Keunggulan Rasulullah s.a.w mestilah dilihat secara holistik. Rasulullah s.a.w ditakdirkan oleh ALLAH menceburi pelbagai bidang.
Baginda pernah menjadi gembala kambing, usahawan, jeneral tentera, pendakwah dan seorang pemerintah bagi sebuah negara (Madinah).
Apakah faktor kejayaan Rasulullah s.a.w dalam bidang2 yang diceburinya?
Dalam bidang perniagaan:
Baginda juga seorang yang menepati waktu, pakar dalam bidang komunikasi dan hubungan antara manusia (interpersonal), memahami kehendak klien dan arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim (cuaca). Tegasnya, kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perniagaan adalah atas 2 faktor:
- kelakuan yang baik
- kepakaran yang tinggi.
Dalam peperangan:
Mungkin ramai yang memberi jawapan berikut:
- Baginda berperang atas dasar tauhid bukan membalas dendam atau menjarah. Justeru Allah memberi bantuan-Nya.
- Peperangan yang melibatkan Baginda semuanya bersifat defensif (mempertahankan diri) bukan ofensif (menyerang).
- Baginda menang kerana mendapat bantuan daripada bantuan malaikat.
Semua faktor di atas adalah benar tetapi masih ada lagi faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan Baginda. Selain faktor "mukmin" yang berkaitan dengan sifat ketulusan, kemurnian dan kebenaran, berikut adalah faktor "profesional" yang berkait dengan soal kepakaran:
- Dalam perang Badar, Baginda dan tentera Islam datang ke medan peperangan lebih awal dan menguasai sumber air.
- Dalam perang Uhud, Baginda menguasai tempat tinggi Bukit Uhud dan menempatkan pemanah tepat di lokasi yang strategik di atas bukit tersebut.
- Dalam perang Khandak, Baginda bersikap open-minded apabila menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggunakan strategi penggalian parit di keliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan . Strategi itu boleh disifatkan sebagai "think outside the box" kerana strategi itu berasal dari farsi dan tidak pernah dibuat sebelumnya oleh bangsa Arab.
sumber: majalah solusi. isu no 13
-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8