Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-07-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Khuza
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43056

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 9 jam, 26 minit yang lalu
samudra: 18 hari yang lalu
hafiz_along_83: 18 hari yang lalu
MuRfiQaH_saHiRa: 21 hari yang lalu
mawardah_ilmi: 25 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Tahap ilmu pengetahuan... dimana tahap anda?


Carian Forum

Moderator: Admin, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Tahap ilmu pengetahuan... dimana tahap anda?

Please Mendaftar To Post


Oleh Tahap ilmu pengetahuan... dimana tahap anda?

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 09:30


Baru tadi aku selesai suatu mesyuarat peringkat jabatan. Antara hal yang dibincangkan ialah pencapaian student yang lemah dalam sesuatu subjek. Perbincangan ala-ala post-mortem itu akhirnya berjaya merumuskan punca masalah kemerosotan keputusan pelajar-pelajar tersebut.

Begini ceritanya, perbincangan tadi melibatkan beberapa subjek yang di ajar di jabatan kami. Keputusan pelajar didapati agak teruk dengan majoriti mendapat gred C. Ini suatu perkara yang membimbangkan. Beberapa pensyarah yang berkenaan telah tampil memberikan penjelasannya.

"Student saya boleh jawab soalan ujian jika soalan ujian tersebut mirip kepada soalan latihan yang kami beri". "Jika kami tukar soalan, maka hancurlah jawapan yang diberikan oleh student". "Student-student ini rupanya menghafal soalan dan jawapan sebelum menduduki peperiksaan, sebab itulah mereka boleh jawab soalan yang mirip". "Ini membimbangkan kerana ini menunjukkan bahawa pelajar kita sebenarnya kurang faham apa yang dipelajarinya", kata seorang pensyarah.

"Kalau mereka ini diajar buat karipap, lepas tu suruh mereka buat karipap inti sardin, konfirm tak boleh buat", sampuk seorang pensyarah lain. "Hehe.. tak payah tukar inti, kalau suruh mereka buat karipap yang sama cuma pedas sikit saja itu pun belum tentu lagi", tambah seorang lagi pensyarah. Bilik mesyuarat bergema seketika dengan gelak tawa pensyarah. Trend ini juga sebenarnya wujud dalam subjek-subjek yang lain, termasuk subjek yang saya ajar. Budaya menghafal ini sangat membimbangkan.

Menghafal memang mudah (walaupun bagi saya, saya sebenarnya tidak gemar menghafal). Tahukah anda sebenarnya, menghafal merupakan tahap paling rendah dalam penguasaan ilmu? Rajah dibawah menunjukkan tahap penguasaan ilmu daripada tahap terendah (Remember) kepada tahap tertinggi iaitu berkebolehan untuk menganalisa, menilai dan mencipta sesuatu yang baru berdasarkan ilmu yang dipelajari (Analyse, Evaluate, and Create).

/
Dipetik daripada "Categories in the cognitive domain of Bloom's Taxonomy (Anderson & Krathwohl, 2001)".

Tahap pembelajaran di sekolah kebanyakannya melibatkan pencapaian ilmu tahap rendah iaitu kebolehan mengingat (yang biasanya dicapai dengan teknik menghafal). Hanya sedikit sahaja pencapaian ilmu pada tahap pemahaman ditekankan di sekolah dan tahap aplikasi (Apply) boleh dikatakan hampir tiada. Penetapan tahap sebegini di sekolah adalah sesuai kerana ini bertepatan dengan tahap umur pelajar yang masih muda.

Masalah akan berlaku jika pelajar universiti masih berada di tahap rendah. Ini kerana, ilmu yang diajarkan di universiti bagi peringkat Ijazah biasanya berada di sekitar tahap kedua (Understand), tahap ketiga (Apply) dan sedikit di tahap keempat (Analyse, Evaluate, and Create). Peringkat pengajian kedoktoran (PhD) akan banyak melibatkan ilmu ditahap keempat (sesuai dengan peringkat pengajiannya).

Jika sesoerang pelajar masih kekal mindanya untuk belajar dengan cara menghafal (teknik pembelajaran tahap paling rendah), maka ini akan menimbulkan masalah kerana mereka tidak mungkin akan dapat mencapai tahap yang baik di dalam pengajian mereka.

Tidak dinafikan, menghafal sangat penting tapi untuk berjaya, namun seseorang pelajar IPT perlu naik ke tahap yang lebih tinggi. Untuk mencapai tahap kedua (pemahaman), pelajar perlu faham akan konsep di sebalik ilmu yang diajar. Untuk faham bukan mudah (kalau mudah tidaklah tahap ini diletakkan di atas tahap pertama) kerena pemahaman memerlukan kepada kebolehan untuk mengkaji maksud tersirat disebalik ilmu yang diajar.

Apabila pelajar sudah faham (mencapai tahap kedua), pelajar akan boleh menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan ilmu yang diajar. Kegagalan untuk memahami ilmu adalah punca utama ramai yang gagal untuk menjadi pelajar cemerlang. Perlu diingat, cara belajar tahap kedua tidak sama dengan cara belajar tahap pertama.

Untuk tahap pertama, cukup sekadar menghafal tetapi untuk tahap kedua, pelajar perlu berfikir dan cuba mencari hubungkait diantara ilmu-ilmu yang diajarkan atau yang dipelajari. Dengan cara itu, barulah kefahaman (penguasaan ilmu tahap kedua) boleh datang (dengan izin Allah SWT). Kalau pelajar tidak berfikir maka pelajar tersebut akan sentiasa terperangkap di tahap rendah.

Dalam artikel saya sebelum ini, telah saya jelaskan kepentingan belajar bersungguh-sunggguh, banyakkan latihan dan selalu membaca. Ini kerana cara ini boleh membentuk minda seseorang supaya berfikir. Apabila seseorang pelajar sudah mahir dalam teknik menguasai ilmu pada tahap kedua, maka pelajar tersebut akan mudah untuk skor dalam peperikaan, malah teknik menghafal mungkin sudah tidak penting lagi kerana kefahaman yang diperolehi akan menguatkan ingatan. Walaupun seseorang pelajar itu tidak menghafal, namun kefahaman yang ada membolehkannya untuk mengingati sesuatu ilmu dengan mudah.

Sebagai contoh, orang yang sudah faham akan konsep pendaraban (Matematik) tidak perlu menghafal bahawa 2 tak 3 = 6. Walaupun tidak menghafal, jika dia faham maksud 2 tak 3 adalah 2 kali penambahan nilai tiga (3 + 3), atau 3 kali penambahan nilai dua (2 + 2 + 2), maka dia boleh mendapatkan nilai 2 tak 3 melalui cara lain (kefahaman) iaitu sama ada dengan menambah 2 + 2 + 2 atau 3 + 3. Lihatlah betapa hebatnya kuasa pemahaman ilmu ini (mungkin bagi contoh ini tidaklah jelas kehebatannya tapi bagi contoh yang lebih kompleks, ia sangat mengagumkan).

Alangkah ruginya mereka yang malas berfikir. Pencapaian ilmu tahap kedua sangat penting kerana tanpanya, tidak mungkin seseorang akan mencai tahap ilmu yang lebih tinggi. Masih tidak terlambat untuk mengorak langkah bagi meningkatkan tahap ilmu kita. Walaupun sudah bekerja, penguasaan ilmu pada tahap yang lebih tinggi akan meningkatkan produktiviti kerja serta kualiti kerja. Penguasaan pada tahap tertinggi boleh mewujudkan budaya inovasi yang kini merupakan, suatu aset yang bernilai dalam menjadi pemangkin pembangunan sesuatu masyarakat.

Ayuh, berfikirlah.... di manakah tahap ilmu anda sekarang?


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 10:56


Biasanya apply ... kadang-kadang saja create :-D


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

  


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 11:11


Assalamualaikum

Mengkaji, faham dan buat latihan begitulah teknik study yang berkesan bagi saya. :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-05-10 19:18


erm.. tak tau nak cakap apa.. pengalaman jadi student mtrx, univ dan maktab...saya rasa taklah benganp sangat sampai nak hapal jawapan dan soalan latihan..d akui suka spot soalan tapi tak lah sampai hancur jawapan Kalau soalan yang berbentuk lain even soalan yang sama sampai tak boleh jawab..boleh saja... tapi sekarang konon-konon nak sambung stuyd tak tau lah bagaimana..takut otak da bekarat saja..hehe..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 14:53


Study hard and smart = maximum output


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113885 saat. Lajunya....