Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Aung San Suu Kyi


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Aung San Suu Kyi

Please Mendaftar To Post


Oleh Aung San Suu Kyi

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 10:35


/


KETIKA namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan 1991, beliau tidak dapat merayakan kejayaan itu apabila terpaksa merengkok dalam tahanan rumah kerana memperjuangkan keamanan dan demokrasi di negaranya.

Anugerah berprestij kepada tokoh yang menggadaikan hidup kerana perjuangan keamanan seolah-olah tidak ada makna kepada wanita yang kini berusia 64 tahun ini.

Kebebasannya sebagai manusia merdeka diambil dengan tujuan prinsip perjuangan politik untuk demokrasi akan luntur. Keperitan hidup sebagai tahanan dalam rumah sejak dua dekad lalu tidak mengubah falsafah perjuangan yang dikutip daripada susur prinsip Mahatma Gandhi. Beliau pengagum Gandhi kerana memegang falsafah berjuang untuk demokrasi tanpa keganasan dan falsafah itu terus menyambung hayatnya hingga hari ini.

Demikian susur derita yang dilalui oleh pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang terus menjadi tahanan rumah oleh junta tentera Myanmar. Biarpun beliau hanya seorang wanita yang kental tradisi wanita Myanmar, Suu Kyi memberi tamparan hebat kepada junta tentera kerana kelembutannya tidak mengubah prinsip hidupnya.

Memenjarakan wanita ini dalam rumah sebenarnya tidak memenjarakan semangat perjuangan yang disampaikan kepada penyokong-penyokong prodemokrasi Myammar. Kuasa di muncung senapang junta tentera tidak sedikit pun mematahkan gerakan perjuangan demokrasi sekalipun pemimpin mereka dipisahkan dari dunia luar. Suu Kyi wanita besi yang tidak mengalah kepada tekanan fizikal dan mental sepanjang dua dekad menjadi tahanan.

Myanmar sudah lama menjadi barah dalam Asean. Negara ini tidak mendengar kesepakatan yang dicapai dalam Asean supaya pemerintah junta tentera membebaskan Suu Kyi. Selepas Jeneral Than Shwe menjadi pemimpin junta pada 1992, beribu-ribu pejuang prodemokrasi dan rakyat biasa ditangkap dan dipenjarakan, sementara Suu Kyi berulang kali dikenakan tahanan dalam rumah.

Diputuskan

Suu Kyi yang diputuskan hubungan dengan dunia luar, tidak boleh menerima tetamu sama ada dalam atau luar negara dan alamnya hanya di rumah selain buku-buku falsafah yang dibekalkan oleh suaminya.

Suu Kyi menjadi satu-satunya penerima Anugerah Nobel Keamanan yang dirinya sendiri tidak mengecapi keamanan daripada perjuangannya. Keamanan dan kebebasan sebagai manusia merdeka untuk Suu Kyi masih jauh apabila junta tentera terus mengenakan hukuman tahanan dalam rumah berulang kali sejak dua dekad lalu. Mahkamah junta dengan sewenang-wenang mengenakan hukuman sekalipun lebih kepada hukuman politik ke atas Suu Kyi.

Suu Kyi menjadi lambang demokrasi di Myanmar. Apabila “demokrasi” dikurung tanpa diberi peluang membela diri maka demokrasi di Myanmar tidak menampakkan sedikit pun sinarnya. Cuma yang ada kekuatan semangat perjuangan yang luar biasa Suu Kyi untuk melihat Myanmar menjadi negara yang demokratik. Impian ini tidak pernah luntur sekalipun beliau menjadi wanita Asia yang kental dalam jeriji politik junta tentera.

Dalam riuh rendah perjuangan feminisme oleh wanita-wanita Barat, Suu Kyi menjadi model sebuah realiti bahawa perjuangan tidak memilih lelaki ataupun wanita. Dalam keghairahan wanita menuntut hak dalam sistem sosial hingga ke peringkat yang tidak masuk akal, Suu Kyi tetap realistik bahawa di luar sana hanya penuh dengan gembar gembur kononnya satu perjuangan.

Suu Kyi memilih perjuangan tanpa keganasan. Beliau sering meniupkan kewarasan ini apabila berpeluang berucap di hadapan penyokong-penyokongnya. Beliau tidak pernah meminta penyokongnya bertindak ganas menentang junta tentera semata-mata untuk membebaskan beliau dari tahanan. Suu Kyi menjadi model pemimpin untuk rakyat yang sanggup membakar diri demi menghadiahkan demokrasi kepada rakyat.

Tidak banyak pemimpin yang memasuki perjuangan politik sanggup memilih derita kerana prinsip. Pemimpin selalunya akan larut dengan desakan materialisme untuk kepentingan diri. Suu Kyi berulang kali dijanjikan kesenangan diri sekiranya beliau sanggup melunturkan perjuangan demokrasinya. Tetapi tidak seperti banyak pemimpin politik yang lebih sayangkan diri daripada rakyat, prinsip perjuangan Suu Kyi tidak mampu dibeli.

Kesenangan

Kalau beliau memilih kesenangan dan hidup mewah di luar negara, Suu Kyi mampu memperoleh dengan mudah. Beliau tidak perlu menderita sebagai tahanan sekalipun dalam rumah sendiri. Tetapi rakyat lebih memerlukan Suu Kyi daripada Suu Kyi memerlukan kemewahan untuk menjadi manusia yang curang kepada prinsipnya sendiri.

Siapa Suu Kyi? Beliau adalah anak kepada tokoh politik Myanmar, Daw Khin Kyi, yang mengasaskan kerajaan Myanmar. Ibunya pernah menjadi duta di India dan Nepal tahun 1960-an dan Suu Kyi sempat menuntut jurusan politik di Lady Shri Ram College di New Delhi pada 1964. Kemudian melanjutkan pengajian di satu Hugh's College, Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Penglibatan Suu Kyi dalam politik Myanmar bermula tahun 1988 apabila pulang ke Myanmar untuk membantu ibunya tetapi akhirnya menjadi teraju kepada gerakan prodemokrasi. Menjadi manusia pejuang seperti Suu Kyi tidak semudah ucapan retorik kebanyakan pemimpin di hadapan khalayak. Kebanyakannya menggunakan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk mengaut kemewahan peribadi. Kata-kata bahawa mereka berjuang untuk rakyat mencair apabila dilonggokkan kemewahan.

Tetapi Suu Kyi tentunya manusia yang tidak sepintar itu untuk menjaja perjuangan bagi kepentingan diri. Suu Kyi membuktikan dengan perbuatan dan kesanggupan menerima hukuman sekalipun beliau mempunyai peluang untuk hidup mewah. Kerana itu kalau ada pemimpin yang berkata mereka sanggup berkorban untuk kesejahteraan rakyat, kita lihatlah model yang ditunjukkan oleh Suu Kyi, seorang pemimpin, ibu dan isteri yang menghabiskan sebahagian usianya dalam tahanan. Semuanya kerana prinsip dan perjuangan.

Maka jangan terlalu mudah untuk kita menelan kata-kata retorik mereka yang mendakwa berjuang untuk rakyat. Pemimpin dan pejuang, kalau dilihat daripada susuk jiwa Suu Kyi adalah mereka yang sanggup menempuh apa saja demi orang yang dipimpin. Suu Kyi adalah srikandi yang pernah dilahirkan oleh Myanmar, negara yang penuh bercelaru dan kacau bilau apabila junta tentera memegang tampuk kuasa.


:bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 11:23


bebaskan aung san suu kyi!syu kyii simbol pejuang demokrasi pada zaman ini sebaris dengan pejuang-pejuang kebebasan yang lain


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 11:27


Hebat betul wanita bernama Aung San Suu Kyi ini. Kagum dengan semangat dan ketabahannya..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-11-09 01:23


Pada 22-11-09 11:27 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Hebat betul wanita bernama Aung San Suu Kyi ini. Kagum dengan semangat dan ketabahannya..




bolehlah dan layak diberi gelaran WANITA BESI DUNIA ;-) ;-) ;-)

dan berharap dia bebas suatu hari nanti


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.537788 saat. Lajunya....