Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Fahami Gastritis


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Fahami Gastritis

Please Mendaftar To Post


Oleh Fahami Gastritis

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 14:19


Apakah yang dimaksukan dengan gastritis? Ia adalah nama bagi satu kumpulan masalah kesihatan yang mempunyai satu ciri yang sama iaitu radang atau inflamasi pada lapisan di perut.



Penyakit ini juga boleh menyerang secara mendadak (disebut gastritis parah) atau secara perlahan (disebut gastritis kronik).


Dalam sesetengah kes, gastritis boleh membawa kepada masalah yang lebih buruk iaitu risiko terkena barah perut. Namun, kebanyakan pesakit gastritis tidak mengalami kesan yang seserius ini dan mereka cepat sembuh selepas mendapatkan rawatan.



Tanda-tanda

Beberapa tanda gastritis adalah :

>>> Sakit memulas dan pedih di dalam bahagian atas perut yang menjadi lebih teruk atau lebih baik selepas makan.

>>> Mual

>>> Muntah

>>> Hilang selera makan

>>> Perut bahagian atas rasa kembung selepas makan

>>> Berat badan merosot



Punca

Gastritis biasanya terjadi apabila lapisan yang melindungi perut menjadi lemah atau rosak. Lapisan yang berlendir ini melindungi dinding perut daripada asid yang fungsinya menghadamkan makanan. Jadi lapisan ini lemah, maka asid ini boleh merosakkan lapisan perut.


Beberapa faktor yang menyebabkan lapisan perut menjadi lemah termasuklah :


>>> Jangkitan bakteria Helicobacter pylori


>>> Kerap menggunakan ubat pelega sakit yang boleh melemahkan dinding perut.


>>> Stres seperti menjalani pembedahan besar, mengalami keceraan serius, kebakaran atau jangkitan kuman yang teruk.


>>> Penyakit gangguan hempedu yang membuat hempedu memasuki perut dan menyebabkan radang dan gastritis kronik.


>>> Penyakit lain seperti HIV dan Aids, jangkitan parasit penyakit hati dan ginjal.


Rawatan untuk gastritis bergantung kepada puncanya. Gastritis kronik yang berakibat daripada bakteria Helicobacter pylori, misalnya, boleh dirawat dengan menghapuskan bakteria itu.



Pencegahan

---> Amalakan tabiat makan yang baik. Makanlah dalam jumlah yang sederhana, makan pada masa yang tetap dan relaks semasa makan.


---> Amalkan berat bada yang sihat. Sakit ulu hati, kembung perut dan sembelit lebih sering dihadapi orang yang berlebihan berat badan.


---> Banyak bersenam


---> Tangani stres


---> Elakkan makanan yang memedihkan perut seperti makanan berempah, berasid, bergoreng dan berlemak. Namun, ingat, walaupun makanan ini boleh mengurangkan kesan gastritis, ia tidak boleh mencegahnya.


---> Usah merokok

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 14:59


good info .. lily mawar ni dokter ke? tak pernah dengar pun penyakit ni..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 16:56


Pada 23-11-09 14:59 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

good info .. lily mawar ni dokter ke? tak pernah dengar pun penyakit ni..


tak pernah dengar ke???
gastritis = gastrik


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 17:09


oo .. gastrik ... biasa dengar ... :D


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-09 09:25


Saya pun ada gastrik . Lambat makan sikit perut dah pedih. Kalau pedih makan banyak mana pun tak hilang juga pedih tu. Tapi rasa belum kronik lagi.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113063 saat. Lajunya....