Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 259
Ahli: 0
Jumlah: 259

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: sejauhmana anda sedar dengan beban tugas guru?

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» sejauhmana anda sedar dengan beban tugas guru?

Please Mendaftar To Post

Oleh sejauhmana anda sedar dengan beban tugas guru?

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 10:01

salam..

setelah cek2 kat sini saya rasa tak ada lagi thread yang sebut tentang bebn tugas guru...yang ada hanya berkaitan dengan penghragaan kepada guru dan swaktu dengannya..

isu ni pun nak kata hangat lagi tak jugak...da nak 2 minggu pun..tapi saya fikir ia masih relevan untuk kita mmperkatakannya...

selama ni kita memang mghargai tugas guru..pepatah guru ibarat lilin begitu popular..namun ia tidak lah melambngkan peranan guru tu sebagai lilin semata-mata...malah lebih dr itu..

seringkali ada rungutan guru d sana2 sini namun respon masyarakat hanya meminta guru bersabar...meminta guru iklas dan sbginye yang memberi erti tidak sepatutnya seorang guru itu menyanggah dan merungut dalam kerjayanya...lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan prinsip sebagai seorang kakitgan awam, 'saya yang menurut perintah'..

jadi, sebagai masyarakat, sebenarnya anda dapat rasa tak apa yang diaktekan beban pada guru tu? atau anda sebenrnya beranggapan guru2 ni memang mengada2...? boleh jadi jawapan kita berbeza..mungkin anda punya kenalan seorang guru, keluarga anda seorang guru..atau anda sendiri seorang guru.. siapapun kita dan anda, wajarkah kajian keatas beban guru dilakukan? adakah anda juga dapat melihat beban tugas mereka itu yang dikatakan berat meliputi segala hal yang bukan saja berkaitan pengajaran d kelas?

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 11-04-10 11:28

isteri saya guru kimia dan bahasa, saya pula jurutera.
Jika dibandingkan, isteri saya jauh lagi relax dari saya,.. beza sangat dari segi masa dan beban kerja.
tetapi saya tak nafikan, menyirap juga mendengar cerita kebiadaban murid2. Kalau kita kembali kepada hukum Islam, sistem pendidikan hari ini dah terbalik dari yang Islam ajar, mangsanya para pendidik dan murid2. mungkin sebab tu guru Malaysia adalah kakitangan awam yang paling ramai masuk Hospital Permai.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 12:29

Pada 11-04-10 11:28 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

isteri saya guru kimia dan bahasa, saya pula jurutera.
Jika dibandingkan, isteri saya jauh lagi relax dari saya,.. beza sangat dari segi masa dan beban kerja.
tetapi saya tak nafikan, menyirap juga mendengar cerita kebiadaban murid2.

ada seorang pelajar pernah memaki saya dan sebut " ana dendam muallimah sampai bila-bila " kerana saya marah sikapnya yang sering melanggar disiplin sekolah.

Dia pernah menolak saya dengan kasar kerana saya cuba gunting jambulnya yang sudah boleh dibuat tocang...

sudahnya, saya buat tak layan dan biarkan saja dia ni termasuk semasa kelas saya.....
maka dia sering ponteng sekolah pada hari yang ada subjek saya....tak berapa lama, langsung berhenti sekolah.
memang pelajar yang bermasalah dan sangat kasar dengan guru...

saya mendapat cerita, dia sentiasa melihat ibunya ditampar dan disepak terajang oleh bapanya. Pernah dia menalipon seorang ustaz dan ustaz tersebut dapat mendengar jeritan ibunya yang mungkin masa tu dikerjakan oleh ayahnya...

saya sedih kerana gagal memahami 'bebanan' anak murid saya itu bahkan saya pula sering hilang sabar dengan sikap buruknya....kalaulah saya benar-benar dapat membantunya...

kami cuma mampu berdoa dan harap pimpinan Allah sentiasa bersamanya.

!!! QUOTE !!!

mungkin sebab tu guru Malaysia adalah kakitangan awam yang paling ramai masuk Hospital Permai.

hahahaha......betul ke ni ??

nasib baik saya guru di sekolah persendirian ... kami lebih bebas menyusun 'bentuk' pendidikan yang ingin kami berikan pada anak-anak murid.

tapi tugas guru....memang sangat membebankan....kita membina manusia, tentu tak semudah membina bangunan atau mengendalikan jentera... :malu:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 11-04-10 13:15

Pada 11-04-10 12:29 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

nasib baik saya guru di sekolah persendirian ... kami lebih bebas menyusun 'bentuk' pendidikan yang ingin kami berikan pada anak-anak murid.

tapi tugas guru....memang sangat membebankan....kita membina manusia, tentu tak semudah membina bangunan atau mengendalikan jentera... :malu:

Sebenarnya tugas mendidik manusia tidaklah sesukar ini jika strategi pendidikan selari dengan Islam. Islam menetapkan bahawa dasar pendidikan adalah untuk membentuk tsaqafah (budaya) Islam kepada para pelajar. Seseorang yang mempunyai tsaqafah Islam yang tinggi akan jadi Muslim yang bertaqwa dan cemerlang akademiknya. Ia telah dibuktikan, dahulu negara Islam menghasil ilmuan yang menguasai kedua bidang agama dan sains teknologi serta dalam masa yang sama akhlak manusia berada di tempat sepatutnya.

Ia sama sekali berbeza dengan sistem pendidikan hari ini. Cuma dalam negara Islam, tiada cuti akhir semester berbulan kerana itu budaya barat yang mahu bermain salji di musim sejuk. :) Sekolah dari pagi ke petang dan cuti paling panjang sempena Hari Raya Aidul Adha. Hizbut Tahrir sudah menyediakan rancangan dasar pendidikan sekiranya khilafah tertegak. Menyorotinya, ia memang modal insan negara Islam akan jadi cukup cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi selagi tiada khilafah, berterusan para guru dibeban tugas yang tak tertunaikan...

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 20:54

sebagai seorang guru rasa terpanggil untuk beri sedikit pendapat....

dalam keluarga saya ramai yang bergelar guru...pekerjaan paling 'digemari'.heheheh....ayah saya, ayah saudara dan isteri dan anaknya serta suami ibu saudara saya..................

yang pasti pengakuan guru2 veteran...............beban guru sekarang tak macam dulu....kiranya sekarang sangat-sangat beban...........

sejak kecil saya nak jadi guru sebab yang saya nampak kerja guru mengajar,,,saya paling suka menolong ayah tanda semak kertas OMR........bila jadi cikgu saya memang excited lepas pelajar habis ujian.......terutama masa praktikal dan tahun pertama posting...

namun kini tahun kedua mengajar...lambakan kerja membuatkan saya 'lambat' menyemak kertas.............sedangkan dulunya habis saja ujian cepat-cepat semak....

tambahan kalau PPT dan PAT..kena semak karangan...

sebenarnya...guru bukan hany mengajar di kelas....+ perlu mendidik dan membentuk sikap& sahsiah pelajar dan aktvt koku....

guru perlu kendalikan macam-macam urusan...

headcount....stok.....buku teks.......

belum lagi bila time program wajib sekolah macam hari sukan...hari anugerah....
mesyuarat agung pibg.........

sangat-sangat banyak tugasan guru shgg saya pernah membaca teks komsas semasa berjalan...terpaksa curi2 masa kerana petang nt kena ajar....mujur tahun lepas sudah mengajar silibus yang sama....jadi ada lah sedikit bekalan sebelum masuk kelas..dah lah bukan option BM.....

macam-macam sebenarnya tugas seorang guru....

pengalaman saya...tertekan macam mana pun beban tugasan,,,masuk saja kelas cuba sedaya upaya fokus kepada pelajar....namun bila berdepan dengan pelajar yang biadap.....yang menipu.....yang tak dengar cakap...cakap cara elok pun tak endah....marah2 lagi lah.....sudahnya naik angin juga saya....

kerana kita memang sedia ada tekanan....sekalipun ketepikan untuk fokus mengajar...tapi tewas akhirnya pada nafsu amarah apabila menghadapi kerenah anak murid.......

tambahan pula personaliti yang bukan lemah lembut....memang payah....

namun terpaksa belajar dan belajar menghadapi suasana kerja.....

apapun pada saya....segalanya dari rumah.....tapi nak salahkan ibubapa pun tak wajar sangat...sebab budak-budak ni kadang-kadang di rumah...ok..tapi di sekolah...nak tunjuk hero....

tapi ada juga yang masalah keluarga sebabkan mereka jadi bermasalah....

bagi yang dah kahwin mungkin ada sifat keibuan...tahu nak tackel pelajar begini....

saya ni tak reti lah semua itu.......
pendek kat guru membina manusia......memang bukan mudah kerana manusia itu hidup............pelbagai unsur dalam diri seorang manusia........urusan yang paling sukar ialah berurusan dengan manusia...tambahan pula yang sedang membesar.....

-----------------
nuzulrahmatul

Bookmark and Share

  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 21:02

pendapat sebagai bakal guru, semoga dipermudahkan oleh Allah. Amin..

sekadar memetik dr blog saya sendiri :

Bebanan kerja sudah menjadi keluhan apatah lagi bagi guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Tidak perlu mengisahkan bebanan kerja tetapi cabaran kehidupan di pedalaman dikatakan cukup memeritkan sama ada soal penginapan, kemudahan dan banyak lagi. Adakah ini cabaran yang semestinya dilalui sebagai seorang guru untuk memartabatkan anak bangsa ke mercu kegemilangan? Bagi guru mahupun masyarakat yang tidak mengalaminya pasti akan memperkatakan, sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar anak bangsa jadi segala masalah hendaklah dihadapi walaupun perit. Diakui memang itulah sebenarnya namun kena difikirkan juga aspek-aspek cabaran tersebut untuk memantapkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran seorang guru.

Memetik laporan Utusan Online bertarikh 4 April 2010 bertajuk bidang kuasa beban guru dibincang , Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji beban guru di seluruh negara. Itulah sebenarnya yang patut dilakukan agar keluhan dan aduan guru-guru yang terlibat dapat diselesaikan mengikut ketetapan jawatankuasa khas yang bakal mencari jalan penyelesaian masalah ini. Keluhan dan aduan seperti yang kita baca dipelbagai sumber atau dengar mungkin amat kurang jika dibandingkan dengan keluhan guru dari pelosok negeri yang kita sendiri tidak tahu disebabkan redha dengan ketentuan menjalankan tanggungjawab mereka.

Justeru, kepada bakal-bakal guru pengalaman guru-guru terdahulu dan sekarang ini sudah menjadi sahutan untuk menjalankan kewajipan yang sama kelak. Siap siagakan diri dengan isu-isu yang sudah dan semakin diketengahkan agar ianya menjadi pendorong untuk lebih memperkasakan jati diri seorang guru mendidik anak bangsa. Soal gaji dan imbuhan elaun bukan lagi persoalannya kerana acap kali kita mendengar peruntukan mahupun bajet disediakan untuk guru-guru sudah cukup memadai walau di mana pun tempat menjalankan kewajipan lebih-lebih lagi imbuhan elaun kawasan pedalaman yang sudah cukup merangsang bakal guru untuk mengajar dengan tambahan elaun pedalaman yang diumumkan baru-baru ini.

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 22:02

!!! QUOTE !!!

Ia sama sekali berbeza dengan sistem pendidikan hari ini. Cuma dalam negara Islam, tiada cuti akhir semester berbulan kerana itu budaya barat yang mahu bermain salji di musim sejuk. :) Sekolah dari pagi ke petang dan cuti paling panjang sempena Hari Raya Aidul Adha.

tak pa lah...bukan semua budaya barat tak boleh di tiru...kalau bersesuaian dan tak ganggu syariat tak kan tak boleh. Saya rasa bagus cuti akhir tahun ni...tak ada lah sampai berbulan...lebih kurang sebulan saja. Cuti ni digunakan untuk semak kertas peperiksaan, menghadiri kursus, buat perancangan untuk sessi depan dan pelbagai persediaan lagi...ok lah tu.

saya memang kerja dari pagi sampai petang. Persekolahan berakhir pada jam 3 dan sebelah petangnya bersambung dengan kelas tambahan, usrah, kokurikulum, meeting guru atau meeting bersama pelajar. pendekata memang jam 5.30 atau 6 petang baru sampai rumah... tak campur lagi hari jumaat yang ada kelas tafsir sebulan sekali dan sabtu yang terpaksa hadir untuk program2 yang dirancang oleh pihak sekolah.....memang letih.Kebetulan hari ini kami ada majlis ihtifal dan saya diamanahkan bahagian hadiah dan cenderamata.... seminggu lepas bertungkus lumus 'buat kerja' kadang sampai ke malam....mujur suami sedikit menghulur pertolongan.

Pernah ketikanya rasa stress dengan bebanan kerja dan karenah anak-anak murid....masa tu mulalah teringat nak berhenti kerja.....tapi 'berfikir semula' seringkali mampu memujuk rasa. sekolah pada saya sangat berjasa...kerana disitulah saya berjhad dan berdakwah, berukhwah dan dan berusrah, dan membantu untuk pendapatan keluarga.... Alhadulilllah

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 22:10

!!! QUOTE !!!

Hizbut Tahrir sudah menyediakan rancangan dasar pendidikan sekiranya khilafah tertegak. Menyorotinya, ia memang modal insan negara Islam akan jadi cukup cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi selagi tiada khilafah, berterusan para guru dibeban tugas yang tak tertunaikan...

sebenarnya inilah point yang nak wuzara sampaikan....pasal dasar pendidikan yang disediakan hizbut tahrir jika wujudnya khilafah nanti... :D

khilafah belum ada lagi...maka manfaatkan sajalah sistem pendidikan yang dirancang serta disediakan oleh kerajaan BN ni....sekurang-kurangnya sistem pendidikan ini telah memberi peluang wuzara dan saya untuk belajar dari sekolah rendah, menengah sehinngalah ke UTM dan jadi pandai untuk menentang BN semula.... wakakaka....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 22:14

memang beban kalau kita tak enjoy dengan tugas yang banyak-banyak tu.
saya dulu cikgu merangkap warden. pendek kata kerja 24jam. kadang-kadang jam 2 pagi bangun hnta budak hospital. tapi yang penting syok dan layan saja kerja kita....
tak tahu lah, lain padang lain belalang...

-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo

Bookmark and Share

  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 22:31

!!! QUOTE !!!

pengalaman saya...tertekan macam mana pun beban tugasan,,,masuk saja kelas cuba sedaya upaya fokus kepada pelajar....namun bila berdepan dengan pelajar yang biadap.....yang menipu.....yang tak dengar cakap...cakap cara elok pun tak endah....marah2 lagi lah.....sudahnya naik angin juga saya....

kerana kita memang sedia ada tekanan....sekalipun ketepikan untuk fokus mengajar...tapi tewas akhirnya pada nafsu amarah apabila menghadapi kerenah anak murid....

guru juga kena banyak berdoa untuk anak-anak murid...kadang kita lupa mendoakan mereka.
tekanan kerja dan karenah anak-anak murid itu situasi biasa bagi seorang guru....selalunya kita lupa tentang pergantungan pada Allah dan meletakkan kejayaan kita mendidik anak-anak murid 100% pada usaha kita. Kita yakin anak-anak murid akan berjaya kita bentuk jika kita berusaha sungguh-sungguh membentuk mereka...Maka kita berusaha sampai 'sakit jiwa dan kepala' sedang kita langsung lupa untuk munajat pada Allah agar membantu kita menghadapi anak-anak murid. ...tu yang jadinya, bila usaha kita tidak berjaya...kita benar-benar 'sakit jiwa' dan 'sakit kepala' ... akhirnya kecewa dan putus asa....

!!! QUOTE !!!

sangat-sangat banyak tugasan guru shgg saya pernah membaca teks komsas semasa berjalan...terpaksa curi2 masa kerana petang nt kena ajar....mujur tahun lepas sudah mengajar silibus yang sama....jadi ada lah sedikit bekalan sebelum masuk kelas..dah lah bukan option BM.....

kasihan pula saya membacanya...sabarlah...

tapikan....saya geram betul dengan guru lelaki...depa selamba sadin saja buat kerja seperti langsung tak ada tekanan.....BPM tak hantar, buku murid tak semak...lewat masuk kelas...soalan ujian lambat hantar...meeting pun ponteng...hujung minggu bila kena pergi sekolah buat 'tak tau' saja.... boleh pulak 'hidup begini' sekalipun berkali-kali ditegur pengetua..

kita guru wanita...pantang dapat tugasan...sampai tengah malam bersekang untuk siapkan....bimbang sangat jika kerja tak sempurna dan kena tegur dengan pengurusan. Bila program outdoor bersama pelajar...angkut sekali dengan anak-anak terutma yang kecil masih menyusu...biarpun dalam payah dan sukar, tabah kita menggalas tugas seorang guru...tapi kebanyakan guru lelaki tak 'pulun' macam kita....Kenapa ya ?

saya pernah dalam satu kursus duduk bersebelahan dengan seorang guru lelaki. Sepanjang pengisian yang diberikan oleh penceramah...dia berdengkur sakan langsung tak dipeduli apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. tapi bila sessi itu berakhir , cepat pulak dia terjaga dan dalam nonong-nonong tu laju saja pergi beratur untuk ambik makan tengahari...pulak tu dok depan sekali....ni cikgu style P. Ramlee....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Fati_bumbum
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.12.2007
Ahli No: 32000
Posting: 48
Dari: ALoR Setaq

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 11-04-10 23:54

Pada 11-04-10 22:31 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

saya pernah dalam satu kursus duduk bersebelahan dengan seorang guru lelaki. Sepanjang pengisian yang diberikan oleh penceramah...dia berdengkur sakan langsung tak dipeduli apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. tapi bila sessi itu berakhir , cepat pulak dia terjaga dan dalam nonong-nonong tu laju saja pergi beratur untuk ambik makan tengahari...pulak tu dok depan sekali....ni cikgu style P. Ramlee....

guru perempuan sekarang ramai yang jadi pengetua. sangat ramai. guru perempuan taat, sangat mematuhi arahan menyiapkan laporan, kertas kerja yang berlambak2, siapkan fail yang cantik bertimbun2, mencantikkan sebuah sekolah mengikut masa yang ditetapkan. syabas cikgu.

tapi kaum ini masih ada (bukan semua)yang tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan berani kepada sesetengah isu yang besar, jawapan mereka bagai lalang ditiup angin sahaja layaknya, berbanding dengan pimpinan dari seorang pengetua lelaki.

saya bukan seorang guru. hehe.. hanya melihat pada keadaan disekeliling saya sahaja    :)

Bookmark and Share

  Member Information For Fati_bumbumProfil   Hantar PM kepada Fati_bumbum   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 12-04-10 00:04

Banyak sangat pertandingan ;

- sekolah lestari
- sekolah bestari
- sekolah cemerlang peringkat negeri / kebangsaan
- asrama cemerlang
- pusat sumber cemerlang
- anugerah iso

kesemua ini nak tengok fail , dokumentasi , persekitaran .... guru2 teruk diarah bersiap untuk ini . tak ada pun nak lihat tingkah laku budak

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 12-04-10 10:22

Guru sekarang ni ada 2 kategori, 1. yang benar-benar ikhlas jadi guru, 1 lagi yang bidan terjun jadi guru. bebanan tu tplnglh pada masing-masing macam mana nak atasi.. kalau segi mengajar mungkin tak jadi bebanan tapi dengan benda-benda yang tak masuk mngajar macam, kelab,persatuan, meetiing dan kursus2 yang kena serta...Kenapa kementrian tak buat kursus pada waktu cuti sekolah saja untuk para guru dan bukan pada waktu2 persekolahan??

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Fati_bumbum
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.12.2007
Ahli No: 32000
Posting: 48
Dari: ALoR Setaq

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 12-04-10 14:27

agaknya bila sekolah menang banyak kategori cemerlang.... maka yang gemilang hanyalah dari segi dokumentasi

Bookmark and Share

  Member Information For Fati_bumbumProfil   Hantar PM kepada Fati_bumbum   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 12-04-10 19:47

Pada 11-04-10 22:10 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya inilah point yang nak wuzara sampaikan....pasal dasar pendidikan yang disediakan hizbut tahrir jika wujudnya khilafah nanti... :D

Kak, PR semakin hampir ke Putrajaya, teringin juga nak lihat Dasar Pendidikan yang sepenuhnya Islam dikemukakan oleh PAS. Kalau ada dengan sistem ekonomi, pemerintahan, dasar luar negara, kewangan lagi bagus. Tak pernah tanya ke kepada pemimpin mana perincian negara Islam yang PAS nak terapkan. Atau mungkin dah berkuasa baru nak fikir satu persatu. Ni bukan soalan provokasi ye... :)

!!! QUOTE !!!

sekurang-kurangnya sistem pendidikan ini telah memberi peluang wuzara dan saya untuk belajar dari sekolah rendah, menengah sehinngalah ke UTM dan jadi pandai untuk menentang BN semula.... wakakaka....

kerana BN lah saya tak pergi MIT tersadai kat UTM saja, wakakakak...

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syahibbul
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2009
Ahli No: 38143
Posting: 9
Dari: kedah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 13-04-10 10:03

takut pulak rasanya nak pergi mengajar hujung bulan ni.......huhuuhu
harap-harap allah permudahkan segala kerja nanti....amin

Bookmark and Share

  Member Information For syahibbulProfil   Hantar PM kepada syahibbul   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-10 10:25

!!! QUOTE !!!

kerana BN lah saya tak pergi MIT tersadai kat UTM saja, wakakakak...

ok lah tu...patut bersyukur lah tu.... mungkin kerana terdampar kat UTM lah boleh jumpa dengan cikgu kimia tu dan jadi menantu org Kota Bharu.....negeri tok guru yang wuzara kutuk-kutuk tu .... tak betul ka begitu ? :D

!!! QUOTE !!!

Kak, PR semakin hampir ke Putrajaya, teringin juga nak lihat Dasar Pendidikan yang sepenuhnya Islam dikemukakan oleh PAS. Kalau ada dengan sistem ekonomi, pemerintahan, dasar luar negara, kewangan lagi bagus. Tak pernah tanya ke kepada pemimpin mana perincian negara Islam yang PAS nak terapkan. Atau mungkin dah berkuasa baru nak fikir satu persatu. Ni bukan soalan provokasi ye... :)

entah lah....saya tak sibuk nak bertanya pula...pada saya apa sahaja usaha dan ikhtiar kebaikan, dan usaha mendaulatkan Islam...itulah kita patut sama turunkan bantuan.

rasanya, Rasulullah masa dalam hijrah baginda, tidak pula baginda bagitahu sahabat bahawa baginda sudah siapkan 'perancangan' tentang bentuk pentadbiran yang nak dibuat sekalipun baginda dijemput menjadi pemimpin di Madinah.
Bila negara Islam pertama nak dibina, maka barulah baginda kemukakan piagam madinah yang mengandungi 47 fasal saja masa tu...

Apa yang Allah dan RasulNya tetapkan...itu yang kita terima dan menjadi kewajipan kepada apa saja perbuatan dan usaha kita.Sedang apa yang tidak dinyatakan oleh Allah dan baginda terpulang pada kita mengusahakannya...tapi panduannya adalah Islam dan tidak boleh terkeluar dari rangkanya....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 13-04-10 15:50

Pada 13-04-10 10:25 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya, Rasulullah masa dalam hijrah baginda, tidak pula baginda bagitahu sahabat bahawa baginda sudah siapkan 'perancangan' tentang bentuk pentadbiran yang nak dibuat sekalipun baginda dijemput menjadi pemimpin di Madinah.
Bila negara Islam pertama nak dibina, maka barulah baginda kemukakan piagam madinah yang mengandungi 47 fasal saja masa tu...

Saya kelu seribu bahasa dengan jawapan ini. Ia memang jawapan yang paling tepat, tak mampu saya sangkal lagi.

Tidak kusangka sampai begini sekali jawapannya. Wahyu Al Quran masih turun lagi ke zaman sekarang ini?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar

posticon Posting pada: 13-04-10 18:04

saya juga seorang guru.....
apa yang saya nampak,pembahagian tugas seorang guru tu tak sama
ada guru yang rileks dan ada guru yang terlampau sibuk
sekiranya kita mahir atau dah pegang sesuatu tugas tu,sampai pencen lah kita buat benda tu..ni saya nampak kat sekolah saya lah
tak dinafikan juga guru lelaki yang banyak rileks tapi bukan semua
memang time kerja banyak,sampai 3 pagi pun belum tidur
tapi bukan sepanjang masa. saya rasa lebih rileks lah berbanding jurutera. hihi...
suami saya keluar rumah masih gelap,balik rumah dah malam
balik rumah sambung lagi buat kerja,kadang-kadang pukul 2,3 pagi dapat call kilang ada problem,kena pergi....pernah sampai tak tidur
saya rasa guru-guru tak lah seekstrem ni......
cuma kita kerja berhadapan dengan orang..lebih kepada permainan emosi
memang beza nak bina orang dengan bina mesin
tapi kalau orang tu tak jadi orang,tak lah sampai kena buang kerja,paling tak kena jawab masa post mortem peperiksaan,tapi biasanya jawapan standard murid yang salah,hihi..
tapi kalau mesin tak jadi mesin,kilang bankrup,silap-silap kena buang kerja
kesimpulannya, memang kerjaya guru sekarang ni lebih mencabar dan lebih bebanan dan lebih kerjanya berbanding guru-guru dulu tetapi beban tugas ni tidak sama rata....hanya segelintir saja yang merasainya...ini tidak adil!!
hihi...saja meluahkan perasaan

Bookmark and Share

  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-10 11:47

!!! QUOTE !!!

Saya kelu seribu bahasa dengan jawapan ini. Ia memang jawapan yang paling tepat, tak mampu saya sangkal lagi.

terima kaseyyyy......

tak pernah lah wuzara rendahkan egonya mengiktiraf tulisan org lain sebegini ....mmm perkembangan yang positif nampaknya....alangkah shahdunya...

!!! QUOTE !!!

Tidak kusangka sampai begini sekali jawapannya

tahu tak pa...

!!! QUOTE !!!

Wahyu Al Quran masih turun lagi ke zaman sekarang ini?

apa masalahnya ???

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

faizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26288
Posting: 40
Dari: selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-10 16:52

salam...ya, memang lazimnya cikg yang tersibuk kita bagi di ktgri yang mmgg 10 jawatan ke atas. pernah satu ketika ana tengok nama yang sama kat organisasi tu sampai 5 jawatan setiausaha..penting2 belaka pulak tu. kalau cikg yang bujang tak kisahla lelaki au perempuan kena hantar lah pulak budak-budak pergi macam-macam aktiviti.. kelim rm 30 saj eskg ya cikgu2;) lepas itu pulak ckg yang ktgri malas kita bagi dia 20 jawatan...gerenti dia tak buat.. ada kuat main politik kat sekolah pun ada, iaitu membina pengaruh.. so, apapun datanglah dengan niat dalam hati. kita belajar ikhlas dari sekolah rendah lagi, Kenapa tak boleh di praktik ketika sekarang...tanyalah diri... andai zulmat hati tu cucilah dengan sebening air wuduk dan solat taubat agar kita kerja benar-benar harpkan ada sifat ITQAN.

Bookmark and Share

  Member Information For faizzuddinProfil   Hantar PM kepada faizzuddin   Quote dan BalasQuote

cgu_NAM
Warga Rasmi
Menyertai: 31.12.2009
Ahli No: 38890
Posting: 16
Dari: tawau

blank   avatar

posticon Posting pada: 14-04-10 18:57

adus sudah dan tengah merasainya..biarlah redha dulu sebabnya perlu brtahan kalau ada rezeki untuk 30 lagi...

Bookmark and Share

  Member Information For cgu_NAMProfil   Hantar PM kepada cgu_NAM   Pergi ke cgu_NAM's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 15-04-10 08:20

Pada 13-04-10 18:04 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

saya juga seorang guru.....
apa yang saya nampak,pembahagian tugas seorang guru tu tak sama
ada guru yang rileks dan ada guru yang terlampau sibuk
sekiranya kita mahir atau dah pegang sesuatu tugas tu,sampai pencen lah kita buat benda tu..ni saya nampak kat sekolah saya lah
tak dinafikan juga guru lelaki yang banyak rileks tapi bukan semua
memang time kerja banyak,sampai 3 pagi pun belum tidur
tapi bukan sepanjang masa. saya rasa lebih rileks lah berbanding jurutera. hihi...
suami saya keluar rumah masih gelap,balik rumah dah malam
balik rumah sambung lagi buat kerja,kadang-kadang pukul 2,3 pagi dapat call kilang ada problem,kena pergi....pernah sampai tak tidur
saya rasa guru-guru tak lah seekstrem ni......
cuma kita kerja berhadapan dengan orang..lebih kepada permainan emosi
memang beza nak bina orang dengan bina mesin
tapi kalau orang tu tak jadi orang,tak lah sampai kena buang kerja,paling tak kena jawab masa post mortem peperiksaan,tapi biasanya jawapan standard murid yang salah,hihi..
tapi kalau mesin tak jadi mesin,kilang bankrup,silap-silap kena buang kerja
kesimpulannya, memang kerjaya guru sekarang ni lebih mencabar dan lebih bebanan dan lebih kerjanya berbanding guru-guru dulu tetapi beban tugas ni tidak sama rata....hanya segelintir saja yang merasainya...ini tidak adil!!
hihi...saja meluahkan perasaan

kita bincang tentang kerjaya guru . Kalau nak dibandingkan dengan kerja lain memanglah tak sama . Kalau nak bandingkan yang teruk lagi mungkin buruh binaan lagi teruk kerja .. tenaga hampir habis tapi upahnya sedikit .

Jadi saya rasa yang patut kita pandang di sini ialah kerja-kerja yang tak melibatkan perguruan pun sekarang ini telah dibebankan kepada guru .

kalau kita kira masa bagi seorang guru yang komited dengan kerja p&p dan aktiviti2 yang memupuk nilai dalam diri pelajar itupun sudah memenuhi waktu sebagai seorang guru .

Seorang guru memegang biasanya 5 kelas . dalam 150 pelajar . Kalau diambil masa untuk menanda buku latihan .. buat revision ... buat pemulihan untuk pelajar lemah ... bagi penumpuan untuk pengajaran personal untuk pelajar lembap . Maka inilah tugas hakiki seorang guru .

Tapi hakikatnya seperti disuarakan oleh NUTP guru2 sekarang lebih ditekankan oleh pentadbiran untuk kerja-kerja perkeranian .

Masa kosong cikgu sekarang banyak dihabiskan untuk menyiapkan kerja perkeranian berbanding masa saya belajar dulu guru2 dapat berbual2 panjang denga pelajar di masa sengkangnya di sekolah .......

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-04-10 12:51

!!! QUOTE !!!

Kak, PR semakin hampir ke Putrajaya, teringin juga nak lihat Dasar Pendidikan yang sepenuhnya Islam dikemukakan oleh PAS. Kalau ada dengan sistem ekonomi, pemerintahan, dasar luar negara, kewangan lagi bagus. Tak pernah tanya ke kepada pemimpin mana perincian negara Islam yang PAS nak terapkan. Atau mungkin dah berkuasa baru nak fikir satu persatu. Ni bukan soalan provokasi ye... :)

yang penting setiap aktiviti dan amal tarbawi yang kita lakukan adalah berhubungkait dengan matlamat2 dan objektif mengamalkan islam di dalam kehidupan masyarakat. Pada saya, pendidikan itu......apa pun modelnya, matlamat kita adalah Allah dan pembentukan generasi yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih dan melaksanakannya sebagai manhaj kehidupan dalam segenap bidang.

saya yakin ada perancangan untuk melaksanakan perubahan atau pembaikan terhadap dasar ekonomi, politik mahupun sosial yang sedia ada jika ditakdirkan mengambil alih takhta pentadbiran negara....jangan kerana tidak dapat saya nyatakan maka maknanya tak pernah ada dirancangkan oleh pas. Mungkin saya yang tidak sibukkan diri untuk cakna tentangnya ...maka itu termasuk dalam hal-hal yang menjadi kelemahan saya.

Andaikata diizinkan Allah pas berkuasa nanti, model dasar pendidikan HT mungkin boleh diguna pakai...apa salahnya....bukan luak apa-apa pun, bahkan menguntungkan kita semua barangkali. Saya yakin ia juga bukan dasar pendidikan yang dicipta oleh HT atau hukum2 berkaitan pendidikan Islamiyyah yang baru digali oleh HT, ia boleh jadi dasar pendidikan daulah khilafah era dahulunya yang dikaji HT tapi dijenamakan semula dengan nama dasar pendidikan oleh HT....entah...sekadar 'barangkali'... saya pernah terdengar, seorang ustaz yang pernah membaca kitab2 HT pernah berkata, “HT ni agak bernafsu sedikit, apa yang dimuatkan di kitab2 mereka dikatakan penggalian hukumnya dilakukan sendiri oleh ulama2 HT...sedangkan perkara tersebut pernah diputuskan oleh ulama2 terdahulu sebelum mereka ini....wallahuallam.”

namun yang pentingnya tentang maksud saya ini....saya bukan nafikan tentang kepentingan perancangan atau pentingnya harakah mengasaskan tasawur tarbiyyah yang syumul, supaya nanti perlaksanaan sistem tarbiyyah yang syumul juga boleh dicapai jika pas memerintah nanti.,.. tapi ingin saya katakan bahawa dalam keterbatasan saya untuk mempedulikan semua sekali apa saja yang pas rancang, saya cuma meletakkan iltizam saya untuk tetap memberi sokongan kepada apa saja dasar-dasar kebaikan yang diusahakan walau dari kelompok mana pun ia datang..... mungkin pengamatan saya lebih dekat kepada apa yang menjadi praktikal berbanding kepada apa yang masih diperingkat teori maka saya lebih ternanti apakah yang akan pas laksanakan nanti berbanding apa yang sudah pas rencanakan setakat ini.

Harap berpuas hati....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-04-10 12:56

biey_peace
Warga Rasmi
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38818
Posting: 12
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 15-04-10 13:28

SETIAP KERJA ADA CABARAN DAN BEBANANNYA TERSENDIRI...
IBU DAN KAKA SATA seorang GURU JUGA... memang TUGAS GURU SEMAKIN MENCABAR...DAN AKAN TERUS MENCABAR..

-----------------
..AkU tEMANmU..

Bookmark and Share

  Member Information For biey_peaceProfil   Hantar PM kepada biey_peace   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-04-10 13:38

salam...
menjadi guru, kerjaya yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.mencari salah kelemahan sistem pendidikan ataupun dasarnya, atau salah laku pelajar, atau bebanan kerja yang tidak seimbang, ataupun kepadatan aktiviti selepas waktu p&p, bukan satu solusi walaupun ianya dikatakan antara punca-punca yang menekan guru-guru kita hari ini.

kerja besar ini perlu dilaksanakan dengan hati yang besar jua.keikhlasan dari hati kita bukan untuk disukat dan diukur oleh banyaknya manusia, tetapi nilaian tulus dr-Nya.

kita berlapang dada.. kerja kita bukan sebarangan org boleh buat...
kekuatan dan kesabaran kita dr Allah...

saya juga bermula dr bawah, baru sahaja bkhidmat sebagai guru, hampir 3thn.
memikul tugas2 khas yang lain, bermula dengan warden, dalam masa yang sama menjadi guru data, mengajar 3 kelas spm.sibuknya hanya Allah sahaja yang tahu,
terkadang terasa ada hak-hak insan lain yang tak mampu ditunaikan. hak ibu ayah yang perlu kita laksanakan, mencari masa untuk menjenguk mereka.
moga kita sentiasa bermuhasabah, menilai diri umpama menakung air di kala hujan, biar sedikit tapi berguna...

Bookmark and Share

  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 15-04-10 21:02

uishk..dalam tak smapai smggu panaz jugak isu ni...erm.. saya ni jugak actually serg guru...da masuk tahun ketiga...dan saya kdang2 rasa tertekan jugak lah..ni baru balik dr bawa budak 4 hari ke kejohanan catur sgor..penat memang penat...tapi rasa enjoy pula..tapi jika d beri pilihan baik mengajar sebab tu da memang bidang kita drpada urus budak sana sini...leteh woo...da lah budak sekolah rendah..macam-macam apa'el...bukanlah nak kata tak iklas tapi saya tak pasti adakah korban diri dr guru ni tak kelihatan..da lah klaim dapat 70 saja untuk minyak dan tol sdakngakn minyak untuk kereta saya isi p balik dekat 100 sebab ia pjalana lebih 3 marhalah dan berada d lokasi selama 4 hari...tol p balik pula 20ringgit.. huh..memang guru ni berkorban apa saja lah...tapi org tak nampak...Kalau d tunjukkan pula kata poyo..atau tak iklas...atau ngada2..jadi bagaimana nak memberitahu dunia yang kerja guru bukan sebagai guru semata-mata lalu ia menjadikan beban guru bertambah dan emosi guru tertekan?

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 16-04-10 19:18

kerja yang berkaitan dengan P&P Kalau berat bagaimana pun.. tak boleh jadikan batu aras untuk kata tugas terbeban.dah tu penyebab kita bergelar cikgu ini.

tapi kerja selain dari P&P sampaikan masa masuk kelas pun 'lari', itu boleh dianggap masalah terbesar.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

floranfauna
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2009
Ahli No: 38150
Posting: 7
Dari: ipoh

Perak   avatar

posticon Posting pada: 16-04-10 20:13

tak dinafikan tenggungjawab guru mahupun penysarh di IPT besar bukan saja mengajar malah secara tidak lansung mendidik sebab mereka berdepan dengan satu golongan atau produk penting dalam negara iaitu insan berguna. saya rasa bebannya sama sahaja dengan pekerja atau kareer lain malah saya sendiri cemburu dengan adik beradik lain atau kawan yang menjadi cikgu/cikgi sebab dari segi masa saya lihat mereka lebih mempunyainya. depan rumah saya guru balik pukul 3 petang boleh anta anak pergi tusyen dan ngaji siap boleh masak kuih bagi jiran.tapi saya sampai rumah hampir jam 7 pm lagi kelam kabut . yang penting kita ikhlas kerja kerana Allah kita mmpunyai tenggungjawab besar di dunia ni

Bookmark and Share

  Member Information For floranfaunaProfil   Hantar PM kepada floranfauna   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 16-04-10 21:52

sebenarnya saya tak suka lah nak compare kan kerja guru dengan yang lain-lain...cuma bila org lain yang dok sebuk kata kerja guru senang dan mudah..tu yang berangin sikit...nampak sangat mereka comparekan kerja guru dengan lain sedangkan d pihak guru tak kata pun kerja guru lebih susah dr mana-mana kerja... sebab tu lah bila da ada yang yang kata berapa kerjaya guru ni mudah dan senang maka terlihatla kita yang para guru tu berusaha untuk mmperlihatkan betapa guru itu tugasannya tidak semudah yang d sangka..

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 18-04-10 08:08

Ikhlas itu urusan Allah . Kita sendiri tak tahu sama ada kita dah mencapai atau tidak . Janganlah diukur ikhlas itu dengan kerja yang sedikit atau banyak. Tak semestinya yang banyak ibadat itu sudah ikhlas atau yang kurang beribadat itu tak mencapai tahap keikhlasan .

Jadi tak perlulah kita nak pertikaikan sama ada ikhlas atau tidak . Jika menuntut yang hak maka itulah yang sebenarnya .

Dalam Malaysia ini ada + - 300 ribu warga pendidik . Jadi macam-macam kita boleh jumpa . Ada berpuluh ribu buah sekolah dan bermacam-macam pengetua dan guru besar .

Balik awal / cuti banyak / kurang outstation sudah tentulah sepatutnya untuk guru . Berhadapan dengan manusia yang tidak sama kelakunya memerlukan persiapan emosi yang sebetulnya . Tapi semakin lama keistimewaan tersebut dah makin terhakis . Tugas guru bukan sahaja membina anak-anak di sekolah namun turut juga terlibat dalam komuniti masyarakat

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-04-10 12:06

Pada 15-04-10 12:56 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

yang penting setiap aktiviti dan amal tarbawi yang kita lakukan adalah berhubungkait dengan matlamat2 dan objektif mengamalkan islam di dalam kehidupan masyarakat. Pada saya, pendidikan itu......apa pun modelnya, matlamat kita adalah Allah dan pembentukan generasi yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih dan melaksanakannya sebagai manhaj kehidupan dalam segenap bidang.

Matlamat tersebut memang benar.
Oleh sebab itu, kita juga perlu ada paling tidak kerangka dan dasar pendidikan yang boleh dijadikan asas untuk itu. Jika di kepala kita sendiri tidak mengkristal perkara ini, bagaimana kita nak memperbetulkan pakar-pakar pendidikan hari ini sekiranya negara Islam tertegak. Natijahnya, kita sekadar merangkak-rangkak membina model pendidikan, memberi kosmetik Islam dan disesuaikan dengan kerangka pendidikan para cendekiawan yang dah ditarbiah dek pendidikan gaya British.

!!! QUOTE !!!

saya yakin ada perancangan untuk melaksanakan perubahan atau pembaikan terhadap dasar ekonomi, politik mahupun sosial yang sedia ada jika ditakdirkan mengambil alih takhta pentadbiran negara....jangan kerana tidak dapat saya nyatakan maka maknanya tak pernah ada dirancangkan oleh pas. Mungkin saya yang tidak sibukkan diri untuk cakna tentangnya ...maka itu termasuk dalam hal-hal yang menjadi kelemahan saya.

Usaha menegakkan kembali Islam, bukan sekadar mendapat kekuasaan dan kemudian melantik pemimpin yang mempunyai kesedaran Islam untuk menerapkan Islam. Usaha hari ini adalah untuk mengembalikan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan yang mana sebelumnya dunia (termasuk Malaysia) telah didoktrin dalam segenap aspek tanpa kecuali dengan Ideologi kapitalisme. Maka, mendapat kekuasaan melalui jalan demokrasi sama sekali tidak masuk akal untuk merealisasikan ini semua. Tetapi untuk sekadar mendapat kekuasaan, dan kemudian mengasimilisasi Islam dengan ideologi kapitalisme sebagai penaung, ia tidak mustahil. Inilah saya perhatikan boleh terjadi jika PR memerintah.

Untuk benar-benar merealisasikan Islam dalam kehidupan dan mencampak jauh ideologi kufur kapitalisme ia menuntut perubahan pemikiran secara total dikalangan pejuangnya dan sebilangan orang yang berpengaruh. Kekuatan pemikiran Islam ini walaupun jumlah orangnya sedikit berbanding orang yang masih dipengaruhi ideologi kapitalisme, ia mesti cukup kuat untuk menumbangkan kekufuran yang telah berakar umbi dengan segala strukturnya. Bayangkan untuk merombak dasar pemerintahan di Malaysia, perbankan, ekonomi, politik, perundangan, dasar dalam negara, dasar luar negara, kewangan, sosio budaya, pendidikan dan seluruh sistem kapitalisme ini, ia memerlukan sekelompok orang yang benar-benar cemerlang dan mengkristal pemahaman Islamnya dalan strukutur kenegaraan ini. Dan sejumlah ummat yang mendokong kuat revolusi ini. Maka, sebab itu kita perlu jelas sejelasnya perkara-perkara ini dan mempunyai kesatuan pemikiran. Kegagalan sesebuah gerakan Islam menyediakan perkara ini membawa impak betapa sangat jauhnya penerapan Islam jika mereka berkuasa kelak.

Malah saya lihat, bersekongkolngan gerakan Islam dengan parti sekular PKR dan DAP, mungkin pada mata kasar menghantar kepada kekuasaan, tetapi jika teliti secara mendalam semakin mustahil kepada penerapan Islam yang sebenar.

!!! QUOTE !!!

Andaikata diizinkan Allah pas berkuasa nanti, model dasar pendidikan HT mungkin boleh diguna pakai...apa salahnya....bukan luak apa-apa pun, bahkan menguntungkan kita semua barangkali. Saya yakin ia juga bukan dasar pendidikan yang dicipta oleh HT atau hukum2 berkaitan pendidikan Islamiyyah yang baru digali oleh HT, ia boleh jadi dasar pendidikan daulah khilafah era dahulunya yang dikaji HT tapi dijenamakan semula dengan nama dasar pendidikan oleh HT....entah...sekadar 'barangkali'... saya pernah terdengar, seorang ustaz yang pernah membaca kitab2 HT pernah berkata, “HT ni agak bernafsu sedikit, apa yang dimuatkan di kitab2 mereka dikatakan penggalian hukumnya dilakukan sendiri oleh ulama2 HT...sedangkan perkara tersebut pernah diputuskan oleh ulama2 terdahulu sebelum mereka ini....wallahuallam.”

Kepada semua,
HT menawarkan kepada kita seperangkat hukum kenegaraan untuk dijadikan sebagai dasar sekiranya negara Islam tertegak. Terpulang kepada khalifah yang dilantik untuk mengambil pandangan tersebut atau ijtihad lain. Ungkapan ustaz tersebut, jika benar ia berkata begitu saya kira ia bermulut lancang.
Sebagai penjelasan... Pandangan-pandangan rasmi yang dikeluarkan HT (secara umumnya dalam kitab-kitab mutabanat HT) adalah ijtihad yang dibuat oleh mujtahid dalam HT seperti Syeikh Taqiyuddin AnNabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum dan lainnya. Merujuk 4 sumber yang pasti (Al Quran, Sunnah, Ijma' Sahabah dan Qias) mereka berpedoman juga kepada ijtihad para mujtahid terdahulu, lalu mengeluarkan ijitihad mereka sendiri. Mereka bukanlah ulama' yang melakukan tarjih terhadap ijtihad2 ulama terdahulu lalu memilih satu sebagai pendangan mereka sebagaimana kebanyakan ulama' hari ini. Andainya ada persamaan denga para mujtahid terdahulu, bukanlah bermaksud mereka mengambil pandangan mujtahid tersebut kecuali itu jugalah hukum yang diistinbat dari ijtihad mereka sendiri. Seandai ia berbeza, maka ia juga wajar dalam ijtihad. Saya sudah membaca kebanyakkan kitab-kitab utama HT, dan saya dapati ia memang hasil ijtihad para ulama' ini sendiri. Justeru, saya berani menyatakan ustaz yang menyatakan HT sekadar copy paste dari mujtahid terdahulu dan memberi label HT, sebagai pembohong, celupar dan tidak jujur. Mungkin jika kak myhoney bertemu dengannya sekali lagi, sampaikan salam saya dan jelaskan perkara ini.

!!! QUOTE !!!

namun yang pentingnya tentang maksud saya ini....saya bukan nafikan tentang kepentingan perancangan atau pentingnya harakah mengasaskan tasawur tarbiyyah yang syumul, supaya nanti perlaksanaan sistem tarbiyyah yang syumul juga boleh dicapai jika pas memerintah nanti.,.. tapi ingin saya katakan bahawa dalam keterbatasan saya untuk mempedulikan semua sekali apa saja yang pas rancang, saya cuma meletakkan iltizam saya untuk tetap memberi sokongan kepada apa saja dasar-dasar kebaikan yang diusahakan walau dari kelompok mana pun ia datang..... mungkin pengamatan saya lebih dekat kepada apa yang menjadi praktikal berbanding kepada apa yang masih diperingkat teori maka saya lebih ternanti apakah yang akan pas laksanakan nanti berbanding apa yang sudah pas rencanakan setakat ini.

Harap berpuas hati....

Saya membangkitkan persoalan ini, sejujurnya agar kalian melihat dengan serius kepentingan persediaan dari aspek hukum yang hendak dilaksanakan. Bukanlah saya mahu memperkecil usaha kalian, tetapi saya melihat ia suatu perkara penting yang diabaikan sedangkan ia pra syarat perlaksanaan hukum Islam. Kegagalan menyediakan pemikiran Islam yang jernih ummpama kata mat sat salleh, Fail to plan is plan to fail.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 26-04-10 23:00

Sekarang tambah sikit beban ...

Guru ganti bagi guru2 yang bersalin tak disediakan . Maka jika ada guru2 yang bersalin maka masanya akan diambil oleh guru2 sedia ada .

Di sekolah saya sekarang ada 10 lelaki 60 lebih perempuan . dalam pertengahan tahun ini ada lebih kurang 4-5 orang akan bersalin . .... tambah lah masanya . Patutnya kerajaan takpayah bagi peruntukan untuk SBT .. tumpukan kepada masalah2 sebegini dulu .

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 21:29

sebenarnya ramai orang pandang remeh tugas guru ini.....
Kalau mereka kat tempat kita baru tahu...
cuti pun kena datang sekolah...balik rumah bukan tangan kosong siap bawa balik buku budak lagi nak tanda...

SAYA BANGGA JADI GURU~~~bakal guru 2011

-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi

Bookmark and Share

  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 23-06-10 22:12

kadang-kadang menyesal ga k jadi cikgu ini...banyak sangat beban atas bahu dan kepala ini....macam dah give up pun ada...bukan saja melayan karenah pelajar yang tak dengar cakap malah rakan sekerja pun macam 2....kalau cikgu bujang alamatnnyer semua beban kerja atas bahu dia...maklumla cikgu bujang mana ada rumah tangga yang nak kena jaga...tapi adil kah? sedangkan gaji semua org dapat sama saja....

Bookmark and Share

  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.140897 saat. Lajunya....