Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
alongmina: 17 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu
kasih_kekasih: 27 hari yang lalu
budakbesar: 33 hari yang lalu
azemi: 37 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hati-hati dengan ancaman Facebook !!!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hati-hati dengan ancaman Facebook !!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Hati-hati dengan ancaman Facebook !!!

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 07:51


Ahh.. Facebook. Penghubung teman lama. Penjalin hubungan baru. Suatu aplikasi web yang menjadi sebutan ramai. Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook, tidak lengkap rasanya sesuatu hari tanpa login sekurang-kurangnya sekali ke dalam Facebook. Pelbagai maklumat boleh dikongsikan sama ada dengan rakan, kawan kepada rakan ataupun dengan masyarakat umum.

Pelbagai jenis maklumat boleh dikongsikan melalui Facebook. Gambar, video, teks mahupun link ke website lain boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dengan cukup mudah. Seseorang juga boleh mewujudkan 'fan site' atau 'hate site' untuk pelbagai tujuan (ataupun tanpa sebarang tujuan). Kesemua ini memang menyeronokkan tapi awas, terdapat bahaya yang menanti bagi mereka yang tidak berhati-hati.

Perkongsian maklumat yang bebas, jika tidak dikawal boleh mendatangkan bahaya. Facebook boleh menjadi (dan dalam kebanyakan kes, sudahpun menjadi) gedung dosa bagi para pengunjungnya.

Bagi semua pengguna Facebook, berhati-hati di dalam berkongsi maklumat di dalam Facebook. Jika maklumat yang anda kongsikan bersifat maksiat, seperti meletakkan gambar lelaki atau perempuan yang tidak menutup aurat, gambar-gambar yang tidak senonoh, link ke video yang mengandungi unsur-unsur maksiat, lucah, tidak tutup aurat, atau sebarang maklumat yang boleh mendatangkan dosa kepada sesiapa yang melihatnya, maka anda sebenarnya telahpun membeli saham ke neraka dengan percuma.

Saham ke neraka? Ya, dengan berbuat demikian, setiap rakan atau orang umum yang melihat kandungan tersebut akan mendapat dosa (yang berpunca daripada anda), dan dosa tersebut juga akan diberikan kepada anda dengan tidak dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun. Ini kerana anda adalah penyebab orang lain melakukan dosa.

Daripada Abu Hurairah .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

    Sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan maka dia juga turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun. (Hadis riwayat Muslim)


Dosa juga ibarat saham. Jika anda mengajar atau menjadi punca orang lain melakukan dosa, maka selagi orang tersebut melakukan dosa, maka anda akan turut mendapat 'bahagian' anda. Tambah malang, jika orang yang mengamalkan dosa tersebut menyebarkannya kepada orang lain, maka anda turut akan mendapat 'sahamnya' walaupun bukan anda sendiri yang menyebarkannya. Anda akan terus mendapat dosa selagi mana kandungan yang anda sebarkan dilihat dan disebarkan orang. Alangkah banyaknya dosa.


Walaupun anda tidak meletakkan sebarang kandungan yang melanggar hukum syarak, anda juga perlu berhati-hati kerana anda masih terdedah kepada bahaya. Ini kerana anda mungkin akan melihat gambar-gambar rakan-rakan anda yang tidak menutup aurat. Melihat gambar/kandungan sedemikian tanpa sebab-sebab yang dibolehkan syarak sudah cukup untuk anda mendapatkan dosa.

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan bahaya Facebook ini? Berikut telah saya senaraikan checklist yang boleh kita ikuti sebagai panduan bersama.


Garis panduan Facebook

1. Jika meletakkan kandungan (mesej, link, video, gambar, dan sebagainya) pada Facebook, pastikan kandungan tersebut menepati syarak.

    * menutup aurat
    * tidak melakukan aksi-aksi menggoda atau menghairahkan
    * tidak berunsurkan fitnah, memburukkan orang atau pihak lain
    * tidak meletakkan kandungan yang anda tidak boleh pastikan akan kesahihannya

2. Jika anda di Tag kepada kandungan sedemikian (seperti di atas), buang Tag tersebut kerana dengan mengekalkannya, kandungan tersebut boleh dilihat melalui akaun anda.

3. Jangan melihat galeri gambar yang anda ketahui mengandungi gambar-gambar yang bertentangan dengan syarak. Jika terlihat, hentikan segera dan buka kandungan lain.

4. Elakkan membazir masa di dalam Facebook hingga melengahkan solat atau perkara-perkara wajib yang lain.

5. Jangan sertai sebarang group yang melibatkan perkara-perkara berikut:

    * Fan group artis-artis, atau filem yang mengandungi unsur maksiat. (contoh: dedahkan aurat, adegan tak senonoh dan sebagainya)
    * Kumpulan yang menyebarkan perkara-perkata berunsur fitnah, atau memburukkan orang lain
    * Sebarang group lain yang didalamnya terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak

6. Jangan menggunakan aplikasi (games, dan sebagainya) yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh dan yang seumpama dengannya. Sesetengah aplikasi biasanya akan menghantar gambar/mesej pada Wall anda yang kemudiannya akan dilihat orang lain.


Di atas adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan. Sebaiknya, anda gunakan Facebook sebagai medan untuk sebarkan nasihat, tegur-menegur dan memupuk rasa kasih sayang dan harmoni sesama kawan-kawan melalui cara yang dibenarkan Islam. Elakkan diri anda dari melakukan dosa. Kalau boleh, minimakan penggunaan Facebook. Islam tidak pernah melarang kita bersosial. Sebaliknya, Islam menyediakan beberapa garis panduan di dalam bersosial bagi memastikan kita agar tidak tergelincir ke jalan yang sesat.

P/S: Jika kita boleh meluangkan masa selama 1 - 2 jam menggunakan Facebook setiap hari, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran atau melakukan amal ibadat lain.

Sumber: syedzai.blogspot.com


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 09:29


Pada 13-05-10 07:51 , syedzai posting:

!!! QUOTE !!!



Di atas adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan. Sebaiknya, anda gunakan Facebook sebagai medan untuk sebarkan nasihat, tegur-menegur dan memupuk rasa kasih sayang dan harmoni sesama kawan-kawan melalui cara yang dibenarkan Islam. Elakkan diri anda dari melakukan dosa. Kalau boleh, minimakan penggunaan Facebook. Islam tidak pernah melarang kita bersosial. Sebaliknya, Islam menyediakan beberapa garis panduan di dalam bersosial bagi memastikan kita agar tidak tergelincir ke jalan yang sesat.

P/S: Jika kita boleh meluangkan masa selama 1 - 2 jam menggunakan Facebook setiap hari, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran atau melakukan amal ibadat lain.

Sumber: syedzai.blogspot.com



Thanks for this info.

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 11:16


Nice info for ukhwah members. Syukran.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 11:54


bagus, maklumat yang baik, elok sangat kita kongsikan pada sahabat-sahabat kita


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 01:41


Pada 13-05-10 11:16 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Nice info for ukhwah members. Syukran.



samalah...thanks 4 this info....
em, dah famous sekarang ni...
sampaikan ada yang kata, kalau tak ada account facebook, org tu tak up to date...ish..ish... :berfikir:


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 13:26


Assalamualaikum


Syukran kerana sentiasa menyedarkan insan² yang lalai :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:51


Sama-sama. Ingatan ini juga untuk diri saya.


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 21:28


!!! QUOTE !!!

Sebaiknya, anda gunakan Facebook sebagai medan untuk sebarkan nasihat, tegur-menegur dan memupuk rasa kasih sayang dan harmoni sesama kawan-kawan melalui cara yang dibenarkan Islam. Elakkan diri anda dari melakukan dosa. Kalau boleh, minimakan penggunaan Facebook. Islam tidak pernah melarang kita bersosial. Sebaliknya, Islam menyediakan beberapa garis panduan di dalam bersosial bagi memastikan kita agar tidak tergelincir ke jalan yang sesat.


benar, fesbuk ni ada baik dan ada mudaratnya.......jika baik penggunaannya, baiklah natijahnya....jika buruk niat dan cara gunanya, maka buruklah jadinya...

yang akak seronok dengan fesbuk....jumpa ramai kawan-kawan lama zaman kampus dulu termasuk kakak usrah masa di tahun satu...rasa macam nak nangis memula dapat contact.....syukur sangat rasanya...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

che_iman
Warga Rasmi
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39781
Posting: 1
Dari: Tumpat

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 08:28


salam..jika dilihat dari sudut sebab akibat yang mendatangkan kepincangan pegangan agama kita hampir setiap hari..kebaikannya juga banyak bergantung kepada kepandaian menggunakan laman tersebut..bagi yang baru wujudkan akaun, mereka seakan2 gila dengan pengisian laman tersebut. Maklumlah laman yang pertama yang paling hangat untuk segenap lapisan masyarakat dan mudah digunakan...Maklumat di atas amat berguna kepada semua masyarakat yang sedang menggilai fb ini...thank you atas nasihat yang amat berguna ini..



Bookmark and Share

  


  Member Information For che_imanProfil   Hantar PM kepada che_iman   Quote dan BalasQuote

hasanrijal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2009
Ahli No: 38117
Posting: 201
Dari: LaNd bEloW ThE WinD

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 22:02


Salam.. pada pendapat saya, ancaman paling besar sebenarnya datang dari diri kita sendiri...kalau salah gunakan facebook ni...


-----------------
Somewhere, something incredible is waiting to be seen


Bookmark and Share

  


  Member Information For hasanrijalProfil   Hantar PM kepada hasanrijal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095025 saat. Lajunya....