Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: EllysR
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43041

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
EllysR: 20 hari yang lalu
solehin: 30 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Kita Mampu Jadi Insan Terbaik


Carian Forum

Moderator: Admin, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Kita Mampu Jadi Insan Terbaik

Please Mendaftar To Post


Oleh Kita Mampu Jadi Insan Terbaik

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 12:38


KITA MAMPU JADI INSAN TERBAIK


Imam Sayuthi dalam bukunya Al-Jami’us Soghir mencatatkan sepotong sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain ”
    Darjat hadis ini menurut Imam sayuthi tergolong hadis hasan. Sheikh Nasiruddin al-Bani dalam bukunya Sohihul Jami’us Soghir sependapat dengan penilaian Imam Sayuthi.



Pengajaran Hadis:

1. Insan yang terbaik di muka bumi ini adalah yang suka dan banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain.

2. Manusia dikatakan sebagai makhluk sosial. Menurut fitrahnya, manusia akan hidup secara saling lengkap-melengkapi. Saling memerlukan. Saling kuat-menguatkan. Saling member dan menerima manfaat. Tidak ada seorang pun yang mampu hidup sendiri dan tidak ada seorang pun yang dapat menolak kenyataan ini. Yang terbaik di kalangan mereka ialah yang member manfaat kepada manusia yang lain.

3. Oleh kerana manusia saling memerlukan, maka asas hubungan seorang dengan seorang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Satu pihak member dan menyumbangkan jasa bakti dan pihak yang lain pula menerima jasa budi. Si pemberi jasa mendapat imbalan dan penerima jasa pula beroleh manfaat. Itulah asas hubungan yang biasa diterima pakai, masuk akal, adil dan saksama.

4. Seorang Muslim boleh menyebarkan manfaat diri kepaa Muslim yang lain dalam bentuk ilmu pengetahuan, nasihat yang berguna, buah fikiran, tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya.

5. Iman yang kuat dan sempurna akan menjadikan seorang Muslim atau Muslimah sentiasa terpanggil untuk memberi khidmat juga manfat kepada Islam dan umatnya. Ketika iman kita memuncak kepada Allah SWT, segala amal untuk memberi manfaat kepada orang lain terasa amat ringan untuk dilakukan. Manakala, tanpa dorongan iman, seseorang itu mungkin hanya akan memikirkan hal dirinya sahaja.

6. Selain itu, iman akan menjadi faktor pemelihara dan penjaga yakni saat seseorang melakukan kebaikan atau memberikan pertolongan kepada saudara Muslimnya, ia akan melakukannya secara tulus dan ikhlas. Dia tidak meminta balasan daripada manusia, cukuplah daripada Allah SWT sahaja balasannya.

7. Allah SWT memberi contoh kaum Ansar. Lihat Surah Al-Hasyr ayat 9. Merekalah sebaik-baik manusia. Sedaya upaya mereka cuba membantu dan menggembirakan Sahabat-sahabat Muhajirin yang amat memerlukan pertolongan dan keprihatinan mereka. Segala keperluan sahabat Muhajirin cuba diselesaikan dan disediakan sebaik mungkin walhal sebelumnya mereka tidak pernah bertemu dan bersua. Mereka melakukannya atas semangat dan dorongan iman, ukhwah dan kerana ingin menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT. Besar sekali manfaat kaum Ansar.

8. Agar sifat suka memberi manfaat ini menjadi amalan kecintaan dan amalan berterusan, maka perlu terpahat di benak fikiran kita satu kefahaman yang terang dan jelas bahawa sebagaimana kita memperlakukannya kepada orang lain, seperti itu jugalah kita akan diperlakukan. Jika kita memuliakan tetamu yang bertamu ke rumah kita, maka seperti itu jugalah yang akan kita dapat ketika bertamu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 03-04-10 14:46


Artikel yang berguna ni. Thanks sinar :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093401 saat. Lajunya....