Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 6 hari yang lalu
nabilah: 6 hari yang lalu
aye: 8 hari yang lalu
tereturubuzu: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 'Doa' Nik Aziz dikecam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 'Doa' Nik Aziz dikecam

Please Mendaftar To Post


Oleh 'Doa' Nik Aziz dikecam

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 304
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 16:12


'Doa' Nik Aziz dikecam
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mengumumkan perletakkan jawatan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), pada sidang akhbar di Kota Bharu, minggu lepas. - Foto Ramli Hussin

Mohon masa depan PM binasa hanya kerana isu royalti minyak keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ulama semalam membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Mereka mengingatkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.

"Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," katanya ketika dihubungi, semalam.

Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.


any comments? what happened? huhu...

source:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20091128230204/Article/index_html

:berfikir:


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

  


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 17:23


minum kat kedai mamak tadi sambil baca paper berita harian nampak isu ni. tak sangka pula sampai macam tu sekali.kita tunggu respon pihak tok guru sendiri berkenaan dengan hal ni.tak tahulah nak kata macam mana.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 29-11-09 18:08


Doa sesuatu yang tidak baik kepada org Islam adalah amalan tak baik.Tak silap Nabi pernah doakan tak baik pun pada Abu Jahal (itu pun bukan Islam) sebab memang dah tak tahan dengan sikap dia. Tapi kalau org Islam amaran diberi pada org munafik.

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 19:11


hehhee....

pada saya bijak tok guru ni...
dia tau ramai yang akan bantai dia tentang isu ni...
dan lagi dua tiga hari akan keluar lah jawapan dr tok guru..
tak percaya tengok..

p/s.. zalimnya tok guru tak sezalim tok jib yang menafikan hak rakyat klate..

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 19:14


adakah kalian semua pasti akan kesahihan berita yang disampaikan oleh surat2 khabar????


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

  


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 21:44


Pada 29-11-09 19:14 , khalifah posting:

!!! QUOTE !!!

adakah kalian semua pasti akan kesahihan berita yang disampaikan oleh surat2 khabar????

KLIK SINI mungkin video ini sedikit berkenaan dengan tajuk di atas. banyak lagi penjelasan mengenai video ni, cari saja di internet..banyak respon berkenaan dengan doa yang dimaksudkn..saya tak mampu menjelaskan doa yang dimaksudkan.. ada yang lebih arif..


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mariatul_qibtiah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2005
Ahli No: 13588
Posting: 9
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 22:04


salam..

pada saya,membaca berita2 dr suratkhabar2 arus perdana hendaklah diseimbangkan dengan membaca berita2 dr s/khabar2 alternatif untuk mndaptkan lebih informasi agar kita dapat tahu daripada kedua-dua belah pihak dan seterusnya dapat membuat pertimbangan yang lebih adil..


-----------------
Sesungguhnya kita merancang,Allah juga merancang.Tetapi,perancangan Allah adalah yang terbaik kerana akal manusia tak tercapai dek hikmah yang akan mendatang.


Bookmark and Share

  


  Member Information For mariatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada mariatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 22:27


Berita ini disebarkan semata-mata untuk memfitnah & memburukkan pihak yang dijulang sebagai pejuang kebenaran. Jangan mudah percaya kepada fitnah dunia.

Bookmark and Share

  


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 00:24


malang sekali ek..ada orang masih percaya kepada akhbar penfitnah no 1 di malaysia ni ek...



Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-11-09 08:00


Tiada satu pun negara di dunia hari ini yang mengurus hasil bumi termasuk petroleum dan gas mengikut hukum Islam.Baik royalti mahupun wang ihsan, ia bukanlah bersumber dari hukum Islam. Jadi isu disini bukan kerana ia tidak diuruskan dengan hukum Islam, tetapi kerana kerajaaan pusat tidak memberi royalti.

Dalam Islam, segala galian yang dikategorikan secara fiqih sebagai ma'ul idd (air yang mengalir) dikategorikan sebagai milkiah ammah (kepemilikan umum). Pembahasan hukum milkiah ammah adalah berbeza dengan hukum kepemilikan negara, mahupun kepemilikan individu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-11-09 12:35


Gubal Undang-undang Petroleum - Nik Aziz Keliru     

KOTA BHARU 18 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak agar undang- undang mengenai petroleum digubal semula bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada kerajaan negeri Kelantan. Beliau berkata, peruntukan yang ada selama ini tidak mengambil kira kaedah keadilan asasi dan hanya mementingkan 'maslahah' sebelah pihak semata-mata.

''Dengan mengetepikan kaedah keadilan asasi, ia akan menimbulkan perasaan dendam, penindasan dan kezaliman,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Beliau mengulas isu royalti petroleum yang dituntut Kelantan yang menimbulkan perdebatan hangat di Dewan Rakyat semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menggulung perbahasan semalam menegaskan, tindakan kerajaan Pusat memberikan wang ihsan kepada Kelantan adalah mengikut lunas undang-undang berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Menurut Mohamed Nazri, kerajaan sedia berhadapan tindakan mahkamah oleh kerajaan Kelantan yang bertegas mendakwa layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan. Nik Abdul Aziz berkata, sama seperti balak dan logam, petroleum adalah kurniaan Allah secara semula jadi di bumi Kelantan tanpa sedikit pun campur tangan manusia. ''Maka negeri ini berhak menjadi tuan punya kepada kurniaan itu sama seperti balak, logam dan lain-lain yang berada di muka bumi atau di perut bumi. ''Sebarang perselisihan dan pertikaian yang timbul dalam perkara ini mestilah diselesaikan dengan kaedah keadilan asasi," ujar beliau. Dalam hal itu katanya, kerajaan Pusat boleh melaksanakan kaedah supaya sebahagian hasil dapat dimiliki bersama seperti dalam bentuk cukai pendapatan, namun hak pemilik sebenar mesti diambil kira.

Sumber: Utusan Malaysia 19/11/09

Ulasan Mykhilafah: Gubal Undang-Undang Baru Petroleum Atau Terapkan Sistem Ekonomi Islam? Nik Aziz Keliru

Agak pelik apabila Nik Aziz mengesyorkan penyelesaian isu minyak di Kelantan dengan kaedah keadilan asasi. Apakah yang beliau maksudkan dengan keadilan asasi itu? Apakah ianya bermaksud penyelesaian secara Islam atau akal manusia? Dalam pandangan sistem ekonomi Islam, harta kekayaan yang ada di bumi ini tidaklah bebas untuk dimiliki oleh individu, sebagaimana yang ada dalam pemahaman sistem ekonomi kapitalisme. Pandangan Islam juga tidak seperti sosialisme, yang memandang bahawa harta kekayaan yang ada di bumi ini hanyalah untuk dimiliki oleh negara. Di dalam sistem ekonomi Islam, status kepemilikan terhadap seluruh harta kekayaan yang ada di bumi ini dapat dikategorikan kepada 3 bahagian:

Pertama: Kepemilikan individu, iaitu hukum syara’ yang berlaku bagi zat atau manfaat tertentu, yang memungkinkan bagi yang memperolehnya untuk memanfaatkannya secara langsung atau mengambil kompensasi (’iwadh) dari barang tersebut.

Kedua: Kepemilikan umum, iaitu izin asy-syar’i kepada suatu komuniti untuk bersama-sama memanfaatkan suatu benda.

Ketiga: Kepemilikan negara, iaitu harta yang tidak termasuk kategori milik umum melainkan milik individu, namun barang-barang tersebut terkait dengan hak kaum muslimin secara umum.

Dari pembahagian di atas Islam telah mengkategorikan petroleum sebagai harta milik umum (milkiyyah al-’ammah) dalam erti kata syara’ telah memberi izin untuk rakyat menggunakan dan memanfaatkannya secara bersama tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan sekular Kapitalis hari ini yang memilik individukan petroleum kepada kepada syarikat swasta seperti Petronas. Dalam kedudukan hari ini rakyat hanya ’digula-gulakan’ dalam bentuk wang ihsan ataupun royalti. Justeru itu jika isu minyak di Kelantan diselesaikan dengan penyelesaian Islam maka sudah pasti tidak akan timbul isu wang ihsan mahupun royalti.

Hari ini para pemimpin sekular tidak akan menerapkan Islam. Apa yang kita sebagai umat Islam perlu adalah Daulah Khilafah yang akan menerapkan Islam secara syumul. Penerapan syumul ini akan mewujudkan kesejahteraan dan rahmat bagi seluruh alam. Berbeza dengan sistem kapitalisme hari ini yang diterapkan hanya untuk mensejahterakan kroni-kroni tertentu sahaja!

Wahai seluruh umat Islam! Petroleum adalah milik seluruh umat Islam. Di dalam Islam, Asy-Syaari' (Allah Subhanahu wa Ta’ala) telah menetapkan bahawa petroleum adalah termasuk dalam hak milik awam (milkiyyah al-'ammah), dan bukannya hak milik negara atau negeri. Hak milik awam atau harta benda awam (public properties) adalah suatu ‘aset’ yang mana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan pemilikan(ownership)nya kepada semua Muslim secara sama rata. Allah membenarkan setiap individu muslim ‘memanfaatkannya’ (menggunakannya), tetapi setiap individu itu dilarang ‘memilikinya’. Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan dan bekalannya tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua aset di atas adalah hak milik awam (milkiyyah 'ammah) yang mesti dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan tidak boleh (haram) dimiliki oleh mana-mana individu, syarikat swasta mahupun negara, apatah lagi dimiliki untuk dikaut keuntungannya (sebagaimana berlaku sekarang). Petroleum termasuk ke dalam ketegori yang ke-3, iaitu bahan galian dalam kuantiti yang banyak. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan perkara ini dalam satu hadis.

Dari Ibnu Abbas .a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” . Anas .a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas .a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (dan harganya adalah haram). Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah .a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” . Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah SAW benarkan bagi semua orang untuk berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang menghalangi orang lain dari menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun boleh ‘mengindividukan’ atau menswastakan suatu aset yang Allah telah sediakan kepada awam. Desakan Nik Aziz itu tidak akan ada nilainya jika Islam tidak dijadikan asas.

sumber : www.mykhilafah.com

Bookmark and Share

  


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-11-09 14:02


bukan nak percaya pada media, even Datuk Harussani pun beri keterangan umum tanpa menyebut nama TGNA..

tiba-tiba media makin seronok nak cari kesalahan TGNA

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 14:16


Allah sebaik-baik pembalas tipu daya
Janji Allah pasti doa makbul bagi siapa orang yang teraniaya
Allah sebaik-baik pembalas fitnah
apa nak susah dalam Islam kan..
mahkamah dan hukuman Allah tersedia di akhirat :jangan:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 14:30


tengok tak video yang saya link kan tu berkenaan dengan VIDEO DOA tu..

berita skadr menyampaikan berita. dan setahu saya VIDEO ini sudah lama tapi dalam tahun ini juga, cuma mungkin sejak pelbagai isu diketengahkan melanda pas, terus menerus isu dilambakkan.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 16:47


media pro BN saja nak mencalarkan imej TGNA...
tak habis-habis lepas satu persatu isu digembar gemburkan...
sebab mereka tak ada cara lain lagi nak menjatuhkan TGNA...
kerana ramai yang menghormati TGNA...


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

  


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 21:05


setelah diulang dengar beberapa kali inilah yang didengar
............. = bermaksud yang didengar tidak jelas sebabnya tuan guru nik aziz kecek kelate :D


".....Dalam doa sebut nama najib sebut nama zahid....
ya Allah ya Tuhan ku...kalau Mu tengok...2 orang ni... ada bakat untuk menjadi baik bukalah pintu hati dia untuk islam dan iman..kalau tak ada bakat...jadi baik..... turunlah bala..supaya orang lain gerun nak tiru...."


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 21:33


TGNA penghalang utama kerajaan perpaduan, sebab itulah satu demi satu serangan dilakukan terhadap beliau. Moga untuk Guru terus dikurniakan nikmat kesihatan. Ameen.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

  


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 30-11-09 21:56


aik baru doa saja dah takut, ingatkan kuat sangat.... dengar saja doa dah takut tapi yang duduk lnggr saja suruhan dan buat saja lrgn tak pula takut...

Bookmark and Share

  


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 21:58


Ameen ya Rabbal 'Alamin...bagi ana kalau seseorang di zalimi,mak ianya berhak berdoa..seperti mana Al-Hajaj pernah d doakan kecelakaan..oleh sebab banyak membunuh dan menganiayi para ulama..namun bagi hal Tuan guru sudah terang ianya telah di eksploitasikan media pro kera jaan..hemm..ATAU ADAKAH MEREKA TAKUT DOA TUAN GURU yang MUSTAJAB TU?...


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

  


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 22:08


kan didoakan moga dibuka pintu hati untuk Islam dan iman kalau ada kebaikan... kan bagus sangat tu.. tak kan tak nak doa tu


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 16:59


memula kan ke tgna doakan najib bagi royalti..
dimohonkan lagi dibukakan pintu hati....
mak oi...
ingat senang ke org nak doakan kita elok-elok...

tapi kalau tak bagi mereka dah macam org teraniaya lah..
aduhai..
dahlah penat2 kaji..
lepas itu pergi minta..
akhirnya yang dapat Ketua2 bahagian nanti..
ishishish..
adil ke begitu..
kecil2 dulu mak selalu pesan..
do'a org teraniaya ni senang makbul...

p/s.. kalau tok jib dengan umno rasa dirinya betul apa yang mereka nak takut sangat..

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 17:49


antara DOA yang makbul adalah doa orang yang dizalimi, seandainya TGNA berasa dizalimi, memang patut pun dia berdoa pada ALLAH,,lagipun doa TGNA awal-awal lagi menyebut agar NAJIB menerima hidayah,kemudian baru TGNA doa agar bala menimpa seandainya NAJIB berterusan menzalimi TGNA,,,

tapi masalahnya media BN dan pencacai UMNO hanya highlight kan doa bala kepada najib, tapi disorokkan doa TGNA agar NAJIB menerima hidayah...dan disorokkan pula kezaliman Najib kepada TGNA..

Bookmark and Share

  


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-09 17:54


pergi jalan lah dengan media pro bn ini......tak habis-habis ...buat propaganda.......


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

nuzra_awatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 01-12-09 18:57


rakyat klntn sudah lama tertindas.doa org teraniaya ni selalu Allah makbulkn..Tok Guru wakil rakyat klntn kan.biarlah Allah saja yang menilai


-----------------
hanya DIA yang mengetahui diriku lebih dr diriku sendiri..


Bookmark and Share

  


  Member Information For nuzra_awatifProfil   Hantar PM kepada nuzra_awatif   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 08:32


Himpunan desak Nik Aziz undur

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
[email protected]



Mereka menyerahkan memorandum menyuarakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan itu berhubung pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini terutama doa meminta kepada Allah supaya memusnahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.



Memorandum itu mengandungi dua tuntutan:

Pertama, mendesak Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan 'doa kemusnahan' dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini termasuk Perdana Menteri serta jemaah menterinya.




Sementara itu, Che Johan berkata, perhimpunan itu adalah permulaan desakan kepada Mursyidul Am Pas itu supaya sedar dengan tindakannya yang telah memecah belahkan umat Islam dengan pelbagai kenyataan serta isu moral melibatkan menantunya dalam PMBK.


"Kami rakyat Kelantan yang prihatin mewakili pelbagai lapisan masyarakat Melayu Islam Kelantan dan NGO merasa kesal yang amat sangat terhadap kenyataan doa kemusnahan.


Keesokannya, pada Hari Raya Aidiladha, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak dan jika tidak doakan supaya pemimpin nombor satu negara itu bersama konco-konconya diturunkan bala.



----------------------------------------------------------


Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah. Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah. Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.     :jangan:



jika adalah fitnah..SESIAPA pun yang pernah difitnah
Allah yang akan bersihkan nama
kalau bukan di dunia, pastinya di akhirat
lihat contoh aisyah .a dan maryam (ibu nabi Isa a.s)
awas pemfitnah
awas penyebar fitnah
awas penyokong fitnah
awas penyokong penyebar fitnah :jangan:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 08:49


!!! QUOTE !!!

Mereka menyerahkan memorandum menyuarakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan itu berhubung pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini terutama doa meminta kepada Allah supaya memusnahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.



Memorandum itu mengandungi dua tuntutan:

Pertama, mendesak Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan 'doa kemusnahan' dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini termasuk Perdana Menteri serta jemaah menterinya.



persoalan disini..

1-siapakah "mereka" yang dimaksudkan didalam artikel diatas ?
2-Kenapa nak minta TGNA menarik balik doa doa tesebut jika "mereka" merasakan Najib tak menganiayai dalam perkara royalti ? jadi ini memang membuktikan bahawa memang najib sedang menganiayai kelantan dan sekarang dalam keadaan panas kerana doa tersebut?

Bookmark and Share

  


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

pu3_umairah86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2009
Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 09:13


moga-moga pilihanraya akan datang,pembangkang akan menang..
harap semua golongan berprlajaran akan lebih buka mata..
bukan memikirkan dunia semata-mata saja..
macam-macam isu BN da fitnah..
so bagi peluang pas pula memerintah..
baru lah dapat rasa perbezaanya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For pu3_umairah86Profil   Hantar PM kepada pu3_umairah86   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 11:35


sedih pulak aku tengok mereka-mereka yang menolak kepimpinan ulamak ni..ada yang siap berkopiah lagi menyertai bantahan tu..



Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islam88
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22181
Posting: 65
Dari: pasir puteh,kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 11:49


Berita ini disebarkan semata-mata untuk memfitnah & memburukkan pihak yang dijulang sebagai pejuang kebenaran. Jangan mudah percaya kepada fitnah dunia.

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_islam88Profil   Hantar PM kepada nur_islam88   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 12:20


hehehe///
semuanya nak jadi hero kat kelate sekarang ni..
taun depan duit turun dr langit..
maka dah tak payah tunggu arahan dr ketua bahagian dah..
tim ketua bahagian pun nak tumpang semangkuk..
hehe..
duit punya pasal kalah pun tak mengapa..

umno kelantan adalah umno yang paling special sekali dalam dunia..
semua bahagian umno akan dapat peruntukan sejuta setahun..
tapi umno kelantan yang kalah dapat 2 juta..
jadi lebih baik kalah praya dr menang praya..
taun depan masuk pula duit ehsan..
wau..2 juta + 3 juta....
kaya ketua bahagian...

p/s.. nak try masuk tender..

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 12:48


siapa yang kata doa memusnahkan tu?

kata-kata itu doa.. :berfikir:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-09 13:09


Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama
M Faqih & Salmah Mat Husain

Sumber: www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23493:penzalim-yang-degil-wajar-didoa-bala-ulama&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125    


KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.

"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.

"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.

"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-12-09 07:56


Ini contoh doa laknat bagi mereka yang menganiaya :

Cerita pertama tentang sahabat nabi SAW yang bernama sa`ad bin abi waqqas.Dia minta kat nabi supaya jadi org yang mustajab doa. lalu nabi kata baiki makanan kamu nescaya kamu akan jadi org yang mustajab doa.waktu dia menjadi wali kufah setelah disuruh oleh khalifah Umar .a. ada khabar yang tidak elok tentang Sa`ad sampai kepada Umar. Lalu Umar menghantar org untuk ... See More menyiasat. ... See More Dalam siasatan tersebut semua org mengatakan perkara yang baik tentang sa`ad kecuali seorang lelaki dari bani `abbas.lalu apabila sampai kepada pengetahuan sa`ad lalu dia pun berdoa : Jika lelaki tersebut berbohong,..panjang kanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan berikan fitnah2(ujian) dalam hidupnya. Ternyata lelaki itu d panjangkan usianya,berada dalam kefakiran dan masih miang hingga akhir hayat

ke-2

Cerita kedua tentang sahabat yang bernama Sa`id bin Zubair .a. salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga.Alkisahnya ada seorang perempuam mengadu kepada Marwan bin Hakam bahawa Sa`id telah mengambil tanahnya tanpa hak. Lalu Sa`id berdoa : Ya Tuhan, jika perempuan ini berdusta, engkau butakanlah matanya dan matikanya di tanahnya. Setelah beberapa ... See Morelama,mata perempuan itu menjadi buta. Dan dia mati kerana terjatuh ke dalam lubang di tanahnya(lkawasannya) dan tidak boleh keluar. Mayatnya turut dikebumikan di tempat tersebut

Cerita di atas diambil dr syarakah Dr. Yusuf al-Qardhawi . diterjemahkan oleh sahanat ana .... moga dapat pemahaman .

Bookmark and Share

  


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-12-09 12:52


Kalau ikut pada kitab berita harian dan utusan, memang takkan habis-habis mengatakan TGNA tak patut DOA begitu..

TGNA mulanya berdoa agar diberikan HIDAYAH buat pemimpin-pemimpin.. agar dibukakan hati untuk memberi hak pada rakyat.. agar rakyat tak dizalimi.. agar semua dalam keadaan baik-baik belaka..biar aman belaka.. tapi jika sebaliknya, minta Allah turunkan bala agar yang jahat-jahat tu musnah.. tak ada lagi yang dizalimi terus dizalimi..

tapi ada juga manusia yang tak berapa nak sedar diri.. buat bantahan supaya TGNA letak jawatan.. suruh minta maaf.. padahal isu royalti bukan untuk TGNA bahkan untuk rakyat negeri kelantan..



Bookmark and Share

  


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-12-09 14:37


cerita lah bagaimana sekalipun..
puak2 ni tak percaya punya..
mereka akan suruh ulamak2 upahan mencari dalil untuk menghentam tgna..
mmmm..
entahlah...

p/s... agama digunakan untuk politik tak boleh kata umno..
         mempergunakan agama untuk politik boleh..tak salah.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 17:21


tok guru nik Aziz kata " ada ke patut suruh tarik balik doa, mana ada dalam kitab orang tarik balik doa. kalau dah berdoa tu berdoalah, mana ada tarik balik.Sepatutnta dilawan dengan doa juga. Kalau najib takut dengan doa tok guru patut dia doakan pada Allah keselamatannya, istighfar dan pohon perlindungan Allah. Bukan minta tok guru tarik balik doa. Ingat kes mahkamah ke ?... :-D :-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

  


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 17:36


puak2 macam tu manalah tahu apa pun.dah dibutakan bila nak diterangi dengan cahaya pun entahlah


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

  


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 09:48


Antara Doa Dan Politik
Disiarkan pada Dec 06, 2009 dalam kategori Ibadat, Politik |

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin



Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.



Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.



Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.

Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.



Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.

Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.



Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.



Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!



Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!



Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa.



Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.walaupun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.walaupun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku. Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku. Aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia. Aku redha seperti mana manusia redha. Aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.



Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.



Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘habis seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.



Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.



Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

muhdevori
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38634
Posting: 26
Dari: kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 15:54


doa macam ni doa nabi nuh kan..
sebab umat masa 2 degil, keras kepala sangat..

Bookmark and Share

  


  Member Information For muhdevoriProfil   Hantar PM kepada muhdevori   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158631 saat. Lajunya....