Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 277
Ahli: 0
Jumlah: 277




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: jawapan, di persimpangan, dilema


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» jawapan, di persimpangan, dilema

Please Mendaftar To Post


Oleh jawapan, di persimpangan, dilema

nur99
Warga Rasmi
Menyertai: 17.05.2010
Ahli No: 39833
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 14:48


assalamu 'alaikum,

sekadar luahan dr dalam hati ini

     aku mengenali seseorang di alam maya sthn setengah yang lalu. ternyata bukan senang untuk bertemu org yang baik di alam maya. alhamduLILLAH.
aku ingat, dialah jodohku yang aku tggu2 selama ini. punyai cukup ciri-ciri yang aku idamkan. dia pun pernah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluargaku. tak lama lagi genapla 2 tahun p'knln kami. hanya menunggu aku habis belajar 2 tahun lagi. matlamat kami, untuk berkahwin & sempurnakan iman.

     ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan & petir di tengah hari. setelah berbln2 kdtgnnye ke rumahku, baru ku tahu rupa-rupanya, beberapa ahli keluargaku tidak berkenan dengan 'lelaki' itu. katanya, kurang dr didikan agama & pelajaran, sekali tengok dah tak berkenan. ibaratnye, diye mahu berkahwin dgnku, bukan dengan ahli keluargaku. mungkin, berbeza dengan kehidupanku yang jauh lebih baik berbanding dengannya. Aku takut aku tak dapat sesuaikan diri dengan kehidupannye. bagaimana penerimaan belah keluarga emakku yang lebih tinggi jawatan & kerjaya masing-masing. lagipun, masa berjumpe dengannya. Aku ada ajak rakanku berjumpe sekali. katanya. Aku memang tak berapa sesuai dengan nya dr sudut pakaian & pemikiran. Namun, serasi dengannya tidak aku nafikan. berlainan dengan abahku yang menerima sesiapa juga jodoh pilihan anak2nye.

     2-3 hari sebelum aku nukilkan di sini, abah bgtahu aku, ada org tanya tentang statusku. adakah aku telah berpunya @ belum. mklmlah, mungkin tengok gaya macam aku sudah berkahwin & bekerja. pdhl meleset 2-2 same sekali.
setelah didesak, abah kata, org tu "seorang ustaz". selalu mengajar di masjid2. kerjaya yang paling mulia . kebetulan, abah aku memang org surau @ masjid. apa lagi, makin berbunga2 hatiku. al-mklm, itu salah 1 ciri-ciri lelaki idaman. beriman, beragama. memandangkan aku sendiri dari sekolah agama. memang kena dengan fikrah abahku. berbanding dengan lelaki yang telah ku kenal sebelum tu.

masalahnya sekarang. Aku tak tau macam mana aku nak trgkan kat lelaki pertama tadi mmndgkn aku telah berjanji dengannya. sebab diye terlalu mengharap aku jadi bakal isterinye. Aku turuti kerana aku tak sampai hati nak lukakan hatinya atas pengorbanannye selama ini. untuk pengetahuan, 2-3 hari lepas juga, adik aku bgtahu yang mak aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan lelaki pertama tadi. sdgkan restu ibu bapa & keluarga amat2lah penting. Namun, disebabkan aku telah berjanji, mak aku turuti sbgmane jua ayahku setuju.

rupa-rupanya, lelaki ke-2 tadi cuma merisik tentang statusku sahaja. sekadar bertny. tak lebih dr itu. Aku tak tahu, mungkin kiasan, mungkin menguji, mungkin permulaan. Aku pun tak tahu. Aku tak kisah. tapi, hidup ini mengingatkan aku akan bahayanye berjanji untuk masa hadapan. lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. kerana masa hadapan yang belum pasti.

aku benar-benar dalam dilema. sukarnya untukku membuat keputusan. lelaki pertama tadi sudah maklum yang hati aku cepat berubah. tapi, disebabkan telah berjanji. macam mana lah aku nak tepati? sdgkan hati aku dah ke arah lelaki ke-2 tadi. sebabnya aku tak sangka lelaki ke-2 jauh lebih baik pada pandangan aku dan family sendiri. mungkin, lelaki pertama tadi ambil masa untuk dirinye berjaya macam org lain, tapi, bukan harta yang aku fikirkan, tapi dr sudut agama & ilmu lelaki ke-2 tadi yang mampu sebagai pembimbing. Tentunye pilihan terbaik yang jauh memberi manfaat pada aku, keluarga & saudara mara yang lain..

hanya solat istikharah, doa, menangis, mengadu, mendekatkan diri dengan ALLAH lah penawarku. walaupun sebelum jumpa dengan lelaki ke-2. Aku selalu solat istikharah sama ada lelaki pertama tadi baik untukku @ tak (mungkin ada secebis perasaan ragu2). tapi, tak nampak pun petunjuk lagi. kali ini, ALLAH uji aku lagi dengan lelaki ke-2 walaupun masih samar2. just nak minta pendapat sahabat-sahabat. Aku buntu.

     mslhku. Aku dalam dilema. hanya solat istikharah sebagai petunjukku. berbekalkan nasihat dr k'kwnku. Aku mendapat kekuatan untuk memilih "ustaz". tmbhn pula, memang itulah pilihan abahku.

- bagaimana aku nak yakinkan lelaki pertama itu?
- bagaimana penghujung hayatku nanti?
- bagaimana jika pndgnku pandangan yang zahir semata-mata?
- masihkan aku layak menjadi isteri seorang "ustaz" itu? bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
- adakah ALLAH sengaja meletakkan aku punyai pengalaman seperti ini sebagai persamaan dengan sejarah "ustaz" itu dulu-dulu?
aku buntu, keliru :-( ya ALLAH

-wALLAHu subhanahu waTAALA 'a'lam bissawab-

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur99Profil   Hantar PM kepada nur99   Quote dan BalasQuote

kluangman2001
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2010
Ahli No: 39756
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 15:04


buatlah Solat Istikharah.... Memohon Kepada Yang Maha Esa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kluangman2001Profil   Hantar PM kepada kluangman2001   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 15:35


hmmm...jalan terus, jangan belok2..
nampak lampu isyarat, berhenti seketika.. masuk kanan..
jangan reverse tengah2 jalan..
ngee..gurau sajalah



Pada 18-05-10 14:48 , nur99 posting:

!!! QUOTE !!!


setelah didesak, abah kata, org tu "seorang ustaz". selalu mengajar di masjid2. kedudukan yang paling mulia . kebetulan, abah aku memang org surau @ masjid. apa lagi, makin berbunga2 hatiku. al-mklm, itu salah 1 ciri-ciri lelaki beriman, beragama. memang kena dengan fikrah abahku. berbanding dengan lelaki yang telah ku kenal sebelum tu.


kedudukan yang paling mulia?
hmm.. menjawat jawatan sebagai ustaz tidak menjamin kedudukan yang paling mulia di sisi Allah..
pada pandangan mata manusia mungkin lah agaknya..
istikharah lah.. jangan lah menilai manusia sebarangan..



istikharahlah... suci kan hati.. insyaAllah, jalan akan dibentangkan..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 17:41


nur99...dengar sini..

kalau saya lelaki yang pertama tadi tu sure2 saya akan frust menonggeng bila awak minta clash..tapi saya akan dapat terima jika awak explen dengan penuh yakin sebab awak buat macam tu...insyaAllah Kalau saya seorang yang beriman dan cermin diri sendiri saya akan terima keadaan..

kalau saya jadi keluarga awak...saya rasa saya akan minta awak fikir habis-habis..saya takkan memaksa awak pilih kehendak kami...tapi saya akan beritahu awak apa yang terbaik dan tak baik pada mana-mana pilihan awak..pemutusnye adalah awak..sesiapa pun awak pilih..kami akan sokong sebab awak ada alasan tersendiri semasa mebuat pemilihan untuk hidup awak..

dan Kalau saya ni lelaki kedua tadi..saya rasa..memang betul saya merisik..sebab dr mana nak tau maklumat lagi Kalau tak dr ayah awak yang saya kenali...nak guna org tengah lain sapa lagi? Kalau nak sniri direct tak kenal pula..Kalau nak mesej2 dan on kol pula..ishk..kang lain pula persepsi awak pada saya..kan ke saya ni ustaz...so kenela saya berperilaku selayaknye dengan status sosial saya ni...

erm,,Kalau saya jadi awak.......saya akan bercuti kejap..sambil berfikir dalam2..masak2....saya akan listkan mana baik mana buruk...d samping minta bantuan allah....insyaAllah apa yang dpilih itu tepat dan benar..saya akan yakininya...

malangnye..itu semuanya adalah Kalau..sebab saya sdalah saya..bukan mereka..so..anda lah pemutus segala pilihan yang ada...selamat berjaya :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 18:05


Bismillah
Salam

Benar kata ukhti eni. Tapi sinar fikir soal yang pertama ke kedua ke... tak perlu fikir. Hari ini kita rancang sahaja, esok lusa Allah Yang Tentukan. Jika baik, terima dengan syukur & sentiasa ingatiNya. Jika tidak baik pula, bersabar tetap juga mengingatiNya.

Ukhti, kebiasaanya...ibubapa, mereka ni lebih tahu apa yang sesuai untuk anak-anak mereka (percaya atau tidak...cuba lihat dalam pemilihan pasangan pun.. perlu dapat restu & doa mereka dahulu). setiap ibuayah inginkan yang terbaik untuk anaknya. Jadi tak salah pilihan yang dikehendaki buat anak mereka.

Iya ke....ukhti boleh kata hari ini...dia (yang 1st begitu @ begini), 5 tahun kenal pun....hati manusia suatu hari pasti boleh berubah. Mungkin dia boleh berubah jadi yang terbaik... tapi once dia dah sampai level yang terbaik itu... dia akan fikir mana yang baik & buruk...dan ukhti macam mana? kebanyakkan mereka akan kecewa sebab ini. Berubah untuk kebaikan, dalam masa sama bercinta & menjalinkan hubungan tidak halal (sms, call-ini secara tak langsung dah jauh dari keberkatan & keredhaan Allah, makanya sampai mana akan bertahan...kita boleh perhatikan bila sampai masa Allah nak uji)


Pendapat sinar untuk point ;
1st, nak yakinnya senang.... beritahu bahawa jodoh Allah tanpa sangkaan kita, berbalik & serah sahaja kepadaNya untuk menentukan. (waktu ini masing-masing kena mula, jangan dilayan & diikut emosi....sebabnya.., lambat laun jika dibiarkan tak boleh nak buat apa)

2nd, sinar mohon pencerahan berkenaan penghujung hayat, maaf...masih lambat lah untuk pick up ni....:kelip: apa kaitan dengan hujung hayat enti, tentang kedua mereka ke? ish....langsung tak ada kaitan mereka ni... jangan lah memikirkan sampai ke situ, hidup untuk perbaiki amal..bukan untuk membiarkan hati berduka & bersedih.K!

3rd, pandangan zahir semata-mata.... mai nak cerita sikit ye.... ustaz/ustazah. labuh/tidak.... baik/tidak.... ini semua memang zahir.. yang batinnya IMAN & TAQWA itu yang susah nak dicari. Tak semua yang baik kita lihat...baik. Tak juga semua yang tidak baik kita lihat..tak baik. Oleh menilai dengan mata hati.(macam mana.., minta pada-Nya...InsyaAllah..Dia Lebih Memahami & Dia Lebih Mengetahui.. hati kita sendiri akan memberitahu. Yakin itu penting..walau pahit..terima dengan seadanya petunjuk itu).

4th, berkenaan layakkah diri untuk ustaz.......:-) Kenapa tak layak pulak? ada saja ustaz yang berkahwin dengan mereka yang biasa-biasa & begitu juga sebaliknya. Apa yang perlu difahami...pasangan itu saling memberi pengajaran yang terbaik dengan cara yang terbaik.. membimbing & menerima bimbingan..

5th, sengaja.... mungkin ye, mungkin tidak... yang penting, Jangan PERNAH meletakkan harapan yang tinggi. Minta padaNya agar diberi kekuatan hati & diri. InsyaAllah.

Sekadar pandangan yang daif..(mungkin ke ada pengalaman.. Wallahua'lam)

renungkan ye..:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 18:35


salam
anti saya setuju dengan pendapat sinar abadi.
dalam pemilihan jodoh restu ibu bapa juga mat penting.
Insyaallah dengan restu itula yang akan menjamin kebahagiaan rumah tangga anti nanti.
lepas itu anti kata masih belajar jadi saya rasa elok lah anti fokus dulu pada study. pasal laki pertama tu anti masih boleh minta maaf . doalah pada Allah minta petunjuk dan lembutkan hati laki pertama tu agar dapat maafkan anti. (jika anti tak dapat terusknlah)
. kemudian solat istikharah pun penting, walaupun anti kata masih tak dapat petunjuk., jangan putus asa, terusknla lagi hingga anti betul-betul dapat jawapan. minta allah guide anti dalam buat pilihan. tapi apapun anti janganlah gusar sangat. sebab macam anti cakap tadi. perempuan baik ntok laki baik dan sebaliknya. Allah maha adil. jadi sekarang kita cuba lah perbaiki dr sendiri Ke arah lebih baik. (igtkn dr saya juga) ntok dapat jodoh yang baik. yang selebihnya serahla pada ALLAH tuhan yang maha menentukan segala-galanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

nur99
Warga Rasmi
Menyertai: 17.05.2010
Ahli No: 39833
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 12:44


maaf, silap teknikal, bukan merisik dr ayah saya, tapi, melalui org perantaraan

Pada 18-05-10 17:41 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

nur99...dengar sini..

kalau saya lelaki yang pertama tadi tu sure2 saya akan frust menonggeng bila awak minta clash..tapi saya akan dapat terima jika awak explen dengan penuh yakin sebab awak buat macam tu...insyaAllah Kalau saya seorang yang beriman dan cermin diri sendiri saya akan terima keadaan..

kalau saya jadi keluarga awak...saya rasa saya akan minta awak fikir habis-habis..saya takkan memaksa awak pilih kehendak kami...tapi saya akan beritahu awak apa yang terbaik dan tak baik pada mana-mana pilihan awak..pemutusnye adalah awak..sesiapa pun awak pilih..kami akan sokong sebab awak ada alasan tersendiri semasa mebuat pemilihan untuk hidup awak..

dan Kalau saya ni lelaki kedua tadi..saya rasa..memang betul saya merisik..sebab dr mana nak tau maklumat lagi Kalau tak dr ayah awak yang saya kenali...nak guna org tengah lain sapa lagi? Kalau nak sniri direct tak kenal pula..Kalau nak mesej2 dan on kol pula..ishk..kang lain pula persepsi awak pada saya..kan ke saya ni ustaz...so kenela saya berperilaku selayaknye dengan status sosial saya ni...

erm,,Kalau saya jadi awak.......saya akan bercuti kejap..sambil berfikir dalam2..masak2....saya akan listkan mana baik mana buruk...d samping minta bantuan allah....insyaAllah apa yang dpilih itu tepat dan benar..saya akan yakininya...

malangnye..itu semuanya adalah Kalau..sebab saya sdalah saya..bukan mereka..so..anda lah pemutus segala pilihan yang ada...selamat berjaya :D



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur99Profil   Hantar PM kepada nur99   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 13:24


Pada 18-05-10 14:48 , nur99 posting:

!!! QUOTE !!!


- bagaimana aku nak yakinkan lelaki pertama itu?
- bagaimana penghujung hayatku nanti?
- bagaimana jika pndgnku pandangan yang zahir semata-mata?
- masihkan aku layak menjadi isteri seorang "ustaz" itu? bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
- adakah ALLAH sengaja meletakkan aku punyai pengalaman seperti ini sebagai persamaan dengan sejarah "ustaz" itu dulu-dulu?
aku buntu, keliru :-( ya ALLAH

-wALLAHu subhanahu waTAALA 'a'lam bissawab-


assalamualaikum nur99...

sedh jugak bila ana baca cerita ni..memang dalam dilema..
tapi apa yang dapat ana simpulkan di sini...
bagi diri ana...hidup ni..apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah..
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa..
so, apa-apa dalam hidup ni..selagi ibubapa kita mengikut ajaran islam..kita sebagai anak hendaklah memenuhi kehendak mereka..
bagi ana..apa-apa yang dapat bahagiakan ibubapa..ana akan buat..
betul cara nanti, bawa lelaki pertama tu jumpa ibubape...kalau ana pun ana akan buat macam tu..
so, dalam kes nur ni..ana lebih prefer if nanti memilih pilihan ibubapa..
memang..if jadi lelaki pertama..rasa sedih..tapi da ibubapa tak suka..baik elakkan..
cuma untuk lelaki pertama tu..nanti hendaklah doakan moga dia dijodohkan dengan orang-orang yang lebih baik..
susunlah kata-kata yang elok agar dia memahami...

lastly, solat istikharah ye...moga-moga dipermudahkan jalan olehNYA..amin


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

nur99
Warga Rasmi
Menyertai: 17.05.2010
Ahli No: 39833
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 17:22


masalahnya CARROTSUSU, saya 'ter'bagitahu yang abah saya jenis yang tak kisah dengan pilihan saya. cuma mak agak bertegas dengan bgtahu "habiskan belajar dulu" :-(.

Pada 20-05-10 13:24 , carrotsusu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-05-10 14:48 , nur99 posting:

!!! QUOTE !!!


- bagaimana aku nak yakinkan lelaki pertama itu?
- bagaimana penghujung hayatku nanti?
- bagaimana jika pndgnku pandangan yang zahir semata-mata?
- masihkan aku layak menjadi isteri seorang "ustaz" itu? bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
- adakah ALLAH sengaja meletakkan aku punyai pengalaman seperti ini sebagai persamaan dengan sejarah "ustaz" itu dulu-dulu?
aku buntu, keliru :-( ya ALLAH

-wALLAHu subhanahu waTAALA 'a'lam bissawab-


assalamualaikum nur99...

sedh jugak bila ana baca cerita ni..memang dalam dilema..
tapi apa yang dapat ana simpulkan di sini...
bagi diri ana...hidup ni..apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah..
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa..
so, apa-apa dalam hidup ni..selagi ibubapa kita mengikut ajaran islam..kita sebagai anak hendaklah memenuhi kehendak mereka..
bagi ana..apa-apa yang dapat bahagiakan ibubapa..ana akan buat..
betul cara nanti, bawa lelaki pertama tu jumpa ibubape...kalau ana pun ana akan buat macam tu..
so, dalam kes nur ni..ana lebih prefer if nanti memilih pilihan ibubapa..
memang..if jadi lelaki pertama..rasa sedih..tapi da ibubapa tak suka..baik elakkan..
cuma untuk lelaki pertama tu..nanti hendaklah doakan moga dia dijodohkan dengan orang-orang yang lebih baik..
susunlah kata-kata yang elok agar dia memahami...

lastly, solat istikharah ye...moga-moga dipermudahkan jalan olehNYA..amin

:-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur99Profil   Hantar PM kepada nur99   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-05-10 22:27


jangan nanti, yang dikejo tak dapat, yang dikendung keciciran.urusan jodoh ni kita hanya mampu usaha untuk dapat yang terbaik, namun DIA menentukan

buatlah istikharah. namun pandangan saya as orang yang dah ada pengalaman begini, kedua-duanya bukan jodoh kita. insya allah yang akan hadir selepas keduanya.

wallahua'lam.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nur99
Warga Rasmi
Menyertai: 17.05.2010
Ahli No: 39833
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-10 12:59


Pada 21-05-10 22:27 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

jangan nanti, yang dikejo tak dapat, yang dikendung keciciran.urusan jodoh ni kita hanya mampu usaha untuk dapat yang terbaik, namun DIA menentukan

buatlah istikharah. namun pandangan saya as orang yang dah ada pengalaman begini, kedua-duanya bukan jodoh kita. insya allah yang akan hadir selepas keduanya.

wallahua'lam.



maksud nurkamar? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur99Profil   Hantar PM kepada nur99   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099297 saat. Lajunya....