Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: lesen pertaruhan sukan bola sepak Piala Dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» lesen pertaruhan sukan bola sepak Piala Dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh lesen pertaruhan sukan bola sepak Piala Dunia

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 09:17


KOTA BHARU: Hanya Kementerian Kewangan boleh membuat pertimbangan sewajarnya untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan termasuk bola sepak Piala Dunia yang diadakan awal Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya menyerahkan kepada kementerian berkenaan untuk membuat keputusan pemberian lesen itu.


Katanya, memang hasrat kerajaan adalah untuk mengelakkan kegiatan perjudian, namun beliau menyerahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat penilaian terperinci.


“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu rata-rata kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain.


“Bagaimanapun, terpulang kepada Kementerian Kewangan sama ada ingin memikirkan apa juga bentuk kawalan yang dibuat, orang bertaruh dalam Internet pun ada,” katanya selepas Karnival Bola Sepak Kota Bharu Piala Datuk Fatmi 2010, di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.


Akhbar semalam, melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein sebagai berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia pada Jun ini, bertujuan mengelakkan kegiatan perjudian haram.


Dr Awang Adek bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara berkenaan akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula tidak lama lagi.


Beliau juga dilaporkan berkata, pihaknya mengakui terdapat beberapa pihak sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan berkenaan.

harian metro 8/5/2010

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 09:20


Assalamualaikum...

Adakah dengan mengeluarkan lesen judi, maka kegiatan perjudian menjadi halal....???

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 09:33


pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 12-05-10 09:43


Pada 12-05-10 09:33 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2


Dia orang baru di sini, mungkin dia tidak perasan. Sebaiknya anda sambut dia dengan bahasa yang lebih molek.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 12-05-10 09:51


, betul tu... Apapun Lesen tu tidak patut dikeluarkan kerana menggalakkan Malaysia jadi pusat perjudian... dahlah Haram...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 10:01


ish..tak syoknya mendengar berita ni...

apakah dengan memenangkan hati beberapa pihak, dapat selesaikan masalah even benda tu dah brtentangan dengan agama?

pemimpin beragama seharusnya bertegas..!!


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 10:28


Pada 12-05-10 09:33 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2


Assalamualaikum

Sorry lah ye.. tak perasan... jangan lah marah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 10:35


komen dari zaharuddin.net

Secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lesen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya amat berharap pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

sumber: zaharuddin.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 10:38


Pada 12-05-10 09:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-05-10 09:33 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2


Dia orang baru di sini, mungkin dia tidak perasan. Sebaiknya anda sambut dia dengan bahasa yang lebih molek.


Assalamualaikum

terima kasih dan selamat berkenalan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 11:27


Pada 12-05-10 10:28 , demuara posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-05-10 09:33 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2


Assalamualaikum

Sorry lah ye.. tak perasan... jangan lah marah...


hahahah tak marah bro...just nak bagitau..sebelum excited nak meneganhkan sesuatu isu..boleh belek dulu beb..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 15-05-10 08:12


Pada 12-05-10 10:38 , demuara posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-05-10 09:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-05-10 09:33 , bezita posting:

!!! QUOTE !!!

pergh hebatnya anda ni.... suka buka topik...cek lah dulu beb..topik ni dah ada dah...



http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=42354&forum=2


Dia orang baru di sini, mungkin dia tidak perasan. Sebaiknya anda sambut dia dengan bahasa yang lebih molek.


Assalamualaikum

terima kasih dan selamat berkenalan...


Sama-sama.
Salam perkenalan kembali... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 15-05-10 08:17


JUDI HALAL JUDI HARAM, PERBUATAN SYAITAN
Shoutun Nahdhah 219: Mykhilafah

Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut ketibaan kejohanan bolasepak Piala Dunia tidak lama lagi, rakyat, khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan satu ‘produk halal’ yang bakal muncul memeriahkan lagi temasya sukan empat tahun sekali itu. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. “Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen. Ramai yang terkejut dan beristighfar panjang dengan kenyataan ini, namun belum pun reda kejutan ini, dua hari lepas (12 Mei) akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu (harakahdaily.net). Nah, inilah hadiah dari seorang pemimpin 1Malaysia kepada rakyat, khususnya kepada tauke judi dan kaki-kaki judi seluruh negara! Ternyata cogankata “pencapaian diutamakan” bukanlah suatu yang sia-sia di mana mungkin ‘judi halal’ ini adalah salah satu pencapaian terbesar yang bakal diraih Malaysia yang tidak pernah di lakukan oleh negara-negara umat Islam lainnya.

Bagi mereka yang sudah lama menyelami politik tanahair, judi halal yang diumumkan kerajaan ini, walaupun memeranjatkan tetapi bukanlah suatu yang baru. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen. ‘Judi berlesen’ telah lama dihalalkan di Malaysia. Siapa tidak tahu kasino Genting, kasino Bukit Tinggi, Magnum, Tanjung, Metroplex, Resort World Berjaya Group dan banyak lagi? Kesemua ini merupakan syarikat besar judi yang beroperasi secara ‘sah’ di Malaysia. Di samping musim orang gila bola ini, kini ada satu lagi kegilaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk digilai iaitu gila judi. Segalanya dah jadi gila! Sungguh dangkal dan menjijikkan alasan yang diberi oleh seorang menteri, membenarkan judi hanya kerana khuatir jika tidak dibenarkan, judi tidak dapat dibendung. Kemudian ditambah dengan alasan haram lainnya iaitu keuntungan darinya dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Dengan alasan yang sama, agaknya Pak Menteri akan menghalalkan perzinaan dan pelacuran jika perzinaan dan pelacuran sudah tidak dapat dibendung. Pak Menteri juga mungkin akan menghalalkan arak dan dadah yang sememangnya sudah tidak dapat dibendung lagi selama ini. Begitu juga dengan mencuri, merompak, merempit, buang bayi, membunuh, murtad dan sebagainya, semua ini boleh dihalalkan jika khuatir sudah tidak dapat dibendung lagi! Alasan apakah ini!? Inilah pemikiran yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Mereka adalah dari jenis makhluk yang tidak pernah memerhatikan hukum Allah dalam membuat keputusan. Kepala mereka dipenuhi najis pemikiran Kapitalis yang hanya tahu berfikir untuk mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan, tanpa mengambil kira aspek halal-haram.

Menghalalkan Yang Haram Kerana Maslahat Dan Hukumnya

Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” (TMQ al-Ma’idah (5):90).

Dari perkembangan terbaru ini, nampaknya Menteri Malaysia begitu berani melawan ayat-ayat Allah dengan menghalalkan apa yang Allah telah haramkan. Mereka betul-betul telah menjadikan syaitan sebagai kawan dan mendustakan ayat Allah dengan perbuatan terkutuk mereka ini. Firman Allah,

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” (TMQ an-Nahl (16):116).

Apakah pemimpin Malaysia begitu bodoh hingga tidak memahami ayat-ayat Allah yang qat’ie? Atau mereka tidak peduli dengan semua itu kerana merasakan merekalah pembuat undang-undang yang lebih hebat dari Allah? Nampaknya pemikiran bathil ini telah menyatu dan mendarah daging di dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Al-Quran. Mereka telah menjadikan akal dan hawa nafsu mereka sebagai ‘penimbang’ untuk menilai mana yang manfaat dan mana yang mudarat, lalu mengeluarkan hukum mengikut manfaat yang mereka fikirkan. Inilah cara berfikir mereka, apabila manfaat suatu perbuatan jauh lebih besar dari mudaratnya, maka perbuatan itu mesti dikerjakan. Dan jika mudaratnya lebih besar dari manfaatnya, maka menurut akal mereka, perbuatan itu mesti ditinggalkan. Inilah apa yang mereka lakukan dan kita sedang menyaksikannya. Walaupun begitu jelas bahawa maslahat yang mereka fikirkan itu berlawanan dengan hukum syarak, namun hukum syarak mereka tinggalkan dan ‘hukum maslahat’ mereka ambil sebagai ganti. Mereka sesungguhnya telah memposisikan diri mereka sebagai Musyarri’ (Pembuat Hukum) kerana telah menghalalkan yang haram mengikut sesuka mereka berdasarkan akal dan hawa nafsu mereka. Sedangkan satu-satunya Musyarri’ (Pembuat Hukum) adalah Allah Azza Wa Jalla. Oh! Alangkah beraninya mereka!

Antara aspek terpenting ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah). Ini tidak terbatas kepada kita yang berada di Malaysia sahaja, bahkan juga kepada seluruh negara kaum Muslimin lainnya. Firman Allah Azza Wa Jalla,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” (TMQ al-Ma’idah (5):44).

Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) dalam ayat ini, sepertimana juga dalam surah yang sama ayat 45 dan 47, mencakup siapa sahaja yang memiliki autoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu hukum (undang-undang) serta menerapkannya, baik sebagai ketua negara atau menteri-menterinya atau orang-orang yang diberi kuasa oleh mereka (untuk membuat hukum). Setiap orang yang memiliki autoriti untuk menerap dan memutuskan hukum, maka mereka termasuk dalam pengertian “yahkum” dalam ayat tersebut atau ayat-ayat lainnya. Oleh itu, siapa sahaja yang menerap dan memutuskan suatu urusan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah, maka dia secara nyatanya telah berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah, baik kerana dia sengaja atau kerana kejahilan sekalipun. Juga, tidak kiralah apa alasan sekalipun yang diberikannya, atau dengan tiada apa-apa alasan sekalipun, pokoknya dia telah berhukum dengan hukum selain yang Allah turunkan. Apabila orang yang berhukum dengan selain dari apa yang Allah turunkan melakukannya dengan rasa puas, redha dan tanpa rasa bersalah serta membenarkan apa yang dilakukannya, maka dia telah jelas kafir dan telah keluar dari Islam, berdasarkan ayat ini.

Sebagai contoh, keharaman riba jelas qat’ie, sebab sumber dan maknanya adalah qat’ie sehingga tidak ada penafsiran lain lagi. Bila ada seorang penguasa yang membuat undang-undang yang membolehkan riba, maka dia sesungguhnya telah mengambil selain syariat Allah serta menerapkan hukum selain dari yang diturunkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang jelas telah diharamkan oleh Allah. Bila dia mengakui bahawa dialah yang telah membuat undang-undang itu serta menerapkannya, malah mewujudkan organisasi, lembaga atau badan untuk mempertahankan keharaman tersebut, maka dia jelas-jelas telah berhukum dengan selain hukum Allah bahkan mengukuhkan lagi kekufuran. Masalah ini bukanlah masalah ijtihadi, akan tetapi masalah yang secara langsung diambil dari ayat Allah,

“barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

Tidak ada penafsiran lain lagi bagi ayat ini kecuali teramat jelas bahawa siapa yang berhukum dengan selain dari apa Allah turunkan, dengan puas, redha, mempertahankan dan tidak merasa bersalah dengannya, maka dia adalah termasuk orang-orang yang kafir!

Fakta yang sama status hukumnya dengan penghalalan riba adalah penghalalan judi, arak, zina, murtad dan seumpamanya. Dalam hal ini memang terdapat perbezaan antara orang yang melakukan riba atau judi tetapi dia meyakini bahawa riba atau judi itu haram, dengan, orang yang melakukan riba atau judi, namun dia meyakini bahawa riba atau judi itu halal. Orang yang pertama hanya dinilai sebagai melakukan maksiat, tetapi orang yang kedua dikategorikan sebagai kafir. Sebab orang yang pertama masih mengakui hukum syarak meskipun amalannya menyeleweng, sehingga dia dihukum sebagai pelaku maksiat. Sedangkan orang yang kedua, kerana dia telah mengengkari hukum syarak yang qat’ie yang termasuk dalam kategori ma’belum minaddin bi dharurah (hal agama yang jelas hukumnya), maka dia telah menjadi kafir! Bagi mana-mana penguasa yang masih benar i’tiqad (keyakinannya) terhadap hukum syarak namun dalam masa yang sama mengamalkan hukum kufur, mereka mungkin terhindar dari kekafiran, tetapi mereka sama sekali tidak terlepas dari kezaliman dan kefasikan kerana berhukum dengan selain dari yang Allah turunkan.

Seorang Muslim yang sejati, baik penguasa mahupun rakyat, tidak akan mungkin meninggalkan syariat Allah atau redha dengan hukum kufur yang diterapkan. Jika dia merasa puas dan redha dengannya, maka dia bukanlah lagi muslim yang sejati. Firman Allah,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan” (TMQ an-Nisa’ (4):65).

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kalian anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kalian kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam! Dalam hal ini Allah SWT mengingatkan kita dalam kitabNya,

“Mereka telah menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan begitu pula dengan Al-Masih (Isa) bin Maryam (telah dituhankan pula), padahal mereka tidak diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan” (TMQ at-Taubah (9):31).

Ketika Rasulullah ditanya bagaimana mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan rahib dan pendita mereka sebagai Tuhan, baginda menjawab

“Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka mentaatinya”.

Inilah yang dimaksudkan dengan menyembah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini di mana terdapat di kalangan penguasa kita yang jelas-jelas telah mengambil sikap seumpama rahib dan pendita Yahudi dan Nasrani yang dibenci dan dimurkai Allah. Penguasa umat Islam hari ini telah dengan jelas menghalalkan apa yang Allah haramkan! Mereka begitu berani membuat hukum tersebut tanpa sedikitpun merasa bersalah dengannya! Apakah kalian masih tetap mahu mentaati mereka dan membiarkan orang-orang seperti ini memimpin kalian? Sekiranya kalian mentaati mereka, maka sesungguhnya kalian telah menjadikan mereka Tuhan-Tuhan selain Allah. Dan sesungguhnya ini adalah suatu perbuatan yang jelas-jelas mensyirikkan Allah! Na’uzubillah min zalik. Kita diharamkan untuk mentaati penguasa sebegini, sebaliknya wajib meluruskan mereka. Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” (hari Muslim).

Dalam riwayat lain disebut,

“dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Sesungguhnya para penguasa itulah yang merupakan punca kepada segala kemungkaran yang ada pada hari ini. Sistem mereka adalah mungkar, undang-undang mereka adalah mungkar, tingkah laku mereka juga penuh kemungkaran. Jika kalian lemah sekalipun untuk menegur dengan tangan atau lisan, kalian sekali-kali tidak boleh lemah untuk menegur dengan hati. Sesiapa sahaja yang tidak membenci tindakan penguasa seperti itu, maka sesungguhnya dia telah berdosa sebagaimana penguasa tersebut. Sabda Rasulullah SAW,

“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa...” (hari Muslim).

Kita hendaklah mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa sedaya upaya kita kerana Rasulullah SAW bersabda,

“Bila aku memerintahkan dengan suatu perintah, maka tunaikanlah perintah itu sekuasa-kuasa kalian” (hari Mutafaq Alaih).

Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan atau kelalaian kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” (hari Ahmad).

Justeru, cegahlah kemungkaran penguasa ini dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan syarak, baik dengan perbuatan, lisan mahupun penulisan agar kita semua terhindar dari dosa dan azab.

Khatimah

Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kalian dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan. Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang dengannya segala kemungkaran dapat dijungkirbalikkan dan digantikan dengan kebaikan dan kemuliaan. Sesungguhnya pemerintahan ini wajib berada di tangan seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa yang akan menerapkan hukum menurut apa yang Allah turunkan. Dan Khalifah ini tidak akan terwujud kecuali kita semua berusaha mewujudkannya dengan jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat yang kita kasihi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 12:23


Himpunan besar 3 Julai

http://episodeperjuangan.blogspot.com/    

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 22:13


CADANGAN untuk NEGERI2 PAKATAN RAKYAT - HAPUSKAN SEMUA JENIS JUDI

Pemuda PAS Gombak melihat komitmen PKR dan DAP dalam menangani isu judi bola sepak Piala Dunia sebagai sesuatu yang positif. Ia membuktikan bahawa nilai-nilai syariat dan akhlak di dalam Islam turut diterima oleh masyarakat bukan Islam.

Kesepakatan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat termasuk yang bukan Islam perlu dilihat positif dari aspek dakwah Islam. Ia membuktikan, selama beberapa tahun PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, digunakan sebaiknya untuk berdakwah. Ia sesuatu yang sama sekali tidak berlaku oleh Umno selama mana mereka memimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Gombak ingin menyeru kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat agar menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat jelata bahawasanya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional, yang sememangnya telah menjadi aspirasi Pakatan Rakyat selama ini.

Memandangkan sudah disepakati oleh para pimpinan Pakatan Rakyat bahawasanya judi, sekalipun ia dilesenkan, lebih banyak mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan, maka negeri-negeri Pakatan Rakyat harus membuktikannya dengan mengambil pendirian serupa terhadap syarikat-syarikat judi yang masih beroperasi di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, Kelantan boleh dijadikan satu model pemerintahan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain memandangkan Kelantan sudah lebih 20 di bawah pemerintahan PAS.

Kita sedari bahawa syarikat-syarikat judi yang wujud ini adalah warisan peninggalan kerajaan Barisan Nasional yang lama sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat, dan ia telah lama berakar umbi di dalam masyarakat.

Maka untuk itu, kita sedia maklum bahawasanya tindakan yang boleh diambil adalah secara berperingkat-peringkat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan ketika mula-mula mengambil alih Kelantan dahulu daripada tangan Umno / BN.

Kami yakin dan percaya, dengan tindakan berani ini akan menempelak kerajaan Barisan Nasional yang selama ini mengaut keuntungan daripada kebejatan moral melalui kegiatan judi ini.

Kita tahu bahawa selama ini selama ini kegiatan judi berlesen lebih banyak menguntungkan segelintir sahaja tauke-tauke judi yang menjadi sumber kekayaan kroni-kroni dan tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada rakyat terbanyak.

Justeru, tindakan pengharaman judi secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat judi yang wujud di Malaysia tidak sekali-kali akan menjejaskan sumber ekonomi negara yang sebenarnya selama ini diuruskan secara korup oleh Barisan Nasional.

Kami yakin, tindakan berani ini sekali gus akan membuka mata rakyat Malaysia dan dalam masa sama dapat meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah parti alternatif Barisan Nasional untuk membawa negara yang lebih aman dan makmur.

Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Gombak.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 22:39


setuju... dulu study kat kelate rasa aman damai saja... sebab tak ada judi, arak, wayang pun tak ada rasanya kalau tak silap lah... tak tau lah sekarang macam mana... org bukan Islam kat kelate boleh saja terima... benda baik, memang org tak bantah... ni lagi nak bagi lesesn judi supaya tak ada org buat judi haram... sejak bila pulak halal berjudi? nak bagi lesen apa lagi? sh, jahil sungguh.... na'uzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.358293 saat. Lajunya....