Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 1 hari, 12 jam, 14 minit yang lalu
tereturubuzu: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Luahan hati seorang guru...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Luahan hati seorang guru...

Please Mendaftar To Post


Oleh Luahan hati seorang guru...

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-03-10 15:46


Rasanya memang aku yang tak pandai mengajar. Sejak 2003 mula bertugas sebagai seorang guru. Mood naik turun. Kadang seronok, kadang bosan...

Tak salahkan murid. Sebab bila cikgu lain yang masuk. Murid2 semua diam. Berdisiplin dan baik-baik jadinya. Tapi bila aku... Ahh... Entahlah... Sampai bila harus begini.

Mengisi masa dengan mengemaskini weblog. rakan-rakan sila lah berkunjung... Mungkin sedang dipantau... http://isa777.multiply.com

Guru sebagai lilin. Ada yang kata, akhirnya binasa. Tak sesuai. Tukar guru adalah pelita, tetap menerangi, tapi still tak binasa, sumbu saja habis... Tapi minyak kering juga. Ada yang kata bagai matahari... Menyinar. Tapi Menurut ahli sains, matahari akan membesar dan akhirnya membinasakan bumi. Ada pula cadangkan guru adalah lampu suluh pula... Tapi baterinya nanti habis... Tak kisahlah apa pun. Yang penting menerangi...

Itulah pengorbanan. Demi melihat anak bangsa terus berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Ku tetap doakan murid2ku kan berjaya dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

Tapi aku?????????????

Jangan lupa berkunjung ke weblog saya. http://isa777.multiply.com

Satu lagi... Cantik tak signature saya... He he he...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-03-10 20:15


adoi encik cikgu...ingatkan nak luah apebende lah..rupanya...................... anyway kejap lagi saya tengok weblog cikgu ek..

dan pada saya, saya mengibaratkan guru umpama buku teks..Kenapa? pasalnya... kat buku teks segala ilmu dipaparkan dan semuanya yang baik-baik... :D (ceh..amendenyer lah aku ni merepek ye..)


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-10 21:37


Kenapa ni cikgu? hehe.,biasalah dalam perjuangan..ada masa turun naik segala usaha yang dilakukan..apa pun teruskan perjuangan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-10 21:55


salam cikgu..terasa juga bila cikgu cakap,bila cikgu lain masuk,murid diam..maksudnya bila saya masuk kelas,murid bising..mungkin situasi kita sama..saya pun masih lagi tercari-cari pendekatan terbaik..risau juga mungkin diri sendiri yang belum bersedia untuk mengajar..sama-sama lah kita perbanyakkan berdoa..insyaALLAH,ada penyelesaiannya..


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

  


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-03-10 22:07


saya pula macam ni...
ada satu kelas tu...cikgu dia tak masuk lagi.. tetiber seorang cikgu tu lalu melintas nak ke kelas sebelah.. semua budak-budak kelas tu tetiba jadi kaku..snyap..beberapa ketike kemudian lalu pulak seorang cikgu lain yang baru saja keluar kelas sebelah nak ke kelas lain pula lalu depan kelas ni.. drpada snyap kejap tadi tetiba bidng balik...sipa panggil..cikgu...cikgu..masuk lah sini cikgu...ceh..tak makan saman betul..cikgu ptama tadi lalu pucat lesi..cikgu yang kedua ni pula lalu sukahati saja nak riuh rendah,.huhu... erm..fakta yang ada perlu anda tahu adalah...cikgu yang kedua tu adalah saya :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-03-10 12:30


!!! QUOTE !!!

Tak salahkan murid. Sebab bila cikgu lain yang masuk. Murid2 semua diam. Berdisiplin dan baik-baik jadinya. Tapi bila aku... Ahh... Entahlah... Sampai bila harus begini.


biasanya cikgu baru selalu jadi begini.....

sabar dan banyakkan doa.....berikan 'hati ' kepada mereka....mereka pasti akan berikan 'hati' mereka kepada anda nanti...InsyaAllah..

!!! QUOTE !!!

Satu lagi... Cantik tak signature saya... He he he...


jujur tu kadang-kadang....sakit.... tapi tetap baik...

tak cantik lah .... besar gedabak .....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-03-10 22:06


assalamualaikum...

biasalah tu...
ana terpaksa buat muka serius supaya pelajar hormat...
especially bila nak relief kelas..
kelas yang bukan kita ajar..

ana pun macam tu juga punya rasa yang sama..
yang penting sebelum tidur niatkan dalam hati..
moga esok lebih ceria dan lebih seronok bekerja..
insyaAllah.


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'


Bookmark and Share

  


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-10 23:33


baru sangat pun tak lah... Dah 7 tahun. hehehe...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-10 23:54


ramai warga guru2 kat ukhwah upenyerr....
guru2 ini bagaikan google bagi saya...
apa-apa yang ditanye ada jawapannyerr..even tak ada dalam syllabus pun..

maybe cikgu isa ini, kelakar orgnyer agaknya....hikhik..kalau student mesti xtakot lah dengan cikgu suka buat lawakk...bukan bererti tiada sifat hormat...tapi , student berasa selesa dan rapat dengan cikgu..saya pernah jadi student tu..hehe..

tak apa, golongan yang awal dipanggil malaikat untuk memasuki syurga, adalah golongan pendidik... =)

Bookmark and Share

  


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 07-03-10 09:11


ana pun seorang guru sejak tahun 2005...pernah ajar budak-budak tahun 1 hingga tahun 5...tahun 6 belum pernah ajar lagi cuma selalu masuk relief...sepanjang mengajar ni. ana dapat rasakan, budak-budak yang kecil-kecil ni yang senang nak bagi arahan...suruh senyap, bagi warning sekali terus senyap...tapi budak-budak yang dah besar ni, cakap kejap saja senyap...selepas itu buat balik...tapi ana ni nak kata garang sangat tak ada lah, nak kata lembut sangat pun bukan...sederhana supaya murid dapat belajar dengan selesa dan tidak tertekan belajar dengan ana

Bookmark and Share

  


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-03-10 21:37


salam....
sabar ye cikgu-cikgi sekalian....
insyaAllah...jasamu dikenang.....huhu
thanks cikgu semua....


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-03-10 08:06


Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu. Ialah mujahadah tak sangka ye ramai cikgu dan cikgi kat sini ya. anyway cikgu isa itulah asam garam kehidupan. kak limah bukan cikgu tapi pengalaman kak limah ialah bila dengan operator production bila kak limah turun tunggu kehadiran mereka kat depan pintu pagar fuhh!!! 5 minit pukul 8 dah berlari. hehehehe kak limah memang tegas waktu kerja.

tapi kak limah tau dengan anak murid zaman sekarang tak boleh garang dan tegas macam dulu. silap kita yang kena kan. zaman sekarang kena banyak saiko...betul tak cikgu. cikgu kena cekal kan hati, kuatkan semangat..sebelum melangkah ketempat kerja pasang niat awal-awal untuk didik anak bangsa. insyallah mood mesti datang.

doakan kak limah agar semua cikgu2 sihat sejahtera semoga dapat mengajar dengan tenang dan selesa. ;-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-03-10 17:19


Betul tu... Memang mencabar cabar cabar...

Tapi ada yang seronoknya jugak lah. Sebab minat ambik video. kat sekolah memang banyak aktiviti. Dah jadi tugas tetap, ambik dan edit video serta upload seterusnya paparkan di weblog aktiviti sekolah. Seronok tengok mereka gelak2 sebab tengok muka mereka sendiri. Saya pula dapat lah jugak mengubati hati yang lara. He he he...

Ni pautan weblog aktiviti sekolah saya. Selamat berkunjung... http://aktivitismkbbss.multiply.com


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 07:55


Assalamualaikum cikgu. Selamat Pagi Cikgu (gaya upin dan ipin) cikgu isa mengajar pelajaran apa? boleh akak tau.

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 07:56


Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu. nak tanya sikit boleh? kat sekolah cikgu isa mengajar pelajaran apa?

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 08:11


Waalaikum salam dan selamat pagi... Saya mengajar tiga subjek yang senang-senang... pijak, PSK (Sivik) dan Moral...

pijak tak lah mencabar sangat. budak-budak saja degil tak nak bawa dan pakai baju sukan... Sivik pulak budak-budak tak nak siapkan kerja rumah... Moral pulak, murid2 bising yang teramat sangat...

Ada tak cadangan atau teknik2 bagi mengatasi masalah ini ye sahabat-sahabat sekalian???

Di hati kecil ini, sangat sayang kan murid2 semua... Nak mereka berjaya dan menjadi manusia yang berguna suatu masa nanti. Amin...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 13:02


Assalamualaikum

Pendapat ana, Jiwa saudara mungkin tidak sesuai dengan bidang perguruan. Apa kata saudara mencuba untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk anda seperti bidang yang melibatkan teknologi maklumat.


P/s Cantik signature saudara itu :)


-----------------








Bookmark and Share

  


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 13:20


ooooo patutlah anak murid cikgu manja dan tak takut kat cikgu. sebab matapelajaran yang cikgu ajar tidak membolehkan berwajah serius. hehehehe jangan marah ya akak gurau saja. kasihan cikgu.

betul kata awani mungkin jiwa cikgu bukan jiwa guru agaknya.

tapi tak apa. perkara tu boleh dipupuk. apa kata cikgu rapat dengan anak murid ha janganlah anak murid perempuan saja. semualah maksud kak limah. cuba fahami mereka dah bagi mereka faham cikgu. sebab rasa2 kak limah lah anak-anak zaman sekarang tak macam dulu. marah dia paham. tapi penerangan tu boleh faham.

apa kata...cikgu kumpulkan anak-anak murid cikgu ni pas tu buat satu sesi macam mana ya nak kata. susahkalau nak tulis. ala macam kesedaran diri macam tu. tapi tak boleh buat setahun sekali takut mereka cepat lupa.

tapi kalau tak jalan juga maaflah cikgu. ini kak limah bagi cadangan dari org yang tak pandai. hehehe

anyway selamat mengajar, kuatkan semangat dan tabahkan hati ya. cikgu mengajar sekolah mana ya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 13:45


Ada juga terfikir tentang kesesuaitan kerjaya tu. Minat dengan IT. Di sekolah pun ada subjek ICT. Untuk pelajar2 Tingkatan 1 dan 2. Ada dua makmal. Ada dua cikgu yang jaga. Mereka pakar2 IT.

Ingat nak sambung pengajian. Dalam bidang Pendidikan IT. Masih lah jugak jadi pendidik. Tapi bidang yang diminati lah nanti. tengok cikgu IT berdua tu, macam seronok saja mengajar. Budak pun minat dan ternanti2 subjek tu.

Tak tau lagi bila kan jadi nyata. sahabat-sahabat doakan bersama ye...

Moga kita semua sukses dalam hidup...

P/s : Signature tu menunjukkan PM Malaysia dah 6 org. Presiden Indonesia pun dah 6 org. Saya dalam rangka usaha untuk menjadi PM ke 7 merangkap Presiden ke 7. Dan menggabung Malaysia dan Indonesia menjadi sebuah Gagasan Nusantara yang diberi nama Gagasan Tanah Melayu dan Tanah Jawa.

Sistem Khilafah kan ditegakkan. undang-undang Islam kan dilaksanakan. Piagam Gagasan akan dikuatkuasakan. Berpandukan Piagam Madinah semasa era pemerintahan Rasulullah dan para sahabat.

Doakan tau... Moga Cita kan jadi nyata... Amin...

Weblog kempen saya : http://isa777.multiply.com


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 14:17


masuk kelas sivik saja mesti tension...
tatau na ajar bagaimana...
student pun tak nak dengar sangat....bukan subjek penting...


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

  


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 14:20


ya lah cikgu...kak limah doakan semoga angan2 cikgu jadi kenyataan. tapi bila dah naik jadi PM ingat-ingat lah kak limah dan kawan-kawan kat ukhwah ni ya.

tak dapat banyak sikit pun jadilah tolong kami. dapat jadi wakil rakyat ke adun ke buruk pu ketua kg. :lol:

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 16:14


betul tu lubaina... Sebenarnya macam-macam boleh buat. Kalau bawa ke makmal ICT boleh juga buka website menarik pasal Sivik dan Kenegaraan. Saya ada jumpa satu website Panitia Sivik sekolah mana tah tak ingat. macam-macam ada dalam tu. Siap video2 sekali.

Tapi kalau cikgu ICT kasi masuk lah... Kalau tak sebak lah jugak...

Angan2 harap-harap jadi kenyataan... Nanti kalau dah jadi PM dan Presiden tu, kasitau tau nak jadi apa... Nanti kita usulkan kepada rakyat jelata, sama ada mereka sokong atau tak... Kalau tak sokong jadi ketua kampung, jadi menantu ketua kampung ok tak cik limah??? He he he...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 07:46


Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu dan rakan ukhwah. alamak cikgu jadi menantu tak boleh dah tapi jadi besan tu bolehlah.

ikut suka cikgulah semoga impian jadi kenyataan ye.

Bookmark and Share

  


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112178 saat. Lajunya....