Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 237
Ahli: 0
Jumlah: 237




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Wala' dan thiqah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Wala' dan thiqah

Please Mendaftar To Post


Oleh Wala' dan thiqah

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-04-10 15:38


Wala’ dan Thiqah, pengajaran dari Rasulullah s.a.w.

Kebelakangan ini ada yang menimbulkan persoalan Wala’ dan Thiqah sambil memberikan penekanan terhadap pengamalannya. Ia bagaikan menjadi bagaikan satu ‘trend’ sehingga yang tidak tahu hujang pangkal turut ingin membicarakan persoalan ini. Tumpuan yang diberikan kepada persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang dilanda musibah berhubung dengan dua ‘doktrin’ (sepertimana istilah yang digunakan) ini dan ianya perlu ditangani sebelum bencana melanda PAS.

Saya melihat keadaan yang wujud adalah hasil dari ketidak-fahaman ahli PAS sendiri terhadap penggunaan istilah ini. Apabila ianya tidak difahami maka ianya telah menimbulkan keluh-kesah kerana mereka ingin melihat dan mencapai sesuatu yang pada dasarnya tidak dituntut dengan cara yang sepertimana digambarkan. Bagi sebahagian ahli pula, khususnya yang masih ‘baru’, istilah wala’ dan thiqah ini membawa erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka bererti tiadanya wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. Mereka ini kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya.

Oleh kerana salah faham sebegini wujud di kalangan kelompok yang tertentu dan disuburkan pula oleh yang golongan yang lain, maka timbul kekuathiran kononnya ada yang ingin “merobohkan doktrin wala’ dan thiqah”. Tetapi, pada hakikatnya, wala’ dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin.

Untuk menjelaskan konsep ini, marilah kita renung bersama kepada peristiwa pembahagian harta rampasan perang (‘ghanimah’ – yang hanya relevan pada ketika peperangan) selepas selesai perang Hunain. Dalam peristiwa ini, Rasulullah telah memberi ghanimah pada orang Quraisy yang baru memeluk Islam dan tidak pula kepada yang lain. Tindakan ini menyebabkan kaum Ansar berasa kurang senang sehingga ada yang mengatakan, “Semoga Allah mengampuni RasulNya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita pada hal pedang-pedang kita masih basah dengan darah mereka (kaum Quraisy)”.

Rasulullah (SAW) telah mendengar akan berita tersebut dan Baginda mengumpul kaum Ansar dan seterusnya bersabda, “Hai kaum Ansar. Aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita dan Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Bagi setiap soalan yang ditanya Rasulullah, kaum Ansar menjawab, “Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah (SAW) meneruskan, “Hai kaum Ansar, apakah kamu marah kerana tidak menerima ‘sampah dunia’ yang tiada nilainya? Dengan ‘sampah’ itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa”.

Maka jika kita perhalusi akan peristiwa ini, apa yang terjadi adalah kerana sebahagian dari kaum Ansar mempertikaikan keputusan Rasulullah (SAW) berhubung agihan ghanimah perang Hunain. Tahap pertikaian itu begitu hebat sehingga ada yang menganggap Rasulullah tersilap dan memohon maaf kepada Allah bagi pihak Rasulullah! Apabila Rasulullah mendengar berita tersebut, Baginda memanggil mereka dan menjelaskan mengapa dan Kenapa ianya dilakukan sebegitu rupa. Penerangan dan penjelasan yang diberi begitu tepat dan kukuh sehingga semua yang mendengar menerimanya dengan baik, malahan ada yang merasa cukup bersalah kerana mempertikaikan keputusan Rasulullah.

Pengajaran yang utama yang boleh diperolehi dari peristiwa ini ialah kaedah kepimpinan Rasulullah (SAW) itu sendiri. Rasulullah tidak menangani persoalan ini dengan hanya menyebut “wala’ dan thiqah” dan kalau kamu pertikaikan keputusan aku maka kamu tak wala’ dan tak thiqah! Baginda juga tidak mengherdik mereka yang bertanya dan melabelkan mereka sebagai kurang tarbiyyah, berpemikiran jahilliyah dan sebagainya. Sebaliknya, Rasulullah memanfaat situasi yang wujud melalui pertikaian tersebut yang mempertegaskan lagi kemuliaan perjuangan Islam serta diperteguhkan lagi niat untuk menuntut keredhaan Allah yang mesti mengatasi segala niat dan tujuan yang lain.

Melalui kaedah kepimpinan sebegini, Rasulullah tidak menghalang perbincangan dan perbahasan berhubung sesuatu keputusan yang diambil oleh Baginda. Sebaliknya, mengiktiraf hak bertanya oleh kaum Ansar dalam soal sesuatu tindakan yang merupakan pendapat dan bukan wahyu dari Allah. Dengan memberikan penerangan dan penjelasan, wala’ dan thiqah terhadap Baginda (SAW) telah pada masa yang sama turut diperkukuhkan.

Dalam keadaan di mana keputusan Rasulullah sendiri disoal dan Baginda tidak pun melihatnya sebagai satu kesalahan, maka amatlah hairan jikalau pada ketika ini ada yang marah apabila keputusan pemimpin yang bukan seorang Rasul dipertikaikan. Sehinggakan mereka menganggap ianya budaya selain dari Islam kerana Islam tertegak dengan ‘doktrin wala’ dan thiqah’, yang mungkin bagi mereka membawa erti kepatuhan yang mebuta tuli.

Kalaulah Rasulullah sendiri pun tidak marah dan turut mengambil masa untuk menjelaskan kepada para sahabat dari kaum Ansar, maka persoalannya sekarang apakah hak pemimpin lain yang tarafnya jauh lebih rendah untuk marah dan memberi jawapan sekadar “wala’ dan thiqah”?

Perang Hunain adalah peperangan selepas peristiwa Fathul Mekah. Ianya diperingkat penghujung Sirah Nabi di mana golongan Ansar terlebih dahulu telah sempat melalui tarbiyyah dan latihan yang jauh lebih kemas dari kita di dalam PAS. Mereka lebih memahami dan mengetahui Islam dari apa yang ada ketika ini. Namun mereka tidak melihat reaksi mereka terhadap tindakan Rasulullah sebagai ‘tidak wala’ dan tidak thiqah’. Mereka hanya mempersoalkan sebab mengapa ianya dilakukan sedemikian rupa. Dan mereka faham dan tahu bahawa Rasulullah (SAW) selama ini pun mengajar mereka bahawa mereka berhak untuk bertanya.

Hakikatnya, kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah tidak dapat difahami mereka sehingga ianya dijelaskan oleh Rasulullah (SAW). Tetapi, melalui penerangan yang diberi, menjadi jelas kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah (SAW) dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Dalam kedudukan mereka yang begitu tinggi kefahaman mereka terhadap Islam sekalipun, golongan ini memerlukan penjelasan apabila berlakunya tindakan yang dilihat agak kontroversi. Apatah lagi kita! Atau adakah dianggap memadai dengan menjawab “wala’ dan thiqah” kerana ahli PAS kini lebih hebat?

PAS sebagai jemaah Islam mestilah mempunyai keterbukaan, mendengar teguran dan kritikan, dari dalam dan dari luar dan memanfaatkannya untuk kebaikan kita. Lebih-lebih lagi kritikan dan teguran yang datangnya dari ahli. Oleh kerana yang menegur adalah ahli, maka PAS harus yakin bahawa teguran yang dibuat adalah bertujuan untuk kebaikan. Tidak wajar jika mahu ditutup saluran dan ruang teguran dan kritikan dengan memutar belitkan kefahaman terhadap wala’ dan thiqah untuk membawa pengertian kepatuhan tidak bertempat. Jika PAS bertindak sebegitu, maka ini akan dengan sendirinya mematikan apa yang Rasulullah sendiri ingin suburkan dan galakkan.

“Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”. Kalau kita memahami ini dan mengamalkannya, sudah pasti corak kepimpinan kita akan mendampingi cara Rasulullah (SAW). Rasulullah sendiri bersedia mendengar teguran dan pandangan sahabat walaupun Baginda maksum. Baginda menghargai pandangan sahabat kerana mereka tidak dilihat bodoh oleh baginda malahan dalam banyak hal baginda mencari para sahabat untuk mendengar pandangan mereka.

PAS perlu menyedari bahawa wala’ dan thiqah perlu diperkukuhkan melalui tindakan yang telus dengan memberikan penjelasan berhubung sebab-sebab mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Sekiranya tindakan itu mencurigakan, maka ahli berhak bertanya dan sekiranya tidak dijawab, ahli berhak mempertikaikannya. Wala’ dan thiqah tidak merupakan ‘alat pemimpin’ untuk menundukkan dan menafikan hak pengikut untuk bertanya dan mengambil tahu.

Dalam suasana masyarakat yang mengamalkan demokrasi, kemampuan PAS menjelaskan dan membuktikan keadilan dan ketepatan setiap tindakannya kepada ahli dan masyarakat umum amat penting. Ahli dan masyarakat umum menilai setiap tindakan PAS. Ketelusan tindakan serta wujudnya sebab dan alasan yang munasabah bagi setiap tindakan akan mengukuhkan keyakinan ahli dan anggota masyarakat terhadap kemampuan PAS untuk mentadbir Negara.

Oleh yang demikian, tidak cukup dengan hanya menjawab, “wala’ dan thiqah”. Dalam keadaan dan suasana gerakan siir, bawah tanah dan rahsia, jawapan sebegitu mungkin memadai dan hanya itu sahajalah jawapan yang mungkin boleh diberi. Namun pada ketika ini, suasana tidak seperti keadaan seperti Ikhwan pada tahun 60an. Negara kita ini berada dalam suasana yang jauh berbeza.

Lebih cepat di kalangan ahli PAS mampu memahami perbezaan ini dan impaknya kepada kaedah gerakan Islam, maka saya fikir itulah yang lebih baik.

WaLlahu 'Alam

APAKAH YANG SAUDAR PAHAM PASAL WALA' DAN THIQAH...siapa YANG TAHU TOLONG BAGITAU...AND COMMENT PASAL ARTIKEL kat ATAS NI


-----------------
kepada NYa kita kembali...


Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-10 12:03


!!! QUOTE !!!

APAKAH YANG SAUDAR PAHAM PASAL WALA' DAN THIQAH...siapa YANG TAHU TOLONG BAGITAU...AND COMMENT PASAL ARTIKEL kat ATAS NI


tak berapa sempat membaca....nanti saya snggah semula.

secara mudah.....menegur pemimpin tak ada kaitan dengan thiqah atau wala'. Pemimpin boleh ditegur dan dinasihati....cuma cara teguran disampaikan itu yang kadang-kadang timbul rasa tak pusahati.

wala' pada pemimpin..errr contohnya...kalau org Pas lebih patuh pada anwar ibrahim berbanding patuh pada TG haji Hadi...tu tak wala' namanya..

kalau orang pas lebih yakin pada Anwar Ibrahim berbanding tok guru nik aziz itu tak thiqah namanya....

atau contohnya, kalau pimpinan putuskan ahli jangan berbicara pasal UG, tapi ada kalangan ahli yang masih berbicara pasal UG di sana sini....malah bercakap pada wartawan pula....itu pun tak wala' namanya...

thiqah dan wala' bukan pada harakah islamiyyah....kita letakkan wala' kita kepada Islam, dan wala' kita pada Allah dan rasul melebihi wala' ita pada harakah.Bahkan wala' pada harakah selagi harakah tersebut wala' pada Allah dan Rasul... tu saja...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12427 saat. Lajunya....