Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 1 hari, 13 jam, 48 minit yang lalu
Martyr: 6 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 10 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 13:46


Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawinnanti, kisah ini biarlah tersemat di dalam jiwa.

Ada seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :

1. 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.

Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahua'lam


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 16:25


dengkil? ish..dekat dengan rumah aku ni.. tang mana tanahnye ek?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 03:50


isyk...
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan"...
gerun nya baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 10:44


sedih membacanya.... untung si isteri sudah beroleh pengampunan...

tapi musykil dalam hal pembahagian pusaka dan hak penjagaan anak...

cumanya....saya tak pasti wasiat itu sah disudut syarak...rasanya faraid lebih mengatasi wasiat dalam hal harta pusaka ni. Si suami bolehkah mengenepikan terus bahagaian isteri sedang ketika kematian, wanita itu masih sah sebagai isternya...tak bolehlah nak rujuk filem '3 Abdul' dalam hal wasiat mewasiat ni...

patut dilepaskan awal wanita tersebut sebelum dia meninggal.... bibik lebih betah menjadi isternya...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 10:58


salam
cerita yang memberi pengajaran ..
menyentuh hati..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 16:27


Pada 11-12-09 10:58 , Maisarah posting:

!!! QUOTE !!!

salam
cerita yang memberi pengajaran ..
menyentuh hati..



saya pula seperti pernah membacanya beberapa tahun yang lalu...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 17:00


adakah cerita yang direka untuk memberi pengajaran?

entahlah...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 22:12


assalamualaikum...
sama ada cerita rekaan atau kisah benar, pengajaran yang dibawa amat mahal harganya.....
moga terhindar daripada tergolong di kalangan isteri2 yang seumpama kisah ini...
Ya Allah Ya Rahman... berilah kekuatan dalam hambaMu ini menjalankan tugas & amanah sebagai seorang isteri kepada suamiku dan ibu kepada zuriat kami.. ameen Ya Rabb...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 10:26


pengajaran tetap pengajaran
cuma dah situ di tulis kisah benar
tapi kalau hanya rekaan tipulah namanya
pengajaran yang diseliti atau disaluti penipuan ke?
bukan khusus untuk posting ini
apa-apa pun


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 11:04


Pada 12-12-09 10:26 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

pengajaran tetap pengajaran
cuma dah situ di tulis kisah benar
tapi kalau hanya rekaan tipulah namanya
pengajaran yang diseliti atau disaluti penipuan ke?
bukan khusus untuk posting ini
apa-apa pun



terima setakat yang tertera "cerita benar' selagi tidak terbukti ia hanya sesuatu yang direka.

sekiranya "dia' yang menipu , serahkan pada Allah mengganjarkannya pahala ataupun dosa...sebab disisi Allah, mungkin bukan semua 'penipuan' itu Allah cela.
sedang anda yang mengambil pelajaran yang baik dari kisah tipu itu, Allah pasti menyukainya.

pandanga sekupang dua dari saya..


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 07:36


Saya hanya masukkan cerita ini hanya untuk pengajaran kita semua supaya tidak melakukan perkara sebegitu kepada suami & ahli keluarga kita...hanya untuk pengajaran & tauladan anda semua..saya pun tak tahu cerita ini sama ada betul-betul kiasah benar @tidak..saya hanya copy& paste sebab saya nampak cerita ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua..bukan untuk menipu anda semua..bukankah dengan memberikan cerita2 pengajaran&tauladan ini baik&boleh menyedarkan kita semua..


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 10:43


Pada 14-12-09 07:36 , hafieza25 posting:

!!! QUOTE !!!

Saya hanya masukkan cerita ini hanya untuk pengajaran kita semua supaya tidak melakukan perkara sebegitu kepada suami & ahli keluarga kita...hanya untuk pengajaran & tauladan anda semua..saya pun tak tahu cerita ini sama ada betul-betul kiasah benar @tidak..saya hanya copy& paste sebab saya nampak cerita ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua..bukan untuk menipu anda semua..bukankah dengan memberikan cerita2 pengajaran&tauladan ini baik&boleh menyedarkan kita semua..



isnin yang ceria.....yang menyediakan pahala bagi sesiapa yang berpuasa demi menghidupkan sunnah rasulnya..

hafieza janganlah terasa....saya yakin tiada siapa pun bermaksud menuduh hafieza menipu kita semua...kalau pun ada rasa tidak senang, mungkin kerana ada yang berpandangan penulis mengaku cerita benar sedangkan ia cuma direka...

kecik saja ni...yang penting pengajarannya memang boleh dihalusi untuk di cari 'makna ' oleh kita semua.

pada saya pula....isteri tersebut mungkin derhaka, tapi suami itu pulak tidaklah pula berlaku bijaksana. Mengapa dihukum isteri dengan 'dendam' yang ditinggal dalam wasiatnya, sedang selaku pemikul amanah, isteri adalah wanita yang diamanahkan untuk ditarbiyyah olehnya.

mana keupayaan dia selaku suami sehingga perlu menunggu mati dulu untuk memberi 'pelajaran' kepada isterinya.....kasihan isteri yang derhaka....lebih kasihan suami yang membiarkan isterinya derhaka....apalah yang hendak dijawab kepada Tuhannya tentang isteri yang dibiarkan melakukan wewenangnya ke atas dirinya (suami itu)....kuasa nafkah ditangannya, kuasa talak ditangannya....Kenapa membiarkan diri menjadi suami yang tidak 'berdaya'... salah siapa sebenarnya ???

sekadar pandangan saya....terbatas setakat cerita yang dikepilkan di sini saja... :-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 21:20


maaf kalau ada yang terasa dengan pendapat saya
saya pun bukan menuduh peng copy paste menipu dengan cerita ini
dan kalau baca betul-betul pendapat saya itu merujuk kepada kisah tersebut bukannya orang yang copy paste
pendapat saya itu pun umum untuk apa-apa hal berkaitan "pengajaran yang diseliti atau disaluti penipuan"



berkaitan dengan wasiat seperti itu bagaimana ya hukum sepatutnya?
bolehkah begitu? :berfikir:


agaknya suami itu dah berusaha sedaya upaya membimbing isterinya tapi tidak berjaya..boleh juga fikir begini :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117996 saat. Lajunya....