita....hidupan harian kita...KITA BERGANTUNG 80% KEPADA MAKANAN yang DI PROSES...IAITU MAKANAN DI DALAM BUNGKUSAN......


Bismillah
Salam

ye ke musafir... berkenaan ramuan magnesium dan serbuk calcium bikarbonat., baru tahu ini. Memandangkan ini HPA mengambil inisiatif menyediakan minuman yang ada paket 3 in 1. Tapi sukar untuk dicari dan terhad produk ini. Perkara tersebut tidak akan ada yang tahu jika tidak didedahkan. Bila sudah diberitakan.. InsyaAllah sama-sama berhati-hati.

Manakala, berkenaan rempah-rempah...sinar pernah dengar di radio IKIM minggu sudah..ada membincangkan isu HALAL & JAKIM. Ada yang menelefon mengatakan..bahawa ada rakan muallafnya..yang dahulu berkerja disebuah kilang rempah ratus mengatakan berhati-hati ketika membeli rempah..kerana disampaikan terutamanya rempah kilang babas & allagapas.. ada dimasukkan najis lembu.

Boleh percaya atau tidak sumber ni dipersoalkan oleh ramai pihak..even dj sendiri. Beliau memberitahu lagi bahawa rakan beliau sendiri (muallaf) tidak mampu bekerja disitu. Memandangkan lokasi utama dipenang dijalankan berdekan.

Walaubagaimanapun...kajian & penelitian PERLU dilakukan oleh pihak berkenaan... kerana setiap pengguna akan refer kepada sumber yang dikeluarkan melalui pengesahan yang dikeluarkan.

Wallahua'lam.


p.s: musafir, kalau ada perkongsian lagi mungkin boleh beritahu kami disini...sebab ramai yang masih tertanya dan tidak jelas, termasuk ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 09:07


Pada 10-06-10 22:43 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

sebagai orang awam kapasiti kita hanya memilih makanan yang bertanda halal jakim bukan tanda halal yang lain. Kalau sudah bertanda halal jakim, apa yang boleh kita lakukan untuk pastikan halal jakim itu betul-betul halal?



Inilah masalahnya sakinah...kita semua melihat kepada logo..tapi mungkin kita tidak perasan ada logo yang bukan kelulusan sebenar. Kebanyakkan makanan yang kita lihat sekarang..walaupun ada sebahagian restoran.. meletakkan logo halal tetapi masih dalam status keraguan (syubhah).

macam mana nak pastikan halal? musafir mungkin boleh beri pendapat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 10:33


Assalamualaikum

kerana banyak terjadinya makanan yang ada logo halal tapi masih mengandungi bahan2 yang diragukan makanya selain JAKIM ana punya pegawai siasatan peribadi yang ana rasa lagi detail dan tegas meneliti soal makanan iaitu mak ana sendiri... :-D

apa tidaknya soal makan ni sangat perlu dititik beratkan kerana ia akan mempengaruhi jasad dan rohani..jangan sebarangan makan tau :jangan: . sejajar dengan pertumbuhan pesat dunia makanan kat malaysia ni (hehe..macam karangan) yang ada pelbagai makanan, fastfood, junkfood dll secara tak langsung menyebabkan peningkatan gejala sosial yang makin kritikal (doktor pakar pun pening).

pesan imam syafie

"pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun"

:bye:


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-06-10 14:43


sinar abadi dan rakan-rakan........

di sini saya nak kongsi sedikit proses2 pembuatan makanan...saya ambil makanan yang selalunya ada di pasaran dan selalunya masyarakat kita makan...
minuman contohnya....sama ada 3in1,5in1 atau lain-lain..

saya bagi contoh ye....dan*****E 3in1 kacip fatimah/minuman fruit/minuman food service (selalu KFC dan MC D guna)
di dalam minuman ini antara ramuannya adalah...
1)gula
2) coffee
3)susu tepung
4)kacip fatimah
5)flavour
6)calcium
7)magnesium
8)fosforus
9)gelatin
10)vitamin E/vitamin C
11)asid sitrik

dan banyak lagi nama2 chemical....yang saya tak ingat...tapi apa yang saya ingat....untuk hasil kan ramuan itu....ada yang diperbuat dari kulit bab..,tulang,dan juga rambut manusia....dan ada juga dari sumber tumbuhan...sekiranya dari tumbuhan ia ok...masalahnya di sini takut dari bab.. dan sumber rambut manusia.
mungkin kita yakin dengan ramuan gula dan coffee...tapi yang lain2nya???? kita tidak tahu secara detail...

untuk pengetahuan semua....sewaktu saya memohon dan handle untuk dapat kan sijil halal...setiap ramuan yang saya senarai kan itu juga mempunyai sijil halal dari negara2 pengeluarnya...(kerana ramuan itu kebanyakkan diimport dari luar negara) seperti denmark,thailand,china,finland...dan banyak lagi....peranan JAKIM adalah mengesahkan sijil itu benar-benar valid iaitu mereka pergi ke negara2 tersebut untuk audit.persoalannya di sini...berapa kali kah kekerapan mereka membuat audit???sedangkan kakitangan tidak mencukupi...ini persoalan dan kelemahan kita untuk pastikan ia benar-benar halal..

andai di dalam negara kita sendiri pun ada syarikat yang mudah menipu ramuan di dalam makanan...apatah lagi dari negara luar yang bukan tergolong dari negara2 Islam???? di negara kita pun kebanyakkan pengusaha kilang makanan terdiri dari org yang bukan beragama ISlam...jadi sejauh mana pengamatan mereka?? ini yang membuatkan kita ragu2.....

untuk pengetahuan semua...sewaktu saya bekerja..saya jumpa bermacam-macam ramuan....yang rata-rata di import dari luar negara..jenis ramuan yang mudah terdedah kepada sumber tak halal adalah seperti :

1)FLAVOUR (terdedah pada haiwan yang mungkin tak disembelih dengan sempurna,kerana pembuatan perisa/flavour ni mengunakan pemanasan dalam suhu yang sangat tinggi. lain lah kalau flavour hanya dari buah.)

2)VITAMIN E/C/D dan lain-lain (terdedah dari sumber haiwan juga.adakah disembelih haiwan itu?? untuk vitamin E..bab.. adalah pnyumbang paling banyak pembuatannya..pernah sewaktu saya mngendalikan sijil halal terjadi 1 kes di mana vitamin E yang saya gunakan adalah HARAM,sumbernya diperolehi dari bab... selepas JAKIM ambik tindakan,syarikat yang saya kerja tu tidak lagi ambik vitamin tu dari negara tersebut.

3)EMULSIFIER. ramuan ini juga terdiri dari haiwan terutama bab..,dan ada juga dari tumbuhan...tapi kena ingat...jika dari sumber bab....ia amat murah...oleh itu..syarikat2 suka bahan2 yang murah untuk kurangkan kos mereka..

tiga contoh makanan di atas adalah yang pkok..jadi di bawah tiga2 makanan itu ada lagi makanan2nya....jika yang pkok haram...yang bawah2nya pun haram....

sinar abadi..

untuk logo halal ni...memang bagi saya belum kuat 100% untuk keyakinan kita...macam saya cakap tadi...JAKIM seharusnya memperhebatkan lagi cara mereka...tapi baru-baru ni ada mereka tangkap satu kes kilang di kedah.syabas buat mereka...
tapi soal logo ni.....saya harap sangat kerajaan buat satu undang-undang di mana mana-mana pengusaha kilang makanan wajib mohon logo dari JAKIM sahaja...bukan buat sendiri......masalahnya negara kita sekarang...jika pngusaha buat logo halal sendiri tiada tindakan yang dikenakan..itu yang kurangnya.kita boleh nampak logo2 halal yang simple dekat makanan....dan juga di kopitiam iaitu logo halal IFANCA..atau IFCE...yang ini dari jabatan agama antarabangsa..yang dari negara lain..yang juga diperakui JAKIM...

sebagai kongsian maklumat dengan semua...jika ada logo halal MUI jabatan agama islam dari indonesia...bagi saya ia ok..bagi saya MUI lebih tegas dari JAKIM...dan sebenarnya MUI sendiri tidak mengiktiraf JAKIM untuk logo,tapi sekarang alhamdulillah mereka sudah terima...saya cakap disini kerana,produk2 syarikat yang saya kerja dulu..jika hendak eksport ke indonesia...mesti ada logo halal indonesia..bukan logo halal JAKIM..sebab tu saya cakap saya pernah bekerjasana dengan MUI mereka datang sini buat audit untuk beri logo halal mereka..suapaya produk dapat di eksport ke sana.

saya nak kongsi lagi petua...jika anda pergi ke restoran mamak....untuk pastikan ia benar-benar islam atau hindu adalah dengan satu cara...anda tanya adakah menu berupa daging lembu?? jika jawapannya tidak ada menu itu..maka kita dah boleh agak..mereka adalah hindu bukan islam.ye lah..tak kan mereka nak masak tuhan/dewa mereka kan ?(lembu).oleh itu jangan terpedaya dengan kedai2 mamak yang terpapar ayat2 al quran dan kalimah Allah dan Muhammad...kadang-kadang itu hiasan mereka untuk tarik pelanggan ISLAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120617 saat. Lajunya....