Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Osteoartritis


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Osteoartritis

Please Mendaftar To Post


Oleh Osteoartritis

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 02:14


Osteoartritis merupakan sakit sendi yang sekarang ini sudah agak ramai penghidapnya.


Sendi terdapat di bahagian tubuh di mana dua hujung tulang bertemu dan bergerak, seperti di bahagian lutut, bahu, pergelangan tangan dan kaki.


Selain daripada rasa sakit, tanda-tanda lain sakit sendi termasuk bengkak, rasa kejang dan kemerah-merahan pada kulit yang mengelilingi sendi.


Profil pesakit pun berbeza-beza. Ada yang daripada golongan muda yang aktif bergiat dalam sukan.


Ada pula yang daripada peringkat pertengahan umur yang mengadu sakit secara tiba-tiba selepas memakan makanan tertentu.


Daripada golongan pesakit yang telah lanjut usia pula, sakit lutut apabila berjalan atau menaiki tangga merupakan satu aduan yang kerap didengar.


Ada pelbagai jenis atau punca sakit sendi, antaranya secara ringkas ialah :


** Sendi yang terseliuh akibat kecederaan atau kegunaan yang berlebihan. Jika kecederaan itu serius, keretakan pada tulang boleh berlaku.


** Sendi yang dijangkiti kuman menerusi luka dalam yang berdekatan atau menerusi perjalanan darah dari sumber yang jauh.


** Penyakit gout yang disebabkan terbentuknya kristal asid urik di dalam sendi, lantas sendi menjadi sakit, bengkak dan kemerah-merahan. Pesakit harus mengurangkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti hati, makanan laut dan sebagainya bagi mengelakkan serangan gout.


** Rangkaian penyakit autoimun, termasuk penyakit reumatoid artritis, yang bukan sahaja menjejas banyak sendi, malah organ-organ dalaman yang lain.


** Barah tulang atau barah darah.


** Penyakit osteoartritis yang akan diterangkan secara lebih terperinci di bawah ini :



Kegemukan dan sakit sendi

Apakah pula kaitan kegemukan dengan penyakit sendi?


Berat badan yang berlebihan boleh mengakibatkan sejenis penyakit sendi kronik yang dinamakan osteroartritis. Ia sering menjejas sendi yang menampung berat badan seseorang, seperti sendi lutu dan sendi punggung.


Pesakit yang mengalami osteoartritis di bahagian lutut, berasa bisa pada sendi mereka tatkala mereka berjalan, menaiki tangga atau berdiri lama.


Mereka juga akan mengalami kepayahan untuk bangun berdiri setelah duduk atau melipat kaki dengan sempurna sewaktu solat, umpamanya. Bengkak pada sendi boleh juga berlaku.


Penyakit osteoartritis berlaku kerana lapisan tisu yang biasanya melicinkan pergerakan hujung tulang di dalam sendi, kehausan dan menjadi tipis. Ini disebabkan kombinasi proses penuaan, kecederaan yang lampau pada sendi atau kegunaan sendi yang berlebihan, terutama sekali jika si pesakit berbadan gemuk.


Akibat menampung berat badan yang berlebihan, lapisan tisu dalam sendi tersebut kehausan dengan lebih cepat lagi, lantas menimbulkan tanda-tanda sakit dalam usia yang lebih muda berbanding seseorang yang berbadan sederhana. Pemeriksaan tak-ray boleh dilakukan untuk memastikan tahap penyakit bagi menentukan rawatan yang terbaik untuk si pesakit.


Apakah jenis rawatan bagi si pesakit yang mengalami sakit osteoartritis? Terdapat empat cara rawatan yang dijalani oleh pesakit osteoartritis ini.



Turunkan berat badan

Bagi mereka yang berbadan gemuk, adalah penting menurunkan berat badan kerana ini akan dapat mengurangkan tekanan pada sendi.


Penurunan berat badan, walau bagaimana sedikit pun, akan dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi.


Ini boleh dicapai melalui senaman yang secukupnya dan pemakanan yang sihat.


Jenis senaman yang sesuai bagi pesakit sendi itu termasuklah kegiatan-kegiatan yang kurang lasak seperti berjalan kaki, mengayuh basikal atau berenang. Ini harus dijadikan amalan harian.



Ubat-ubatan

Ubat-ubatan juga boleh membantu dan dibahagikan kepada dua kategori.


Kategori pertama, untuk mengurangkan kesakitan dan diambil apabila perlu.

Bagaimanapun, pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan untuk jangka masa panjang tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan kesan buruk seperti luka pada lapisan perut dan kerosakan ginjal.



Kategori kedua, adalah ubat tambahan atau supplemen yang dinamakan glucosamine yang boleh membantu memulihkan lapisan tisu yang telah tipis.

Proses pemulihan ini memakan masa dan pesakit harus mengambil ubat ini untuk jangka masa panjang.

Namun, keberkesanan ubat tambahan ini berbeza bergantung kepada tahap penyakit.



Suntikan ubat

Suntikan ubat terus ke dalam sendi adalah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan jika ubat-ubatan kurang berkesan.


Ubat untuk menurunkan radang atau bengkak yang dinamakan corticosteroids beserta ubat pelali lignocaine apabila disuntik terus ke dalam sendi, dapat membantu meringankan rasa sakit.


Suntikan daripada jenis hyaluronic acid pula diharap dapat membantu melicinkan semula pergerakan hujung tulang di dalam sendi berkenaan.



Pembedahan

Bagi penyakit osteoartritis peringkat lanjut di mana kaedah rawatan lain seperti ubat-ubatan dan suntikan gagal memberikan kesan yang diharapkan, rawatan yang terbaik adalah pembedahan bagi menggantikan sendi yang yelah rosak.


Pembedahan ini dilakukan di hospital oleh pakat penyakit tulang atau ortopedik.


Penyakit sendi adalah satu masalah perubatan yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dari setiap peringkat umur.


Sakit yang berlarutan pula boleh menjejas kegiatan harian dan mutu kehidupan seseorang.


Dari itu, segeralah dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami tanda-tanda sakit yang disebutkan.





Oleh Dr Nor Azhar Mohd Zam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113649 saat. Lajunya....