Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KAHWIN SEAWAL USIA 15 TAHUN


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KAHWIN SEAWAL USIA 15 TAHUN

Please Mendaftar To Post


Oleh KAHWIN SEAWAL USIA 15 TAHUN

taalidi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2008
Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 23:04


Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15 tahun mahu segera berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19 tahun.

WAH, BANYAK BETUL PENDAPAT DAN PANDANGAN YANG MENENTANG KEINGINAN PASANGAN MUDA INI. TANPA SESIAPA PUN MENYEDARI BAHAWA MEREKA ADALAH PENCETUS ATAU SEDANG MELAKUKAN ANJAKAN PADA MASYARAKAT MALAYSIA BAHAWA INILAH SALAH SATU CARA YANG TEPAT DALAM MENANGANI KES BUANG BAYI, BUNUH BAYI YANG MAKIN BERLELUASA.

JUGA KES MENGANDUNG LUAR NIKAH, MENGGUGURKAN ANAK DAN LAIN-LAIN LAGI.

MAKA, APABILA ALLAH KUATKAN HATI SALAH SEORANG DARI ANAK-ANAK REMAJA INI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG BETUL,

(SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN PADA PENYAKIT MASYARAKAT)

KERANA MASYARAKAT KITA SENDIRI TIDAK TAHU CARA UNTUK MENANGANINYA. TETAPI MEREKA DICEMUH, DIKATAKAN : GATAL NAK MENIKAH, MUDA LAGI DAH TAK NAK BELAJAR DAN macam-macam LAGI TOHMAHAN. TIADA KE PIHAK YANG NAK MENYOKONG DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN BANTUAN DARI SEGI TUNJUK AJAR DAN SEBAGAINYA YANG DIFIKIRKAN PATUT SEBAGAI LANGKAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI MUDA.

MEREKA ADALAH REMAJA YANG BERANI, PATUT DISOKONG, DIBERI KERJASAMA, GALAKAN DAN TUNJUK AJAR, BUKAN DITENTANG, DICEMUH ATAU DIKRITIK. MEREKA ADA NAFSU TETAPI DIMASA YANG SAMA MEREKA JUGA BERIMAN DAN TAKUTKAN TUHAN,

LIHAT PULA BERITA DIBAWAH INI:

KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin.

Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

----------------------------------------------------------------------------
Nikah adalah satu benteng untuk menjaga masyarakat dari kerusakan, dekadensi moral dan asusila. Maka mempermudah pernikahan syar’i adalah solusi dari semu itu. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:


“Jika datang kepadamu orang yang kamu relakan akhlak dan agamanya maka nikahkanlah, jika tidak kamu lakukan maka pasti ada fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (hari. Hakim, hadits shahih)

Kisah:

Al Ghazali bercerita tentang sebagian ulama, katanya:”Di awal keinginan saya (meniti jalan akhirat), saya dikalahkan oleh syahwat yang amat berat, maka saya banyak menjerit kepada Allah. Sayapun bermimpi dilihat oleh seseorang, dia berkata kepada saya:”Kamu ingin agar syahwat yang kamu rasakan itu hilang dan (boleh. Aku menebas lehermu? Saya jawab:”Ya”. Maka dia berkata:”Panjangkan (julurkan) lehermu.” Sayapun memanjangkannya. Kemudian ia menghunus pedang dari cahaya lalu memukulkan ke leherku. Di pagi hari aku sudah tidak merasakan adanya syahwat, maka aku tinggal selama satu tahun terbebas dari penyakit syahwat. Kemudian hal itu datang lagi dan sangat hebat, maka saya melihat seseorang berbicara pada saya antara dada saya dan samping saya, dia berkata:”Celaka kamu! Berapa banyak kamu meminta kepada Allah untuk menghilangkan darimu sesuatu yang Allah tidak suka menghilangkannya! Nikahlah!” Maka sayapun menikah dan hilanglah godaan itu dariku. Akhirnya saya mendapatkan keturunan.” (Faidhul Qadir VI/103 no.8591)

FIKIR-FIKIRKANLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For taalidiProfil   Hantar PM kepada taalidi   Pergi ke taalidi's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-04-10 23:43


nikah jalan yang terbaik tapi harus lah didikan untuk alam perkahwinan lebih ditekankan(nak pergi kursus kahwin dua hari pun ada yang malas...macam manalah nak mengajar budak-budak sekarang..) agar nikah tidak akhirnya dijadikan sebagai lesen untuk menghalalkan hubungan intim.. bila dah tak suka.. cerai, tukar org lain pula..
maklumlah..akal budak-budak..
tapi kalau budak-budak akal dah matang..apa salahnya


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

CitraCahaya
Warga Rasmi
Menyertai: 08.04.2010
Ahli No: 39631
Posting: 3
Dari: Perlis

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 00:33


Perkahwinan sememangnya penyelamat kepada segala masalah yang berlaku sekarang tetapi adakah betul bagi seseorang anak meninggalkan keluarga yang membesarkan meraka sejak kecil. Tidak akan masuk seseorang anak ke syurga melainkan atas keredhaan ibubapanya. Disini kita lihat, kita memerlukan keredhaan kedua ibubapa kita untuk menjamin keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Ilham Citra



Bookmark and Share

    


  Member Information For CitraCahayaProfil   Hantar PM kepada CitraCahaya   Pergi ke CitraCahaya's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 11:18


salam nikah adalah jalan penyelamat dari maksiat..tetapi bukan lesen nak halalkan untuk hubungan intim.

sebabnya nikah disusuli dengan tanggungjawab dan kepatuhan
sedangkan kebanyakan remaja yang terlibat seks luar nikah ni tak bersedia pun malahan apa-apa kaitan dengan perkahwinan pun mereka tak tahu, adab dan hukum mandi wajib langsung tak tahu.

jadi golongan ni nak ke bernikah? atau yang berkhalwat dan berzina tu pernah ke mereka cakap nak bernikah?

Pada saya pernikahan untuk orang macam ni hanyalah jalan pintas untuk halalkan hubungan intim yang kosong "roh" dan falsafah perkahwinan yang Islam ajar.

yelah memula seronok lah bila dah lama sikit mulalah bermasalah, minta cerai, tu sebab ada yang jadi janda pada umur tak sampai 19 tahun.sebab kebanyakannya hanya nak halalkan hubungan intim, itu saja.bukan pikul tanggungjawab.

Jalan yang terbaik ialah perubahan dalam masyarakat, pendidikan dan suasana islam dalam masyarakat dan keluarga. benar kasih sayang fitrah manusia, tapi nikah dan perkahwinan perlulah dianjurkan dengan tanggungjawab dan kepatuhan kepada agama , bukan semata-mata nak halalkan hubungan intim.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 11:28


Pada 08-04-10 23:04 , taalidi posting:

!!! QUOTE !!!

Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15 tahun mahu segera berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19 tahun.

LIHAT PULA BERITA DIBAWAH INI:

KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin.

Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

----------------------------------------------------------------------------
Nikah adalah satu benteng untuk menjaga masyarakat dari kerusakan, dekadensi moral dan asusila. Maka mempermudah pernikahan syar’i adalah solusi dari semu itu. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:


“Jika datang kepadamu orang yang kamu relakan akhlak dan agamanya maka nikahkanlah, jika tidak kamu lakukan maka pasti ada fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (hari. Hakim, hadits shahih)

Kisah:

Al Ghazali bercerita tentang sebagian ulama, katanya:”Di awal keinginan saya (meniti jalan akhirat), saya dikalahkan oleh syahwat yang amat berat, maka saya banyak menjerit kepada Allah. Sayapun bermimpi dilihat oleh seseorang, dia berkata kepada saya:”Kamu ingin agar syahwat yang kamu rasakan itu hilang dan (boleh. Aku menebas lehermu? Saya jawab:”Ya”. Maka dia berkata:”Panjangkan (julurkan) lehermu.” Sayapun memanjangkannya. Kemudian ia menghunus pedang dari cahaya lalu memukulkan ke leherku. Di pagi hari aku sudah tidak merasakan adanya syahwat, maka aku tinggal selama satu tahun terbebas dari penyakit syahwat. Kemudian hal itu datang lagi dan sangat hebat, maka saya melihat seseorang berbicara pada saya antara dada saya dan samping saya, dia berkata:”Celaka kamu! Berapa banyak kamu meminta kepada Allah untuk menghilangkan darimu sesuatu yang Allah tidak suka menghilangkannya! Nikahlah!” Maka sayapun menikah dan hilanglah godaan itu dariku. Akhirnya saya mendapatkan keturunan.” (Faidhul Qadir VI/103 no.8591)

FIKIR-FIKIRKANLAH


saya pun tengah fikir berdasarkan hadis diatas mereka-mereka yang berkhlawat ni dan berzina ni akhlak dan agamanya selari ke dengan hadis diatas tu. saya rasa tidak.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

taalidi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2008
Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-04-10 14:43


Aku simpati sungguh dengan nasib Halimaton Abdul Rasyid, remaja berusia 15 tahun dari Kedah. Impiannya untuk berkahwin semakin susah. Bukan susah apa, disusahkan oleh masyarakat.

Biarlah mereka nak kawin. Bukannya mereka nak buat jenayahpun. Sebenarnya tiada masalah bagi mereka nak kawin. Alasan yang digunapakai kononnya mereka masih muda.

Hello tolong fikir balik. Kalau dah baligh, itu dah dikira dewasa. Undang undang yang manusia buat saja yang melarang gadis bawah 16 tahun berkahwin. Tapi undang undang islam tak melarang. Sekarang nak ikut siapa? Ikut islam atau ciptaan manusia?

Mak akupun kawin dulu umur 13 tahun. Rata rata perempuan ditahun 50-60 an berkahwin diusia awal remaja. Tak adapun masalah. Masyarakat sekarang terlalu mementingkan materialistik. Semua nak kerja bagus, nak duit banyak. Tapi bila fikir balik, duit tu semua tak boleh bawa masuk kubur.

Kenapa orang yang kahwin awal tak boleh berjaya dalam hidup ke? Masa depan mereka, mereka yang tentukan sendiri, bukannya masyarakat terutama orang melayu yang terlalu suka menghina orang lain.

Sudah sudahlah tu. Biarlah mereka membina hidup mereka sendiri. Ramai malah bersepah orang yang berpendidikan tinggi, bila berkahwin bercerai juga. Masa tu, alasan sebab tak belajar di universiti masih nak digunakan lagi ke?

Masyarakat hanya tahu mengata tetapi tak mahu menyelami isi hati mereka. Aku sokong mereka berkahwin. Tak menjadi masalah nak berkahwin muda tetapi jangan lah menjadi "sudin ajaib". Yang tu memang terang terang salah. Kahwin tanpa persetujuan pihak perempuan memang salah.

dipetik dari: http://sukns.blogspot.com/2010/04/tak-kahwin-susah-mahu-kahwinpun-susah.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For taalidiProfil   Hantar PM kepada taalidi   Pergi ke taalidi's Website   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 13:47


besarnya tanggungjawab kalau dah berkahwin...inagt senang ke...kalau ilmu rumah tangga xade memang goyah lah....utamakanlah cita-cita dulu..sekurang2 nya terjamin masa depan kita...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 14:04


kalau sekadar kahwin untuk menghalalkan yang haram, takkan kemana juga.
zaman sekarang ni, manusia dah lari daripada konsep sebenar dalam islam..


-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 29-06-10 14:24


Jika itu satu satu jalan untuk mengelakkan kemurkaan Allah, lakukanlah, peduli apa umpatan manusia, peduli apa dengan kata nista, bukankah kita telah berikrar hidup dan mati kita kerana Allah. Setiap jiwa akan ditanya apa yang mereka lakukan bukan org lain. Saya telah memberi pandangan dan saya membebaskan diri dari bersubahat andai berlaku sesuatu yang buruk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

ct_umairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.10.2007
Ahli No: 31316
Posting: 24

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 12:34


salam..
terdetik dihati..teruknya remaja zaman sekarang...bagaimana dengan kehidupan 20 tahun akan datang???aduh2...bagaimana nak menghadapi pelajar masa depan...bila zaman semakin maju...dunia semakin keliru...manusia berpusu2 mengejar harta dunia....padahal anaklah harta yang sebenarnya...benarlah kata islam jika dunia yang dikejar dunia sajalah yang kita dapat...renungkan bersama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ct_umairahProfil   Hantar PM kepada ct_umairah   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 13:36


kebanyakan masyarakat tidak percaya pada pasangan yang kahwin muda ini..mereka selalu berfikir pasangan muda ini tidak bersedia lagi untuk berumah tangga dan akhirnya bercerai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-06-10 14:28


Pada 30-06-10 13:36 , Kakngah posting:

!!! QUOTE !!!

kebanyakan masyarakat tidak percaya pada pasangan yang kahwin muda ini..mereka selalu berfikir pasangan muda ini tidak bersedia lagi untuk berumah tangga dan akhirnya bercerai..



selalunya memang begitu lah zaman sekarang...kahwin kejap bercerai..tak macam org dulu-dulu..sampai sekarang kekal..entah apa masalah org muda zaman sekarang ni.... :berfikir: :berfikir: :berfikir:


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 10:22


Assalamualaikum....

Apakah kena cukup ilmu di dada baru boleh kawin??? Ana rasa, kalau nak tunggu ilmu penuh d dada.... maka ramai lah yang tak boleh kawin. Kawin muda??? Islam tak pernah larang..... malah kalau zaman sekarang ni.... nafsu manusia semua di paras maxima.... kawin adalah satu jalan penyelesaian terbaik. Ana katakan demikian... kerana sistem yang sedia ada tidak menjurus ke arah melahirkan generasi muttaqin.... sistem yang ada lebih menumpu kepada kecemerlangan fizikal dan material. soal spiritual, kerohanian dan akhlak... sendiri-sendiri jagalah.

Ana sokong kawin muda untuk elak zina!!! Ada orang kata mereka kawin kerana nafsu sahaja...untuk seronok2, bukan untuk bertanggungjawab!!!! Ana jawab : tak mengapa... kalau mereka kawin hanya kerana mengikut kehendak nafsu... maka lagilah wajib kita kawinkan. kalau kita tak kawinkan... nafsu mereka akan tetap bergelora dan akan mencari tempat untuk menenangkannya. kalau mereka tak mahu bertanggungjawab... kita ajar mereka spy tidak mengandung.... guna kondom... ajar kaedah merancang... dalam masa sama ajar mereka tanggungjawab, kerohanian, agama dan akhlak. Biar mereka sendiri tentukan masa mereka ingin mengandung dan mempunyai anak.

Cara ni lebih baik dari sediakan kondom kepada remaja yang tak kawin atau ajar mereka makan pil perancang. kalau begini caranya... kita hanya takutkan kelahiran anak luar nikah.... tapi kita tak kesah pun mereka berzina. Kawin muda menghalang zina.

Nanti mereka bercerai... muda2 dah bercerai. Kenapa kita risau dengan perceraian.... kita kena think positif... selepas mereka kawin... didik dan tarbiah mereka, mungkin ini tugas pihak berkuasa secara wajib dan masyarakat secara sunat. Selepas itu kalau mereka cerai juga.... kan kita dah berusaha.... jodoh dan perceraian adalah atas kehendak dan kuasa Allah.

Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya....

Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya.

sekadar pandangan.... wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 13:18


Pada 03-08-10 10:22 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....

Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya....

Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya.

sekadar pandangan.... wallahu a'lam.


betulkah macam ni? Just tanya...


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Aqoo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-08-10 00:04


Assalamualaikum

kemahuan remaja perempuan itu untuk berkahwin adalah wajar..ia adalah salah satu jlan penyelesaian... aqoo setuju dengan ANAZALIL bahawa pasangan muda ini boleh dididik, diajar, ditarbiah dengan ilmu rumah tangga... namun proses pembelajaran haruslah dilakukan sebelum dan selapas proses perkahwinan..

kalau boleh kahwin lah bila umur dah capai 16..sabar cik ooi...alah, bukan lama sangat nak tunggu,..tak ada lah nak langgar mana-mana undang-undang yang ada kan..haaa

tapi pasal nafkah tu aqoo tak pernah dengar cara yang sebegitu.. minta tunjuk ajar..

wassalam...


-----------------
Sentiasa Mencari Keredhaan Allah


Bookmark and Share

    


  Member Information For AqooProfil   Hantar PM kepada Aqoo   Quote dan BalasQuote

Izzahalhafizah1412h
Warga Rasmi
Menyertai: 13.08.2010
Ahli No: 40163
Posting: 8
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-10 13:05


Pada 05-08-10 13:18 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-08-10 10:22 , anazalil posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....

Orang tanya juga... bab nafkah bagaimana??? dalam Islam rasanya dah ada penyelesaian... kalau seorang suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak-anak... maka tanggungjawab nafkah akan pergi kepada bapa kepada suami... kalau tak mampu juga... pergi kepada datuk suami.... kalau tak mampu juga akan pergi kepada adik beradik lelaki suami.... begitu seterusnya....

Jangan berfikir terlalu ideal dalam masyarakat yang tidak ideal dan tidak melaksanakan Islam sepenuhnya.

sekadar pandangan.... wallahu a'lam.


betulkah macam ni? Just tanya...



a'ah lah..betul ke macam ni? :berfikir:
tak pernah tahu lah pulak... :-?
rasa nya.. isteri di bawah tanggungan suami saja...hurm...


-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!



Bookmark and Share

    


  Member Information For Izzahalhafizah1412hProfil   Hantar PM kepada Izzahalhafizah1412h   Pergi ke Izzahalhafizah1412h's Website   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-10 14:46


zaman ini maksiat lebih mudah daripada ingin mengamalkan syariat. Budaya mengatasi agama dalam masyarakat kita.yang wajib tidak dijaga yang adat bukan main lagi di jaga.nak maksiat atau pahala?kita sama-sama fikirkan


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-10 09:13


setuju dengan Zulman, nikah bukan hanya lesen untuk hubungan intim. Besar tanggung jawab. org dulu kawin umur 12 tahun pun tak kisah... tapi perlu diingat, survival dulu dengan sekarang jauh bezanya. org dulu mungkin cepat matang dari fizikal dan mental akibat kesusahan hidup menjadikannya lebih berdikari. org sekarang ni banyak yang dipermudahkan urusan kehidupannya terutamanya remaja sekarang... W/bagaimanapun untuk adik halimaton, kena melihat dari segi banyak sudut dan membuat pertimbangan sewajarnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-08-10 08:24


Assalamualaikum....

Maafkan ana jika pandangan ana mengelirukan....

Dulu... ana pernah terdengar seorang ustaz bagitau bahawa nafkah adalah tanggungjawab suami, tetapi jika suami tak mampu maka tanggungjawab nafkah akan mengikut tingkatan waris/wali... sebagaimana dia berhak untuk dapat harta pesaka kalau suami meninggal... maka begitu juga mereka bertanggungjawab menunaikan hak nafkah suami itu bila suami itu tak mampu.... dan begitu juga kalau suami itu mati... maka mereka juga bertanggungjawab menunaikan hak nafkah bagi pihak suami... wallahu'alam.

Mohon pandngan dan kritikan dari ahli ukhwah. Mohon pandangan ustaz-ustaz. Terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-08-10 16:50


Kahwin awal memang susah dilaksanakan di dalam masyarakat yang mengamalkan adat hantaran yang sangat mahal lagi menyusahkan...Nabi Muhammad S.A.W tak ajar kita menyusahkan urusan perkahwinan ni...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-08-10 00:39


nikah awal..

pro-elak maksiat
kontra-tidak matang lagi..

so, ukur baju dibadan sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

missnora
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2010
Ahli No: 40233
Posting: 7
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-09-10 13:10


sekarang ni ada juga ura2 kerajaan dengan mlk nak mbenarkan remaja berusia 16tahun dah boleh berkahwin...skatat ni tak tahu lah usul ni dah betul-betul dbuat atau tidak....semakin tersenyum lebarla anak-anak muda sekarang ni....


-----------------
...salam ukhwahfillahi abadan abada...


Bookmark and Share

    


  Member Information For missnoraProfil   Hantar PM kepada missnora   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-09-10 09:18


Assalamualaikum....

kepada missnora.... apa yang ana dengar kerajaan melaka memang serius nak laksanakan kahwin muda ni.... ana ada tanya kawan-kawan, katanya siapa kawin muda d melaka, dapat duit rm 500 dari kerajaan. setakat ni tak tahu lah dah ada ke belum yang kawin muda ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 06-11-10 02:26


Pada saya, kalau ibu/bapa mereka mengizinkan, tak jadi salah, sebab merekalah akan bertanggung jawab memantau dan mendidik anak-anak mereka (pasangan muda) dalam hal-hal rumahtangga ...

Sudah tentu ibu/bapa tadi sudah cukup bersedia untuk menanggung keperluan kewangan rumahtangga anak mereka sebab anak-anak mereka masih belajar ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.827636 saat. Lajunya....