Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 8 hari yang lalu
aye: 10 hari yang lalu
NisaAdDeen: 33 hari yang lalu
RijaludDeen: 33 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Kenapa ana jadi begini


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Kenapa ana jadi begini

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa ana jadi begini

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 16:12


Ana dah kawin dan telah dikurniakan cahaya mata, alhamdulillah. Seharusnya semakin lama berumahtangga dan mengharungi hidup ini, jiwa kita semakin tenteran dan damai..... tetapi ini tidak terjadi pada ana.

Ana semakin menjauhi agama. Dalam diri ana banyak berlaku kekeliruan... hingga menjadi konflik dalaman yang menggegar iman ana. Kalau dulu, ana sering bersolat sunat, berzikir dan tilawah qur'an.... tetapi sekarang ni ana dah tinggalkan semuanya... ana buat yang wajib2 sahaja.

Jiwa ana meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak seharusnya ana lakukan. Persoalan ana.... apakah cinta manusia menjadikan kita semakin lelai kepada Allah?

Ana mohon bantuan dari ukhwah yang dapat merungkai konflik dalam jiwa ana. Sekian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 16:52


salam . baguslah anta/anti menyedari semua tu. jadi usahalah perbaikinye.. al-quran jangan tinggalkan kalau boleh dalam seharian..sebab ia dapat mencucikan hati... dan cubalah muhsabah kembali.. adakah cinta anta/anti kepada Allah melebihi segalanya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-05-10 22:46


ini mungkin dugaan.., jadi, kuatkan semangat.., usahakan sedikit sedikit pulihkan keadaan seperti dulu..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

  


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 07:28


Terima kasih habrah & nurarisha.

Kalau nak bincang tentang cinta ana pada Allah... memang tak pernah berbelah bahagi. ana rasa ana boleh buat pengakuan bahawa cinta ana pada Allah mengatasi segala-galanya.... tetapi, dalam masa yang sama .... ana akui ana perlukan cinta manusia. pada ana cinta manusia menjadi bateri dan memberi kekuatan untuk ana beribadah lebih dari yang biasa.

Malangnya, cinta manusia yang ana harapkan itu...ana tak perolehinya, menjadikan jiwa ana kacau dan timbul rasa malas untuk beramal seperti sedia.

Persoalan ana lagi... mungkinkah cinta ana salah? adakah sebenarnya cinta ana pada Allah tidak semantap yang ana sangka?

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 07:49


ini bukan masalah cinta akan tetapi masalah hati anda sendiri,hidup ini kita perlu ada guru yang mengajar kita tentang segala aspek kehidupan.saya cadangkan agar banyakkan istighfar sebab kita malas hendak beribadah kerana hati yang sudah kotor atau berdebu


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-05-10 08:29


Terima kasih mohd azri.

Pandangan tu memang tepat.... untuk makluman, setiap hari ana beristighfar, sehari paling kurang 100 tak istighfar dan kadang-kadang lebih.... sampai sekarang, ana tak pernah bhenti.

Ana mengaku, memang hati ana kotor dan penuh dosa. ana sedar, inilah yang menjadikan ana tidak berkeinginan untuk beribadah, jadi malas, badan rasa lesu, otak tak boleh berfikir waras, kepala jadi sakit, rasa serabot dan sesak.
Ana memang bercita2 untuk kembali ke asal.... tetapi, ana perlu satu momentum yang boleh menggerakkannya.

Dalam situasi ana sekarang.... ana rasa momentum itu adalah cinta manusia. Tapi syang juga, sekarang ni ana benci kepada manusia.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

illitasnim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21574
Posting: 38
Dari: Perak

qatar  


posticon Posting pada: 09-05-10 18:13


Mungkin jiwa itu kosong.Ia minta diisi...wallahua'lam...

Bookmark and Share

  


  Member Information For illitasnimProfil   Hantar PM kepada illitasnim   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-05-10 22:42


salam.. kepada ana zalil ,jangan jadikan cinta manusia sebagai alasan ntok beribadah pada allah.. seharusnya kita lakukan sesuatu tu hanya kerana allah. tapi dr apa yang ana faham dr luahan hati saudari, saudari menjadikan cinta manusia sebagai loncatan ntok beribadah. seolah-olah saudari mengatakan yang saudari akan rajin beribadah kerana manusia. Pada saya konsep yang saudari pegang ni salah, sebab cinta Allah mengatasi segalanya. Jika benar saudari mencintainya Dia lebih dr segala, jadi saudari tak perlukan sesiapa ntok bangkitkan semangat saudari ntok beribadah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-05-10 22:42


salam.. kepada ana zalil ,jangan jadikan cinta manusia sebagai alasan ntok beribadah pada allah.. seharusnya kita lakukan sesuatu tu hanya kerana allah. tapi dr apa yang ana faham dr luahan hati saudari, saudari menjadikan cinta manusia sebagai loncatan ntok beribadah. seolah-olah saudari mengatakan yang saudari akan rajin beribadah kerana manusia. Pada saya konsep yang saudari pegang ni salah, sebab cinta Allah mengatasi segalanya. Jika benar saudari mencintainya Dia lebih dr segala, jadi saudari tak perlukan sesiapa ntok bangkitkan semangat saudari ntok beribadah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-05-10 12:56


terima kasih liltasnim dan habrah.

ana mengaku... mungkin jiwa ana dah jadi kosong sekarang ni... macam mana ana boleh isi jiwa ana ini.

Kepada habrah... salah kah jika ana jadikan cinta manusia d dunia sebagai batu loncatan untuk ana lebih mencintai Allah. Apa yang berlaku pada ana sekarang ini, ana jadi lebih bersemangat, jiwa kuat dan istiqamah bila ada ransangan cinta dari makhluk. tapi, bila cinta manusia ini pergi...ana jadi semacam putus harapan dr mendapat cinta Allah. Ini masalah yang sedang ana tanggung.

Ana mgharap bantuan dan bimbingan brterusan dari ukhwah sekelian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-10 13:19


Berat ujian ini ... "Antara dua cinta ...~~~ " :-)


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

  


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-05-10 15:27


erm...berkhidmat untuk suami dan anak pun ibadah yang besar jugak kan?isteri yang taat pada suami dan buat segala yang wajib dah mendapat jaminan masuk syurga.niat kan bakti kepada suami dan anak kerana Allah, automatik menjadi ibadah disamping jk ada waktu istiqamah dengan yang sunat sekadar yang mampu.jangan gelojoh dalam ibadah sunat.......pilih yang mana kita boleh istiqamah,maka banyakkan yang tu.jangan mengejar kuantiti tapi kejarlah kualiti.lagi pun bila dah berkahwin setiap perlakuan kita terhadap pasangan kita adalah ibadah.tapi ramai yang tak sedar.....janganlah bila dah kawin kita jadi lagho..sehinggakan yang wajib kita tinggalkan.yang ni baru lah ada somen thing wrong...


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-05-10 21:41


Betul lah dalam sebuah hadis, bahawa suami akan menerima ujian yang ditanggung atas isteri dan anak-anak.

Inilah cabaran tapi kena bersedia dan jangan lebihkan cinta ALLAH mengatasi cinta manusia...

Itu formula nya, bagaimana nak dapat cinta ALLAH, macam-macam cara ...kena muhasabah lah barangkali...

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-05-10 08:47


kahwin pun adalah salah satu cara jugak kan bagi mendapat cinta Allah.cuma kebanyakan kita tidak meyedarinya.kawin kan perkara yang disuruh dan halal dan disukai oleh Islam.kita jangan terkeliru antara cinta halal dan cinta haram.cinta halal adalah cinta yang disuruh oleh agama manakala cinta yang haram adalah cinta yang ditegah oleh agama....pada pandangan ana,ini lebih kepada konflik dalaman kita sendiri..cuba muhasabah balik Kenapa jadi begitu?mesti ada faktor lain.jika kita faham hakikat kawin yang sebenar maka kita faham kawin adalah jalinan cinta yang dihalalkan jadi Kenapa timbul masalah bila dah kawin mula jadi lagho.kita mesti ingat cubaan org kawin ni kuat.mana tak nya, syaitan sampaikan menangis bila berkahwinya anak adam kerana telah tertutup beberapa jalan baginya menggoda anak adam...dan perlu di ingatkan peranan suami amat besar dalam mengemudi rumah tangga.dalam berumah tangga arahan suami yang syarie melebihi dr ibadah sunat.Kalau tidak masakan isteri mesti meminta izin pada suami jika ingin berpuasa sunat.dan harus di ingat tak sama ibadah org kawin dengan org bujang....sedar kah kita bahwa kahwin mengangkat martabat kita.sedarkah kita solat isteri dirumah lagi aula dr di masjid.sedarkah kita bahwa isteri yang mengandung di istighfarkan oleh makhluk yang melata dan di lautan.sedarkah kita saat melahirkan anak segala dosa isteri di ampunkan bak saat ketika baru-baru dilahirkan.sedarkah kita ganjaran syahid akhirat di beri jika isteri mati saat melahirkan anak.sedarkah kita bahwa setiap titisan susu yang diminum oleh anak adalah ganjaran pahala bagi isteri.sedarkah kita setiap senyuman yang diberi pada suami adalah pahala.sedarkah kita hubungan kelamin suami isteri adalah ibadah.sedarkah kita bahang panas yang dirasai saat isteri memasak menjauhkan isteri dr panasnya bahang api neraka di akhirat kelak.sedarkah kita berjaga mlm menjaga anak yang sakit lagi besar ganjaran dr berqiamullail sepanjang mlm.sedarkah kita, sedarkah kita, sedarkah kita bahwa besarnya ganjaran bagi mereka yang berkahwin setiap perbuatan adalah pahala yang berterusan tanpa henti.tapi ramai yang tak sedar hakikat perkahwinan itu sendiri.jika kita sedar segala perbuatan kita yang kahwin adalah ibadah bukankah itu semakin menambahkan cinta kita kepada Allah memalui cinta kita kepada makhluk.cinta kita kepada pasangan kita kerana dengan berasbabkan dia lah kita mencapai makam org berkahwin.so, nasihat ana pada diri ana sendiri dan sahabat-sahabat sekalian renungkan kembali falsafah kahwin itu sendiri.jika perkara itu adalah dihalalkan dan di suruh oleh agama, maka perkara itu tiada kekurangannya...contohnya, ayam KFC sangat sedap.tiada sesiapa yang menafikan kesedapannya,tapi jika dimakan oleh org demam rasanya tawar dan tak sedap saja.dalam kes ini Kenapa ayam tu jadi tawar dan tak sedap?adakah kerana ayam tu tak sedap?tidak, itu kerana si pemakannya yang bermasalah.si pemakannya yang demam yang menyebabkan ayam yang sedap tu rasa tak sedap.inilah metafora dalam ibadah,semua ibadah ada zauqnya,baik yang khusus atau yang umum.tapi kesannya bergantung kepada si pengamalnya bagaimana kondisinya masa tu.so renung-renungkanlah......muhasabah diri kita dan tambahkanlah ilmu insyaallah di situlah ubatnya.berbeza perkahwinan org yang dengan ilmu dengan yang tiada ilmu.disitulah adanya istilah kahwin kerana nafsu dan kahwin kerana Allah..syukran.


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 09:42


Setuju dengan pejuang_terakhir, perkahwinan itu sahaja memberi pelbagai bonus dan ganjaran daripada org yang tak berkahwin. Tapi mengapa nak sia-sia kan perkahwinan?

Menjadi lumrah sekarang ini perkahwinan semakin tidak membahgia kan? Kita kena cari punca nya..adakah kerana diri kita sendiri? Jawapanya tentu lah 'YA'

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 11:21


Terima kasih SNMA, pejuang_terakhir dan engrfeez atas nasihat dan panduan yang diberi. Ana rasa terharu dan ada sedikit kekuatan setelah membaca nasihat ukhwah sekelian.

Ana mulai faham sedikit....... Apa yang penting adalah ana mencari cinta Allah terlebih dahulu.... insya Allah, selepasnya akan datang cinta manusia.

Mungkin ana perlu sedikit bimbingan lagi..... macamana nak dapatkan cinta Allah? Ana faham, sebagaiaman yang pejuang-terakhir maklumkan... bahawa semua yang kita laksanakan adalah ibadah. Namun... ana perlu lagi penjelasan, bagaimana ana nak kuatkan hati dan semangat untuk laksanakan semua tu sehingga datang kasih sayang Allah....

Ana rasa, jiwa ana masih lagi kosong dan perlukan bimbingan......

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-05-10 14:32


mulakan bersama-sama suami anti lah.......solat jemaah sama-sama, tadarus, puasa sunat, suami baca tazkirah dll.....dan lagi satu mesti sentiasa letakkan khauf (takut) dan mahabbah (cinta) yang disertai dengan raja'(harap).itulah perjalanannya....permulaan perjalanan adalah sayang...bila sayang semakin menebal ia pergi kepada cinta....bila cinta sudah bersemi ia pergi kepada rindu....bila rindu telah bertunjang di hati maka fana lah dunia ini.....walau apa-apa pun perjalanan yang rasulullah tinggak kan itulah yang terbaik buat umatnya...


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 10:33


terima kasih pejuang_terakhir. Sebelum ana meneruskan, izinkan ana menyatakan...jantina ana lelaki.

sebenarnya... ana dah puas berteori. apa yang ana perlukan sebenarnya adalah panduan yang lebih praktikal. kalau boleh, step by step. Ana rasa buntu dan jiwa ana kacau.... bila ana memikirkan apa yang berlaku. Ana faham ia ujian dari Allah...... ana rasa ana gagal dalam ujian ini..... Ana ingin berubah, ana tak mahu gagal lagi. cuma ana perlukan panduannya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-05-10 10:38


hehehehehe.......silap pahamla rupanya selama ini....ingatkan sang isteri.rupenya sang suami..erm,,,,salah tengok avatar lah ini.hehehe.kena masuk landasan balik lah ini dah terpesong dah ni


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 15:46


its ok. ana akui pandangan pejuang_terakhir ada kebenarannya. Tak kiralah siapa ana.... masalahnya tetap sama. Ana benar-benar berharap kepada pandangan dan bimbingan dari ukhwah yang lebih berpengalaman.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 00:37


Pada 13-05-10 10:33 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih pejuang_terakhir. Sebelum ana meneruskan, izinkan ana menyatakan...jantina ana lelaki.

sebenarnya... ana dah puas berteori. apa yang ana perlukan sebenarnya adalah panduan yang lebih praktikal. kalau boleh, step by step. Ana rasa buntu dan jiwa ana kacau.... bila ana memikirkan apa yang berlaku. Ana faham ia ujian dari Allah...... ana rasa ana gagal dalam ujian ini..... Ana ingin berubah, ana tak mahu gagal lagi. cuma ana perlukan panduannya.


Panduan nya dah ada saudara..Nabi dah tinggalkan Quran dan Hadis dan menyuruh kita berpegang dengan tali ALLAH... terpulang lah pada kita...

Banyak kan buat kerja agama berbanding kerja dunia... mungkin dapat membantu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 07:04


Terima kasih engrfeez. Ana sangat setuju dengan pandangan itu.

Boleh perincikan tak... apa maksud kerja agama dan kerja dunia. Ana perlu penjelasan... adakah selama ini ana kerja kerana dunia semata-mata. Ana tak nafikan.... memang ana pernah buat kerja agama (mengikut faham ana) tapi tujuannya untuk dunia.... walaupun memang ana niatkan untuk akhirat... tapi bila ana tanya hati kecil ana yang sebenar.... macam ia pergi kedunia sahaja.

Mohon penjelasan dari ukhwah sekelian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 07:46


Pada 10-05-10 12:56 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih liltasnim dan habrah.

ana mengaku... mungkin jiwa ana dah jadi kosong sekarang ni... macam mana ana boleh isi jiwa ana ini.

Kepada habrah... salah kah jika ana jadikan cinta manusia d dunia sebagai batu loncatan untuk ana lebih mencintai Allah. Apa yang berlaku pada ana sekarang ini, ana jadi lebih bersemangat, jiwa kuat dan istiqamah bila ada ransangan cinta dari makhluk. tapi, bila cinta manusia ini pergi...ana jadi semacam putus harapan dr mendapat cinta Allah. Ini masalah yang sedang ana tanggung.

Ana mgharap bantuan dan bimbingan brterusan dari ukhwah sekelian.




Jawapannya mudah.....

Cinta yang dianggap memberi semangat dan kekuatan itu untuk istiqamah adalah cinta palsu...cinta yang tidak benar....cinta yang tidak diredhai!

Kalau benar cinta itu cinta yang benar, ia akan berkekalan hadap Tuhan!

Pendapat aku saja....aku kosong!     ;-)


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 09:13


Pada 14-05-10 07:46 , Kosong posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-05-10 12:56 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih liltasnim dan habrah.

ana mengaku... mungkin jiwa ana dah jadi kosong sekarang ni... macam mana ana boleh isi jiwa ana ini.

Kepada habrah... salah kah jika ana jadikan cinta manusia d dunia sebagai batu loncatan untuk ana lebih mencintai Allah. Apa yang berlaku pada ana sekarang ini, ana jadi lebih bersemangat, jiwa kuat dan istiqamah bila ada ransangan cinta dari makhluk. tapi, bila cinta manusia ini pergi...ana jadi semacam putus harapan dr mendapat cinta Allah. Ini masalah yang sedang ana tanggung.

Ana mgharap bantuan dan bimbingan brterusan dari ukhwah sekelian.




Jawapannya mudah.....

Cinta yang dianggap memberi semangat dan kekuatan itu untuk istiqamah adalah cinta palsu...cinta yang tidak benar....cinta yang tidak diredhai!

Kalau benar cinta itu cinta yang benar, ia akan berkekalan hadap Tuhan!

Pendapat aku saja....aku kosong!     ;-)



:-)
Benar. Walaupun kosong, pengisian yang tak terlihat itu yang baik,

rasa cinta dari manusia? untuk apa? siapa yang menciptakan & mengadakan cinta dalam diri saudari......?

apakah manusia itu segalanya bagi meneruskan kehidupan?

salah ukhti... jika kamu jadikan manusia itu sebagai satu semangat & langkah untuk kamu gembira, bahagia, berjaya.......akhirnya kamu akan merana dan lama kelamaan kamu akan merasa jemu.

Benar sahabat, jika cinta didunia kita melebihi cinta kepada RABB, tak jauh lagi..hati kita akan sama turut lari dari landasan ketaqwaan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 12:24


Pada 14-05-10 07:04 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!


Boleh perincikan tak... apa maksud kerja agama dan kerja dunia. Ana perlu penjelasan... adakah selama ini ana kerja kerana dunia semata-mata. Ana tak nafikan.... memang ana pernah buat kerja agama (mengikut faham ana) tapi tujuannya untuk dunia.... walaupun memang ana niatkan untuk akhirat... tapi bila ana tanya hati kecil ana yang sebenar.... macam ia pergi kedunia sahaja.



maksudnya, kalau selama ini kurang membaca quran, hadrikan ilmu agama..kali ini apa kata tingkatkan...maksudnya tingkatkan apa sahaja amalan akhirat, mungkin baru kita peroleh bahagia...

you are so lucky bila hati tenang dengan kerja-kerja agama sedangkan ramai org ALLAH tak buka hati untuk buat kerja kerja agama...bersyukurlah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 14-05-10 13:28


Pada 06-05-10 16:12 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

Ana dah kawin dan telah dikurniakan cahaya mata, alhamdulillah. Seharusnya semakin lama berumahtangga dan mengharungi hidup ini, jiwa kita semakin tenteran dan damai..... tetapi ini tidak terjadi pada ana.

Ana semakin menjauhi agama. Dalam diri ana banyak berlaku kekeliruan... hingga menjadi konflik dalaman yang menggegar iman ana. Kalau dulu, ana sering bersolat sunat, berzikir dan tilawah qur'an.... tetapi sekarang ni ana dah tinggalkan semuanya... ana buat yang wajib2 sahaja.

Jiwa ana meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak seharusnya ana lakukan. Persoalan ana.... apakah cinta manusia menjadikan kita semakin lelai kepada Allah?

Ana mohon bantuan dari ukhwah yang dapat merungkai konflik dalam jiwa ana. Sekian.


Ana pun takut juga terjadi perkara sebegini suatu hari nanti. Semoga kita semua menemui keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat sana. Insya-Allah :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 07:32


Terima kasih kepada kosong, sinarabadi, engrfeez dan awani.

Kepada kosong, ana hormati pandangan yang diberi, tetapi ana merasakan rasa cinta yang dikurniakan Allah kepad kita di dunia ini tentu ada sebabnya. secara teorinya memang benar pandagan kosong... tetapi secara praktiknya..... ana memerlukan cinta manusia untuk mendapatkan cinta Yang Maha Tinggi. Mungkin ana silap. Bagaimana ana nak buang rasa yang ada dalam jiwa ana sekarang.

Kepada sinarabadi, ana hargai pandangan yang diberi. Ana setuju dengan itu.... ana merasakan sinarabadi terlalu berteori..... bagaimana Allah boleh memberi kita rasa cinta yang kosong... sdgkan Allah itu maha suci dari kerja yang sia-sia. Ataukah cinta yang seperti ana praktikkan ini bukan dari Allah, tetapi dari syaitan? bagaimana ana ingin dapatkan cinta RABB? Ana keliru.

Kepada engrfreez, terima kasih atas pandangan. boleh ana tanya lagi, bagaimana ana nak mulakan..... apakan dorongan atau momentum yang boleh membantu ana untuk prtingkatkan ibadah untuk akhirat tersebut. Dan bagaimana caranya.

Kepada Awani, terima kasih kerana berkongsi rasa. awani tak perlu takut.... segala yang berlaku adalah qadar Allah. ana tahu apa yang berlaku pada ana adalah ujian..... malah dari hari pertama ana bernikah dulu merupakan ujian dr Allah. Cuma ana gagal dalam ujian ana. Semakin hari, semakin kuat ujian ana. kalau nak tahu dah 14 tahun ana mendirikan rumah tangga. Tetapi sepanjang 14 tahun ini ana tak pernah merasai kebahagiaan seperti orang lain. tak dapat menghidupkan suasana Islam dalam rumahtangga. ana perlu cari jalan penyelesaian sendiri. Inilah qadar bagi ana.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-05-10 08:16


"kesedaran" ini pun merupakan satu anugerah yang tak terhingga.inilah merupakan satu permulaan untuk ke tingkatan yang seterusnya.silakan saudara membaca buku Imam Al-Ghazali yang bertajuk "Bidayatul Hidayah" untuk rujukan..sebuah buku yang amat sesuai...menceritakn tentang permulaan hidayah.


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

  


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 15:43


terima kasih pejuang. Ana akan cari kitab trsebut dan akan bacanya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 16:09


satu perkara yang mungkin kita semua lupakan adalah berdoa kepada allah swt...berdoa dengan sungguh-sungguh...minta kepada dia spy kita ini dekat pada Dia..minta pada dia spy org yang kita sayang pun dekat pada Dia...sudah ke kita berdo pada allah bersungguh2...sudah ke kita menangis,merayu kepadaNya....
pernah kita luangkan masa 1/3 malam yang tersisa untuk meluahkan isi hati kita kepadaNya..pernah kita kita menyatakan segala apa yang kita tulis di ruangan forum ini kepada Dia..berapa banyak??berapa lama??sungguh-sungguh??
Seseungguhnya Allah Maha Mendengar...lebih daripada manusia mendengar...
minta lah apa saja kepadaNya di sepertiga malam yang tersisa itu..folo up doa-doa kita kepadaNya dengan amalan-amalan kebaikan..hindari diri dari memakan harta dari sumber yang haram...pernahkah kita mendengar hadith nabi tentang sebab2 doa tidak dimakbulkan..kerana pakainnya haram,makanannya haram..oleh itu..berjaga2 dari sumber yang haram...

Bookmark and Share

  


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 18:05


Pada 17-05-10 07:32 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!



Kepada kosong, ana hormati pandangan yang diberi, tetapi ana merasakan rasa cinta yang dikurniakan Allah kepad kita di dunia ini tentu ada sebabnya. secara teorinya memang benar pandagan kosong... tetapi secara praktiknya..... ana memerlukan cinta manusia untuk mendapatkan cinta Yang Maha Tinggi. Mungkin ana silap. Bagaimana ana nak buang rasa yang ada dalam jiwa ana sekarang.

.




Assalamualaikum, anazalil,

Semoga Allah Ta'ala memberi keluasan KasihNya didalam dada anazalil....Insya Allah!

Betul kata anazalil Allah Ta'ala adalah pemilik sekalian cinta insan kerana tak mungkin wujud cetusan cinta didada makhlukNya melainkan ianya dari Sumber segala cinta.....CINTA DAN KASIH ILAHI! Bahkan menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah setiap kejadian di alam maya ini pada hakikatnya adalah bersumber dari Dia yang Maha Perkasa yang mengatur alam ini menurut Ilmu, Iradah dan KudrahNya.


Pada pandangan saya berlaku pertentangan didalam diri anazalil antara hakikat Tauhid yang sepatutnya menjadi pegangan hati dengan syari'at yang wajib dipatuhi pada mendirikan hukum zahir.

Pada hakikatnya memang Allah Ta'ala mentaqdirkan cinta ini, tetapi Dia meletakkan Hukum Syari'at bagaimana untuk menjadikan cinta tersebut suatu yang diredhai Allah Ta'ala. Iaitu tatkala Seseorang didatangi perasaan cinta kepada seorang ajnabi, dia akan segera ikut perintah Allah serta mengikut petunjukNya dengan segera berkahwin dengan yang cintainya. Inilah tuntutan ALlah dan RasulNya.

Sebaliknya seseorang membiarkan cintanya kepada seorang ajnabi dikuasai nafsu syahwat semata-mata (tidak segera berkahwin) akan memberi peluang kepada Iblis mengambil kesempatan dengan berbagai hasutan sehingga terjadi perkara2 yang tidak di ingini.....maka ketika ini jadilah cinta ini tidak mengikut Syari'at dan berlawanan dengan Perintah Allah! Tetapi perkara ini jarang dapat disedari kerana tusukan jarum Iblis sangat halus dan licin! Maka jadilah cinta ini tiada diredai Allah.

Anda melihat bagaimana cinta yang pada hakikatnya dari Allah boleh menjadi suatu yang diredhai Allah kerana kereta'atan atau sebaliknya menjadi keMurkaan Allah Ta'ala apabila diselewengkan oleh nafsu dan Iblis!




!!! QUOTE !!!



tetapi secara praktiknya..... ana memerlukan cinta manusia untuk mendapatkan cinta Yang Maha Tinggi.



Perkara ini sangat subjektif....!

Jika dikatakan 'saya memerlukan cinta Rasul' untuk mendapat cinta Ilahi' atau

'saya memerlukan cinta ibubapa saya' untuk mencapai redha dan kasih Ilahi'    atau

'saya memerlukan kasih guru' untuk mencapai cinta Ilahi

maka semua ini benar! Kerana semua ini adalah cinta yang termaktub didalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi sebagai cinta yang diredhai Allah Ta'ala.

Sebaliknya tiada dalam kamus Islam cinta kepada Ajnabi iaitu wanita yang tidak halal bagi kita boleh mencapai cinta Yang Maha Tinggi, bahkan ianya amat bertentangan dengan hakikat kesucian Kasih Abadi!

Kecuali......

Seseorang itu bernikah secara halal dengan wanita yang dicintainya lalu mencurahkan kasih sayangnya pada isterinya itu, maka akan menjelma kasih Ilahi dalam batin keduanya!



!!! QUOTE !!!


Bagaimana ana nak buang rasa yang ada dalam jiwa ana sekarang.



Jika mampu berkahwin, kahwinlah segera dengannya. Jika tak mampu atau ada kesulitan yang lain maka wajib melupakannya dengan apa cara pun kerana anda sedang mencintai wanita yang tidak halal bagi anda!

Cara membuang rasa cinta yang tidak baik dan tidak halal pada ajnabi......ini ada petua Ulama2 cuba amalkan surah Yusuf setiap hari. Kemudian doa sungguh-sungguh pada Allah Ta'ala agar Dia memelihara kesucian hati kita!




Kosong is Only Kosong!
Kosong is against no one!
Kosong loves everyone in the path of Allah! :-)


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 21:51


Pada 13-05-10 15:46 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

its ok. ana akui pandangan pejuang_terakhir ada kebenarannya. Tak kiralah siapa ana.... masalahnya tetap sama. Ana benar-benar berharap kepada pandangan dan bimbingan dari ukhwah yang lebih berpengalaman.


kekuatan itu bersama jemaah, sedang kelemahn sering datang bila bersendirian.
Saya rasa anda perlukan rakan-rakan yang soleh sebagai dorongan untuk amal2 soleh anda juga....banyak kekuatan yang diperolehi dari sahabat-sahabat yang menjadi 'cermin' kepada kita. Bila duduk sendirian dan berfikir macam-macam, itu yang datang pelbagai lintasan...

kebahagiaan hati ... ia adalah anugerah Allah, bukan ciptaan manusia. Boleh manusia sekadar berusaha tapi yang turunkan rasa bahagia tetap Allah jua....cari bahagia dengan Allah, InsyaAllah...Allah akan bahagiakan kita dengan manusia.

satu lagi.....jangan tinggi 'expectation' sangat dengan pasangan atau rumahtangga anda.....semua rumahtangga ada bahagian yang lebih dan ada bahagian yang kurang....yang lebih adalah rahmat, yang kurang itulah ujian. .... belajar menerima apa yang kurang dan perbaiki juga ia dalam masa yang sama..... yang penting, jangan lupa ....kekadang kita letakkan natijah sesuatu perkara itu kerana 'usaha' kita, itu yang cepat kecewa. sedang allah mengkehendaki kita ini menurut apa yang Dia suka, bukan yang kita suka....

anda perlu keluar dari kecewa, berdamping dengan suasana dan golongan manusia yang boleh mendorong anda menemui semula kekuatan anda.... jangan suka layan perasaan sendirian.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 23:08


Pada 17-05-10 07:32 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!



Kepada engrfreez, terima kasih atas pandangan. boleh ana tanya lagi, bagaimana ana nak mulakan..... apakan dorongan atau momentum yang boleh membantu ana untuk prtingkatkan ibadah untuk akhirat tersebut. Dan bagaimana caranya.



Sebenarnya aku pun ada masalah yang sama dengan hang ini. Rata-rata kita senang untuk bercakap, dan aku pun ada lah bekalan sikit ilmu..Namun itu semua belum cukup jika kita tidak berjihad kearah diri sendiri. Cuba JIHAD pada diri sendiri. Paksa diri melakukan amal kebaikan. Berdoalah yang paling penting.

Seringkali kita mendengar solat mencegah kemungkaran tapi Kenapa masih susah untuk kita berbuat kebaikan? Check balik solat, barangkali solat kita hanya solat fizikal, tidak sampai ke hati dan batin.

Yang penting jangan putus asa untuk mencari rahmah Allah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-10 23:55


sedikit perkongsian.
bila kita renung2 kembali, hidup ini terlalu singkat berbanding negeri akhirat yang kekal abadi.
semua amal kita akan dihisap.baik dan buruk semua akan di balas.
kalau nak buat maksiat tu, fikir2lah kembali. cuba bakar jari dengan lighter. panas tak?? tu baru api dunia. cmnela dengan api neraka yang panasnye berganda2.
banyakkan muhasabah diri..ingat mati selalu.
minta Allah beri kekuatan dan ketenangan.
Jangan putus ada dalam berdoa.
ajak isteri dengar kuliah di masjid.
bergaul dengan masyarakat setempat..
selalu hadir ke masjid dan majlis2 ilmu.
Insyaalah.....

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat"
Amin....


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

  


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 00:55


salam
kepada anazalil

saya agak memahami perasaan anda. di sini langkah yang perlu anda ambil

(1) jangan putus asa
(2) sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
(3) SABAR
(4) redha pada Allah
(5) doa
(6) tawakal

" apa yang kita tak suka belum tentu tak baik ntok kita, dan apa yang kita tak suka belum tentu baik ntok kita".. Allah maha mengetahui segala-galanya. Jadi awak tak perlula gusar sangat. Ia, ini adalah ujian ntok awak, tapi awak masih ada masa memperbaiki perkahwinan tersebut. terima si istri seadanya dan cuba sama-sama bimbing diri sendiri dan istri sekali. Beri contoh terbaik buat istri dan anak-anak . BAHAGIA??? sebenarnya kebahagian itu datang dr hati... tak semestinya kaya bahagia, dapat istri cantik bahagia,yang penting hati kita... adakah kita redha, syukur,
dengan segala yang ditentukan buat kita.. Ya, kita tak suka perkara itu terjadi pada kita,, kita tak mengerti Kenapa kita dipilih menghadapi semua ni, tapi kita tahu Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat kita.. yang penting keredhaan allah. kejarla keredhaan allah, kejarla akhirat baru dunia mengikuti kita. usaha yang terbaik, mohon panduan dr allah, or buatla solat istikharah. dan sangka baikla pada ALLAH. All the best, good luck, and may ALLAH guide u.

Bookmark and Share

  


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 09:53


Terima kasih harakian, kosong, myhoney, engrfeez, kumpulan senyum dan habrah. Pandangan ukhwah semua memberi kekuatan jiwa pada ana. Ana akan buat sedaya upaya ana.

Apa yang harakian cakap memang benar...... ana kurang berdoa dan bermunajat kepada Allah. Walaupun dalam ibadah yang ana lakukan sekarang ni pun.... fikiran ana kosong.... ana tidak meletakkan apa-apa harapan dan hajat dari Allah. Malam2 ana sering juga tersedar... tetapi macam yang ana kata, ana tak ada bateri untuk terus bangun dan berqiamullail. kalau mlm ni ana sedar lagi, akan akan bangun. Dari segi makan, memang selama ni ana jaga.... insya Allah.

Ana terharu dengan pandangan kosong... kosong sebenarnya tidak kosong seperti yang kosong katakan. Setelah ana baca nasihat dari kosong dan ukhwah yang lain.... ana telah mengambil keputusan... mulai saat ini ana akan buang semua cinta manusia dr dalam diri ana..... ana nak lihat... apakah dengan tiada sebarang cinta manusia, ana mampu mendptkan cinta hakiki dr RABB yang Maha Pengasih.

Pandangan myhoney, ana suka dan ana akui.... ana dah lama tinggalkan jamaah. Memang ada kawan-kawan disekeliling ana.... tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui masalah yang ana hadapi ini. Ada juga yang tahu sikit-sikit melalui perubahan ketara diri ana... tetapi mereka tidak mmampu untuk menjadi sahabat yang benar-benar sahabat. Mungkin ana perlukan jamaah... kalau myhoney ada pandangan.... mohon boleh perkenalkan ana kepada apa-apa jamaah atau no kontek yang boleh ana hubungi di melaka.

terima kasih atas tazkirah dr kumpulan senyum. Ana akan ingat nasihat tersebut. Buat masa ni, ana hanya tumpu untuk perbaiki diri ana..... untuk orang lain, walaupun ahli keluarga ana... ana rasa ana belum bersedia lagi. Walau bagaimanapun, tolong doakan ana.....

Kepada habrah..... ana akan cuba praktikkan nasihat yanng diberi... doakan saya berjaya.

Pandangan yang ukhwah berikan amat memberi makna pada ana... ada yang telah terkesan di hati ana dan ada yang ana kena praktikkan dahulu. ana akan cuba untuk laksanakannya. Cuma mungkin beberapa persoalan ana :
1. Betul kah cara ana beribadah kepada Allah dengan tidak mengharapkan apa-apa dariNya.
2. Ana kurang berdoa kepada Allah kerana ana rasa malu untuk meminta kepada Allah dalam keadaan ana sendiri engkar kepadanya.
3. Betulkah tindakan ana, jika ana buang semua rasa cinta dan kasih kepada manusia.

Mohon pandangan ukhwah sekelian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 11:37


Pada 18-05-10 09:53 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!



1. Betul kah cara ana beribadah kepada Allah dengan tidak mengharapkan apa-apa dariNya.
2. Ana kurang berdoa kepada Allah kerana ana rasa malu untuk meminta kepada Allah dalam keadaan ana sendiri engkar kepadanya.
3. Betulkah tindakan ana, jika ana buang semua rasa cinta dan kasih kepada manusia.





Assalamualaikum

sama-sama kita harungi hidup ini yang cuma sebentar saja....di antara pejam dan celik!    Besok dah tiada lagi di alam nyata, sudah berpindah ke alam abadi!


!!! QUOTE !!!

1. Betul kah cara ana beribadah kepada Allah dengan tidak mengharapkan apa-apa dariNya



Ini peringkat ubudiyyah tertinggi. Inilah peringkat keikhlasan tertinggi, iaitu beramal dan ubudiyyah semata-mata kerana mengharapkan wajah Allah.

Tiada sedikitpun terdetik didalam hatinya untuk menuntut pahala atau balasan dunia maupun akhirat! Walaupun menuntut pahala dan balasan syurga bukanlah tertegah pada sisi Fqh, tetapi hatinya tiada keinginan untuk semua itu.


Hamba Allah ini melihat dan merasai tiada sesuatu pada dirinya, tiada daya, tiada kekuatan, semuanya milik Allah.

Hamba Allah ini redha apa sahaja ketentuan Allah Ta'ala atas dirinya. Baginya cukup dia diterima oleh Allah sebagai hambaNya!

Masya Allah, jika begini keadaannya.....inilah peringkat ikhlas tertinggi! Semoga kita dianugerahi oleh Allah keikhlasan ini!



!!! QUOTE !!!

2. Ana kurang berdoa kepada Allah kerana ana rasa malu untuk meminta kepada Allah dalam keadaan ana sendiri engkar kepadanya.



Doa adalah tanda ubudiyyah hamba kepada Tuhannya!
Doa adalah senjata orang Mu'min.
Doa adalah otak Ibadah!
Doa adalah tanda kehinaan hamba di hadapan Tuhannya Rabbul Jalil!

Setiap manusia itu berdosa, sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat kepada Allah siang dan malam.


Meminta kepada Allah didalam doa ada berbagai2 :

1. Meminta sesuatu kebaikan dunia untuk diri sendiri.
2. Meminta sesuatu kebaikan di akhirat untuk diri sendiri.
3. Memohon keampunan kepada Allah Ta'ala untuk diri sendiri!
4. Meminta kebaikan kebaikan di dunia dan akhirat untuk hamba2 Allah yang lain.
5. Memohon keampunan kepada Allah Ta'ala untuk hamba2 Allah yang lain!


Memohon kepada Allah dan meminta kepadaNya berbeza-beza mengikut kedudukan seseorang di sisi Tuhannya. orang-orang awam akan memohon kebaikan dunia dan akhirat untuk dirinya.

orang-orang khawas akan memohon keampunan untuk dirinya dan seluruh hamba2 Allah!

Berdoala, mohonlah keampunan Allah Ta'ala!



وَاسْتَغْفِرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً

Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #106)




!!! QUOTE !!!

3. Betulkah tindakan ana, jika ana buang semua rasa cinta dan kasih kepada manusia.



Cintailah, kasihlah kepada Allah, RasulNya, para Ulama dan Ibubapa kita serta mereka-mereka yang halal kita cintai!


Janganlah mencintai sesiapa yang tidak halal kita cintai, kerana .......

setiap kecintaan yang halal adalah membawa keberkatan dan kasih Ilahi. Sebaliknya cinta yang tidak halal membawa kemurkaan dan sikasaanNya!




Kosong is Only Kosong!
Kosong is against no one!
Kosong loves everyone in the path of Allah! :bye:


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 13:30


!!! QUOTE !!!

Pandangan myhoney, ana suka dan ana akui.... ana dah lama tinggalkan jamaah. Memang ada kawan-kawan disekeliling ana.... tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui masalah yang ana hadapi ini. Ada juga yang tahu sikit-sikit melalui perubahan ketara diri ana... tetapi mereka tidak mmampu untuk menjadi sahabat yang benar-benar sahabat. Mungkin ana perlukan jamaah... kalau myhoney ada pandangan.... mohon boleh perkenalkan ana kepada apa-apa jamaah atau no kontek yang boleh ana hubungi di melaka.


jemaah saya maksudkan di sini ialah kalangan kawan-kawan dan rakan yang boleh mendorong anda kepada kekuatan....sesiapa saja. Biasanya dimulai dengan perkumpulan kecil seperti usrah.Saya dapat rasakan usrah adalah 'kekuatan' bagi saya. Kadang masalah dan kebuntuan yang dihadapi dalam kehidupan harian, Allah salurkan jalan penyelesaiannya melalui pengisian di dalam usrah. Kupasan naqib dan perkongsian dari rakan usrah yang lain seperti menjawan persoalan hati dan masalah yang ditanggung...sekalipun kita tidak pula bercerita tentang 'masalah' kita....tapi Allah hantar bantuan juga..Mungkin itu dinamakan keberkatan dari usaha berkumpul dalam majlis ilmu.

maaf kerana saya tiada kenalan atau saudara lelaki di Melaka....mungkin ada sahabat ukhwah lain ada yang membaca sudi membantu anda.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 14:05


Pada 18-05-10 09:53 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

mohon boleh perkenalkan ana kepada apa-apa jamaah atau no kontek yang boleh ana hubungi di melaka.


Bismillah
Salam

Anazalil, cuba lawati laman SINI, sepanjang ana diIPT dulu, selalu juga ikuti usrah & program oleh jemaah ini. InsyaAllah, hubungi pengerusi persatuan tersebut, InsyaAllah..mungkin mereka boleh membantu adakan perjumpaan untuk sesi kaunseling.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 21:15


Pada 18-05-10 09:53 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!



Pandangan yang ukhwah berikan amat memberi makna pada ana... ada yang telah terkesan di hati ana dan ada yang ana kena praktikkan dahulu. ana akan cuba untuk laksanakannya. Cuma mungkin beberapa persoalan ana :

1. Betul kah cara ana beribadah kepada Allah dengan tidak mengharapkan apa-apa dariNya.


- Boleh ke tidak harap apa-apa dari ALLAH? Pelik saja bunyi nya.. Aku setiap benda aku harap pada ALLAH. kalau tak harap dari ALLAH nak harap siapa lagi? Dah tentu beribadah kepada ALLAH untuk dapat sesuatu dari ALLAH. Pelik jugak soalan ini. Nabi yang maksum and solat bengkak kaki pun mengharap belas kasihan ALLAH. Mungkin maksud saudara lain. Harap diperlebarkan lagi.

!!! QUOTE !!!

2. Ana kurang berdoa kepada Allah kerana ana rasa malu untuk meminta kepada Allah dalam keadaan ana sendiri engkar kepadanya.


-Ini kadang-kadang terjadi pada aku. Contoh lambat solat, lepas itu bila nak doa tawar hati. rasa banyak dosa dengan ALLAH, ALLAH nak terima ke doa aku ini.. akhirnya doa pun kurang bersungguh2..

!!! QUOTE !!!

3. Betulkah tindakan ana, jika ana buang semua rasa cinta dan kasih kepada manusia.


-Ini memang betul. Aku kurang minat bermain cinta. Selalunya main cinta ini buat sakit hati saja. Pahala tak dapat, bala lagi dapat lah...


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 11:46


Pada 06-05-10 16:12 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

Ana dah kawin dan telah dikurniakan cahaya mata, alhamdulillah. Seharusnya semakin lama berumahtangga dan mengharungi hidup ini, jiwa kita semakin tenteran dan damai..... tetapi ini tidak terjadi pada ana.

Ana semakin menjauhi agama. Dalam diri ana banyak berlaku kekeliruan... hingga menjadi konflik dalaman yang menggegar iman ana. Kalau dulu, ana sering bersolat sunat, berzikir dan tilawah qur'an.... tetapi sekarang ni ana dah tinggalkan semuanya... ana buat yang wajib2 sahaja.

Jiwa ana meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak seharusnya ana lakukan. Persoalan ana.... apakah cinta manusia menjadikan kita semakin lelai kepada Allah?

Ana mohon bantuan dari ukhwah yang dapat merungkai konflik dalam jiwa ana. Sekian.


assalamualaikum...
bagi ana...memang lah..kadang-kadang tu iman kita naik dan turun..
tapi bersyukurlah untuk seketika kerana kita masih dikurniakan perasaan bersalah bila meninggalkan aktiviti2 sunat yang kita buat dulu..
sesungguhnya Allah masih sayang dan mahu kan kebaikan untuk kita..
cuba bayangkan orang-orang yang tak pernah rasa bersalah pun bila buat benda salah...
dalam kes ni...just muhasabah balik diri..Kenapa..kerana cinta manusia kita da kurang cintakan Allah...
sepatutnya...jika cinta manusia itu kerana Allah..you should love Allah more..kan??
letakkan Allah dalam diri kita..
just sedikit cebisan untuk peringatan sahabat-sahabat dan diri sendiri...
^____^


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

  


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 12:51


terima kasih kepada kosong, myhoney, sinar abadi, engrfeez dan carrot susu. Banyak manfaat yang telah ana dapat dari pandangan yang dberi.

terima kasih kosong... pandangan kosong memang cukup tinggi.... ana tak tahu apakah ana sampai ke tahap tu.... tapi memang sekarang ni.... ana rasa kosong.... semua ibadh yang ana laksnakan.... ana tak letakkan apa-apa harapanpun dari Allah..... ana buat begitu sahaja. Satu yang ana perasan lah.... kalau ana tak buat rutin yang ana biasa buat, ana akan rasa resah dan gelisah. pernah seketika ana ada niat nak bagi pen pada ssorang (pen murah saja), ana kata nanti dulu lah, solat dhuha dululah, baru 2 rakaat, ana dah rasa gelisah.... ana teringatkan pen yang nak diberi tu.... lepas salam, ana terus pagi bagi pen tu pada org yang ana maksudkan.... pas tu ana sambung solat, baru tenang jiwa...... ana jadi macam ni slepas nasihat yang ukhwah2 semua beri pada ana. tentang doa.... ana selalu berdoa... tapi bukan untuk diri ana.... ana hanya doa untuk orang lain saja. kadang-kadang orang tak minta pun... ana tolong doa untuk dia.... ana jadi bingung.... betul ke alighment ana? untuk diri sendiri ana tak ada zouq untuk berdoa... walaupun ana sangat perlukan sesuatu.... macam mana nak jadikan ana berani untuk doa untuk diri sendiri.....?

Ukhwah semua jangan salah faham... ana banyak buat dosa, ana akui.... tetapi ana juga sering bertaubat kepada Nya atas dosa2 ana...Setiap hari ana buat dosa, dan setiap hari juga ana bertaubat, tetapi ana akan ulang lagi dosa trsebut dan ana bertaubat lagi. cuma baru-baru ni, stelah ana baru muzakarah dengan ukhwah sekelian.... ana rasa ana ada kekuatan sedikit, ana akui hakikat ini. Ana dah mula rasa untuk meninggalkan maksiat yang sering ana lakukan. Ana rasa ada kekuatan sedikit..... terima kasih kepada ukhwah semua.

Apa yang ana masih belum dapat adalah, momentum ibadah..... masih berat di hati ana untuk memulakan sesuatu ibadah secara istiqmah..... ana baru saja nak mulakan semula qlail.... tapi mlm tadi dah tak trsedar pula, walaupun dah set jam loceng. Ana tak dapat nak istiqamah lagi.

Cinta kepada manusia... ana sedang usaha untuk buang.....

kepada myhoney dan sinar abadi.... ana belum brsedia untuk join usrah di SINI. ana lebih suka berusrah face to face..... tetapi ana tak tahu nak cari usrah yang macam mana. kalau ana dah brsedia... ana akan join. Ana rasa sekarang ni pun kita sedang berusrah secara on line..... ahli kita mungkin ana, myhoney, kosong, pejuang terakhir, engrfeez, sinar abadi dan sesiapa yang sudi join. Kata-kata ukhwah sekelian memberi kekuatan pada ana. Walaupun, kita tak mengenali.. ana rasa itu lebih baik... tak ada apa yang kita nak rasa malu, tak ada apa yang perlu kita rasa takutkan, tiada maruah trcalar, tiada hati terluka.

Mungkin betul kata-kata engrfeez.... tapi rasa tu dah tak ada pada ana.... ana dah tak rasa apa-apa.... Kalau ana dtakdirkan mati pun ana tak rasa apa-apa.... ana rasa lebih baik begitu dari ana terus bdosa di dunia fana' ini. kalau takdir ana ke neraka pun.... walaupun ana tahu ana tak mampu mnanggung siksaannya... ana prsiapkan diri... ana pagi walau untuk dmusnahkan..... ana dah tak ada rasa apa-apa lagi.

carrot susu... terima kasih atas nasihat. ana sedar prinsip yang ana amalkan salah..... ana cuba nak buang rasa syang pada manusia ni.... hingga kini ana masih tak mampu.... kadang-kadang ana rasa ana bodoh, kenapa rasa cinta tu masih mengikat ana? Syaitan besar mana yang ikat ana.... ana masih mencari alat atau kaedah untuk memutuskan ikatan ini.

kepada pejuang terakhir.... ana dah beli kitab tu.... ana dah baca.... ana rasa sungguh tertarik.... terima kasih.... ana akan berusaha untuk amalkan kandungannya, very practical. cuma satu yang sangkut sikit... banyak sangat nak kena hafal doa...... tu buat ana slow sikit.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 14:00


teruskan buat kebaikan..dan teruskan tinggalkan maksiat..
tambahkan lagi kebaikan..di segi kualiti dan kuantitinya..
sesungguhnya satu kebaikan yang kita buat akan menghasilkan banyak lagi kebaikan secara berantai..
tetapi bila satu keburukan yang kita buat, akan menghasilkan banyak lagi keburukan secara berantai..makin banyak kebaikan,makin bertambah rezeki dan pahala..mungkin disebkn salah satu kebaikan yang kita buat,allah swt bukakan hidayahNya untuk kita???kita tak tahu apa rezeki yang allah nak bagi pada kita kan...so,terus saja buat kebaikan dan tinggalkan keburukan..antara ciri org yang beriman kepada allah ialah mereka yang memohon ampunanNya ketika ia telah berbuat dosa,tak putus asa memohon rahmatNya disertai rasa sesal sepenuh hati, tidak menyebarkan dosanya dan berjanji untuk tidak mengulanginya

Bookmark and Share

  


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 14:38


Bismillah
Salam

Salam kasih & rahmat Allah buat sekelian sahabat.
Anazalil, InsyaAllah...kita semua disini sama-sama belajar &
renung kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

"Seseorang yang terbaik daripada segenap ruang yang ada.., mereka sentiasa merasa dirinya kurang walau tinggi mana Ilmu & kisah latar belakangnya, rendah hati lagi tahu sebagai hamba yang hidup sementara akan kemampuanya dan hanya kepada PENCIPTA tempat peroleh & kembali segala yang ada"

TABAHkan HATI & KUATkan AZAM kamu untuk melangkah kepada kehidupan yang lebih baik. Ingat... perkara yang telah berlaku pasti ada HIKMAH dariNya. Yakin kamu mampu menjadi sebahagian terbaik dari yang dijanjikanNya... DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 17:58


Assalamualaikum




!!! QUOTE !!!

ana tak tahu apakah ana sampai ke tahap tu.... tapi memang sekarang ni.... ana rasa kosong....                



Kalau begitu lepas ni anazlil join Pak Kosong ni lah ye.......! :-)



!!! QUOTE !!!


semua ibadh yang ana laksnakan.... ana tak letakkan apa-apa harapanpun dari Allah..... ana buat begitu sahaja. Satu yang ana perasan lah.... kalau ana tak buat rutin yang ana biasa buat, ana akan rasa resah dan gelisah.



Maaflah ini bukan nak puji kosong.....tetapi puji yang wajar! Anazalil adalah orang yang didalam perhatian dan kasih Allah kerana salah satu tanda orang Mu'min adalah 'resah' hatinya bila tak melakukan ibadah dan 'gelisah hati serta menyesal' jika terbuat ma'siat walaupun ianya dosa kecil.!



!!! QUOTE !!!


ana selalu berdoa... tapi bukan untuk diri ana.... ana hanya doa untuk orang lain saja. kadang-kadang orang tak minta pun... ana tolong doa untuk dia.... ana jadi bingung.... betul ke alighment ana? untuk diri sendiri ana tak ada zouq untuk berdoa... walaupun ana sangat perlukan sesuatu.... macam mana nak jadikan ana berani untuk doa untuk diri sendiri.....?



Doa Mu'min berbeza2 mengikut darjat seseorang di sisi Allah. (untuk rujukan lanjut boleh lihat didalam "Syarah Al-Hikam Ibnu Ato 'Illah atau Sirrus Sailikin"

Teruskan berdoa untuk diri dan juga orang lain ; ibubapa, saudara mara, sahabat handai.




!!! QUOTE !!!


stelah ana baru muzakarah dengan ukhwah sekelian.... ana rasa ana ada kekuatan sedikit, ana akui hakikat ini. Ana dah mula rasa untuk meninggalkan maksiat yang sering ana lakukan. Ana rasa ada kekuatan sedikit..... terima kasih kepada ukhwah semua.



Ini membuktikan beberapa perkara penting :

1. Pentingnya 'syuhbah' dengan orang Mu'min yang lain. Pentingnya pilih sahabat. Kerana bersahabat dengan tukang jual minyak wangi akan dapat wangiannya. Bersahabat dengan ahli ma'siat akan menjangkitkan ma'siatnya.

2. Pentingnya dan kebaikannya nasihat menasihati ..... Ad-Deenun Nasihah     

3. Jika di gunakan dengan cara yang betul, Internet boleh menjadi media yang penting untuk mendapat kebaikan akhirat iaitu dengan bertukar2 maklumat dan ilmu pengetahuan.




!!! QUOTE !!!


Ukhwah semua jangan salah faham... ana banyak buat dosa, ana akui.... tetapi ana juga sering bertaubat kepada Nya atas dosa2 ana...Setiap hari ana buat dosa, dan setiap hari juga ana bertaubat, tetapi ana akan ulang lagi dosa trsebut dan ana bertaubat lagi.



Setiap orang tak terlepas dari melakukan dosa! Manusia paling baik ialah bertaubat dengan Taubat Nasuha!




Kosong is Only Kosong!
Kosong is against no one!
Kosong loves everyone in the path of Allah!     :bye:


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-10 21:55


Teringat sebuah hadis umat Islam yang berbuat dosa di siang hari bertaubat di malam hari..atau berbuat maksiat di malam hari..bertaubat di siang hari..maih ada iman dalam hatinya...cuma hatinya semakin gelap dan perlu dipolish kembali...jika tidak ia semakin gelap dan semkain jauh dr rahmat ALLAH.

Cuba baca yassin hari2 tanpa jemu..sure ada perubahan..try lah.. :)


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

  


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 21-05-10 10:22


Terima kasih arakian, sinarabadi, kosong dan engrfeez.

terima kasih harakian.... saya masih tidak dapat untuk istiqamah dalam meninggalkan maksiat.

untuk makluman ukhwah sekelian.... ana tahu... selama ini... memang nafsu yang sering mendominasi ana. banyak perkara yang ana lakukan.... tapi ana akui ia berasaskan nafsu. bukan sahaja berkaitan syahwat tetapi juga berkaitan ibadah. Baru sekarang ana sedar....... Tu sebab agaknya... ana jadi rajin beribadah bila ana dapat kasih sayang yang ana cari.... pada awalnya ana sangka kasih sayang ana adalah benar kerana Allah.... tetapi bila renung sedalam2nya... ia bukan dr Allah.... mungkin ia dr syaitan.... kerana tu bila kasih sayang tu pergi... ana jadi malas beribadah.

Lagi pun, sebelum ana berkrisis ni... ana dapat ibadah yang ana buat selama ini bukan untuk Allah... sebab, semua ibadah yang ana buat ana nak spy, muka ana jadi berseri dan bercahaya. Ana nak org lihat ana adalah orang baik-baik. tiap-tiap hari lihat wajah sendiri... adakah wajah ana ada seri atau tidak. Ana berzikir.... spy ana ada pawer.... selalu ana rasa power ana (aura) kuat ke tidak. Ana selalu mimpi dan selalu ana cerita mimpi2 ana pada kawan-kawan yang sama macam ana.... saja nak bagitahu kawan ana, ana dapat mimpi yang baik.

Ana rasa selama ni ana dapat macam-macam keistimewaan dr segi kerohanian... tapi persoalan ana... ana masih mlakukan maksiat. macam mana maksiat boleh bercamput dengan ibadah.... ini mengelirukan ana.... Jawabnya... ana tinggalkan semua.

terima kasih sinarabadi atas nasihat. Ana cuba untuk bangkit semula sebagai ana yang baru.

kepada kosong.... ana tak lihat ana seperti yang kosong maksudkan... ana dah lalui semua ni... kuat d hati ana... apa yang berlaku pada ana ni hanya ilusi... satu mainan syaitan atau ujian Allah... yang ana tak tahu nak tangani macam mana. Ana perlu bimbingan... tapi, ana tak tahu nak cari kat mana.

Ana rasa engrfeez benar... hati ana dah gelap, sehingga ana dah tak boleh nampak apa-apa lagi. insyaAllah ana kan cuba baca yasin setiap hari.... tapi apa niatnya?

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-05-10 15:02


Pada 21-05-10 10:22 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

insyaAllah ana kan cuba baca yasin setiap hari.... tapi apa niatnya?


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan Izin Allah SWT & RahmatNya..

Bacaan yaasin mempunyai banyak fadhilat. Penyembuh & penawar kepada apa juga masalah. Sebaiknya diamalkan setelah selesai solah subuh...awal pagi lagi. Minta diberi kebaikan niat sepanjang melakukan ibadah & minta dipermudahkan urusan.

Pada surah ini.., ada 7 tempat yang diakhir ayatnya ada perkataan "MUBIN". Sebaiknya...setiap kali sampai kepada ayat ini, dari tempat 1 hingga 7 niatkan pada hati untuk sebarang hajat & permohonan kepadaNya...

InsyaAllah.. antara fadhilat bagi yang ingin mencari jawapan bagi sesuatu yang tersembunyi (memohon agar diberi petunjuk kepada hati) dan agar dipermudahkan & dikabulkan doa yang dihajati.

Wallahua'lam

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-05-10 16:12


terima kasih sinarabadi... ana cuba amalkan sebagaimana kaedah yang d nyatakan.

sekarang ni ana rasa bercampur2 antara kekosongan jiwa dan ibadah. mungkin ibadah siang ana dapat jaga. Tetapi ibadah malam ada sedikit kekangan jiwa. ana tahu... ini semua datang dari ana sendiri... cuma ana masih belum ada cukup kekuatan untuk menghidupkan malam. pagi tadi ana dapat qlail sikit, dapat baca yasin macam yang diberitahu... alhamdulillah. Ana harap ana dapat istiqamah.

Berkaitan nafsu/syahwat... ana masih belum dapat prbaikinya... mungkin dapat sikit agaknya.. tapi ana rasa baru 5 % saja agaknya... kerana nafsu/syahwat masih menguasai diri ana ini.

Ana tahu selagi syahwat menguasai diri, kita tak kan mampu ke mana.. kita akan sentiasa terhijab dari melihat kebenaran.... bantulah ana.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 22-05-10 20:21


ana tak sempat nak baca semua respon kawan-kawan yang lain, tapi bagi ana berkenaan pemasalahan yang dihadapi oleh anazalil ni..mungkin datangnya dari dalam anazalil tu sendiri..

dari apa yang ana faham melalui pembacaan thread2 yang sempat dibaca, anazalil ni seolah-olah keliru dan tiada kekuatan untuk bangun dan membina jati diri. benteng dalam diri anazalil macam lemah saja tapi masih dalam kemampuan untuk berfikir menyedari akan konflik ini..

Bagi pendapat ana, anazalil boleh mencari kekuatan diri dengan membaca banyak buku2 motivasi disamping amalan2 ibadah secara praktikal. kadang-kadang jiwa kosong menyebabkan kita memberontak mencari sesuatu yang tidak pasti..Cuba seimbangkan emosi dengan persekitaran supaya kita dapat mengawal persekitaran dan bukannya persekitaran yang mengawal kita. Sekiranya masih terasa bosan dan jiwa tidak tenteram, cuba pergi ke sesuatu tempat yang dapat tenangkan jiwa dan dari situ cuba koreksi diri melalui suasana persekitaran yang tenang untuk mencari sesuatu yang boleh memberi jawapan pasti.

Cadangan lain juga, mengikuti program2 agama dan ilmiah kerana dengan ilmu kita akan merasakan diri ini kerdil dan kecil sahaja..insyaAllah..

Sekadar pendapat


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

  


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-05-10 22:03


Terima kasih farah_hanan.

Ana akui pandangan farah hanan benar. ana memang merasa lemah, jiwa ana lemah dan semangat ana lemah, tu sebab boleh berlaku konflik. Nak cari tempat yang boleh tenagkan ana... ana pun tak tahu mana nak pergi... sebelum ni ana ada pagi ke kelantan 4 hari, ana pergi bcuti d sana seorang-seorang, harap-harap dapat tenagkan fikiran dan jiwa... tapi tak berjaya. kemudian ana pergi KL pula ana bcuti selama 4 hari... makin btambah srabut. Ana ada cuba ke masjid... memang ana ada rasa relax sikit.... tak lah tng sangat.... tapi timbul pula macam membrontak pula... yang ana belum cuba... pergi ke sekolah pondok atau join jemaah tabligh agaknya... tak tahu lah. mungkin ana kena cuba dulu... baru tahu.

tentang program 2 ilmu, ana rajin juga pagi. Tapi selalunya ana rasa apa dsampaikan oleh ustaz terlalu brsifat teori yang ana sendiri tak tahu nak praktikan... kalau ana praktik pun... ana tak dapat capai macam yang ustaz tu kata.

Ana bukan hendak menafikan pandangan farah hanan, tetapi apa yang ana kata ni adalah realiti yang berlaku pada ana, hingga mhjadikan ana brtambah kliru dan btmbah kosong jiwa.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 07:41


Pada 22-05-10 22:03 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!


apa yang ana kata ni adalah realiti yang berlaku pada ana, hingga mhjadikan ana brtambah kliru dan btmbah kosong jiwa.




Assalamualaikum


Berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Hadis Nabi dan kata-kata Ulama Arifin, pegertian kosong ada tiga makna yang besar .....

1) Jiwa yang kosong dari zikrullah sehingga nafsu dan syaitan menguasainya

2) Jiwa yang kosong dari makhluk, nafsu dan dunia....hanya tinggal zikrullah yang berterusan yang menjadi cahaya yang menerangi seluruh anggota tubuhnya.

3) Jiwa yang kosong dari Ghairullah (selain Allah). Jiwa raganya talah dipenuhi dengan Allah sahaja. Tiada tempat untuk makhluk san afat.


Apabila Allah Ta'ala berkehendak membei kebaikan kepada seseorang maka Dia akan menarik hamba ini kepada seruanNya, Dia akan menarik hamba ini kepada faham akan agama. Dia akan menarik hamba ini kepada zikrullah kerana zikrullah adalah kunci segala kebaikan ruhani dan jasmani......iaitu zikir ini menyucikan hati, aqal dan ruh sehingga bercahaya menerangi jalan menuju ALlah....



    Zikrullah menjadikan hati tenang tenteram dan khusyu kepada Allah...........


Firman Allah :

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Arra’du :28)



Hati yang berzikir kepada Allah dengan hati yang tidak berzikir adalah seperti bezanya orang yang hidup dan orang yang mati...

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam:

“Dari Abu Musa , beliau berkata: telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam “permisalan orang yang berdzikir kepada Allah dan yang tidak berdzikir seperti orang yang hidup dan mati”. (Bukhari)



Keampunan dan pahala yang besar bagi ahli zikir,


Firman Allah:

"laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al Ahzaab. :35)




Orang yang banyak berzikir terlindung dari bisikan nafsu dan syaitan.....


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam:

“Dan Aku (Yahya bin Zakariya) memerintahkan kalian untuk banyak berdzikir kepada Allah. Permisalannya itu seperti seseorang yang dikejar-kejar musuh lalu ia mendatangi benteng yang kokoh dan berlindung di dalamnya. Demikianlah seorang hamba tidak dapat melindungi dirinya dari syaitan kecuali dengan dzikir kepada Allah.” (Imam Ahmad)



sebaik-baik cara mengerjakan zikrullah adalah dengan cara mendapat talqin zikrullah daripada Shaikh, Guru Murshid yang memiliki 'cahaya hati' iaitu mereka yang mewarisi keruhanian Nabi Sallallahu Alaihi wasallam.    Demikian pendapat yang benar daripada seluruh Ulama2 Mu'tbarah yang menjadi pejuang-pejuang Islam sepanjang zaman......termasuk didalamnya Imam Hassan Al-Banna pemimpin Ikhwanul Muslimin yang menjadi model kepada pejuang-pejuang zaman ini.....!

Tetapi kebanyakannya tidak menyedari hakikat ini. Kebanyakan manusia hanya mengambil zahir dengan meninggalkan batin.....maka kelihatanlah seperti 'besar' tetapi besar seperti buih di laut.....!


Walau bagaimana pun jika seseorang telah berusaha mencari seorang Shaikh tetapi tidak ditemuinya, apalagi diakhir zaman ini, makin sedikit bilangan Ulama2 yang siddiq ini, maka amalkanlah zikir    lah-Ilaha Illallah banyak-banyak dengan bertawasul kepada Nabi dan Ahli Bayyit Baginda! Moga Allah Ta'ala selamatkan kita dunia akhirat!



Kosong is Only Kosong!
Kosong is against no one!
Kosong loves everyone in the path of Allah!     :bye:


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 08:14


!!! QUOTE !!!

Firman Allah :

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Arra’du :28)


Hati yang berzikir kepada Allah dengan hati yang tidak berzikir adalah seperti bezanya orang yang hidup dan orang yang mati...

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam:

“Dari Abu Musa , beliau berkata: telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam “permisalan orang yang berdzikir kepada Allah dan yang tidak berdzikir seperti orang yang hidup dan mati”. (Bukhari)



Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan izin & rahmatNya... Alhamdulillah,

SUBHANALLAH... hanya zikir mampu merawat dari penyakit resah, gelisah menjadi tenang. Dengan zikir juga hati manusia terhindar dari kelalaian yang menjadi turutan nafsu. Dengan zikir... keampunan diberikan kepada hamba yang mencari redha & maghfirahnya.


Anazalil, mungkin lepas ini enta boleh amalkan zikir, latih dari sekecil & sedikit..InsyaAllah istiqamah.. perkara ini pokok utamanya bagi segala rawatan. Cubalah.. pasti kamu merasai kemanisan berzikir.

syukur atas perkongsian Ilmu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 16:01


Terima kasih kosong dan sinarabadi.

Ana rasa, apa yang kosong bagi tau tu semua tak kena pada ana lah.... sekarang ni ana beribadah... ana brzikir... tapi ana rasa kosong saja, ana tak rasa apa-apa. Ana jadi kosong dan tak rasa apa-apa... ni membimbangkan ana.

Seperkara lagi.... sekarang ni... kalau ana lalai sikit solat... ana akan lupa terus. contohnya, sedang solat zohor, dalam rakaat ke 3 ana teringat benda lain.... lepas tu, ana akan jadi lupa terus berapa rakaat yang ana dah solat. kalau sebelum ni.... bila ingat-ingat balik boleh teringat berapa rakaat yang kita dah buat. Ana rasa ana macam dah tak betul saja.

Untuk makluman kosong...sekarang ni ana dah mula bzikir semula... terima kasih atas nasihat ukhwah sekelian.... cuma tak macam dulu lah..... sekarang ni, ana tak ada paksa2 diri ana.... ana tengok berapa nak buat saja. kalau dulu, ana ada target berapa banyak ana nak zikir dan ana pastikan ia tercapai. Begitu juga qlail... sekarang tak dapat nak istiqamah lagi... kejap bangun kejap tak. Ana rasa ana belum ada kekuatan lagi.... tak macam dulu-dulu.....

Nak cari guru mursyid???? kat mana nak cari..... kalau kosong tahu d mana ana boleh dapatkan, kongsi lah dengan ana. sekarang ni ana banyak istighfar, selawat, zikir ya Allah dan ya Quddus, surah fatihah, surah ikhlas selawat tafrijiah dan selawat rezeki dan akhlak sahaja. Doakan lah ana, spy terbuka hati untuk bzikir dengan lebih banyak nama Allah lagi.

terima kasih sinarabadi, ana mengimpikan ketenangan hasil dari zikir yang khalish kepada Allah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 16:07


Kepada pejuang terakhir... ana sedang menghafaz doa-doa dalam kitab bidayatul hidayah tu... ana pun sedang buat note ringkas dari kandungan kitab tu. Doakan ana berjaya mengamalkan kandungan kitab tu.

kepada sinarabadi.... ana sedang amalkan cara baca surah yasin yang sinarabadi ajarkan. Doakan hajat ana termakbul.

Kepada ukhwah semua.... ana masih memerlukan bimbingan.... teman kerohanian..... dan nasihat bermanfaat dr ukhwah skelian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 16:19


Pada 24-05-10 16:01 , anazalil posting:




!!! QUOTE !!!


Ana rasa, apa yang kosong bagi tau tu semua tak kena pada ana lah.... sekarang ni ana beribadah... ana brzikir... tapi ana rasa kosong saja, ana tak rasa apa-apa. Ana jadi kosong dan tak rasa apa-apa... ni membimbangkan ana.




Anazalil minta maaf saya katakan 'zikir' yang tiada berkesan pada hati bukan zikir namanya. Seseorang yang berzikir dengan 'kaifiyyat' yang betul pasti terasa perbezaannya. Kalau tidak segera, lama-lama akan terasa perubahan pada dirinya.


Sebaliknya walaupun sudah zikir banyak tapi tiada perubahan bermakan ada kesilapan berlaku. Banyak kemungkinannya tak dapat disebut satu persatu.


!!! QUOTE !!!



Nak cari guru mursyid???? kat mana nak cari..... kalau kosong tahu d mana ana boleh dapatkan, kongsi lah dengan ana. sekarang ni ana banyak istighfar, selawat, zikir ya Allah dan ya Quddus, surah fatihah, surah ikhlas selawat tafrijiah dan selawat rezeki dan akhlak sahaja. Doakan lah ana, spy terbuka hati untuk bzikir dengan lebih banyak nama Allah lagi.




Assalamualaikum



Untuk mengenali Mursyid adalah umpama mencari mutiara di lautan ....apa lagi di akhir zaman ini!    Tapi saya ada cadangan untuk Anazalil atau yang lain-lain.

Ada seorang Shaikh yang saya kenal di Kundang Selangor. Nama beliau Shaikh Jahid Sidek. Boleh berjumpa dan mengambil talqin zikir dengan beliau.


-----------------
0


Bookmark and Share

  


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-05-10 18:24


Terima kasih kosong....

Ana faham sekarang... ana masih kosong... ana belum masuk ke dalam trek yang betul lagi.... ana masih perlu kepada riadhah berterusan..... ana perlu kepada mativasi.... semangat.... nasihat dan bimbingan dari ukhwah..... kalau perlu biarlah ana mula dari zero semula...

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

strawbery
Warga Rasmi
Menyertai: 18.05.2010
Ahli No: 39837
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 10:51


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

semoga setiap apa yang anazalil impikan dalam perubahan hidup ini akan tercapai dan biarlah ianya istiqamah..,,

Bookmark and Share

  


  Member Information For strawberyProfil   Hantar PM kepada strawbery   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 11:36


terima kasih stoberi...

semoga stoberi pun berjaya dan istiqamah jua...

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 07:24


Kepada ukkhwah yang inginkan pandangan dan panduan ana, yang mungkin tak seberapa ini, dalam membina diri menjadi HAMBA ALLAH... boleh berbincang di SUARA HATIKU, Tajuk : Bagaimana Saya Boleh Jadi Solehah. Oleh Habrah.

Di sini ana tak dapat nak ceritakan kerana, disini ana perlukan bimbingan berterusan dari ukhwah sekelian.

Semua saranan ukhwah ana sedang usaha untuk laksanakan. Jika ada ukhwah yang masih membaca ruangan ana ni..... sekarang ana ada rasa sedikit kekuatan, walaupun masih tak dapat istiqamah... ana masih sedang berusaha. Dari segi kerohanian... ana ada rasa sedikit ketenangan, cuba sekarang ni ana jadi agak serius dan tegas. tak macam dulu-dulu lah, ana tenang, ceria mampu beristiqamah dengan mantap.

Doakan ana berjaya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 09:15


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Dengan izin & rahmatNya..

InsyaAllah..semoga istiqamah & terus dengan azam yang baru.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

albab
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2011
Ahli No: 41491
Posting: 3

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-11 23:32


Tidak semestinya cinta kepada manusia itu membawa kepada kelalaian.Perasaan cinta,kasih dan sayang antara satu sama lain adalah kurnian Allah kepada hambanya.Jika cinta itu berada dilandasan yang betul maka tidak mustahil manusia itu akan mengecapi kebahagian dunia dan akhirat.cinta juga memberi semangat kepada manusia untuk terus berjaya dalam hidup.Jika manusia itu mempunyai cinta yang kuat dan ikhlas kepada Penciptanya maka segala kesulitan dan kepayahan hidup dapat diatasi.Oleh itu tanyalah diri kita adakah cinta yang sejati itu telah ditemui kerana walaupun mulut kita mengatakan cinta namun hakikatnya cinta yang sebenar belum hadir dalam diri.

Bookmark and Share

  


  Member Information For albabProfil   Hantar PM kepada albab   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-08-11 22:17


kalau dah jadi suami tu memang kena double up.. kalau dulu 24 jam untuk kita seorang sekarang dah ada keluarga kena pandai bahagi..nak kuat beribadat macam dulu? suami ni ketua , nakhoda.. kena tunjuk contoh pada keluarga.. kebanyakan anak isteri akan mengikut kalau suami tegas (bukan garang)


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

  


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-10-11 19:16


Assalamualaikum....

Masih ada yang respon pada masalah ana. Terima kasih pada semua. Ana hargai pandangan ukhwah sekelian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

albab
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2011
Ahli No: 41491
Posting: 3

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-10-11 00:59


Kepada anazalil berdoa tu penting untuk kehidupan kita dan antara hikmahnya

1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H..Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H..Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H..Muslim)

Bookmark and Share

  


  Member Information For albabProfil   Hantar PM kepada albab   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 09-11-11 20:31


Terima kasih al bab, ana hargai pandangan al bab.

Untuk makluman al bab.... ana akui, ana kurang berdoa untuk diri sendiri. Tetapi ana banyak be4rdoa untuk orang lain. Setiap hari ana berdoa, untuk diri ana dan orang lain.... tetapi doa untuk orang lain lebih banyak dari untuk diri ana sendiri. Bukan ana tak mahu berdoa atau tak suka berdoa... tetapi ana rasa malu dengan sangat-sangat pada Allah, ana kenal diri ana siapa, ana tahu apa yang selalu ana buat..... Ana rasa banyak dah Allah beri pada ana yang ana tak layak menerimanya.

Buat masa ini.... ana masih dalam proses pemulihan... rasa dah lama dah... tetapi ini realiti... ana rasa sangat sukar untuk kembali ke asal. Sekarang ni pun, semakin ana berusaha... semakin kuat ujian Allah atas ana... tapi ana masih bersabar dan tak putus asa dengan Allah... ana tetap berusaha walaupun ana diuji dengan berbagai2 ujian dari berbagai penjuru dalam masa serentak sekarang ni.

Apa yang buat sekarang.... bertahan. Ana harap satu hari ana dilepaskan oleh Allah dari ujian2 ni semua. Ana hidup macam biasa, ibadah macam biasa, bertindak macam biasa... harapan ana ujian ni semua akan berlalu pergi dan Allah gantikan segala kesusahan, fizikal, material, emosi, kerohanian dan semua ini dengan kejayaan. Harap begitulah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

albab
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2011
Ahli No: 41491
Posting: 3

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-11-11 01:33


Jika kita rasakan diri kita telah diuji dengan pelbagai masalah maka anazalil perlu ingat satu perkara ada orang lain yang lebih dahsyat ujian yang Allah berikan. Cuba lihat di luar negara mangsa banjir,gempa bumi dan lain-lain lagi bencana alam yang menimpa, mereka banyak kehilangan harta benda dan ahli keluarga yang disayang. Ada juga yang diuji dengan pelbagai penyakit, kemiskinan dan lain-lain lagi tapi kita belum lagi Allah uji sampai ke tahap tersebut. Bila direnung-renungkan kembali kita sebenarnya patut bersyukur kerana Allah tidak bagi ujian yang dahsyat sebegitu. Tidak dinafikan adakalanya ujian yang mendatang itu akan membuatkan kita hilang arah jika tidak mempunyai iman yang kuat,sokongan dari keluarga dan sahabat. Oleh sebab itu, kita janganlah terlampau memikirkan setiap masalah yang melanda dan bukan pula kita tidak perlu memikirkannya terus. Jika setiap penyakit itu ada penawarnya maka setiap masalah juga ada jalan penyelesaiannya. Salah satu sebab Kenapa Allah pilih manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah aqal yang Allah kurniakan maka gunalah aqal yang diberi dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali nafsu menguasai aqal. Sentiasalah berdoa untuk diri dan orang disekeliling kita. Jika kita hanya berdoa untuk diri sendiri pun tidak boleh juga sedangkan orang disekeliling kita memerlukan doa dari kita walaupun mereka tidak minta didoakan dan jika kita sentiasa doakan untuk orang lain pula pun tidak boleh juga pendek kata doa tersebut perlu seimbang dengan kehidupabn kita. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui dengan setiap ujian yang diturunkan ke atas setiap hambaNya. Apa yang saya tulis disini bukan hanya untuk anazalil saja tapi ianya juga turut memberi peringatan kepada diri saya sendiri supaya lebih tabah dengan setiap ujian yang mendatang.

Bookmark and Share

  


  Member Information For albabProfil   Hantar PM kepada albab   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-11-11 00:46


Terima kasih al bab.

Ana setuju sangat dengan pandangan dan saranan al bab. Ana akan terus berusaha untuk membaiki diri ini. Ana akan terus berusaha untuk jadi hamba Allah yang diredahi olehNya. Terima kasih atas nasihat.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.176519 saat. Lajunya....