Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-07-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: fishyiyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43092

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 4 hari yang lalu
kasih_kekasih: 9 hari yang lalu
sadiqah: 10 hari yang lalu
fishyiyi: 19 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: pencarian Imam muda


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» pencarian Imam muda

Please Mendaftar To Post


Oleh pencarian Imam muda

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 10:30


Imam muda perlu global

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed @ utusan.com.my
Gambar HAYAT SUEET


SEBAHAGIAN peserta sabar menanti giliran ketika menghadiri uji bakat di Pusat Islam.

MEWAJIBKAN calon membaca surah al-Fatihah dengan tajwid serta bacaan yang terbaik di peringkat asas, uji bakat Siri Pencarian Imam Muda yang berlangsung di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 17 dan 18 April lalu mendapat perhatian memberangsangkan daripada warga ibu kota.

Tidak hanya peserta yang hadir dari sekitar Lembah Klang, ia turut didatangi beberapa anak muda yang sanggup melintasi sempadan ibu negara demi mencapai matlamat menempatkan diri ke dalam program terbaru terbitan Astro Oasis itu.

Siri Pencarian Imam Muda memulakan misi 'memburunya' di Terengganu pada 26 dan 27 Mac lalu diikuti Alor Setar (2 & 3 April); Johor Bahru (10 & 11 April) serta terakhir di Kuala Lumpur.

Daripada lapan sesi uji bakat yang dijalankan, ia telah berjaya mengaut sejumlah 1,134 peserta yang hadir mencuba nasib untuk menjadi Imam Muda bagi musim pertama.

Bercakap soal sesi uji bakat di Kuala Lumpur, dalam dua hari sesi yang dijalankan pada tarikh berkenaan, seramai 661 peserta telah hadir dan ia mencatatkan jumlah tertinggi berbanding tiga lokasi lain.

Diwarnai dengan pelbagai ragam, membaca surah al-Fatihah pada dasarnya nampak mudah tetapi bacaan yang merdu dan lunak belum tentu terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

Kefasihan, tajwid dan sebutan antara yang ditekankan dalam bacaan al-Fatihah.

Perkara itu diperjelaskan oleh salah seorang juri Siri Pencarian Imam Muda iaitu Ahmad Termizi Abdul Razak yang juga Imam Besar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Ujar Ahmad Termizi, sekadar 'mewarnai' bacaan al-Fatihah dengan pelbagai lenggok lagu, sesiapa sahaja mampu melakukannya.

Namun, katanya, ia belum mencukupi untuk seseorang itu melepasi peringkat pertama jika gagal membacanya dengan hukum tajwid yang baik.

''Kesempurnaan bacaan adalah menjadi keutamaan. Ia merangkumi banyak aspek selain taranum iaitu kaedah memperelok atau memperindah bacaan secara berlagu.

''Kadang-kadang mereka (para peserta) jangka bacaan sudah baik tetapi di peringkat kami para juri, bukan sekadar taranum yang diteliti. Kami mencari yang terbaik,'' katanya ketika ditemui di Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siri Pencarian Imam Muda menyaksikan Ustaz Hasan Mahmud Al Hafiz iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara diberi tanggungjawab sebagai pengetua untuk memastikan keseluruhan aktiviti pembelajaran bagi melahirkan imam muda berjalan lancar.

Beliau juga memiliki kuasa untuk menyingkir peserta yang dilihat gagal menonjolkan bakat ketokohan sebagai imam.

Selain daripada itu, Ketua Imam Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi dan Ustaz Norhisyam Al Idrus (penceramah bebas) bakal bergerak selaku mentor kepada peserta.

Siri Pencarian Imam Muda merupakan sebuah program yang dihasilkan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mencari imam muda terbaik di negara ini.

Individu terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal keagamaan dan kepimpinan Islam.

Kesemua mereka akan diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta aktiviti kemasyarakatan serta kepimpinan.

Menyambung perbualan, ujar Ahmad Termizi, imam muda yang dicari pada masa kini perlu bersikap kontemporari dan global.

Mereka, jelasnya, tidak semestinya mengetahui tugas sebagai imam ketika di masjid atau surau sahaja tetapi melangkaui segenap apa yang berlaku di sekeliling.

''Mereka perlu ada pakej dan matlamat serta visi. Iman yang serba boleh dan global,'' tegasnya.

Selain Ahmad Termizi, tiga lagi yang diundang menjadi juri ialah Mohd. Abd. Nasir Abdullah (Imam Besar Masjid KLCC); Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim (Imam Masjid Negara) dan Rohaily @ Abd. Rahman Abd. Hamid (Imam Masjid Salahuddin Al Ayyubi).

Berjaya melepasi peringkat pertama, peserta akan diuji ke peringkat kedua yang menilai mereka mengenai isu semasa, pengetahuan am, penguasaan bahasa Inggeris atau bahasa Arab dan kemampuan memberikan syarahan.

Juri yang terbabit di peringkat kedua ialah Izelan Basar (Pengurus Saluran Astro Oasis); Azrai Kamaruddin (Ketua Bahagian Hiburan, Astro Entertainment Sdn. Bhd.) dan Tuan Asmawi Tuan Umar (Pegawai Perhubungan Awam Jawi).

Sambutan luar biasa

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Siri Pencarian Imam Muda, Nizam Hamid berkata, pihaknya melahirkan rasa bangga kerana musim pertama program berkenaan mendapat perhatian menggalakkan daripada anak muda.

Meski sebuah program bercorak keagamaan, jelas Nizam, ia memperlihatkan bahawa generasi muda masa kini amat meminati program sedemikian dalam memperoleh ilmu berkenaan kepimpinan Islam.

''Kebanyakan yang hadir ke sesi uji bakat sudah maklum apa itu Siri Pencarian Imam Muda. Tetapi, ada ketika, bukan semua yang berjaya memenuhi ciri-ciri yang kami tetapkan untuk terus ke peringkat seterusnya.

''Siri Pencarian Imam Muda bukan hanya mencakupi bidang keagamaan semata-mata tetapi ia cukup luas,'' tegasnya.

Antara insentif menarik yang bakal menanti juara ialah penajaan penuh biasiswa ke Universiti Antarabangsa al-Madinah, Arab Saudi, tawaran menjawat jawatan sebagai imam serta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, jura turut membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba dan pakej menunaikan haji.

Siri Pencarian Imam Muda bakal bersiaran di saluran Oasis (saluran 106, Astro) bermula 27 Mei ini.

utusan malaysia

Bookmark and Share

  


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 10:32


Assalamualaikum

mungkin ramai yang sedang menanti siarannya mlm ini.... dan kalau ada komen...???

Bookmark and Share

  


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 11:02


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

...bagus2.., hmm...tiba-tiba teringat pada seseorang. Semoga mereka yang ada azam & mahukan kebaikan ini berjaya memperolehinya.

Teringat juga masa diIPT dulu, di surau kawasan penempatan penduduk,
ada seorang budak lelaki ni, darjah 4... tak boleh imagine.. how he can azan,
siap datang kepada ana, cerita azamnya nak jadi seorang ustaz, imam, dll... (kecil lagi ni..) SUBHANALLAH.., dah macam remaja cara berfikirnya.

Semoga anak-anak masih kecil juga diasuh dari segi rohani ini untuk memberi semangat & motivasi menjadi insan yang terbaik dunia & akhirat.

Syukran atas info ini.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:01


kita kena banyak kan program-program seperti ini keranya ianya lebih kepada melahirkan insan-insan yang meminpin kepada patuh dan tunduk kepada Allah


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 21:50


members ukhwah.com ni tak ada yang apply ke?rasanya kita pun hebat2 kan..ahaks :D

acly syarat imam muda yang kena global tu memang patut2 pun ada.. sekarang ni yang banyaknye imam2 yang begitu menjurus kepada ukhwawi semata-mata..hal ehwal dunia tak ambil kira...tak boleh lah macam tu...sekarang kan dunia tanpa smpadan..so ilmu2 lain perlu ad termasuk penguasaan bahasa asing lain...erm..nak tengok jugak bagaimana bentuk siarannya dan siapa calon2nye...hehe..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 11:48


Assalamualaikum

mungkin semua dah tua kut...??

Bookmark and Share

  


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 17:48


Pada 18-05-10 11:48 , demuara posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

mungkin semua dah tua kut...??


aik? itu? mana boleh..rasanya umur kena under 25 kan? erm..saya ni Kalau lah handsome sure2 da masuk..haha....ops..its only a joke :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 02:14


Pada 18-05-10 17:48 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-05-10 11:48 , demuara posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

mungkin semua dah tua kut...??


aik? itu? mana boleh..rasanya umur kena under 25 kan? erm..saya ni Kalau lah handsome sure2 da masuk..haha....ops..its only a joke :D



ye lah itu...
tak sabar nak tengok...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

abadikan_03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.02.2006
Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 09:31


sokongan buat ustaz Hizburrahman Omar Zuhdi antara 10 orang yang terpilih dalam pencarian Imam Muda...teman seperjuangan di bumi Syam Syria..
satu rumah dan sama-sama menuntut ilmu dan menimba pengalaman di bumi arab...

buat ustaz Hizbu, semoga berjaya menjadi imam kepada masyarakat dan mengembalikan akhlak masyarakat ini kepada nilai murni dan nilai-nilai yang dituntut oleh islam....InsyaAllah...


-----------------
Berkasih Mesra Hidupkan Bahagia.semoga Ukhwah yang terjalin ini mendapat keradhaan Allah selalu..




Bookmark and Share

  


  Member Information For abadikan_03Profil   Hantar PM kepada abadikan_03   Pergi ke abadikan_03's Website   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-05-10 09:11


salam
program beginilah yang kita mahukan,tahniah imam2 sekalian,saya jugak imam,tapi udah berumur,tapi blhlah nak di katakan muda.

Bookmark and Share

  


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120429 saat. Lajunya....