Oleh |
Enterprise vs Sdn Bhd |
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 15-02-10 07:56
Bismillahirrahmanirrahim wbk Tumpang tanya, apa beza enterprise dengan sdn bhd..? Harap kawan-kawan yang ada pengalaman/pengetahuan dapat membantu.. Saya tak ada peluang pergi kursus KAKAS bina usahawan.. masa zaman belajar dulu.. Cuma yang saya nak tanya beza enterprise & sdn bhd.. >> Enterprise perlu buat penyata kewangan tahunan jugak ke..? >> Tentang tax (enterprise & sdn bhd).. >> pinjaman bank, atau sumber lain (enterprise & sdn bhd), kelulusan dan requirement.. >> saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.. AlhamdulilLah, saya dah dapat cari partner.. cuma kiranya baru nak trial and error.. Nak develop company IT insya-ALLAH! Agak risiko, jadi harapnya sesiapa yang ada pengalaman Enterprise atau Sdn Bhd.. harap dapat membantu saya yang masih 'belajar'.. Saya dah pergi ssm, tapi masih tak berpuas hati dengan maklumat diberi.. (org tengah ssm pun saya dah tanya..) Kalau ada info, kursus, atau apa-apa sumber bolehlah paste disini.. ~ Moga jasa kalian diberkati ALLAH, Ameen Ya RAbbal A'lameen.. ~ ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
haykal77
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.02.2006 Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak
|
Posting pada: 15-02-10 08:33
Dari segi mana lebih berisiko tu tak tahu lah tapi kalau dah nak buat bisnes... harapannya adalah untuk berjaya lah kan? Jadi tak timbul lah soal enterprise atau sdn. bhd. Cuma kalau sdn bhd ni kalau tak silap perlu ramai rakan kongsi. kalau enterprise ni seorang pun tak mengapa. So buat lah apa pun asalkan jangan bankrap. Kena selalu ada duit masuk and duit keluar, kira akaun aktif lah kan. Sekian,
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 15-02-10 09:14
Pada 15-02-10 08:33 , haykal77 posting:!!! QUOTE !!! Jadi tak timbul lah soal enterprise atau sdn. bhd. Cuma kalau sdn bhd ni kalau tak silap perlu ramai rakan kongsi. kalau enterprise ni seorang pun tak mengapa.
soal enterprise atau sdn haruslah menjadi suatu isu namun bukanlah isu besar ketika nak buka sesebuah syarikat. enterprise boleh seorang atau berkongsi.. sdn bhd, minimum dua orang.. maximum saya lupa..hehe.. 50 org agaknya.. !!! QUOTE !!! Cuma yang saya nak tanya beza enterprise & sdn bhd..
>> Enterprise perlu buat penyata kewangan tahunan jugak ke..? >> Tentang tax (enterprise & sdn bhd).. >> pinjaman bank, atau sumber lain (enterprise & sdn bhd), kelulusan dan requirement.. >> saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.. sebelum menjawab satu persatu soalan tu..bagi akak, jika ruang lingkup syarikat masih belum nak melakukan urusniaga mencecah ratusan ribu ringgit,akak rekemen buka enterprise. sangat leceh nak uruskan sdn bhd..everything has to be very detail.. kita ni kan baru nak mula berniaga, baik kita lecehkan diri dengan perniagaan..hehe akak ada kedua-duanya... yang tak ada modal sangat konpom akak buka enterprise.. yang mana ada share holders.. contoh: seorang contribute 50k, ada 4 org..maka nak mula dengan 200k.ada pula partner2 yang telah mempercayai dengan melabur sejumlah wang yang besar..maka tak apalah sedikit dari modal masuk ke bahagian pengurusan..supaya lebih detail dan teliti. tambahan pula jika org luar(sedangkan saudara mara pun boleh jadi isu kalau bab duit ni kan).. jadi haruslah berhati-hati.. quest 1: -enterprise tak perlu buat apa-apa penyata untuk dihantar kemana2.. tak ada rekod langsung pun org tak kacau.. melainkan akaun bank syarikat menunjukkan angka yang menakjubkan.. (pihak kutipan cukai akan mula mengintai) walaubagaimana pun, buatlah rekod sikit-sikit..apatah lagi jika ada partner..tidaklah nanti wujud isu penipuan dan sebagainya -sdn bhd, bukan sahaja penyata tahunan, malah perlu membayar syarikat secretary untuk proses audit. segala perjalanan syarikat akan di audit oleh juruaudit yang kita sendiri kena upah.. (buat sendiri tak boleh ye) ****conc: untuk sykt yang baru nak mula, modal adalah penting,oleh itu sangat sayang jika nak guna untuk perkara2 seperti ini..bila company dah mantap, upgradelah kepada sdn bhd..kerana sdn bhd ada beneficial nya juga. quest 2: tax ni.. sebenarnya untuk setahun dua pertama,malahan hingga tahun ketiga pun boleh buat rileks saja dulu..hehehe -enterprise, kita isi sendiri tax form.pandai2 lah isinya..bukan menipu namun menyesuai kan apa yang perlu.. -sdn bhd tak boleh nak buat apa...penyata juruaudit dah declare keuntungan dan sebagainya..walaubagaimana pun kadang kala ini yang menyakitkan..kerana dalam penyata kadang-kadang nampa untungnya sedangkan hakikatnya untuk itu mungkin telah habis atau tiada..(perlu diigt bisnes bukanlah seindah penyata akaun untung rugi.. hehe) again, untuk company baru nak mula.. survival i s the most important. quest 3: kecenderungan kelulusan pinjaman? hampir sama quest 4: "saya dimaklumkan kalau bankrap (Naudzubillahiminzalik), di bawah enterprise.. semua harta penama akan ditarik bank.. Tapi kalau Sdn Bhd.. hanya harta syarikat sahaja.." yep betul.. dimana ini merupakan kelebihan sdn bhd yang paling best... namun jangan takut, untuk sesuatu company diisytiharkan muflis bukan lah sesuatu yang serta merta.. melainkan kes2 tertentu dan sangat terpencil pun.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 15-02-10 15:34
AlhamdulilLah, terima kasih haykal77 dan kak mimi_eniliana.. Terima kasih atas penjelasan.. !!! QUOTE !!! -enterprise tak perlu buat apa-apa penyata untuk dihantar kemana2.. tak ada rekod langsung pun org tak kacau.. melainkan akaun bank syarikat menunjukkan angka yang menakjubkan.. (pihak kutipan cukai akan mula mengintai) walaubagaimana pun, buatlah rekod sikit-sikit..apatah lagi jika ada partner..tidaklah nanti wujud isu penipuan dan sebagainya AlhamdulilLah, lega bila dengar tang Enterprise itu.. tak kena cukai.. Lagi satu, saya ada kontek syarikat IT, untuk buat outsource projek.. Masalahnya dalam agreementnya, saya baca kurang memuaskan hati, sebab kos yang saya kena tanggung lagi banyak.. Just nak tanya, kalau hire lawyer, untuk buat agreement contoh partnership, kontrak dengan syarikat lain, dan sebagainya.. kos mahal ke.? Saya ada survey cuma tak nampak 'clear picture'.. Al-maklum, saya baru nak try & error.. Terima kasih banyak atas sokongan dan bantuan. p/s: ada rezeki saya start enterprise dulu, insya-ALLAH! Saya doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu, Ameen Ya Rabbal A'lameen.. Insya-ALLAH! ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
haykal77
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.02.2006 Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak
|
Posting pada: 15-02-10 17:25
Np problem... kalau nak tahu lebih lanjut tanya pada yang dah lalui. mama saya yang cakap dulu, di ngaajar ekonomi dan perdagangan, dia cuma tahu teori saja lah hehe
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 15-02-10 17:41
Pada 15-02-10 17:25 , haykal77 posting:!!! QUOTE !!! Np problem... kalau nak tahu lebih lanjut tanya pada yang dah lalui. mama saya yang cakap dulu, di ngaajar ekonomi dan perdagangan, dia cuma tahu teori saja lah hehe AlhamdulilLah, insya-ALLAH.. terima kasih banyak En Haekal.. Tapi gaya tulis posting atas macam prefer sdn bhd saja.. Nak kongsikan pun apa salahnyer.. Orang lelaki ni kekadang pengalaman ada.. Perturunkan saja lah ilmu tu.. AlhamdulilLah.. Terima kasih.. Moga semakin berkat ilmu dicurah.. ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 15-02-10 18:01
Pada 15-02-10 15:34 , al_Muddathsir posting:!!! QUOTE !!!
AlhamdulilLah, lega bila dengar tang Enterprise itu.. tak kena cukai..
haihh...bila company dah matang ..kena juga cukai..hehe entah lah..saya pun blur. lepas 4 tahun buka yang enterprise tu baru lah datang borang cukai..tapi lepas main isi2.. tahun yang tu tak kena pulak cukainya sebab banyak beli aset..entah lah..konpius sikit..kawan akak yang kirakan ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 15-02-10 18:03
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 15-02-10 20:54
sebelum kita buat sesuatu, kita wajib check hukum syara' tentang perkara tersebut. Ada tak sesiapa diantara kita yang dah check hukum syara' bagi syarikat enterprise dan sdn. bhd? Lagi baik jika ada sesiapa yang dapat jelaskan hukum syara' keseluruhannya bagi syarikat. Benda ini penting, kerana ia akan jadi darah daging. Kalau tak syar'ie, jadi darah daging, layaknya api neraka.
|
haykal77
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.02.2006 Ahli No: 23012
Posting: 116
Dari: Perak
|
Posting pada: 15-02-10 21:24
Tak lah akak, saya memang cadangkan enterprise. Hehe.
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 16-02-10 22:25
Thanks kawan-kawan.. Ha ha ha.. Hmm rdwira & mimi_eniliana.. Hmm, teringat zaman-zaman kecoh pemburu_pokok dulu.. Aiseh, saya reg nama baru AlMuddathsir.. dulu Muddathsir787.. Hmm.. AlhamdulilLah.. boleh lah jadi mentor selepas ini.. ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
ramadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4566
Posting: 32
|
Posting pada: 23-02-10 08:25
1. Enterprise termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Perlu faham perbezaan kerana pematuhan yang perlu dipatuhi adalah berbeza. bentuk tindakn penguatkuasaan yang boleh diambil juga berbeza. 2. Secara teorinya memang daftar enterprise lebih mudah sebab tak terikat dengan banyak peraturan. Cukup sekadar daftar pembaharuan daftar niaga setiap tahun dengan SSM dan PBT Syarikat 1. tak boleh tubuhkan sendiri. Perlu melantik setiausaha syarikat. beliau yang akan uruskan pendaftaran penubuhan syarikat. melainkan saudara beli shelf company. 2. Wajib serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan yang telah diaudit setiap tahun.tindakan Seksyen 169 AS 1965. 3. Wajib lantik auditor. S8,S9&S172 AS 1965) 4. Wajib adakan AGM setiap tahun dimana perlu bentangkan akaun. gagal dikenakan kompaun. (S169 & S143 AS 1965) 5. nak daftar perlu ke SSM buat carian nama (PNA 42) bayar RM30 setiap carian. 6.lulus kena serah M&A,F24,F49,F44 untuk dapatkan F9 7. bilangan pengarah perlu sekurang2nya 2orang. 8. kalau bankrap harta pemegang saham (harta sendiri ye) boleh diambil bergantung kepada jenis syarikat dan pegangan saham. Seksyen tak ingat. ada senaraikan urutan harta siapa diambil dulu. (F=Form/Borang, S= Seksyen) Enterprise. 1. daftar perlu buat carian nama - bayaran tak ingat. 2. lulus kena daftar nothing. (S5A) 3. Pemilik boleh tunggal atau perkongsian. 4. daftar perniagaan atas nama sendiri ikut IC= RM30 5. daftar perniagaan atas nama trade = RM 60. harga yang dikenakan daftar sendiri adalah rendah berbanding guna ajen daftarkn. ejen akan kenakan bayaran RM120 dan keatas. 6. bankrap harta pemilik akan diambil. maknanya bines bankrap pemilik boleh bankrap juga lah soal tax kedua-duanya kena tax. income kerajaan tu.
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 23-02-10 10:13
wbk, AlhamdulilLah, syukran bro Ramadhan... AlhamdulilLah, menambah lagi part-part yang saya blurr.. !!! QUOTE !!! 1. Enterprise termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Perlu faham perbezaan kerana pematuhan yang perlu dipatuhi adalah berbeza. bentuk tindakn penguatkuasaan yang boleh diambil juga berbeza. Saya check wiki maksudnya A shelf corporation, shelf company, or aged corporation, is a company or corporation that has had no activity. It was created and left with no activity - metaphorically put on the "shelf" to "age". The company can then be sold to a person or group of persons who wish to start a company without going through all the procedures of creating a new one.Maknanya orang lain beli company sedia ada yang tiada aktiviti.. Hmm, satu lagi saya pernah survey.. ada segelintir yang buat company Sdn Bhd.. tap setiausaha, akaun, dll ejen yang uruskan.. Boleh bagi pendapat..? Hmm, AlhamdulilLah.. Syukran bro.. Moga makin berkah ilmu.. Ameen Ya Rabbal A'lameen.. ~Tunjuk Ajarku Sifoo.. ~ ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|