Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-09-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43060

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36

  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 2 hari yang lalu
al-biruni03: 3 hari yang lalu
Swarig123: 11 hari yang lalu
marul: 14 hari yang lalu
mfy87: 28 hari yang lalu

Pengetahuan Am
Topik: langkah awal mengelak gangguan jin,belaan,bunian dan sewaktu dengannya.

Carian Forum

Moderator: Admin, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» langkah awal mengelak gangguan jin,belaan,bunian dan sewaktu dengannya.

Please Mendaftar To Post

Oleh langkah awal mengelak gangguan jin,belaan,bunian dan sewaktu dengannya.

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 263
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-03-10 11:55

Salam..
banyaknya post berkenaan jin dan gangguan makhluk halus.
Ana bukanlah org yang pandai. Sekadar berkongsi maklumat yang ana dapat dari orang berilmu yang mengamalkan perubatan islam.insyaallah boleh membantu. kalau salah tolong betulkan.

1. Kurangkan makan makanan berdarah seperti ayam dan daging. Jin suka masuk badan orang berdarah panas yang suka makan makanan dari punca ini. selain itu,faedahnya dapat membersihkan hati dan menjaga kesihatan.

2. Kebanyakan orang yang terkena buatan orang ni,sikapnya tak berapa elok kepada orang lain.jauhkan sikap mazmumah,mengumpat,menganiayai orang,kedekut dan bangga diri.

3. Nak belajar apa-apa ilmu pendinding ke,batin ke, atau amal apa-apa ayat,pastikan ada gurunya.bukan berdasarkan penyampaian orang atau buku. Daripada silap amal or buat acuh tak acuh or behenti beramal tanpa membuang ilmu tersebut,menyebabkan seseorang itu didampingi jin kafir tanpa disedarinya.

4. jangan ingat jin islam juga tak ganggu seseorang.ada diantara jin lelaki dan wanita suka ganggu seseorang yang dia suka.Biasanya dia akan kacau orang lain supaya jauh dengan orang yang disukainya.jin jenis ni suka main-main.tapi bila dah kawin,insyaaallah dia tak akan ganggu kita lagi.

5. Seandainya terasa macam ada yang tak kena di sekeliling kita,atau katakan tempat tu ada'sesuatu' yang anda tau, tolong jangan fikirkanya.buatla macam biasa.insyaallah anda tak kan ada apa-apa.

6. Ada sesetengah tempat tu keras.keras tak bermaksud tempat tak elok.mungkin tempat tu merupakan perkampungan jin.jika semangat kita lemah,kita mudah diganggu.

tu saja yang ana nak kongsi.kalau silap tolong betulkan.
Terima kasih.

-----------------
Tak kira sekecil mana pun sebuah janji,tanggungjawab menunaikannya adalah besar sekali..terutama bila ia membawa harapan bersamanya.

Bookmark and Share

  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-03-10 12:01

salam..tambahan.
hilangkan rasa waswas dan takut-takut dari diri..

kuatkan aqidah, yakin bahwa ALLAH saja yang maha kuasa..
yakin bahwa yang lain tu lemah.
yakin bahwa jin tak boleh buat apa-apa kat kita..
kalau ditakot2kn oleh jin, lawan rasa takut tu.

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-03-10 19:44

4. jangan ingat jin islam juga tak ganggu seseorang.ada diantara jin lelaki dan wanita suka ganggu seseorang yang dia suka.Biasanya dia akan kacau orang lain supaya jauh dengan orang yang disukainya.jin jenis ni suka main-main.tapi bila dah kawin,insyaaallah dia tak akan ganggu kita lagi.

macam saya... selepas kawin baru 'dia' tonjol diri. patut lah selama ni 'instint' @ sixth sense saya terlalu kuat... dan akui juga, cukup mengganggu hidup saya sekeluarga sejak berkahwin. tapi alhamdulillah dapat berubat sikit-sikit

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nathirah-sadiqah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2010
Ahli No: 39470
Posting: 60
Dari: Labuan

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-03-10 21:53

Info dari ana sendiri:

Kalau anda rasa ada benda-benda halus(senang ana panggil, jin) disekeliling anda atau mengganggu anda, 'ghaib'kanlah jasad anda dipandangan halus...

Insya-Allah jin tu tak nampak anda melainkan hanya anda yang nampak dia. Jin tu bila tengok orang yang dia nak ganggu tu hilang, dia pun chow lah sebab dia tengok orang yang dia nak kacau tu dah tak ada...

P/S: tapi bersedia-sedialah anda andai jin tu pun power nak memunculkan kembali jasad anda yang 'ghaib' tu. >:) >:) >:)

Kaedah lain, kalau nampak sesuatu yang anda takut tu, buat dek saja... buat tak tau/nampak. Nanti benda tu pun boring lah sebab dia muncul balik-balik pun anda tetap tak nampak :D Berusaha hindarkan diri dari tempat-tempat yang anda rasa atau dah nampak ada benda tu.

Situasi lain, contoh ketika anda sedang menjalani perkhemahan (mengikut pengalaman ana)... apabila anda nampak benda tu, buat-buatlah tak nampak atau hindarkan diri dari 'dia'. Apabila anda rasa terpukau bila terpandang 'dia', stabilkan emosi, jangan ikutkan rasa takut dan berusaha lawan setiap perbuatan anda yang menurut kehendak 'dia'(menggunakan minda sambil membaca ayat al-Quran). Bila ada rasa lenguh-lenguh atau sakit atau yang sewaktu dengannya yang anda rasa berkaitan dengan 'dia', cuba rasakan yang sakit tu dah hilang...insya-Allah tak sakit lagi. Dan lagi.... bila anda seperti dipanggil sesuatu, contoh: seperti sewaktu ana berkhemah di Karambunai, Sabah, hari last... ana yang berada di dalam khemah yang sudah tertutup(pastilah tak nampak apa ada di luar khemah kan) sedang berkemas dan tiba-tiba ana ternampak benda tu berada di luar khemah (seumpama imaginasi sebab ana sejak kecil boleh terasa kehadirannya dan adakalanya nampak terus) sedang melambai meminta ana keluar. Sebenarnya waktu tu keadaan kawasan khemah perempuan dalam keadaan kelam-kabut sebab ramai yang histeria... syukur alhamdulillah waktu tu ana berada di bahagian hujung khemah. Andai ana berada di pintu khemah, ana pasti dah keluar atau buka pintu khemah sebab ana jenis yang suka ambil tahu. Ana tahu benda tu memang ada di luar, mencari mangsanya. Dan 'dia' paling suka ganggu orang yang mampu merasa dan melihat kehadirannya...
Dalam situasi begini, sebaik-baiknya janganlah pergi menghadap 'dia' andai anda tahu anda lemah semangat atau pendinding diri tidak cukup.

Ana sendiri sekarang, bila diganggu, ana akan melakukan seperti yang ana tulis di atas > 'ghaib'kan diri dipandangan halus. Tapi, kalau tak sempat (seandainya diganggu waktu tidur), ana hanya baca ayat al-Quran. Kalau waktu-waktu ana 'cuti', ana berusaha lawan sendiri seperti lepaskan diri dari apa yang dilakukannya dan 'ghaib'kan diri. Namun, ada juga jenis 'benda' yang bijak juga. Jadi, usaha perlu berterusan tanpa putus asa sampai dia pergi tinggalkan kita.

*kalau ana malas layan gangguan 'dia' waktu ana tidur, ana buat-buat seperti orang yang tidak diganggu dan pura-pura tak tahu kehadirannya(selama mana ana mampu tipu 'dia' lah...kalau tak mampu juga, terpaksa lah lawan... sebab benda-benda ghaib ni ada macam-macam jenis).

**Oh, ya! lawan di sini bukanlah berlawan macam bersilat. Lawan di sini antara maksudnya ialah seperti bacakan ayat Al-Quran sehingga gangguan tu hilang, berusaha gerakkan tubuh badan sambil sebut Allahu akhbar atau yang berkaitan dengannya atau berzikir andai waktu tu seluruh badan seperti dikunci tidak boleh bergerak, berusaha merasakan sakit tu pergi meninggalkan tubuh...

Semoga info ni difahami dan dapat membantu...

-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!

Bookmark and Share

  Member Information For nathirah-sadiqahProfil   Hantar PM kepada nathirah-sadiqah   Pergi ke nathirah-sadiqah's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 26-03-10 01:53

salam semuanya
saudari nathirah,bagaimana nak menghilangkan diri tu?ghaibkan diri,silakan ajari.

-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

nathirah-sadiqah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2010
Ahli No: 39470
Posting: 60
Dari: Labuan

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-03-10 18:26

Pada 26-03-10 01:53 , farfenna posting:

!!! QUOTE !!!

salam semuanya
saudari nathirah,bagaimana nak menghilangkan diri tu?ghaibkan diri,silakan ajari.

Salam farfenna...

'ghaib'kan diri di sini bukanlah ghaib pada jasad nyata atau pandangan mata kasar. Jin itukan halus... dan kita cuba rasakan bahawa dipandangan mereka kita tiada.

Senang cara dengan menutup mata. ketika menutup mata, anda lihat jasad anda (seumpama membayangkan diri anda sendiri dalam keadaan anda ketika itu). kemudian, anda cuba rasakan bahawa jasad anda tu hilang...hilang...sehingga terus ghaib. Anda tidak akan nampak jasad anda lagi ketika itu. Di saat itulah kita perlu sedar bahawa kita tiada melainkan hanya Allah sahaja yang ada di alam yang fana pada ketika itu.

jadi, nyatalah di sana kita hanya mampu minta bantuan Allah...tidak daripada benda-benda lain atau sesiapa sahaja... hanya meminta pada Allah... insya-Allah di saat jasad anda hilang dipandangan halus, dengan pertolongan Allah anda akan selamat...

Maksudnya, anda ingat Allah... jangan fikir sebarang perkara termasuk 'benda' tu (kerana ia akan mempengaruhi 'dia' untuk muncul di dalam bayangan fana anda)...kemudian rasakan bahawa jasad anda sudah tiada...ghaib...rasakan bahawa anda tiada melainkan hanya kewujudan Allah. Insya-Allah 'benda' tu tak nampak anda... yang penting, ada keyakinan dalam diri anda...

err...faham ke? :berfikir:

-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!

Bookmark and Share

  Member Information For nathirah-sadiqahProfil   Hantar PM kepada nathirah-sadiqah   Pergi ke nathirah-sadiqah's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 29-03-10 23:47

alhamdulillah
saya faham.tapi nak hilangkan diri macam tu ambil masa juga.kena mendiamkan diri.terima kasih sudi ajari

-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

nathirah-sadiqah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2010
Ahli No: 39470
Posting: 60
Dari: Labuan

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-03-10 15:12

Pada 29-03-10 23:47 , farfenna posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah
saya faham.tapi nak hilangkan diri macam tu ambil masa juga.kena mendiamkan diri.terima kasih sudi ajari

'Afwan...

ya...perkara tu bukannya senang...saya setuju... sebab baru-baru ni saya diganggu juga...dan bertapa terganggunya fikiran saya menyebabkan saya sukar untuk melakukannya. Akhirnya tinggal berkata dalam hati, "pergi kau, jangan ganggu aku. Aku mahu tidur." berulang kali :lol:

Oh, ya! satu lagi, apabila bermimpi benda-benda tidak elok, atau diganggu, selepas gangguan/mimpi tersebut, segera sapu seluruh badan untuk membuang segala aura-aura benda tu yang masih tertinggal pada diri kita.
seperti contoh, saya pernah kena, gangguan dipeluk benda tu ketika baru nak tidur (berbaring di tilam)... menyebabkan saya tidak dapat bergerak dan bersuara... apabila saya terlepas, masih tertinggal rasa-rasa kebas pada badan. Jadi, segera sapu bagi membuang aura-aura benda yang masih tertinggal pada badan tu.

-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!

Bookmark and Share

  Member Information For nathirah-sadiqahProfil   Hantar PM kepada nathirah-sadiqah   Pergi ke nathirah-sadiqah's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 30-03-10 17:19

Pada 30-03-10 15:12 , nathirah-sadiqah posting:

info yang amat menarik.aura.jika mampu dikaji dan di dalami lebih terperinci dan mendalam mungkin ada manfaat yang berguna ini.

-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

CapGurl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.02.2010
Ahli No: 39234
Posting: 39
Dari: Petaling Jaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 30-03-10 17:19

Salam...

.....saya tinggal bersama2 dua org anak saya..sb suami saya jarang ada di rumah..kami tinggal di rumah 2 tingkat..tapi bahagian atas jarang saya gunakan...sbnya anak-anak pun masih kecil lagi...so kami semua selalunya tidor kat bilik bawah jew..

anak yang sulung tu selalu mengatakan perasaan takut pada saya..dah bermacam-macam saya saiko dia dengan mengatakan jangan takut kepada mahluk tu tetapi kita hanay perlu takut kepada Allah sahaja..tapi akhir2 ini tak berjaya pula..

selalunye saya cakap hantu tu just pakai topeng saja sebab nak takutkan budak-budak kecil...yang gigi tajam tu akibat tak gosok gg....yang mata terkeluar dan berbungkus putih tu sb dia sakit baru keluar ospital...macam-macam lah...siap buka DVD tunjuk the making movie lagi .....memule saja dia percaya...
tapi akhir2 ini sikapnya buat saya pulak rasa tergugat..adess..

saya cuba juga kuatkan semangat...tapi sekarang ini bila bangun tidur ada jew lebam2 kat anggota badan...macam mana tu ye...ada kaitan tak??

..entahla..minta2 dijauhkan lah segala bala....tak dapat saya bayangkan jika sesuatu berlaku pada kami anak beranak..

Wasalam..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For CapGurlProfil   Hantar PM kepada CapGurl   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 30-03-10 17:42

salam semuanya
kepada ibu CapGurl
cadangan saya pergi ke darulsyifa berdekatan.dan juga silakan dengari alunan ayat ayat suci ini.ada 3 episode u tube ini.dengari satu persatu dan perdengarkan pada semua ahli keluarga.

black magic cure

-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

nathirah-sadiqah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2010
Ahli No: 39470
Posting: 60
Dari: Labuan

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 30-03-10 18:52

Pada 30-03-10 17:19 , CapGurl posting:

!!! QUOTE !!!

Salam...

.....saya tinggal bersama2 dua org anak saya..sb suami saya jarang ada di rumah..kami tinggal di rumah 2 tingkat..tapi bahagian atas jarang saya gunakan...sbnya anak-anak pun masih kecil lagi...so kami semua selalunya tidor kat bilik bawah jew..

anak yang sulung tu selalu mengatakan perasaan takut pada saya..dah bermacam-macam saya saiko dia dengan mengatakan jangan takut kepada mahluk tu tetapi kita hanay perlu takut kepada Allah sahaja..tapi akhir2 ini tak berjaya pula..

selalunye saya cakap hantu tu just pakai topeng saja sebab nak takutkan budak-budak kecil...yang gigi tajam tu akibat tak gosok gg....yang mata terkeluar dan berbungkus putih tu sb dia sakit baru keluar ospital...macam-macam lah...siap buka DVD tunjuk the making movie lagi .....memule saja dia percaya...
tapi akhir2 ini sikapnya buat saya pulak rasa tergugat..adess..

saya cuba juga kuatkan semangat...tapi sekarang ini bila bangun tidur ada jew lebam2 kat anggota badan...macam mana tu ye...ada kaitan tak??

..entahla..minta2 dijauhkan lah segala bala....tak dapat saya bayangkan jika sesuatu berlaku pada kami anak beranak..

Wasalam..

Kalau dalam hal ini, saya bukanlah arif sangat pun... saya sarankan pergilah jumpa mana-mana ustaz dan tanyakan akan hal ini...

Saya cuma hendak mencadangkan agar puan memasang ayat-ayat suci Al-Quran di rumah pada waktu malam... biarlah terpasang walaupun orang rumah dah tidur... bagi menjaga dan mengelakkan diri dari benda-benda ghaib tu. insya-Allah membantu.
Bergantunglah pada keadaan kawasan tempat tinggal...

Saya sekeluarga pernah juga buat dulu. Pada mulanya keadaan baik lah... gangguan kurang. Cuma, semakin lama, benda-benda tu pula macam marah. CD yang kami pasang kadang-kadang tertutup sendiri. Sampai satu masa, cd tu hilang pula (mungkin benda tu yang sembunyikan)... sudah lebih setahun atau dua tahun berlalu, barulah saya terjumpa cd tu terselit kat tempat simpan buku... yang hairannya, sebelum ni tak nampak pula ada cd kat tempat tu.

Seperti yang saya katakan, bergantung pada keadaan kawasan tempat tinggal... pada ketika itu memang teruklah. Alhamdulillah, sekarang ni tak dah berlaku kes-kes sedemikian. Bukanlah 100% tidak berlaku...maksud saya dah berkurangan... sebab apabila ada gangguan, saya gunakan bacaan surah Yaasin untuk membantu...

Sebaik-baiknya, dalam rumah tu adalah yang bacakan surah yasin, sekurang-kurangnya sekali seminggu iaitu pada malam jumaat (khamis malam)... kerana bacaan setiap minggu itu akan mengurangkan gangguan-gangguan jin dan perkara-perkara ghaib yang lain... insya-Allah...

-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!

Bookmark and Share

  Member Information For nathirah-sadiqahProfil   Hantar PM kepada nathirah-sadiqah   Pergi ke nathirah-sadiqah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.11252 saat. Lajunya....