Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 236
Ahli: 0
Jumlah: 236




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: wahai rakan-rakan ukhwah..bantu lah aku..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» wahai rakan-rakan ukhwah..bantu lah aku..

Please Mendaftar To Post


Oleh wahai rakan-rakan ukhwah..bantu lah aku..

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 10:40


assalamualaikum semua....

saya amat terkilan dengan dunia luar dan kawan-kawan....
dulu saya memang seorang yang nakal dan juga jahat...
ramai kawan-kawan mengenali saya,macam mana nakalnya saya..dan macam mana jahatnya saya...

tapi saya bukan selama2nya nak macam tu...saya juga ada keinginan dan terdetik dalam hati untuk berubah...sedikit demi sedikit saya berubah...sampai sekarang...

tapi masalahnya sekarang...
Kenapa setiap perkara baik yang saya buat...mesti di balas dengan ejekan dan tomahan dari rakan-rakan yang mengenali??
buat baik salah.............buat jahat....lagi lah salah.....

tapi sekarang saya cuba berbuat baik...untuk pedoman diri saya dan org lain...tapi Kenapa tomahan yang datang??
adakah peristiwa lalu penyebabnya?? tapi mungkin itu dulu...sekarang saya ingin berubah...dan bila saya berubah...saya nak buat baik...bila buat baik...di tomah di hina di caci di perli...

salah ke saya menyampaikan nasihat-nasihat kepada umum???
Kenapa mesti mereka memperejekkan nasihat itu?Kenapa mesti ada tomahan...

bagi saya semua orang layak mmberi nasihat..walaupun orang itu seorang pencuri...kerana bagi saya...yang penting adalah nasihatnya....bukan contoh sikapnya yang tidak elok itu...

hmmm...

~~~kehidupan kian mencabar~~~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 10:53


sedangkan Rasul al-Amin itu pun dicaci,dituduh gila, ahli sihir..malah diboikot...itu lumrah..itu sunnatullah..kalau allah berkehendakkan semua org jadi baik,tentu semua manusia dah jadi baik sekarang ini..

itu sebabnya allah pilih kita untuk perbaiki insan-insan sekeliling kita..supaya kita ada ruang nak buat kebajikan,nak dapat redho allah dan pahalanya..Allah give the opportunity,just grab it..bersyukur kita kepadaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 11:08


thanks harakian...

tapi boleh tak bagi tahu bagaimana caranya untuk menepis semua tomahan ini??
bagaimana untuk mengendali manusia2 yang buat tomahan?
ataupun berhujah semula terhadap orang-orang yang ego supaya egonya patah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 11:19


teruskan sahaja beri nasihat...
tak perlu dilayan mereka-mereka yang tegar tak mahu dengar
kan buang masa dan tenaga..
cari envronment baru..sesuai dengan prinsip hidup kita yang baru

kalau kita tak layan,lama-lama dia akan bosan juga...mungkin sekrang dia aktif sebab kita suka layan

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 11:57


Pada 20-05-10 11:08 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!


ataupun berhujah semula terhadap orang-orang yang ego supaya egonya patah


salam...
erm..nak berhujah semula dengan org yang ego?rasanya tak perlu agaknya.selalunya bila kita berdiam...dia akan senyap dengan sendiri.yang paling penting..kalau betul nak berubah..teruskan..lama-lama nanti mereka tengok awak da berubah dan tetap dengan pendirian..insyaAllah...tohmahan2 tu akan dihentikan... :-)


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 11:57


bukan apa...orang-orang yang macam tu lah kita kena bagi perhatian..supaya dia berubah....

prinsip saya,berceramah or bernasihat biar di tempat mereka-mereka yang betul-betul bermasalah..(even memang skar buat macam ni)

tapi memang saya tak layan...kadang-kadang saja saya hujah balik untuk patahkan ego mereka...

thanks..advice..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 13:34


org macam tu serahkan pada yang pakar..
kita deal dengan yang setakat kita mampu sudahlah..
kemudian bila kita dah pakar barulah secara perlahan dan berhemah, kita pula cuba..
kalau tiba-tiba menonong bagi kuliah pada nyah dekat tepi jalan lorong haji taib dah tentu2lah kena debik sebijik


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 15:43


salam ufuk banyak kan bersabar. teruskan bagi nasihat selagi termampu. kadang-kadang org tempelek kita balik. tapi jangan ambil hati , niatkan semua kerana Allah. yakinkan diri anda dah buat terbaik nak tolong org. kadang-kadang org tu mungkin ego tapi dalam diam dia termakan juga nasihat kita.. jadi jangan putus asa. dan anda sendeiri kena bagi jug contoh terbaik pada mereka. sebab dakwah itu bukan sekadar di mulut saja. dakwah boleh juga melalui perbuatan kita. bila kita buat kebaikan. mereka perhati dan mungkin lama-lama tersentuh juga nak berubah... ha gitula

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 17:04


Pada 20-05-10 10:40 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum semua....

saya amat terkilan dengan dunia luar dan kawan-kawan....
dulu saya memang seorang yang nakal dan juga jahat...
ramai kawan-kawan mengenali saya,macam mana nakalnya saya..dan macam mana jahatnya saya...

tapi saya bukan selama2nya nak macam tu...saya juga ada keinginan dan terdetik dalam hati untuk berubah...sedikit demi sedikit saya berubah...sampai sekarang...

tapi masalahnya sekarang...
Kenapa setiap perkara baik yang saya buat...mesti di balas dengan ejekan dan tomahan dari rakan-rakan yang mengenali??
buat baik salah.............buat jahat....lagi lah salah.....

tapi sekarang saya cuba berbuat baik...untuk pedoman diri saya dan org lain...tapi Kenapa tomahan yang datang??
adakah peristiwa lalu penyebabnya?? tapi mungkin itu dulu...sekarang saya ingin berubah...dan bila saya berubah...saya nak buat baik...bila buat baik...di tomah di hina di caci di perli...

salah ke saya menyampaikan nasihat-nasihat kepada umum???
Kenapa mesti mereka memperejekkan nasihat itu?Kenapa mesti ada tomahan...

bagi saya semua orang layak mmberi nasihat..walaupun orang itu seorang pencuri...kerana bagi saya...yang penting adalah nasihatnya....bukan contoh sikapnya yang tidak elok itu...

hmmm...

~~~kehidupan kian mencabar~~~~


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan izin & rahmat-Nya.. semoga berada dalam lindungan & kasih sayang Allah SWT.

Perubahan sememangnya memerlukan pengorbanan, pengorbanan pula sewajarnya dilakukan dengan ikhlas, tawadhuk & redha. Tiada penghijrahan/perubahan tanpa cabaran & tohmahan. Terimalah dengan hati yang TABAH dan CEKAL.

“ ....bila kamu memandang segalanya dari TUHAN yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hati, yang membuatkan keinginan terhalang serta menyusahkan hidup... pasti akan damailah hati.. kerana masakan Allah s.w.t sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...

bukan Allah s.w.t tidak tahu deritanya hidup kamu, retaknya hati.. tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah selalunya lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNYA..”


Jadi, tiada yang perlu digusarkan, tiada apa yang perlu diperkirakan jika ianya semata-mata hanya pada pandangan manusia & alam sekeliling...

Lakukanlah perkara yang difikir itu baik untuk agama kamu, kehidupan kamu, kebahagiaan hati kamu.... paling penting sesuai dengan kehendak Al-Quraan dan matlamat dalam Islam. Konsep ketepikan kepeduliaan apa juga hinaan, cacian, perli, penghinaan. Sebaiknya... ambil itu semua satu motivasi untuk lebih menjadi yang terbaik, satu semangat untuk membuktikan bahawa diri mampu menjadi insan yang berguna.

Jika dikisahkan kepada kata-kata manusia, ketidakpuasan hati manusia, pemerhatian manusia... hingga bila-bila pun diri tidak akan maju dan menjadi tauladan yang boleh dicontohi.. kerana setiap manusia adalah HAMBA yang PASTINYA ada kelemahan. “Tiada yang Sempurna” dan.. mereka juga perlu untuk bermuhasabah merenung kembali kesilapan... Cerita mengenai dosa & syurga @ neraka manusia pula.... TIADA YANG BERHAK untuk menentukan mahupun MENILAINYA..

Terima nasihat bukan terima fizikal atau peribadi orang yang menasihati.... tapi melalui kata-kata baik yang dituturkan.
Tidak kira taraf manapun seseorang itu....nasihat atas kebaikan...makanya..harus diterima., TAK SALAH. Berbicara yang tidak baik, mengumpat, mengata, menyindir & apa-apa yang tidak baik... ITU YANG SALAH.

Nasihat itu PERLU ke dalam diri setiap Manusia... kerana setiap insan adalah khalifah. Perlu kepada saling memperingati & memperbaiki. Seketika diri terleka, lalai, tersilap.... PERLU ada yang mengingat dan menegur dengan berhikmah & berkesan.

Kata nasihat bukan hanya pada golongan tertentu sahaja..... setiap manusia punyai tanggungjawab, perlu ada sifat kasih untuk menyampaikan & memperbetulkan. Tidak terus menyalahkan & menghukum.

Mohon agar dilembutkan hati serta mudah bagi mereka menilai kebaikan melalui mata hati yang bersih dan fikiran yang baik.

Hadapilah segala yang datang dengan tenang & sabar. InsyaAllah, mudah-mudahan sentiasa berada dibawah pengawasanNya. Semoga Istiqamah dalam melakukan ibadah dan bersungguh-sungguh berubah kepada yang lebih baik.

Wallahua’lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 18:12


terima kasih di atas nasihat semua...

tapi saya sakit hati sangat dengan tingkah laku mereka...
tapi tak bermakna saya patah semangat...saya masih lagi utarakan nasihat-nasihat or kata-kata mutiara yang berbentuk pengajaran....

tapi yang geramnya mesti ada org datang mngungkit kisah lama...cakap macam ni

"diri sendiri pun masih tak betul...nak betul kan org.."

bagi saya Kenapa cakap macam ni?? kita kan manusia biasa tak sempurna..tapi jika kita ada kebaikkan nak dikongsi apa salahnya??

lebih mnyedihkan lagi....mereka fitnah tentang kisah lampau saya..
sedangkan saya tak buat benda tu...tapi mereka cakap di umum (facebook) saya buat benda tu...
mengatakan tentang fitnah tu..sakitnya hati.....bagaimana harus saya bagi jawapan untuk menafikan fitnah itu?????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 19:35


Assalamualaikum

kadang-kadang niat kita yang baik dianggap tidak berfaedah dan sukar diterima, Namun sebagai khalifah di atas muka bumi ini kita kena lalui dan sabar dengan dugaan tersebut. Contoh kisah para nabi boleh dijadikan iktibar

Sabar dan berdoa ya :) Apa yang penting anda tahu perkara yang anda lakukan itu adalah perkara yang berfaedah untuk diri dan masyarakat.


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 21:17


Pada 20-05-10 18:12 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

tapi saya sakit hati sangat dengan tingkah laku mereka...
tapi tak bermakna saya patah semangat...saya masih lagi utarakan nasihat-nasihat or kata-kata mutiara yang berbentuk pengajaran....

tapi yang geramnya mesti ada org datang mngungkit kisah lama...cakap macam ni

"diri sendiri pun masih tak betul...nak betul kan org.."

bagi saya Kenapa cakap macam ni?? kita kan manusia biasa tak sempurna..tapi jika kita ada kebaikkan nak dikongsi apa salahnya??

lebih mnyedihkan lagi....mereka fitnah tentang kisah lampau saya..
sedangkan saya tak buat benda tu...tapi mereka cakap di umum (facebook) saya buat benda tu...
mengatakan tentang fitnah tu..sakitnya hati.....bagaimana harus saya bagi jawapan untuk menafikan fitnah itu?????????



Sakit hati, memendam rasa, makan hati...tak sudahnya berulamkan jantung.
Jika dilayan & dibiarkan takkan kemana. Lupakan semua ini adalah pilihan terbaik.

Rasulullah SAW terima banyak lagi tohmahan & kata-kata, perbuatan masyarakat,
Tapi tiada disimpan dalam hati semua itu.... sedih, kecewa.. itu fitrah..
Namun cuba fikirkan juga....apakah mampu Islam gemilang jika tidak dengan
KECEKALAN & KESABARAN Baginda dahulu. Perjuangan Baginda menjadi panduan dan semangat kepada Sahabat-sahabat Baginda untuk meneruskan perjuangan dan contoh buat kita hingga ke hari ini.

Dugaan bagi insan dalam masa perubahan.. itu tandanya Allah nak uji sejauhmana kemampuan kita untuk menghadapi setiap kesusahan dengan sabar & bersyukur.

Pendapat dari penyelesaian ini...
1)Tak perlu beri jawapan apa pun.. Abaikan saja...
2)Delete akaun facebook kamu (ini pendapat saja.. sebaiknya elakkan sementara daripada mengikuti perkembangan berita & percakapan umum, cari masa untuk rehatkan minda)
3)Jika terdesak... terangkan dengan baik.. samaada mereka terima atau tidak.. terpulang. kamu dah berkata yang benar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 22:39


Pada 20-05-10 18:12 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih di atas nasihat semua...

tapi saya sakit hati sangat dengan tingkah laku mereka...
tapi tak bermakna saya patah semangat...saya masih lagi utarakan nasihat-nasihat or kata-kata mutiara yang berbentuk pengajaran....

tapi yang geramnya mesti ada org datang mngungkit kisah lama...cakap macam ni

"diri sendiri pun masih tak betul...nak betul kan org.."

bagi saya Kenapa cakap macam ni?? kita kan manusia biasa tak sempurna..tapi jika kita ada kebaikkan nak dikongsi apa salahnya??

lebih mnyedihkan lagi....mereka fitnah tentang kisah lampau saya..
sedangkan saya tak buat benda tu...tapi mereka cakap di umum (facebook) saya buat benda tu...
mengatakan tentang fitnah tu..sakitnya hati.....bagaimana harus saya bagi jawapan untuk menafikan fitnah itu?????????


Kurangkan bersosial dan cuba jauhi kawan yang merosakkan...jika terus berkawan maka ada kemungkinan akan kembali ke jalan lama... Jalan menyesatkan itu memang indah sedangkan jalan kebaikan itu penuh berduri...

Pilihlah kawan yang baik, ini Nabi yang anjurkan...nak tahu seseorang baik atau tidak, lihat kawan-kawan nya maka engkau tahu akan sifat kawan itu...

Saya dulu pun nakal jugak, sampai sekarang masih lagi ada kawan-kawan yang nakal and tak berubah..terpulang lah pada mereka...kita terus berdoa agar mereka dapat hidayah...tapi untuk berkawan dan bergelak tawa maaflah..saya dah tinggalkan semu itu...
:bye:


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-05-10 06:38


itu namanya dugaan...bersabar dengan segala ujian,halangan,,,aggaplah itu adalah cabaran bagi anda...sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan org yang bersabar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 13:41


salam

kawanlah dengan mereka
tapi kali ni tunjukkan sikap baik, tak perlu ceramah or what ever..

orang kutuk tu biasalah...lama-lama mereka akan hormat pendirian anda...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ayattulhussna
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2010
Ahli No: 40353
Posting: 20
Dari: bumi ALLAH

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 17:25


Pada 20-05-10 10:40 , Musafir_Ufuk_Timur posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum semua....

saya amat terkilan dengan dunia luar dan kawan-kawan....
dulu saya memang seorang yang nakal dan juga jahat...
ramai kawan-kawan mengenali saya,macam mana nakalnya saya..dan macam mana jahatnya saya...

tapi saya bukan selama2nya nak macam tu...saya juga ada keinginan dan terdetik dalam hati untuk berubah...sedikit demi sedikit saya berubah...sampai sekarang...

tapi masalahnya sekarang...
Kenapa setiap perkara baik yang saya buat...mesti di balas dengan ejekan dan tomahan dari rakan-rakan yang mengenali??
buat baik salah.............buat jahat....lagi lah salah.....

tapi sekarang saya cuba berbuat baik...untuk pedoman diri saya dan org lain...tapi Kenapa tomahan yang datang??
adakah peristiwa lalu penyebabnya?? tapi mungkin itu dulu...sekarang saya ingin berubah...dan bila saya berubah...saya nak buat baik...bila buat baik...di tomah di hina di caci di perli...

salah ke saya menyampaikan nasihat-nasihat kepada umum???
Kenapa mesti mereka memperejekkan nasihat itu?Kenapa mesti ada tomahan...

bagi saya semua orang layak mmberi nasihat..walaupun orang itu seorang pencuri...kerana bagi saya...yang penting adalah nasihatnya....bukan contoh sikapnya yang tidak elok itu...

hmmm...

~~~kehidupan kian mencabar~~~~









assalammualaikum

bersabar lah ya...saya baru baca post yang ini..menarik.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayattulhussnaProfil   Hantar PM kepada ayattulhussna   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 21:34


Kita juga kena tahu niat kita menasihati orang. Jika kita telah jelas akan niat kita tidak ada sebab kita sakit hati. Sebagaimana org yang bersedekah kerana Allah tidak akan berkecilhati bila org memperkecilkan pemberian itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

afnan_daud
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2010
Ahli No: 40383
Posting: 1
Dari: Baling, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-10 09:34


usah berduka hanya munajat dan halaqah menjadi penawar. renung-renungkan da selamat beramal



Bookmark and Share

    


  Member Information For afnan_daudProfil   Hantar PM kepada afnan_daud   Quote dan BalasQuote

anaisyah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2010
Ahli No: 40380
Posting: 2
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-10 15:56


pada pendapat saya ,untuk berubah memang banyak halangan yang bakal mencabar diri seseorang..pengalaman yang mencabar inilah dapat mematngkan diri anda dalam membuat keputusan dan menialai sesuatu keaadaan ..jadi iringilah juga dengan doa dan tawakal kita..semakin kuat hati anda..insyaALLAH ada penyelesaaiannya..setiap yang pahit ada manisnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anaisyahProfil   Hantar PM kepada anaisyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108179 saat. Lajunya....