Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-01-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: EllysR
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43041

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
EllysR: 20 hari yang lalu
solehin: 29 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Soalan-soalan ringkas dan mudah berkaitan sirah Rasulullah s.a.w


Carian Forum

Moderator: Admin, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Soalan-soalan ringkas dan mudah berkaitan sirah Rasulullah s.a.w

Please Mendaftar To Post


Oleh Soalan-soalan ringkas dan mudah berkaitan sirah Rasulullah s.a.w

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 21:25


Assalamualaikum,


Entah ringkas ke mudah soalan ini. Mudah kut tapi tak ringkas. Hanya bertujuan memberi soalan-soalan mudah sambil berkongsi sedikit info.. Boleh refresh pengetahuan2 anda (dan saya).

Saya soal dan jawab berdasarkan buku. Sudi-sudilah jawab. Maaf kekurangan teknik bertanya. Kalau ada salah ringan2 betulkan.

Selamat mencuba :)


1. Nabi Ibrahim a.s berasal dari _________________________.

2. Berikan nama dua bukit di Mekah di mana Siti Hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya Ismail.

3. Peristiwa terpancar air dari telaga zamzam (hentakan kaki Ismail) berlaku selepas empangan besar di Yaman iaitu Sadd Maarib pecah akibat keingkaran mereka kepada Tuhan. Apakah kerajaan yang membina empangan tersebut yang terkenal dengan kepakaran seni bina?

4. Siapakah nabi utusan Allah yang mula-mula membina Kaabah?

5. Bukit ________________________ adalah bukit yang dinaiki nabi Ibrahim untuk menyeru manusia dari seluruh dunia supaya menziarahi Kaabah atas perintah Allah.

6. Suku Khuzaah menyerang suku Jurhum lalu menguasai Mekah. Seorang lelaki daripada suku Khuzaah ini bernama Amru bin Lu'ayy. Apakah sumbangan lelaki ini kepada penyembahan berhala di Semenanjung Arab?

7. Binatang-binatang diberi nama seperti Sa'ibah, Bahirah dan Hami adalah berhala yang disembah di Mekah sebelum kedatangan Islam. Apakah 2 batu berhala yang disembah di Semenanjung Arab yang pada asalnya 2 pasangan "kekasih" tetapi ditukar oleh Tuhan menjadi batu kerana melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah?

8. Pada zaman sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w, raja-raja Farsi dipanggil kisra, raja-raja di Habsyah dipanggil najasy, raja-raja di Yaman dipanggil tubba dan raja-raja Rom dipanggil __________________.

9. Abrahah dan tentera-tenteranya yang bertujuan mahu meruntuhkan Kaabah telah ditewaskan oleh tentera yang diutuskan Tuhan. Peristiwa ini disebut dalam suatu surah dalam al-Quran dan juga tahun telah menjadi panduan kalendar orang Arab. Namakan tentera utusan Tuhan itu, tahun peristiwa dan nama surah Quran serta ceritakan secara ringkas peristiwa tersebut.

10. Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?

11. Abdul Mutallib, anak kepada Hasyim keturunan Ismail adalah datuk kepada Rasulullah. Gelaran yang mahsyur itu berasal daripada gelaran oleh masyarakat Quraisy yang menyangkanya hamba yang dibeli oleh Mutallib iaitu saudara kepada Hasyim yang telah meninggal. Siapakah nama sebenar Abdul Mutallib?

12. Siapakah nama Abdul Uzza yang disebut dalam sebuah surah dalam al-Quran dan apakah kaitan persaudaraannya kepada Rasulullah s.a.w?


Bersambung..



Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" Riwayat al-Nasai dan Ibnu Hibban


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 21:35


1-pelestin
2-safa dan marwa
3-kerajaan sabar'
4-nabi adam
5-bukit cerakah
6-buat patung berhala berupa wajah manusia
7-lata dan uzza
8-kaisar
9-tentera ababil-burung yang bawa batu kecil dr neraka..ada dalam surah al-fill..baca lah sendiri..tahun, tentunye tahun gajah!
10-20 april 562 M (if not mistaken)
11-abu al-hakam
12-abu lahab..pak saudara dia

agak-agak berapa betul ek? :D
ni jawab spontan tau

saya da edit semula..so berapa pula betul?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 21:46


Pada 12-11-09 21:35 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

1-pelestin
2-safa dan marwa
3-konfuz
4-nabi ibrahim
5-bukit...
6-buat patung berhala
7-lata dan uzza
8-kaisar
9-tentera bgajah abraha..ada dalam surah al-fill..baca lah sendiri..tahun, tentunye tahun gajah!
10-562 M (if not mistaken)
11-hisyam
12-abu lahab..pak saudara dia

agak-agak berapa betul ek? :D
ni jawab spontan tau



Bagus juga jawab spontan. Lagi dapat refresh kan..

Soalan 1, 2, 8 dan 12 betul.

Jawapan 6 dan 9 kurang tepat.

Jawapan 10 nak tarikh lengkap

Yang lain tidak betul


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 22:02


tengok balik jawapan saya.. saya da edit balik.. ni pun spontan jugak..huhu


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 07:53


Pada 12-11-09 21:35 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

1-pelestin
2-safa dan marwa
3-kerajaan sabar'
4-nabi adam
5-bukit cerakah
6-buat patung berhala berupa wajah manusia
7-lata dan uzza
8-kaisar
9-tentera ababil-burung yang bawa batu kecil dr neraka..ada dalam surah al-fill..baca lah sendiri..tahun, tentunye tahun gajah!
10-20 april 562 M (if not mistaken)
11-abu al-hakam
12-abu lahab..pak saudara dia

agak-agak berapa betul ek? :D
ni jawab spontan tau

saya da edit semula..so berapa pula betul?



aik id ku dah boleh login. baru ingat tertukar password masa edit info diri malam tadi. patutlah.




Jawapan 1, 2, 3, 4, 8, 9 dan 12 tepat sekali.

Jawapan 6 sebenarnya sebelum dan lepas edit dah betul tapi ada lagi satu jawapan tepat.

No 9, tentera ababil tu betullah tapi sama ada batu dari neraka tidak pula dinyatakan dalam buku. (Huhu saya soal dan jawab betul-betul berdasarkan buku yang saya baca saja. Tiada ilmu lain)

No 10, jawapan dalam kalendar Islam.

Jawapan 5, 7 dan 11 tidak betul.

Tahniah kerana berani menjawab


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 15:49


saya nak jawab yang saya nak saja ye..yang saya perlu katakan ay akan katakan..he..he.

4. Siapakah nabi utusan Allah yang mula-mula membina Kaabah?jawab:..,malaikatsebagian ulama mengatakan bahwa ibrahin hanya menambah maniakkan batu saja..dalil alqur'an: Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".



7. Binatang-binatang diberi nama seperti Sa'ibah, Bahirah dan Hami adalah berhala yang disembah di Mekah sebelum kedatangan Islam. Apakah 2 batu berhala yang disembah di Semenanjung Arab yang pada asalnya 2 pasangan "kekasih" tetapi ditukar oleh Tuhan menjadi batu kerana melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah?bukan..tiu nama2 berhala itu kebanyakannya adalah nama2 orang-orang soleh dizaman dahulu..

10. Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
ada yang mengatakan 9 RABIUL AWAL..ada juga yang mengatakan 12 rabiul awal..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

  


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 23:28


tak ada hadiah ke :).

WA

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-11-09 18:22


agaknya apa hadiah yang sesuai ummi ? :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 15-11-09 02:32


hadiah yang sesuai..???hhmm..sesuai menurut siapa ?sesuai k...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

  


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-11-09 15:54


Pada 12-11-09 21:25 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum,



1. Nabi Ibrahim a.s berasal dari _________________________.

2. Berikan nama dua bukit di Mekah di mana Siti Hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya Ismail.

3. Peristiwa terpancar air dari telaga zamzam (hentakan kaki Ismail) berlaku selepas empangan besar di Yaman iaitu Sadd Maarib pecah akibat keingkaran mereka kepada Tuhan. Apakah kerajaan yang membina empangan tersebut yang terkenal dengan kepakaran seni bina?

4. Siapakah nabi utusan Allah yang mula-mula membina Kaabah?

5. Bukit ________________________ adalah bukit yang dinaiki nabi Ibrahim untuk menyeru manusia dari seluruh dunia supaya menziarahi Kaabah atas perintah Allah.

6. Suku Khuzaah menyerang suku Jurhum lalu menguasai Mekah. Seorang lelaki daripada suku Khuzaah ini bernama Amru bin Lu'ayy. Apakah sumbangan lelaki ini kepada penyembahan berhala di Semenanjung Arab?

7. Binatang-binatang diberi nama seperti Sa'ibah, Bahirah dan Hami adalah berhala yang disembah di Mekah sebelum kedatangan Islam. Apakah 2 batu berhala yang disembah di Semenanjung Arab yang pada asalnya 2 pasangan "kekasih" tetapi ditukar oleh Tuhan menjadi batu kerana melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah?

8. Pada zaman sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w, raja-raja Farsi dipanggil kisra, raja-raja di Habsyah dipanggil najasy, raja-raja di Yaman dipanggil tubba dan raja-raja Rom dipanggil __________________.

9. Abrahah dan tentera-tenteranya yang bertujuan mahu meruntuhkan Kaabah telah ditewaskan oleh tentera yang diutuskan Tuhan. Peristiwa ini disebut dalam suatu surah dalam al-Quran dan juga tahun telah menjadi panduan kalendar orang Arab. Namakan tentera utusan Tuhan itu, tahun peristiwa dan nama surah Quran serta ceritakan secara ringkas peristiwa tersebut.

10. Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?

11. Abdul Mutallib, anak kepada Hasyim keturunan Ismail adalah datuk kepada Rasulullah. Gelaran yang mahsyur itu berasal daripada gelaran oleh masyarakat Quraisy yang menyangkanya hamba yang dibeli oleh Mutallib iaitu saudara kepada Hasyim yang telah meninggal. Siapakah nama sebenar Abdul Mutallib?

12. Siapakah nama Abdul Uzza yang disebut dalam sebuah surah dalam al-Quran dan apakah kaitan persaudaraannya kepada Rasulullah s.a.w?





Jawapan

Saya kongsi jawapan dengan sedikit info yang tidak berjaya dijawab :)


5. Bukit Arafah


6. Amru bin Lu'ayy adalah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada suku kaumnya dan kemudian amalan menyembah berhala tersebar ke seluruh suku-suku Arab yang lain.


7. Isaf dan Nailah

Isaf adalah pemuda dan Nailah adalah gadis dari Yaman. Percintaan mereka dihalang oleh keluarga. Mereka berjanji bertemu di Mekah pada musim haji. Tanpa disedari ramai mereka melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah. Sebagai balasan, Tuhan menukarkan mereka berdua menjadi batu. Selepas itu Isaf diletakkan di Bukit Safa dan Nailah diletakkan di Bukit Marwah sebagai pengajaran dan ingatan kepada orang lain. Amru bin Lu'ayy telah memindahkan kedua-dua batu itu ke Kaabah. Mereka menjadikan 2 batu itu sebagai berhala yang disembah kerana mula lupa asal-usul batu itu.


10. 12 Rabiulawal Tahun Gajah.


11. Nama sebenar Abdul Muttalib ialah Syaibah.

Abdul Manaf adalah anak Qusai bin Kilab. Antara anak Abdul Manaf adalah Muttalib dan Hasyim. Antara anak Hasyim dengan isterinya Ummu Hasyim (wanita bangsawan yang tinggal di luar Mekah) adalah Syaibah. Ketika Syaibah masih kecil, Hasyim meninggal. Apabila sudah remaja, bapa saudaranya Muttalib mengambil Syaibah dibawa ke Mekah. Muttalib membawa Syaibah naik satu kenderaan dengannya. Syaibah duduk di belakang. Tiba di Mekah, masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada masa itu menyangka Muttalib membeli hamba baru. Sejak itu nama Abdul Muttalib yang bermaksud hamba Muttalib menjadi mahsyur.




Rujukan:
Biografi Muhammad Bin Abdullah. PTS Islamika. Zulkifli M. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-11-09 16:14


Soalan baru :D menyoal sambil selitkan info.. selamat mencuba.. refresh pengetahuan :)



1. Ismail a.s berkahwin dengan orang suku Jurhum. Antara zuriat Ismail adalah Fihr yang digelar Quraisy. Qusai bin Kilab adalah keturunan Ismail daripada keturunan Fihr. Muhammad s.a.w adalah keturunan daripada zuriat Qusai bin Kilab. Apakah sejarah penting dalam pemerintahan Mekah yang berlaku ketika zaman Qusai bin Kilab?



2. Selepas kematian Qusai bin Kilab semua kemuliaan Quraisy iaitu rifadah, hijabah, sidanah, siqayah dan nadwah diwariskan kepada anak sulungnya, Abdul Dar. Dalam sejarah selepas Abdul Dar meninggal, Abdul Muttalib mewarisi siqayah. Apakah maksud siqayah?



3. Malam pertama: "Gali al-Tibah".
Malam kedua: "Gali barrah"
Malam ketiga: Gali madhmunah"

Di atas adalah 3 daripada 4 mimpi Abdul Muttalib. Mimpi itu berkaitan dengan satu peristiwa di Mekah berdekatan Kaabah yang melibatkan Abdul Muttalib dan dibantu oleh anak lelaki sulungnya, Harith. Apakah peristiwa itu?



4. Abdul Muttalib mempunyai 10 anak lelaki dan 6 anak perempuan. anak-anak lelaki adalah Hijin, Abbas, Dhirar, Hamzah, Abu Talib, Muqaddam, Abu Lahab, Abdullah, Zubair dan Harith. Abdul Muttalib bernazar untuk mengorbankan salah seorang anak lelakinya sekiranya Tuhan kurniakan 10 anak lelaki kepadanya. Doanya dimakbulkan. Undian dilakukan untuk menentukan siapakah anak yang akan dikorbankan. Siapakah anak tersebut?



5. Antara anak-anak lelaki Abdul Muttalib, 4 daripadanya sempat hidup ketika kedatangan Islam manakala 6 lagi meninggal sebelum kedatangan Islam termasuklah bapa Rasulullah s.a.w. 2 daripada 4 anak lelaki itu memeluk Islam manakala 2 lagi tidak beriman.

- Siapakah 4 orang anak lelaki itu? dan
- Siapakah 2 orang yang memeluk agama Islam?



6. Jika nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul Uzza, siapakah nama sebenar Abu Talib?



7. Nama Muhammad diberikan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Nama itu diberikan hasil daripada cerita seorang ulama Yahudi di Syam kepada Abdul Muttalib dan 3 orang sahabatnya ketika mereka mengembara di Syam. Daripada cerita itu keempat2 mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Pada masa itu orang Arab belum ada yang bernama Muhammad. Apakah yang diceritakan oleh ulama Yahudi itu kepada mereka?



8. 14 anjung istana runtuh.
Api yang disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam terpadam.
Tasik berdekatan istana tertimbus.

Di atas adalah perkara pelik yang berlaku kepada istana kerajaan terbesar ketika suatu sejarah dunia berlaku.
- Apakah kerajaan terbesar itu? dan
- Apakah sejarah dunia yang dimaksudkan?



bersambung... (insyaAllah)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-11-09 11:02


bagusnya topik niee.

banyak-banyak kan soalan macam ini.. hee..

Bookmark and Share

  


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-09 15:55


irashahirah...

mana jawapannya? :D

insyaAllah ada lagi soalan2 menyusul.. tapi kalau tak ada orang jawab macamana nak ku bagi soalan seterusnya :kelip:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-11-09 22:55


tak baca lagi pun buku biografi Muhammaad bin Abdullah tu...
kejap..nak cuba jawap dengan bantuan pokcik google :D


Jawapan:

1. Ini dah macam soalan sejarah stpm..emm..Qusai bin Kilab berjaya menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah.

2. Siqayah tu urusan minum jemaah haji...

3. Peristiwa menggali zamzam

4. Abu Talib

setakat ni dulu...

bersambung :D


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

  


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 06:09


Pada 16-11-09 22:55 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!



Jawapan:

1. Ini dah macam soalan sejarah stpm..emm..Qusai bin Kilab berjaya menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah.

2. Siqayah tu urusan minum jemaah haji...

3. Peristiwa menggali zamzam

4. Abu Talib




:D

No 1, 2 dan 3 betul tapi no 1 tu lebih tepat begini:


1. Di bawah Qusai bin Kilab, keturunan Ismail kembali memerintah di Mekah


No 4 tidak betul... clue nya begini, anak itu adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib



opps edit..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 13:50


Pada 17-11-09 06:09 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-11-09 22:55 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!



Jawapan:

1. Ini dah macam soalan sejarah stpm..emm..Qusai bin Kilab berjaya menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah.

2. Siqayah tu urusan minum jemaah haji...

3. Peristiwa menggali zamzam

4. Abu Talib




:D

No 1, 2 dan 3 betul tapi no 1 tu lebih tepat begini:


1. Di bawah Qusai bin Kilab, keturunan Ismail kembali memerintah di Mekah


No 4 tidak betul... clue nya begini, anak itu adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib



opps edit..

no 4..Abdullah bin Abdul mutholib


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

  


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 18:14


Pada 16-11-09 15:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

irashahirah...

mana jawapannya? :D

insyaAllah ada lagi soalan2 menyusul.. tapi kalau tak ada orang jawab macamana nak ku bagi soalan seterusnya :kelip:



hehehheee... saya tak pandaii.. jadi saya tengok saja orang menjawab! ekeke

Bookmark and Share

  


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 19:52


Pada 17-11-09 13:50 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-11-09 06:09 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!



No 4 tidak betul... clue nya begini, anak itu adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib




no 4..Abdullah bin Abdul mutholib




Betul..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 19:54


Pada 17-11-09 18:14 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!



hehehheee... saya tak pandaii.. jadi saya tengok saja orang menjawab! ekeke


tak mengapalah, datanglah jenguk2 hihi.. saya pun sambil khatam buku sambil soal :D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 08:12


Pada 17-11-09 19:54 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-11-09 18:14 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!



hehehheee... saya tak pandaii.. jadi saya tengok saja orang menjawab! ekeke


tak mengapalah, datanglah jenguk2 hihi.. saya pun sambil khatam buku sambil soal :D



salam

hehehee.. sakina cikgu, lecturer ke..

Bookmark and Share

  


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 09:05


salam..bukanlah... bekas cikgu adalah hihi. sekarang bukan lagi


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-06-10 14:42


Salam

Ukhti..menarik topik ni. Apa pun ada pengisiannya.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127085 saat. Lajunya....