Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: ambillah sebagai iktibar


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» ambillah sebagai iktibar

Please Mendaftar To Post


Oleh ambillah sebagai iktibar

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 11:04


Assalamualaikum

ana tak tahu cerita ni da ada ke belum tapi pengalaman mimpi yang ana baca dari kiriman member ana ini cukup menyentuh hati ana....betapa kerdilnya diri ini, betapa lekanya diri ini....

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dr seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu' dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku. Aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup. Aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yang suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yang mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan2 yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. rakan-rakan sebilik pelik, Kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak saja akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: orang-orang yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini


-----------------
achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...


Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 11:07


salam..
rasa macam tu perlu d jaga. sebab rasa tu boleh hilang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 23:49


Pada 29-03-10 11:07 , ikhwan_islam posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
rasa macam tu perlu d jaga. sebab rasa tu boleh hilang.


salam semuanya
benar sekali penyataan ini.
syukur alhamdulillah.


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

najmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14388
Posting: 39
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 12:17


assalamualaikum...

syukran......ana ingin sekali menjadi seorang hamba yang sabar dan penyabar......doakan ana ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For najmieProfil   Hantar PM kepada najmie   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 12:38


Pada 31-03-10 12:17 , najmie posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

syukran......ana ingin sekali menjadi seorang hamba yang sabar dan penyabar......doakan ana ye
nak jadi seorang yang penyabar??
kena berlatih lah..dan membiasakan diri untuk sabar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

sephia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2004
Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-10 18:10


salam..

sedih betul baca kisah ni.teringat arwah abah yang meninggal awal bulan mac.Arwah abah pun meninggal tak tahu punca apa.berubat merata-rata..sakit berbulan2 tak boleh makan.asal makan saja muntah.tapi arwah tetap solat.dengan tubuh kurus kering,abah solat duduk.tak larat duduk,abah solat sambil baring.Hari isnin 8 mac,usia 62tahun,abah tinggalkan kami adik beradik.sewaktu abah nazak,abah panggil kami adik beradik.abah suruh kami semua ambil wudhuk.abah pesan kalau sayang abah jangan sekali-kali tinggalkan solat...

abah..kami rindu abah.insyaallah.kami tak kan lupa pesan abah.Hidup ni insyaallah.Mati tu pasti.Kita jumpa di sn.

Al-Fatihah untuk abah...


-----------------
-usaha tangga kejayaan-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sephiaProfil   Hantar PM kepada sephia   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 18:22


Pada 31-03-10 12:17 , najmie posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

syukran......ana ingin sekali menjadi seorang hamba yang sabar dan penyabar......doakan ana ye



amien ya rabbal alamin..........sama-samalah kita berusaha untuk jadi insan yang penyabar..insyaAllah.


-----------------
achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...


Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 18:26


Pada 31-03-10 18:10 , sephia posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

sedih betul baca kisah ni.teringat arwah abah yang meninggal awal bulan mac.Arwah abah pun meninggal tak tahu punca apa.berubat merata-rata..sakit berbulan2 tak boleh makan.asal makan saja muntah.tapi arwah tetap solat.dengan tubuh kurus kering,abah solat duduk.tak larat duduk,abah solat sambil baring.Hari isnin 8 mac,usia 62tahun,abah tinggalkan kami adik beradik.sewaktu abah nazak,abah panggil kami adik beradik.abah suruh kami semua ambil wudhuk.abah pesan kalau sayang abah jangan sekali-kali tinggalkan solat...

abah..kami rindu abah.insyaallah.kami tak kan lupa pesan abah.Hidup ni insyaallah.Mati tu pasti.Kita jumpa di sn.

Al-Fatihah untuk abah...



setiap yang hidup pasti akan pergi...sephia perlu ingat "orang yang sentiasa diuji Oleh Allah adalah orang yang Allah sayang dan setiap dugaan yang Allah datangkan itu bersesuaian dengan kemampuan hambanya. yang penting kita kena redha menerimanya disamping sabar dalam menghadapinya. barakallahufik.


-----------------
achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...


Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 18:43


ya allah kerdilnya hambaMu ini...berderai air mata ana lepas baca artikel ni...
mudah-mudahan ana menjadi sebahagian ikhwan rasulullah yang sabar...ameeennn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-04-10 09:56


masyaallah...satu kisah yang menyentuh jiwa saya.....tak tertahan rair mata ni apabila mengenangkan Rasulullah yang amat mencintai umatnya. Adakah kami layak menjadi umat mu ya Rasulullah......


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.25182 saat. Lajunya....