Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53

  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 6 hari yang lalu
nabilah: 6 hari yang lalu
aye: 8 hari yang lalu
tereturubuzu: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PAS Pertahankan Tajaan Mengerjakan Haji Untuk Nik Aziz

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PAS Pertahankan Tajaan Mengerjakan Haji Untuk Nik Aziz

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh PAS Pertahankan Tajaan Mengerjakan Haji Untuk Nik Aziz

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 11-11-09 15:50

Apakah hukumnya pemerintah dan pegawai pemerintah menerima hadiah sebegini? Saya akan kupas pembahasan hukum rasuah dan hadiah bagi pemerintah kemudian.

PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz

PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 11-11-09 16:00

BUat sementara ini, ini sedikit pen jelasan tentang rasuah dan hadiah yang pernah saya tulis diblog saya sebelum ini.

HUKUM RASUAH

Tidak ada perbezaan di kalangan ulama mengenai haramnya rasuah. Di dalam ayat Al-Quran memang tidak disebutkan secara khusus istilah rasuah. Namun Imam al-Hasan dan Said bin Zubair menafsirkan ungkapan al-Quran yaitu `akkaluna li al-suhti` sebagai rasuah.

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ
Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau beRpalinglah dari mereka (QS al-Maidah : 42).

Kalimat ` akkaluna li al-suhti ` secara umum memang sering diterjemahkan sebagai memakan harta yang haram. Namun konteksnya menurut kedua ulama tadi adalah memakan harta hasil rasuah. Jadi rasuah identik dengan memakan sesuatu yang diharamkan oleh Allah Swt dalam firman-Nya:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (QS al-Baqarah : 188).

Selain itu ada banyak sekali dalil dari al-Sunnah yang mengharamkan rasuah dengan ungkapan yang sharih. Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ فِي الْحُكْمِ
Allah melaknat perasuah dan penerima rasuah dalam hukum (pemerintahan) (hari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah saw juga bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
Laknat Allah bagi penyuap dan penerima rasuah (hari Khamsah kecuali al-Nasa`i dan di shahihkan oleh al-Tirmidzi).

Dari Tsauban ra:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ يَعْنِي الَّذِي يَمْشِي بَيْنَهُمَ
Rasulullah saw melaknat perasuah, penerima rasuah, dan perantaranya (hari Ahmad).

Dalam sebuah hadith Rasulullah saw bersabda:

Hadiah bagi pegawai negara adalah kemaksiatan, rasuah adalah kekufuran.

BAGAIMANA SIKAP KITA

Adalah perlu di bezakan di sini antara hadiah dengan rasuah, kerana hukum hadiah itu adalah sunat. Dan jangan sekali-kali kita menerima rasuah dengan alasan ia hadiah. Terutama dalam hari-hari perayaan, seringkali rasuah diberi berselindung nama hadiah dalam bentuk hamper dan sebagainya.

Bagi kakitangan negara, menerima hadiah mahupun rasuah adalah jelas haram. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw.

Manakali bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, sekiranya ada pihak yang memberikan hadiah, hukum hadiah tersebut sebenarnya bukanlah milik kita tetapi adalah milik majikan tempat kita bekerja. Sekiranya, majikan tersebut memberikannya kepada kita maka barulah hadiah tersebut menjadi milik kita. Jika tidak, kita memakannya sebagai suatu yang haram.

Mahabenar Allah Swt dalam firman-Nya:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً(103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Katakanlah, “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya (QS al-Kahfi : 103-104).

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ جَمَعَ مَالاً مِنْ حَرَامٍ ثُمَّ تَصَدَّقَ بِهِ لَمْ يَكُنْ لَهُ فِيْهِ أَجْرٌ وَكَانَ إِصْرُهُ عَلَيْهِ
Barangsiapa yang mengumpukan harta dari jalan yang haram, kemudian dia menyedekahkan harta itu, maka sama sekali dia tidak akan memperoleh pahala, bahkan dosa akan menimpanya (hari Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, dan al-Hakim).

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 12-11-09 12:33

Teruskan menulis wuzaraa.. semoga Allah memberkati anda..

-----------------
'memartabatkan ummah dengan menegakkan kembali daulah khilafah islamiyah.."

Bookmark and Share

  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-11-09 18:32

macam mana nak bezakan antara rasuah dengan hadiah?

boleh tak wuzaraa terangkan?

contohnya seperti ayah saya seorang pegawai kerajaan. dia selalu dapat hamper, buah-buahan, sayur-sayuran, kek, macam-macam produk makanan dan selalu ada orang hantar kat rumah bermacam-macam jenis ikan, udang, sotong....

tak tau lah rezeki anak, sebab adik beradik saya ramai, bila org bagi macam tu, kurang lah sikit perbelanjaan dapur.

-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.

Bookmark and Share

  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 13-11-09 16:23

Keharaman pegawai negara menerima hadiah sebegini walaupun dalam bentuk rasuah adalah ditunjukkan sendiri oleh Rasullulah saw.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id As Sa'idi yang mengatakan:

"Bahwasanya Rasulullah saw. mempekerjakan Ibbu Utaibiyah sebagai pengumpul zakat dari orang-orang Bani Sulaim. Selesai melaksanakan tugasnya, Ibnu Utaibiyah menghadap Rasulullah saw. kemudian berkata:

"Ini kuserahkan kepada anda, sedangkan ini adalah hadiah yang telah diberikan orang kepadaku."

Seketika itu juga baginda berdiri lalu berbicara kepada orang ramai. Setelah mengucapkan puji syukur ke hadrat Allah SWT. beliau antara bersabda:

"Bagaimana sampai ada seorang amil yang aku utus kemudian datang menghadap (kepadaku) lalu berkata: "Ini untuk anda, dan ini (yang dihadiahkan orang) untuk ku." Apakah tidak lebih baik dia duduk saja di rumah ayah atau ibunya sampai dia melihat hadiah itu datang dengan sendirinya. Demi Dzat Yang jiwaku dalam genggaman-Nya, dia tidak akan memperolah sesuatu (dari harta yang bukan haknya) selain dia akan menghadap kepada Allah pada hari kiamat kelak dengan memikul di atas pundaknya. Apabila berupa unta, atau sapi yang mempunyai suara, atau kambing yang sudah mengembek, maka dia akan mengangkat (semuanya tadi dengan) tangannya hingga kami dapat melihat kedua penutup --bulu-- ketiaknya."

Begitulah amaran yang diberikan Rasulullah saw pegawai negara yang menerima hadiah dengan ancaman yang sangat pedih. Banyak lagi dalil-dalil yang menjelaskan hal ini.

Adalah sangat menyedihkan, jika ada pihak yang membenarkan penerimaan tajaan kepada seorang MB, jelas ia satu keharaman. Masalah yang saya lihat, walaupun dalam banyak isu saya membawakan pelbagai dalil, tetapi ada pihak yang tidak mahu mengendahkan ayat-ayat2 Allah dan sunnah rasul yang diutarakan. Mereka tetap nak mempertahankan tindakan tersebut. Walhal tidak ada niat lain kecuali saya menyuarakan pandangan Islam tentang segala isu tersebut.

Jadi dalam isu tajaan haji bernilai rm65 ribu ini, andai kata ia benar, maka ia adalah suatu kemaksiatan yang dilakukan oleh ketua pemerintahan yang wajib dimuhasabah dan bukan dipertahankan. wallhua'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 16:36

jangan risau,gelabah, kecoh atau panik.. nik aziz telah membatalkan niatnya untuk pergi menunaikan haji..

*walaupun saya tak minat dengan mereka yang taksub dengan PAS tapi saya hormat nik aziz sebagai orang tua sama macam kanak-kanak menghormati cikgu dan guru sekolahnya..

Nik Aziz batal tunai haji kerana tajaan dipertikai

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama

-----------------
the key is ignorance to negativity..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 13-11-09 16:40

Pada 12-11-09 18:32 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

macam mana nak bezakan antara rasuah dengan hadiah?

boleh tak wuzaraa terangkan?

contohnya seperti ayah saya seorang pegawai kerajaan. dia selalu dapat hamper, buah-buahan, sayur-sayuran, kek, macam-macam produk makanan dan selalu ada orang hantar kat rumah bermacam-macam jenis ikan, udang, sotong....

tak tau lah rezeki anak, sebab adik beradik saya ramai, bila org bagi macam tu, kurang lah sikit perbelanjaan dapur.

Salam buat triptofana,

Jika ayahanda saudari adalah kakitangan kerajaan, beliau tidak boleh mengambil selain dari gaji yang diberikan. Memang sukar untuk menjelaskan perkara ini, kerana budaya dan pemikiran ummat telah dibentuk untuk menerimanya sebagai hadiah, walhal hadiah bagi kakitangan kerajaan atas adalah tetap haram, rasuah apatah lagi.

Pemberian hadiah kepada pegawai kerajaan baik yang berpangkat tinggi dan rendah terutama yang terlibat dengan agensi swasta adalah suatu gejala yang tak mampu dibendung hari ini, ia diamalkan oleh ramai pihak. Ia cukup menyedihkan. Kerana harta tersebut jelas harta yang haram. Penjelasannya telah saya berikan pada posting sebelum ini.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 13-11-09 16:42

!!! QUOTE !!!

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

walaupun SPRM kata tak salah, tetapi jelas Allah dan Rasul mengharamkannya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id As Sa'idi yang mengatakan:

"Bahwasanya Rasulullah saw. mempekerjakan Ibbu Utaibiyah sebagai pengumpul zakat dari orang-orang Bani Sulaim. Selesai melaksanakan tugasnya, Ibnu Utaibiyah menghadap Rasulullah saw. kemudian berkata:

"Ini kuserahkan kepada anda, sedangkan ini adalah hadiah yang telah diberikan orang kepadaku."

Seketika itu juga baginda berdiri lalu berbicara kepada orang ramai. Setelah mengucapkan puji syukur ke hadrat Allah SWT. beliau antara bersabda:

"Bagaimana sampai ada seorang amil yang aku utus kemudian datang menghadap (kepadaku) lalu berkata: "Ini untuk anda, dan ini (yang dihadiahkan orang) untuk ku." Apakah tidak lebih baik dia duduk saja di rumah ayah atau ibunya sampai dia melihat hadiah itu datang dengan sendirinya. Demi Dzat Yang jiwaku dalam genggaman-Nya, dia tidak akan memperolah sesuatu (dari harta yang bukan haknya) selain dia akan menghadap kepada Allah pada hari kiamat kelak dengan memikul di atas pundaknya. Apabila berupa unta, atau sapi yang mempunyai suara, atau kambing yang sudah mengembek, maka dia akan mengangkat (semuanya tadi dengan) tangannya hingga kami dapat melihat kedua penutup --bulu-- ketiaknya."

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 02:01

Pada 13-11-09 16:23 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Adalah sangat menyedihkan, jika ada pihak yang membenarkan penerimaan tajaan kepada seorang MB, jelas ia satu keharaman. Masalah yang saya lihat, walaupun dalam banyak isu saya membawakan pelbagai dalil, tetapi ada pihak yang tidak mahu mengendahkan ayat-ayat2 Allah dan sunnah rasul yang diutarakan. Mereka tetap nak mempertahankan tindakan tersebut. Walhal tidak ada niat lain kecuali saya menyuarakan pandangan Islam tentang segala isu tersebut.

.

1. geli aku dengar ayat anda tuuu..Kenapa???dalil apa yang anda bawa tu??istinbat tak kena langsung,,berlagak alim dengan letak hadis yang tidak ada kaitan..

2. semua org tahu semasa nabi saw menjadi pemimpin umat islam dan juga para sahabat menjadi pemimpin..ramai dikalangan sahabat yang saling bertukar-tukar hadiah, saling memberi makan.

3. hadis dibawah menceritakan bagaimana Rasulullah juga menerima hadiah dengan syarat bukan mendapatkan imbalan..

Untuk menghindari misinterpretasi tentang hadiah dan biasanya antara hadiah dengan sogokan, seperti yang dinyatakan oleh Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, bahwa di masa Rasulullah Saw. hadiah adalah hadiah, tetapi masa ini hadiah bisa saja berarti sogokan. (al- Bukhari, op.cit., h. 991) Serta untuk membedakan antara hadiah dengan tukar menukar, maka perlu diketahui bagaimana aturan Islam tentang hadiah dapat dilihat dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ سَأَلَ عَنْهُ أَهَدِيَّةٌ أَمْ صَدَقَةٌ فَإِنْ قِيلَ صَدَقَةٌ قَالَ لأَصْحَابِهِ كُلُوا وَلَمْ يَأْكُلْ وَإِنْ قِيلَ هَدِيَّةٌ ضَرَبَ بِيَدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكَلَ مَعَهُمْ
Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (al-Bukhari, kitab hibah no. 2388, hanya 2, h. 984, Muslim, zakat no. 1790, al-Turmuzi, kitab zakat, no. 592, al-Nasa'i , kitab zakat no. 2566)
Ketentuan dalam hadis di atas memberikan aturan agar penerima hadiah tidak hanya bahagia atau senang dengan hadiah yang bakal diterima, akan tetapi selalu mengidentifikasi hadiah yang diserahkan, termasuk yang boleh diterima atau tidak. Bagi kita saat ini, kekuatan identifikasi ini merupakan salah satu yang sangat urgen untuk dilakukan, karena hadiah dapat saja berubah wajah sebagai jebakan. Jika pada Rasul upaya itu dilakukan dalam rangka membedakan sedekah dengan hadiah, maka saat ini identifikasi hadiah ini untuk membedakan antara suap/risywah/uang pelicin dengan hadiah.

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 02:05

Pada 13-11-09 16:40 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-11-09 18:32 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

macam mana nak bezakan antara rasuah dengan hadiah?

boleh tak wuzaraa terangkan?

contohnya seperti ayah saya seorang pegawai kerajaan. dia selalu dapat hamper, buah-buahan, sayur-sayuran, kek, macam-macam produk makanan dan selalu ada orang hantar kat rumah bermacam-macam jenis ikan, udang, sotong....

tak tau lah rezeki anak, sebab adik beradik saya ramai, bila org bagi macam tu, kurang lah sikit perbelanjaan dapur.

Salam buat triptofana,

Jika ayahanda saudari adalah kakitangan kerajaan, beliau tidak boleh mengambil selain dari gaji yang diberikan. Memang sukar untuk menjelaskan perkara ini, kerana budaya dan pemikiran ummat telah dibentuk untuk menerimanya sebagai hadiah, walhal hadiah bagi kakitangan kerajaan atas adalah tetap haram, rasuah apatah lagi.

Pemberian hadiah kepada pegawai kerajaan baik yang berpangkat tinggi dan rendah terutama yang terlibat dengan agensi swasta adalah suatu gejala yang tak mampu dibendung hari ini, ia diamalkan oleh ramai pihak. Ia cukup menyedihkan. Kerana harta tersebut jelas harta yang haram. Penjelasannya telah saya berikan pada posting sebelum ini.

buat tripotfana,

tidak perlu dengar nasihat org yang berlagak alim macam c wuzura..kalau ada sesiapa yang nak bagi hadiah pada ayah awak,,terima sahaja tapi dengan syarat org tersebut tidak meminta imbalan balik dari ayah awak seperti kontrek dan lain-lain..bertepatan dengan hadis dibawah..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ سَأَلَ عَنْهُ أَهَدِيَّةٌ أَمْ صَدَقَةٌ فَإِنْ قِيلَ صَدَقَةٌ قَالَ لأَصْحَابِهِ كُلُوا وَلَمْ يَأْكُلْ وَإِنْ قِيلَ هَدِيَّةٌ ضَرَبَ بِيَدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكَلَ مَعَهُمْ
Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (al-Bukhari, kitab hibah no. 2388, hanya 2, h. 984, Muslim, zakat no. 1790, al-Turmuzi, kitab zakat, no. 592, al-Nasa'i , kitab zakat no. 2566)

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 02:12

saya tidak pasti sama ada HTEE mendoktrin ahlinya untuk mengharamkan setiap kakitangan kerajaan untuk menerima hadiah daripada org lain ataupun tidak..

dengan melihat hujah yang dibawa wuzura,,ternyata beliau sangat terdesak untuk memburuk-burukkan seorang ulama hanya kerana perasaan dengki beliau melihat penyokong HTEE tidak seramai penyokong TGNA di malaysia..dan penyokong HTEE tidak seramai penyokong manhaj ikhwan seluruh dunia..

cuba bayangkan bila islam melarang secara TOTAL PEMBERIAN HADIAH PADA KAKITANGAN KERAJAAN...tidak kah islam dilihat begitu sempit, sedangkan undang-undang rasuah yang diguna SPRM tidak mengharamkan hadiah secara total....ini adalah cubaan menyempitkan ajaran islam oleh pentaksub syekh tuuuut..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 02:27

Pemberian balasan terhadap hadiah yang diterima telah dipesankan oleh Rasulullah, agar sesuai dengan kemampuan yang ada pada penerima hadiah, bukan sesuai dengan keinginan pemberi hadiah. Dalam pasan Rasul pada hadis di bawah ini, terlihat kesalahan pemahaman pemberi hadiah yang mengharapkan balasan dari penerima. Bahkan ada indikasi pemaksaan besaran balasan sesuai dengan keinginan pemberi.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَهْدَى رَجُلٌ مِنْ بَنِي فَزَارَةَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَاقَةً مِنْ إِبِلِهِ الَّتِي كَانُوا أَصَابُوا بِالْغَابَةِ فَعَوَّضَهُ مِنْهَا بَعْضَ الْعِوَضِ فَتَسَخَّطَهُ فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا الْمِنْبَرِ يَقُولُ إِنَّ رِجَالا مِنَ الْعَرَبِ يُهْدِي أَحَدُهُمُ الْهَدِيَّةَ فَأُعَوِّضُهُ مِنْهَا بِقَدْرِ مَا عِنْدِي ثُمَّ يَتَسَخَّطُهُ فَيَظَلُّ يَتَسَخَّطُ عَلَيَّ وَايْمُ اللَّهِ لا أَقْبَلُ بَعْدَ مَقَامِي هَذَا مِنْ رَجُلٍ مِنَ الْعَرَبِ هَدِيَّةً إِلا مِنْ قُرَشِيٍّ أَوْ أَنْصَارِيٍّ أَوْ ثَقَفِيٍّ أَوْ دَوْسِيٍّ
Artinya: Ada orang memberikan hadiah kepada Rasul kemudian Rasul membalasnya dengan separoh harganya, orang itu marah kemudian Rasul menyatakan tidak akan menerima hadiah dari orang tersebut dan dari sukunya . (H.. al-Turmuzi, kitab manaqib no. 3881, Abu Daud , kitab buyu' no. 3070)
Pada hadis di atas, Rasul menceritakan pengalamannya ketika menerima hadiah dari salah seorang bangsa Arab. Ketika Rasul memberikan balasan dari hadiah yang diterimanya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan harapan pemberi, orang tersebut marah. Kemudian Rasul meberikan balasan sesuai dengan keinginan orang tersebut. Namun, dengan kejadian itu Rasul memutuskan untuk tidak menerima hadiah dari suku tersebut.
Tindakan pemberi hadiah yang memaksakan harus mendapatkan balasan sesuai dengan keinginan dan harapannya dapat dijadikan alasan untuk menolak hadiah yang diberikan. Pemaksaan akan menimbulkan tidak saling rela, akan muncul rasa kesal dan tidak senang, sehingga keluar dari tujuan hadiah untuk menimbulkan rasa simpati yang berbuah pada rasa sayang.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa pemimpin boleh menerima hadiah dan membalas hadiah tersebut mengikut KEMAMPUAN...ini bererti senadainya kakitangan kerajaan menerima hamper, maka boleh lah dibalas dengan hamper, kalau menerima tiket ke mekkah boleh lah dibalas dengan mendoaknya dan balasan tersebut tidak menggunakan harta kerajaan...BUKANYA dengan membalasnya dengan memberikan KONTREK,PROJEK,DUIT RAKYAT kerana itu adalah amanah..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 14-11-09 08:02

Kan betul... jika dihuraikan dengan dibawa dalil pun pasti ada yang nak mempertahankan tajaan tersebut.

Kesilapan Acok_86 memberi beristidlal terselerlah kerana tidak dapat membezakan keumuman nas yang membolehkan memberi dan menerima hadiah dengan takhsis keharaman bagi kes jihaz daulah. Nak hujah biarlah betul-betul, jangan ambil keumuman nas tanpa melihat takhsis yang telah ditunjukkan. Lepas tu tuduh orang berlagak alim, walhal dia sendiri berdalil sembarangan.

Bagi hukum hadiah ini, sebenarnya ia sangat sederhana, telah selesai pun ribuan tahun dulu. Hukum asal memberi dan menerima hadiah adalah sunnat. Tapi nabi sendiri telah mentakhsiskan ssebagaimana hadith yang saya nyatakan. Kaedah syara' menyatakan 'mengamalkan dua dalil adalah lebih utama dari mengamalkan dua satu dalil'. Banyak terjadi kes begini, dimana pada suatu keadaan rasulullah membenarkan dan suatu keadaan beliau tidak membenarkan. Jadi para mujtahid melakukan ijtihad bagi hukum-hukum begini.

Jadi bagi mereka yang jujur, boleh menilai sendiri. Kalau nak serang, patahkan hujah saya, bukan serang peribadi saya. Serangan peribadi adalah mentaliti orang yang tewas.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 14-11-09 08:09

Pada 14-11-09 02:12 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

..

cuba bayangkan bila islam melarang secara TOTAL PEMBERIAN HADIAH PADA KAKITANGAN KERAJAAN...tidak kah islam dilihat begitu sempit, sedangkan undang-undang rasuah yang diguna SPRM tidak mengharamkan hadiah secara total....ini adalah cubaan menyempitkan ajaran islam oleh pentaksub syekh tuuuut..

Adalah kesalahan jika kita menyandarkan hukum Islam tentang hadiah dan rasuah kepada hukum kufur SPRM. Jika inilah mentaliti orang Islam, sebenarnya mindanya masih sekular.

Nabi sendiri bersabda, hadiah bagi pegawai negara adalah maksiat, rasuah adgalah kekufuran.kalau ada yang nak menafikan hadith nabi, saya berlepas diri.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 14-11-09 09:58

Berikut adalah pandangan rasmi Hizbut Tahrir berkenaan rasuah dan hadiah kepada pemerintah yang dikeluarkan melalui Shoutun Nahdhah Edisi 113 pada April 2007. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan.

RASUAH SEMAKIN PARAH

Dewasa ini gejala rasuah bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah mendarah daging di dalam tubuh masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi. Kali ini, yang agak menggemparkan, walaupun tidak menghairankan, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) sendiri, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor dilaporkan telah terlibat dalam rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa . Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah BPR itu yang dibuka 10 tahun lalu kini diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara. Musa memberitahu bahawa kertas siasatan itu adalah berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras. “Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks”. Semasa laporan itu dibuat, Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001, yang mana sebelum menjawat jawatan dalam BPR, beliau adalah Ketua Polis Sarawak .

Dalam perkembangan yang sama, sebuah laporan lain menyebut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom didakwa menerima sogokan 5 juta ringgit bagi membebaskan tiga penjenayah yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat. Mohd. Johari yang mengaku membebaskan tiga penjenayah mengikut Ordinan Darurat, bagaimanapun menafikan dakwaan beliau menerima sogokan sebanyak RM5 juta dan beliau bersedia untuk disiasat oleh BPR. Katanya, pembebasan ketiga-tiga penjenayah itu dibuat berdasarkan penilaian beliau atas nasihat penasihat undang-undang kementerian dan berdasarkan laporan polis. Beliau sebaliknya mendakwa, terdapat banyak kes polis melepaskan orang yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat tanpa pengetahuan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Beliau turut mempertikaikan kredibiliti polis kerana mendakwa banyak kes seperti itu dilepaskan tanpa pengetahuan KKDN .

Sesungguhnya bagi mereka yang prihatin, dua kes yang terbaru ini cukup membimbangkan kita. Apa tidaknya, ia tak ubah seperti kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Umum mengetahui bahawa kes di atas hanyalah secebis dari ratusan kes rasuah yang dilaporkan dan ribuan lagi yang tidak dilaporkan. Apa yang berlaku itu hanyalah membenarkan suatu kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) .

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan . Tiga apa-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah). Haiti iaitu negara yang paling miskin di Carribean menduduki tangga terbawah dengan index 1.8, sementara Guinea, Iraq dan Myanmar menduduki tangga kedua tercorot dengan index 1.9. Iraq mengalami kemiskinan selepas penjahahan oleh Amerika di mana satu pertiga dari rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, dan 5% dari rakyat Iraq mengalami kemiskinan serius, walaupun Iraq mempunyai simpanan minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi .

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah negara. . Laporan ini membuktikan bahawa gejala rasuah adalah semakin buruk di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok sendiri tidak menyangkal indeks ini .

Walau apa yang dilaporkan sekalipun, bukanlah kerja kita untuk melihat dari segi kuantiti dan seterusnya berbangga jika indeks negara Malaysia semakin baik. Sebagai seorang Muslim, kita wajib melihat isu ini dari perspektif Islam, yang mana Islam memandang bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan meraih keredhaanNya semata-mata. Justeru, tolok ukur perbuatan kita di dunia di dalam meraih redha Allah adalah diukur dengan indeks halal dan haram dan bukannya diukur dengan indeks selain dari ini. Inilah di antara perbezaan mendasar di antara Ideologi Islam dengan Ideologi Kapitalis yang memandang bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk meraih sebanyak-banyak manfaat (sama ada berupa wang ringgit, harta-benda atau lain-lain) tanpa mengira halal atau haram. Inilah juga sebenarnya yang telah menjadi punca kehinaan umat Islam di mana mereka telah mencampakkan Ideologi Islam dan mengambil serta mengamalkan Ideologi Kapitalis di dalam kehidupan mereka. Halal dan haram tidak lagi menjadi pegangan, tetapi manfaatlah yang dijadikan ukuran di dalam setiap perbuatan! Oleh itu, jika dengan memberi atau menerima rasuah akan beroleh manfaat, maka mereka terus melakukannya, tanpa mengambil kira lagi aspek keharamannya dan tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang bakal menanti.

Keburukan Dan Kesan Rasuah

Sebelum perbincangan lanjut tentang kedudukan rasuah di dalam Islam, ingin kami utarakan beberapa fakta nyata dari segi politik, ekonomi dan lainnya kesan dari gejala rasuah yang semakin subur ini:

Pertama: Terhakisnya konsep keadilan. Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan ‘sogokan’ yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut.

Contoh bagi kes-kes seumpama ini boleh dilihat sendiri dengan mata kasar dan terjadi secara berulang-ulang. Bagi golongan yang beriman dan terlibat secara langsung di dalam kes-kes tender dan pembinaan, kepedihan dan keperitannya sudah tidak terkata melihat dan menyaksikan gejala rasuah di depan mata. Baru-baru ini Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya melaporkan bahawa 85.37% projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera mengalir kepada kaum lain. Isu ketirisan projek ini telah mendapat reaksi yang hangat, khususnya bagi mereka yang sering tertindas. Rasuah yang dilakukan melalui ‘kabel politik’ dan ‘orang dalam’ di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama ‘orang-orang besar’ dan ‘berpengaruh’ dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikat-syarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu sub kepada syarikat lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan kabel atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit. .

Kedua: Berlakunya peningkatan kos. kos bertambah kerana biasanya harga yang ditawarkan telah dimark-up bagi mengimbangi atau mendapat balik keuntungan (hasil dari projek) setelah ditolak dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Justeru, kita dapati pada hari ini pengguna dibebankan dengan harga atau kos yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya.

Ketiga: Masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu atau institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa.

Keempat: Sistem pentadbiran negara tidak akan berfungsi secara sepatutnya kerana wujud saluran-saluran lain selain sistem itu. Sistem pentadbiran dirangka bagi melicinkan perjalanan sesuatu urusan pentadbiran, tetapi sistem ini ternyata gagal berfungsi apabila wujud amalan rasuah. Ini kerana rasuahlah yang telah menjadi ‘minyak pelincir’ untuk melicinkan perjalanan pengurusan. Jika tidak ada rasuah, maka kebanyakan kerja tidak akan berjalan lancar.

Kelima: Dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi ‘kebal’ kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman.

Keenam: Keselamatan negara boleh terdedah kepada campurtangan asing dan ancaman luar. Walaupun belum berlaku kepada negara ini, tetapi pada zaman perang dingin, blok Kapitalis pernah memberikan sogokan besar kepada pegawai-pegawai atasan blok Sosialis untuk mengetahui rahsia ketenteraan blok Sosialis, dan juga sebaliknya.

Ketujuh: Hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi bekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki.

Jika kita lihat secara sepintas lalu, di antara faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah ini adalah faktor individu dan juga sistem yang mengatur individu tersebut. Faktor sistem sebenarnya lebih banyak menyumbang kepada gejala rasuah jika dibandingkan dengan faktor individu. Ini berlaku kerana individu adalah sebahagian dari masyarakat, dan masyarakat diatur oleh sistem. Maka sistem sebenarnya akan membentuk dan mempengaruhi syakhsiyyah (keperibadian) individu. Oleh itu, kita dapati pada hari ini sistem/ideologi Kapitalis yang diamalkan telah membentuk individu dengan syakhsiyyah Kapitalis yang mana manfaat/kebendaan menjadi tolok ukur dalam segala perbuatan, tanpa memandang aspek halal dan haram. Sistem Kapitalis juga sebenarnya telah mewujudkan jurang yang sangat besar di antara golongan kaya dan miskin, di mana harta kekayaan dimonopoli oleh golongan yang memiliki modal (capital). Oleh itu, kekayaan di dalam negara hanya berputar di kalangan mereka.

Namun begitu, ini bukan bermakna gejala rasuah boleh dikurangkan dengan menambahkan kekayaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat sesuatu negara. Kajian Transparency International membuktikan bahawa gejala rasuah berlaku di dalam negara Kapitalis miskin dan negara Kapitalis yang kaya. Tidak ada gunanya jika sesebuah negara itu berubah menjadi negara yang kaya, walhal sistem yang diamalkan adalah sistem yang berasal dari Ideologi Kapitalis. Persoalannya sekarang adalah kewajiban menukar sistem kufur Kapitalis ini dengan sistem Islam yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kejinya Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah’. Walhal kedua-duanya jelas berbeza. Upah (ujrah) diperolehi sebagai imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang sewajibnya dilakukan. Ujrah (upah) memerlukan penyempurnaan aqad ijarah (pekerjaan) dan perlu ada ajir (pekerja) dan musta’jir (majikan). Sedangkan rasuah adalah imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang wajib dilaksanakan (oleh orang yang bertanggungjawab) tanpa sepatutnya mendapat imbalan apapun dari orang yang dipenuhi kepentingannya (sipemberi rasuah). Orang yang memberi rasuah disebut rasyi, sedangkan yang menerimanya disebut murtasyi, sementara perantara (orang tengah) di antara mereka berdua disebut raisy.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan janganlah ada di antara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu)” .

Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah di dalam urusan pemerintahan”. At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis serupa berasal dari Abdullah bin ‘Amr, bahawasanya Rasulullah bersabda, “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah”. Hadis lain mengenai hal ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim, berasal dari Tsuban yang mengatakan, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah, dan orang yang menyaksikannya.” Abu Dawud juga meriwayatkan, “Barang siapa yang kami berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami beri rezeki (imbalan gaji), maka apa yang diambil olehnya selain itu adalah kecurangan.”

Ada juga rasuah yang diberikan oleh seseorang dengan maksud agar orang itu tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya. Perkara ini ditentang oleh sahabat Rasulullah dengan tegas. Di dalam sebuah riwayat dari Sulaiman bin Yassar, disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

“Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,” Abdullah menjawab, ”Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” .

Bentuk lain yang diharamkan sebagaimana rasuah adalah hadiah/hibah. Islam melarang harta kekayaan yang diperolehi secara tidak sah oleh golongan pemerintah, penguasa dan kakitangan negara. Iaitu larangan pegawai/kakitangan menerima hadiah, di mana hadiah itu bermaksud apa-apa sahaja yang diberikan kepada pemerintah, penguasa atau kakitangannya sebagai suatu pemberian. Berbeza dengan rasuah, hadiah adalah apa-apa sahaja yang diberikan oleh seseorang kepada orang/pihak yang mempunyai kepentingan, bukan sebagai imbalan kerana terpenuhinya kepentingan tertentu, namun orang yang diberi hadiah itu adalah orang yang pada hakikatnya mempunyai kekuasaan (atau pengaruh) untuk menyelesaikan kepentingan tersebut, dengan harapan dia (orang yang mempunyai kekuasaan/pengaruh) itu akan dapat menyelesaikan atau memenuhi kepentingan tertentu pada saat yang diperlukan (oleh sipemberi hadiah).

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur” . Imam Bukhari meriwayatkan dari Abi Humaid As-Saidi yang mengatakan, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengangkat seorang lelaki dari bani Asad kerana kejujurannya, sebahagian mengatakan (orang tersebut) adalah Ibnu Utaibiyah. Ketika dia datang mengadap Rasulullah, ia berkata, ‘(harta) ini aku serahkan kepadamu, sedangkan ini adalah hadiah yang diberikan orang kepadaku.’ Baginda kemudian berdiri di atas mimbar, memuji dan mengagungkan Allah, lalu bersabda (kepada orang ramai): Bagaimanakah keadaan seorang petugas yang aku utus, lalu salah seorang datang mengadap kepadaku dengan mengatakan, ’Ini adalah harta untuk anda, dan ini (harta) yang dihadiahkan kepadaku’. Apakah tidak sebaiknya dia duduk sahaja di rumah ayah atau ibunya, lalu (lihat) apakah hadiah itu akan diberikan kepadanya atau tidak? Demi Zat yang jiwaku di dalam genggamanNya, tidak akan ia membawa sesuatu pun melainkan di Hari Kiamat nanti, ia akan memikul (kesalahan) di atas pundaknya.

Hadis di atas menunjukkan bahawa hadiah/hibah umumnya diberikan kepada pegawai tertentu kerana jawatannya. Sekiranya dia tidak menjawat jawatannya itu, sudah tentu hadiah/hibah tidak sampai kepadanya atau dengan kata lain tidak akan diberikan kepadanya. Oleh yang demikian, tidak kira sama ada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta’zir. Ta’zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kita menelusuri kisah Khalifah yang diredhai Allah, kita akan mendapati bahawa mereka benar-benar menunaikan amanah mereka. Khalifah Umar Al-Khattab radiAllahu ‘anhu contohnya, di dalam mengawasi perbuatan curang pegawainya, beliau menghitung harta mereka di awal jawatannya sebagai pegawai Daulah, kemudian menghitungkannya semula di akhir jawatannya. Jika terdapat pertambahan harta yang tidak munasabah dengan pendapatan pegawai tersebut, maka Umar radiAllahu ‘anhu memerintahkan untuk ia menyerahkan lebihan harta kepada Baitul Mal. Khalifah Umar telah menyelesaikan masalah harta kekayaan yang tidak munasabah jumlahnya yang diperolehi oleh penguasa Bahrain, Mesir dan Kufah pada zaman pemerintahannya. Inilah bentuk ‘pengisytiharan harta’ ke atas pegawainya yang dilakukan oleh Khalifah Allah ini di dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua negara.

Wahai kaum Muslimin! Sekarang ini kita tidak lagi diperintah oleh pemimpin yang takutkan Allah. Tidak ada lagi pemimpin yang bertakwa seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Utsman Ibnu Affan dan Ali Ibnu Abi Thalib karramallahu wajhah. Saudaraku, kita selalu berdoa agar Allah menjadikan bagi kita pemimpin-pemimpin yang bertakwa (wa saja’alna lilmuttaqina imama). Malangnya, sebahagian dari kita tidak memahami dan ada yang langsung tidak mempraktikkan apa yang didoakan. Mereka berdoa agar Allah memberi mereka pemimpin yang bertakwa, tetapi pada masa yang sama mereka hanya berdiam diri melihat para pemimpin yang melanggar hukum Allah, yang tidak menerapkan Islam. Mereka terus berdoa dan pada masa yang sama mereka berpeluk tubuh dan redha dengan sistem kufur yang diterapkan ke atas mereka. Mereka langsung tidak berani menegur pemimpin, apatah lagi menukar pemimpin, malah sebahagian dari mereka turut bersekongkol dengan para pemimpin ini kerana manfaat dunia yang dapat mereka raih darinya. Lalu (kerana sokongan inilah) para pemimpin ini terus memegang kekuasaan dengan kelalaian dan lupa akan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka dengan itu, kita menyaksikan mereka ini terlibat dengan rasuah, penipuan, penyelewengan kuasa, skandal seks dan banyak kekejian lain lagi.

Subhanallah! lah haula wa lah quwwata illa billah! Ya Allah! Apakah yang telah berlaku? Mereka ini adalah golongan yang di bahu mereka terdapat amanah atas pekerjaan mereka, tetapi mereka sedikit pun tidak menunjukkan ketakutan mereka kepadaMu ya Allah? Ya Rabb! Sampai bilakah Engkau akan mengizinkan mereka ini memegang kekuasaan? Masukkanlah ketakutan dalam diri mereka akan azabMu yang amat pedih, yang dengan itu mereka lalu akan bertaubat dan bertakwa kepadaMu ya Rabbal Izzati! Jika tidak demikian, Engkau balaslah mereka dengan balasan yang setimpal wahai Zat Yang Maha Membalas. Ya Allah! Engkau gantilah mereka dan kurniakanlah kepada kami para pemimpin yang takut kepadaMu. Ya Allah! Datangkanlah kepada kami seorang KhalifahMu yang benar-benar bertakwa dan akan menegakkan agamaMu. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami memohon dan hanya kepadaMulah kami berlindung. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 12:50

Pada 14-11-09 08:09 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Nabi sendiri bersabda, hadiah bagi pegawai negara adalah maksiat, rasuah adgalah kekufuran.kalau ada yang nak menafikan hadith nabi, saya berlepas diri.

aik pandai pula buat hadis sendiri ye...diriwayatkan oleh wuzura ke ni???

takkan perbezaan hadiah dengan rasuah pun tak boleh nak bezakan,..pasal RASUAH,,tak ada pun ajaran yang benarkan, tetapi kalau hadiah, semua ajran menggalakan saling memberikan hadiah..itu lah dalam undang-undang sprm masih boleh membezakan antara HADIAH DAN RASUAH..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 13:56

Dari Abu Hurairah .a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (hari al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)

------------------
Penjelasan:
Hadis di atas adalah hadis yang menunjukkan hukum makan suap atau rasuah, pemberi dan penerimanya. Terdapat di dalam al-Quran, Firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)

Di dalam hadis lain:
Dari Ai'syah .a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (hari al-Bazzar & Abu Ya'lah)

Di dalam sebuah hadis lain:
Dari Thauban katanya: "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (hari Ahmad & Hakim).

Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat orang Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (hari Malik)

----------------
Takrif rasuah:
"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya sama ada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)

"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau suapaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya."
(Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

--------------------
Jenis-jenis rasuah:
Dari takrif di atas, dapat kita bahagikan rasuah itu kepada tiga jenis, iaitu:
Jenis pertama:
Sesuatu yang dengannya menyampaikan kepada mengambil sesuatu tanpa hak, seperti sesuatu yang disogok oleh seseorang kepada pemerintah/penguasa atau pihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yang semestinya ditunaikan, atau kerana mahu mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya, atau kerana mahu melariskan pengedaran barangan yang telah rosak atau sebagainya.

Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa dan mudaratnya kepada masyarakat Islam dan selain Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah:
"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)
(Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)

Sebagai orang asing dia semestinya mempunyai visa ketika berada di Malaysia, tetapi dia menyogok kepada pihak yang berwajib untuk melepaskan kewajipan ini dari dirinya.

Sepatutnya projek A di luluskan selepas mendapat kelulusan dan persetujuan dari beberapa pihak, tetapi syarikat B telah menyogok wang kepada mereka yang berkenaan agar projek itu diberi kelulusan segera.

Barangan yang telah luput tarikhnya atau yang tidak menepati standard yang dikehendakki, sepatutnya tidak boleh diberi kelulusan untuk diedarkan kepada pengguna. Namun pihak pengeluar telah menyuap pihak yang berwajib agar diberi kelulusan pengedaran.

Jenis kedua:
Iaitu sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknya sebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki dsbnya. Jenis ini ada kemiripan dengan jenis yang ertama, malahan ia boleh dimasukkan ke dalam jenis berkenaan.

Apakah ada perbuatan yang lebih zalim lagi selain dari perbuatan menganiaya seorang saudara terhadap saudaranya yang lain dengan cara di atas? Ya, memang tiada perbuatan yang paling zalim, keji, runtuh akhlak, pemalsuan selain dari memakan harta manusia dengan cara yang batil dan keji. Ia tidak akan dilakukan melainkan oleh orang-orang yang keji, mati hatinya dan sesat pegangannya di dunia.

Di dunia ini, tiada sesuatu yang paling hina, keji dan jahat melainkan mereka yang curang dari kalangan pemerintah, penguasa dan pihak berwajib kerana menyia-nyiakan amanah yang diberikan, melenyapkan hak seseorang dari pemiliknya.
(Ibid., hal. 613)

Kerana persaingan yang hebat, maka A menyogok pihak yang bertanggungjawab agar mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat B.

Kerana cemburu dengan kejayaan keluarga A, maka C telah menyogok agar permohonan bantuan pinjaman oleh anaknya yang belajar di Univerisiti dibangkusampahkan.

Jenis ketiga:
Iaitu sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan atau pekerjaan (&projek, kontrak dsbnya ).

Hukumnya adalah haram dengan ijmak rumah, sebagaimana jenis pertama dan kedua. Dan, sama ada pemberi rasuah, penerima dan perantaranya, mereka kan memperoleh dosa yang sama.
(ibid.)

Lebih-lebih diharamkan lagi ialah apabila seseorang itu menyogok untuk memperoleh satu jawatan yang dia tidak mempunyai kelayakan. (ibid.)

A tidak mempunyai kelayakan untuk menjabat jawatan C, tetapi kerana ayahnya seorang yang berharta maka pihak yang berkenaan disogok jawatan berkenaan diberikan kepada A.

Sykt A sepatutnya bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan tender kontrak/projek, tetapi sykt A telah menyogok sebahagian pegawai yang bertanggungjawab. Sykt A mendapat kontrak berkenaan.

En. A adalah salah seorang pegawai yang bertanggungjawab meluluskan standard bangunan atau jambatan di jabatan tak. Dalam suatu pemeriksaan yang dilakukan di tapak binaan jambatan kg B, di dapati boleh diluluskan. Dan sykt C yang bertanggungjawab menjalankan projek berkenaan telah menyogok En. A dengan sejumlah wang. Lalu.. Projek berkenaan telah diluluskan.

-------------------
Hukum rasuah kerana menolak mudarat atau mengembalikan hak yang hilang
"Kadangkala seseorang itu terpaksa menyogok sejumlah wang kepada pemerintah/penguasa yang keji atau pemeras yang zalim untuk mengelakkan mara bahaya dari keluarganya. Di mana jika dia tidak menyogok, mara bahaya itu memang benar-benar akan berlaku. Ketika itu apa yang perlu dilakukan?

Atau kadangkala dia mempunyai hak tertentu, tetapi hak itu tidak akan diperolehi kecuali selepas membayar sejumlah wang. Ketika itu apa yang mesti dilakukan?

Apaka dia perlu mendedahkan diri dan keluarga kepada mara bahaya yang akan datang? Dan apakah di perlu membiarkan haknya itu hilang dan terlepas kerana takutkan dosa rasuah? Atau apakah dia perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan memelihara diri dari mudarat atau mengambil hak yang sepatutnya diperolehinya?

Jawapannya: Wallahu a'lam… Apabila mara bahaya yang akan datang itu diperkira-kirakan amat dahsyat sehingga tidak sanggup ditanggungnya, atau haknya yang akan hilang itu tidak akan menjejaskan dengan teruk kehidupannya, maka ketika itu dihukumkan dengan hukum darurat/terpaksa sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Bolehlah membayar sogokan itu kepada penguasa yang zalim itu dengan maksud mahu memelihara diri dari kemudaratan. Dosa dikenakan kepada penerima sogokan itu sahaja, tidak kepada penyogok yang dizalimi." (Ibid.)

Hadiah kepada hakim dan penguasa
Hakim, penguasa atau sesiapa sahaja yang mempunyai kekuasaan wajibah berhati-hati dari menerima hadiah yang diberikan dia dia sedang memegang jawatan berkenaan. Kewajipan berhati-hati apabila dia meragui tentang niat di sebalik hadiah yang dihulurkan. Niat mahu mendekatkan diri mereka kepadanya atau niat untuk memperoleh sesuatu berbentuk kebendaan atau maknawi dan seumpamanya. Niat-niat begini tidak dapat disorokkan. Hadiah-hadiah berkenaan mampu mempengaruhi seseorang yang berkuasa dalam membuat keputusannya. Dan haram menerima hadiah berkenaan jika di ragui ia adalah sebagai perantara untuk memperoleh sesuatu. (ibid. 614)

Terkecuali… Hadiah-hadiah yang dihulurkan sebelum dia menjabat jawatan tertentu oleh rakan-rakan, kaum kerabat dan jiran-jirannya. (ibid)

Jelaslah bahawa hadiah yang dihulurkan ketika dia memegang jawatan tertentu adalah haram diterima jika diragui (zhan) ada niat serong disebaliknya. Untuk menetapkan ia tidak boleh diterima hendaklah menggunakan keraguan sahaja tidak semestinya dengan keyakinan.

Beza antara rasuah dan hadiah
Adalah penting untuk mengelakkan diri dari terkeliru dalam menentukan apakah ia rasuah atau hadiah.

Rasuah ialah hadiah yang dihulurkan kepada seseorang yang mempunyai kuasa tertentu bertujuan untuk membatalkan hak seseorang, atau menetapkan hak yang tidak sepatutnya, atau untuk memperolehi jawatan atau pekerjaan yang tidak selayaknya.

Hadiah pula ialah: Harta yang dihulurkan bertujuan mendekatkan seseorang dengan saudaranya yang lain kerana cinta dan kasih, atau supaya mereka dapat bantu membantu atas kebaikan dan takwa, atau untuk menjadi rakan kongsi dalam suka dan duka - tanpa ada di sebaliknya itu suatu niat rasuah.

Kita memberi hadiah kepada sahabat kita kerana mahu mempereratkan tali silatul rahim, agar dengan itu dia dapat bantu-membantu di dalam urusan iman dan Islam atau dapat berkongsi perasaan ketika suka dan duka.

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 14-11-09 14:43

Pada 14-11-09 08:02 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagi hukum hadiah ini, sebenarnya ia sangat sederhana, telah selesai pun ribuan tahun dulu. Hukum asal memberi dan menerima hadiah adalah sunnat. Tapi nabi sendiri telah mentakhsiskan ssebagaimana hadith yang saya nyatakan. Kaedah syara' menyatakan 'mengamalkan dua dalil adalah lebih utama dari mengamalkan dua satu dalil'. Banyak terjadi kes begini, dimana pada suatu keadaan rasulullah membenarkan dan suatu keadaan beliau tidak membenarkan. Jadi para mujtahid melakukan ijtihad bagi hukum-hukum begini.

.

nampaknya anda juga faham bahawa mengamalkan dua dalil adalah lebih utama. dalam kes HADIAH ini, saya ingin memetik kisah Umar bin Abdul Aziz dimana beliau pernah diberi hadiah waktu beliau menjabat sebagai khalifah, tetapi ditolaknya. Kemudian dikatakanlah kepadanya: "Rasulullah mahu menerima hadiah." Maka Umar menjawab: "Apa yang diterima Nabi itu memang hadiah, tetapi ini buat saya sebagai suapan."

Kemudian Nabi bersabda pula:

    "Mengapa saya memperkerjakan seorang laki-laki dari antara kamu kemudian ia mengatakan: ini untukmu dan ini hadiah untukku? Mengapa tidak saja ia tinggal di rumah ibunya supaya diberi hadiah?! Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Salah seorang di antara kamu tidak akan mengambil sesuatu dengan cara yang tidak benar, melainkan dia akan menghadap Allah --kelak di hari kiamat-- sambil membawa benda tersebut. Sungguh salah seorang di antara kamu tidak akan datang nanti di hari kiamat dengan membawa unta yang melenguh atau sapi yang menguak dan atau kambing yang mengembik. Kemudian Nabi mengangkat dua tangannya sampai putihnya kedua ketiaknya nampak, seraya mengatakan: Ya Tuhan, sudahkah saya sampaikan ini?!" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dari hadis diatas menunjukkan bahawa penguasa sememangnya diHARAMKAN menerima HADIAH manakala kata-kata umar abd aziz menunjukkan bahawa NABI SAW sebagai pemimpin islam masa itu juga menerima hadiah..

daripada banyak dalil ini, ulama membuat kesimpulan bahwa HADIAH kepada PENGUASA adalah HARAM, JIKA si pemberi tersebut ingin mendapatkan IMBALAN JAHAT daripada penguasa tersebut.dan ianya adalah harus sekiranya penguasa YAKIN bahwa pemebrian tersebut tidak mempunyai sebarang niat melainkan untuk mengeratkan silaturrahim

bagi kes TGNA pula, bagi saya, adalah HARAM TGNA menerima HADIAH tersebut seandainya ianya datang daripada kontrek2,kawan-kawan yang ingin mendapatkan imbalan dari kerajaan..tetapi ianya HARUS bilamana TGNA yakin bahwa si penaja tidak mempunyai apa-apa niat buruk disebalik pemberian itu dan sebagai ahli gerakan islam, kita juga hendaklah menghormati cara dan ekspresi yang dilakukan rakyat kelantan untuk meraikan golongan agama disana....dan saya menyokong SPRM menjalankan siasatan terhadap kes tersebut agar fitnah tidak bermain dikalangan ahli gerakan islam..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 06:06

Salam 'alaik ya ikhwah sekalian...hebat hujah achok dan wuzaraa masing-masing beristidlal dengan dalil2 yang sama sekali hebat,

ana sempat mengaji bab Haram Hadiah bagi pegawai masa d tahun 4 d Al-Azhar dulu dalam kitab karangan Dr Aiman Mahmud Mahdi yang berjudul بغية الأبرار من حديث النبي المختار dalam karangan tersebut khulasanya menyatakan bahawa

1, memberi hadiah kepada Penguasa, Qadhi, atau semua pemimpin tidak d benarkan dan hukumnya seperti mengambil harta rakyat secara batil.
2. Hadiah yang dberikan hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal.
3. Dibenarkan menerima hadiah sekiranya perkara itu adat terjadi (yakni sebelum menjawat jawatan) dengan syarat tidak melebihi kebiasaan.
dalam persoalan tuan guru ini..

pandangan ana...harus dia tidak mengambil tajaan tersebut bagi mengelakkan fitnah ini kerana dia sebagai pemimpin..dan adakah akan diberi tajaan sekiranya dia hanyalah insan biasa? walau bagaimanapun ana sangat tidak bersetuju sekiranya ada yang menyatakan tindaka menaja untuk beribadah itu salah..tetapi dalam konteks tuan guru..ana rasa betul sungguh dia membatalkan niat nak buat haji..dengan sebab fitnah yang berlaku ini.ws

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 07:37

Pada 15-11-09 06:06 , syed posting:

saya bersetuju bila mana TGNA membatalkan tajaan tersebut kerana selepas ini, segala tajaan kepada beliau bukan lagi menjadi ADAT sebaliknya akan menjadi FITNAH kerana telah menimbulkan keraguan dikalangan rakyat malaysia. walaubagaimanapun, kita kena lah menghormati ADAT dan budaya kelantan yang MERAIKAN golongan agama termasuk TGNA SEBELUM kes ini heboh dan kita serahkan kepada SPRM untuk mentukan sama ada TAJAAN tersebut adalah HADIAH ataupun RASUAH..cuma saya tidak bersetuju bilamana semua HADIAH kepada penguasa diharamkan secara TOTAL...disitu perbezaan saya dengan wuzura..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 15-11-09 09:23

Pada 15-11-09 07:37 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

saya bersetuju bila mana TGNA membatalkan tajaan tersebut kerana selepas ini, segala tajaan kepada beliau bukan lagi menjadi ADAT sebaliknya akan menjadi FITNAH kerana telah menimbulkan keraguan dikalangan rakyat malaysia. walaubagaimanapun, kita kena lah menghormati ADAT dan budaya kelantan yang MERAIKAN golongan agama termasuk TGNA SEBELUM kes ini heboh dan kita serahkan kepada SPRM untuk mentukan sama ada TAJAAN tersebut adalah HADIAH ataupun RASUAH..cuma saya tidak bersetuju bilamana semua HADIAH kepada penguasa diharamkan secara TOTAL...disitu perbezaan saya dengan wuzura..

Isu di sini bukan rasuah, tetapi hadiah. Apakah sebagai ketua pemerintahan, beliau boleh menerima hadiah dalam bentuk begini.Sebagai orang yang beriman, kita kena balik kepada hukum syara', bukannya undang-undang kufur SPRM. Andai kata dibenarkan oleh SPRM, tetapi ia haram disisi hukum Allah,dimanakah kita campakkan aqidah kita apabila menyandarkan hukum kepada hukum SPRM?

Dalam isu tajaan haji ini, jelas ia bukan rasuah, tetapi hadiah. Hukum umum bagi hadiah sesama manusia adalah sunat , tetapi bagi ketua pemerintahan hadiah sebegini jelas adalah haram. Jelas posisi beliau sebagai ketua pemerintahan yang menyebabkan beliau tidak boleh menerima tajaan sebegini mengatasi kedudukannya sebagai orang manusia.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 13:46

ya betul pendapat ente ya wuzaraa...tetapi mungkin banyak fakta telah di eksploitasikan..jadi jangan ingat untuk Guru tu tak praktikkan ilmunya...ente kena ingat tu..so mungkin dia ada hujahnya...اليمين علي المدعى واليمين على من أنكر

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 14:00

saya rasa anta benar Acok,...

saya bertanya ustaz tentang isu hadiah ini. Memang tidak boleh menerima hadiah ketika dalam bekerja seperti contoh hadis baginda yang menyebut tentang pengutip zakat tu. Tetapi harus menerima hadiah dalam suasana persahabatan atau kekeluargaan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.

dalam isu tuan guru saya rasa bergantung pada niat orang yang nak membiayai tok guru, dan tok guru menerimanya bukan atas nama menteri besar dan ia juga bukan atas hadiah kerana melaksanakan tugasnya.Hadiah itu juga bukan kerana tanda terima kasih di atas kerja yang dilaksanakan oleh tok guru ketika bertugas.Inilah penerangan yang saya terima.

kalau kita teliti hadis yang dari Rasulullah itu, sebenarnya ia tidak dapat diperkaitkan jelas terhadap apa yang berlaku pada tok guru.Ia memang boleh mengundang persepsi atau fitnah, tetapi ia bukan jelas menunjukkan tok guru memang salah atau terlibat dengan perkara haram......bahkan ia sebenarnya memerlukan penelitian dan kupasan kepada kupasan yang lebih detail

Alhamdulillah tok guru telah batalkan hasratnya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengecewakan hasrat musuh-musuhnya yang tak putus-putus mengintai kelemahan dan kesalahan tok guru untuk dicanang-canang dan dihentam hentam.

saya sangat bersyukur Allah ilhamkan keputusan sedemikian pada tok guru.Jadi achok, rasanya kita boleh stoplah kaitkan tok guru dengan hal ini, sebab tok guru dah tolak pun 'hadiah' tu.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 19:41

Salam,

Teringat kisah bagaimana Syaidina Umar ra mengarahkan Syaidina Bilal ra mengambil separuh dari harta Abu Hurairah ra, yang ketika itu menjadi wali di Yaman, kerana dikahbarkan Abu Hurairah ra telah menjalankan perniagaan ketika itu dan pernigaannya laris kerana beliau menjawat jawatan wali.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 20:56

semuanya sudah d politikkan sebenarnya...

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 23:25

Salam,

Agaknya kalau tak havoc pasal 'hadiah haji' ini tentunya tok guru dah berada di Mekah sekarang ini ya? :)

Pada saya lah...kalau tok guru memiliki pandangan bahawa penerimaan hadiah oleh MB dari kontraktor itu sesuatu yang diperbolehkan oleh Islam. Maka tak perlu beliau membatalkan hasrat untuk menerimanya.

Persetankan orang nak kata apa. Islam dah halalkan tiada siapa yang boleh haramkan, termaksuklah rakyat atau orang surat khabar!

Tapi apa boleh buat...dalam sistem demokrasi yang kufur, rakyat adalah majikan MB...so kenalah ikut cakap rakyat...nanti kena buang kerja lah pulak! Hehehehe! :(

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 15-11-09 23:37

pada saya isu hadiah ni tak perlu diperbesarkan......sebab benda ni bukan baru pun...sebagai contoh masa saya sekolah dulu ada seorang atuk dia tukang urut (kini dia dah arwah) setiap tahun selalu pergi haji......semua ditanggung beres oleh mereka yang datang berurut kepada dia sebagai tanda terima kasih yang berurut pula adalah golongan berada....jadi jika orang beri hadiah kita terima saja dengan hati terbuka dan berterima kasih pada orang yang memberi

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 00:48

Pada 15-11-09 23:37 , Rashdin posting:

Hehehe...din! Hang tersalah masuk key lah! Bukan lagu tu yang dok kami bincangkan. :-D

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

al-walid-04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah

Kelantan  

posticon Posting pada: 16-11-09 01:01

Pada 15-11-09 20:56 , syed posting:

!!! QUOTE !!!

semuanya sudah d politikkan sebenarnya...

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya

setuju dengan pandangamn enta, TGNA mesti tahu apa yang dia buat"...org beragma serta berilmu lain pandangannya....."

Bookmark and Share

  Member Information For al-walid-04Profil   Hantar PM kepada al-walid-04   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-11-09 07:55

Paling menyedihkan kenyataan Tok Guru, tajaan tersebut tidak bertentangan akta SPRM, sebab itu pada awalnya beliau terima. Walhal dalam Islam, jelas hadiah kepada penguasa dalam bentuk sebegini adalah haram. Jika tidak kerana sentimen masyarakat, saya rasa pasti beliau dah menerima tajaan haram tersebut.

Lihatlah, apabila ia melibatkan Tok Guru, ramai yang akan mempertahankannya, walaupun jelas ia haram. Ketaksuban melampau ini adalah amalan golongan Yahudi dan Nashrani, yang tidak layan diamalkan oleh seorang Muslim. Sampai sanggup memutar belit keumuman nas yang menyatakan sunat hukum memberi hadiah, dan mencampakkan kekhususan nas keharaman pemerintah menerima hadiah dalam bentuk begini.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-11-09 08:01

Pada 15-11-09 14:00 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

saya rasa anta benar Acok,...

saya bertanya ustaz tentang isu hadiah ini. Memang tidak boleh menerima hadiah ketika dalam bekerja seperti contoh hadis baginda yang menyebut tentang pengutip zakat tu. Tetapi harus menerima hadiah dalam suasana persahabatan atau kekeluargaan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.

dalam isu tuan guru saya rasa bergantung pada niat orang yang nak membiayai tok guru, dan tok guru menerimanya bukan atas nama menteri besar dan ia juga bukan atas hadiah kerana melaksanakan tugasnya.Hadiah itu juga bukan kerana tanda terima kasih di atas kerja yang dilaksanakan oleh tok guru ketika bertugas.Inilah penerangan yang saya terima.

Sebagai MB tak boleh ambil, tapi sebagai orang Alim boleh pula ye. Memang dasar taksub, hang pertahankan apa saja tindakan sang wali ini.

Hukumnya dah jelas, haram pemerintah menerima hadiah dalam bentuk begini, main kona bergantung niat tok guru. wahai kak mahani, mana ada cara berhukum begini, hukmu bizzohir. tak ada siapa yang tahu niat tok guru mahupun sang pemberi. Andai kata ia berniat baik sekalipun, tindakan tersebut memang dah jelas bathil kaprah, memakan harta haram.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 10:13

Pada 16-11-09 00:48 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-11-09 23:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya isu hadiah ni tak perlu diperbesarkan......sebab benda ni bukan baru pun...sebagai contoh masa saya sekolah dulu ada seorang atuk dia tukang urut (kini dia dah arwah) setiap tahun selalu pergi haji......semua ditanggung beres oleh mereka yang datang berurut kepada dia sebagai tanda terima kasih yang berurut pula adalah golongan berada....jadi jika orang beri hadiah kita terima saja dengan hati terbuka dan berterima kasih pada orang yang memberi

Hehehe...din! Hang tersalah masuk key lah! Bukan lagu tu yang dok kami bincangkan. :-D

sebgai contoh fm tapi stick to topic...kata orang rezeki jangan ditolak :-D :-D :-D tu pun dikira rezeki yang Allah bagi ;-)

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 11:59

Pada 16-11-09 08:01 , wuzaraa posting:

salam,
wuzaraa,

anda benar-benar 'sakit', kesakitan yang anda tak nampak dan anda tak rasai. saya yakin jika anda tidak 'kembali kepada Allah' lebih banyak kelemahan pribadi anda terdedah di sini.

Pendapat saya, anda semakin hilang fokus perjuangan anda dan melayan kemarahan anda sehingga dakwah anda sekarang lebih bersifat menyerang pribadi.Sebenarnya apa yang anda banyak luahkan di sini adalah kegagalan anda memikul beban sebenar perjuangan HT dan anda berpanjang-panjang dalam isu yang tak harus anda bertegang utknya.

tapi tak tahulah fasa perjuangan anda sekarang adalah fasa perjuangan menentang pribadi TGNA pula.

Apa yang dapat saya telitikan, hujah anda tentang hukum jelas haram menerima hadiah adalah di atas penafsiran anda yang sebenarnya boleh diperbahaskan dan diperincikan lagi....sepatutnya dikupas perihal menerima hadiah itu, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.... saya lebih merasakan anda patut mendatangkan beberapa contoh dan keadaan yang boleh menguatkan hujah anda dan lebih mendatangkan faham. namun keinginan anda adalah lebih kepada menjatuhkan hukum kepada orang lain.
Di tambah jika yang boleh anda hukum itu adalah TGNA, anda kelihatan ghairah benar untuk menghukum beliau berdosa. Anda ni benar-benar berani mengalahkan seorang kadi. dan anda pula suka sangat menuduh orang lain taksub sedangkan di mata saya andalah sebenarnya yang taksub dan tidak memiliki keikhlasan sebenar dalam bertukar pandangan. Anda sentiasa segar membawa pandangan anda dan HT malangnya anda memiliki virus penyakit tidak pernah sanggup untuk menerima pandangan orang dan pandangan PAS.....bukankah ini juga ketaksuban sebenarnya.

kalau semuanya orang HT tu seperti anda, suatu masa nanti orang Islam seperti anda dan saya akan lebih banyak 'luangkan masa' untuk saling berbantahan sahaja sehingga ke hari kiamat

tok guru sudah batalkan hasratnya, saya kira jika anda dai'e yang ikhlas anda akan bersyukur dan menyokong tindakan itu. Ini kerana jika anda rasa beliau berdosa sekurang-kurangnya tindakan itu sudah menghentikannya dari terus terjebak dengan dosa. Saya kira tok guru menjawab 'tidak salah di sisi undang-undang rasuah' kerana yang bertanya tu mungkin wartawan yang entah melayu atau Hindu. tapi kalau HT yang tanya mungkin bentuk lain yang jawabnya.....tak cuba tanya ???

sebenarnya saya tak faham apalah agaknya 'hasrat' yang ingin anda capai gamaknya sehingga kelihatan anda masih tidak berpuas hati.Pada saya isu tok guru menerima pakej haji tu sudah selesai dan anda perlu perincikan hujah di sini tentang hukum menerima hadiah tanpa berlebihan menyerang tok guru lagi.

saya akui agak jahil dalam hal ini, tapi saya teruja untuk mengkaji. pertanyaan saya......di dalam Islam ini, adakah seorang pemerintah itu dilarang menerima hadiah dalam semua situasi termasuk dari keluarga sendiri ? dalam Islam juga adakah alim ulama diharamkan menerima hadiah ?....bagaimanakah huraian hadis yang mengatakan Rasulullah menerima hadiah tetapi tidak menerima sedekah.

harap anda dapat detailkan.... InsyaAllah saya akan datang dengan beberapa persoalan masalah berkaitan hukum menerima hadiah ini dan akan minta anda berhukum utknya.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 15:43

Pada 16-11-09 10:13 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-11-09 00:48 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-11-09 23:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya isu hadiah ni tak perlu diperbesarkan......sebab benda ni bukan baru pun...sebagai contoh masa saya sekolah dulu ada seorang atuk dia tukang urut (kini dia dah arwah) setiap tahun selalu pergi haji......semua ditanggung beres oleh mereka yang datang berurut kepada dia sebagai tanda terima kasih yang berurut pula adalah golongan berada....jadi jika orang beri hadiah kita terima saja dengan hati terbuka dan berterima kasih pada orang yang memberi

Hehehe...din! Hang tersalah masuk key lah! Bukan lagu tu yang dok kami bincangkan. :-D

sebgai contoh fm tapi stick to topic...kata orang rezeki jangan ditolak :-D :-D :-D tu pun dikira rezeki yang Allah bagi ;-)

eleh, ni sebab TGNA yang dapat, cuba kalau org lain dapat, mesti berapi2 pok din ni kata RASUAH!!!.... :-P

-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-11-09 15:53

Pada 16-11-09 11:59 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

anda benar-benar 'sakit', kesakitan yang anda tak nampak dan anda tak rasai. saya yakin jika anda tidak 'kembali kepada Allah' lebih banyak kelemahan pribadi anda terdedah di sini.

Pendapat saya, anda semakin hilang fokus perjuangan anda dan melayan kemarahan anda sehingga dakwah anda sekarang lebih bersifat menyerang pribadi.Sebenarnya apa yang anda banyak luahkan di sini adalah kegagalan anda memikul beban sebenar perjuangan HT dan anda berpanjang-panjang dalam isu yang tak harus anda bertegang utknya.

tapi tak tahulah fasa perjuangan anda sekarang adalah fasa perjuangan menentang pribadi TGNA pula.

Siapa sebenarnya yang sakit terdesak mempertahankan tindakan-tindakan tok guru?!!! Saya menulis sekadar mengisi masa lapang, pada ruang waktu yang ada. Dalam kebanyakan isu yang timbul, saya berikan pandangan-pandangan yang Islami. Saya baru saja berbual dengan kawan-kawan PAS di tempat saya, mereka pun akui tajaan tersebut memang tidak boleh diterima. Kepada seorang rakan sekerja yang merupakan aktivis PAS, saya tunjukkan perdebatan di ukhwah ini kepadanya, beliau hanya menggeleng kepala.

Saya rasa siapa yang sebenarnya tertekan lagi terdesak dalam hal ini. Dari isu 1)riba',2) hudud,3) arak, 4)perayaan kufur, 5) maisir 6)ahli bukan islam, 7)menganggotai gerakan kufur hinggalah 7) tajaan hajji kepada nik aziz, jelas mereka hanya cuba mempertahankan tindakan ulama' mereka dengan memutar-mutarkan dalil yang jelas. Kalau berdepan di alam nyata, insyaAllah tak jadi begini.

Jelas tok guru menyandarkan tindakannya selari dengan undang-undang kufur SPRM, bukan hukum Allah.

Buanglah ketaksuban itu wahai kak mahani. Sudah-sudahlah mempertahankan tindakan yang jelas haram, yang jika UMNO lakukannya nescaya kalian sendiri serang, tetapi apabila ulama' kalian melakukannya kalian pertahankan. Takutlah firman allah swt yang bermaksud:

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah : 31).

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 16-11-09 15:56

Pada 16-11-09 10:13 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-11-09 00:48 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-11-09 23:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya isu hadiah ni tak perlu diperbesarkan......sebab benda ni bukan baru pun...sebagai contoh masa saya sekolah dulu ada seorang atuk dia tukang urut (kini dia dah arwah) setiap tahun selalu pergi haji......semua ditanggung beres oleh mereka yang datang berurut kepada dia sebagai tanda terima kasih yang berurut pula adalah golongan berada....jadi jika orang beri hadiah kita terima saja dengan hati terbuka dan berterima kasih pada orang yang memberi

Hehehe...din! Hang tersalah masuk key lah! Bukan lagu tu yang dok kami bincangkan. :-D

sebgai contoh fm tapi stick to topic...kata orang rezeki jangan ditolak :-D :-D :-D tu pun dikira rezeki yang Allah bagi ;-)

Wahai rashdin....

inikah kefahaman qadha wa qadar yang anda faham?
bahaya ni, kalau rukun iman pun tak selesai lagi.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 20:52

pada akhi wuzara..kami menulis juga pada waktu lapang kami..ente yang marah sangat Kenapa?kan kita berbnicang secara ilmiah..seperti yang ana sebutkan sebelum ini..ini d timbulkan isu kerana untuk guru adalah orang politik..dan politik yang tidak menyebelahi kerajaan..so..dalam hal ini..tidak timbul taasub membabi buta macam ente anggapkan..cubalah bagi ayat yang baik sedikit..jangan mengecop org yang tak selari dengan pandangan ente silap..ada betul ke org yang menaja untuk guru untuk kontraktor?hemm...media sekarang banyak putar dan belit..kalau benar dia yang menaja adalah kerana untuk guru itu MB maka bagi ulamak ianya salah dan haram tetapi jika sekiranya jika untuk guru itu bukan sebab kapasiti sebagai MB maka ianya menjadi hadiah biasa..namun untuk guru dah menolakkan..kerana ianya telah diisukan..dan d politikkan..

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 21:11

Pada 16-11-09 08:01 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Sebagai MB tak boleh ambil, tapi sebagai orang Alim boleh pula ye. Memang dasar taksub, hang pertahankan apa saja tindakan sang wali ini.

Hukumnya dah jelas, haram pemerintah menerima hadiah dalam bentuk begini, main kona bergantung niat tok guru. wahai kak mahani, mana ada cara berhukum begini, hukmu bizzohir. tak ada siapa yang tahu niat tok guru mahupun sang pemberi. Andai kata ia berniat baik sekalipun, tindakan tersebut memang dah jelas bathil kaprah, memakan harta haram.

hahah, tindakan terdesak memburuk kan musuh gerakan HTEE...nampanya anda masih lagi bermain dengan pengharaman secara TOTAL terhadap isu hadiah kepada PEMIMPIN..disini aku bagi engko lihat bukti bahwa tiadanya PENGHARAMAN TOTAL HADIAH kepada kakitangan kerajaan..

1. nabi pun menerima hadiah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ سَأَلَ عَنْهُ أَهَدِيَّةٌ أَمْ صَدَقَةٌ فَإِنْ قِيلَ صَدَقَةٌ قَالَ لأَصْحَابِهِ كُلُوا وَلَمْ يَأْكُلْ وَإِنْ قِيلَ هَدِيَّةٌ ضَرَبَ بِيَدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكَلَ مَعَهُمْ
Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (al-Bukhari, kitab hibah no. 2388, hanya 2, h. 984, Muslim, zakat no. 1790, al-Turmuzi, kitab zakat, no. 592, al-Nasa'i , kitab zakat no. 2566)

2.Imam al-Ghazali berkata di dalam al-Ihya' Ulumuddin, jika larangan (rasuah) itu begitu tegas, maka sepatutnya seorang hakim atau penguasa - dan yang seumpamanya - memperkira-kirakan dirinya semasa tinggal bersama ayah dan ibunya. Kalau dia diberi hadiah selepas meletakkan jawatannya tetapi ketika itu dia masih tinggal bersama ayah dan ibunya, maka boleh diterimanya ketika dia sedang memegang jawatan itu. Tetapi kalau dia tahu pemberian itu kerana jawatannya, maka haram dia menerimanya. Dan hadiah-hadiah kawannya yang masih diragukan, apakah kalau dia melepaskan jawatan berkenaan mereka akan memberinya? Maka hal berkenaan dilihat sebagai barang syubhat, oleh itu jauhilah. (ibid.)

p/s-- disini lah sikap seorang ulama ketika menjatuhkan satu hukum, kalau HTEE saya tak tahu mereka diajar ke tidak ni.mereka berhati-hati meneliti semua dalil...al ghazali ni alim dan fakeh tentang kitab2 arab, tapi budak disni ni main copy paste jeeer terus buat hukum haram secara TOTAL...

3. Dr Aiman Mahmud Mahdi mengulas dalam karanganya yang berjudul بغية الأبرار من حديث النبي المختار menyatakan bahawa

(A), memberi hadiah kepada Penguasa, Qadhi, atau semua pemimpin tidak d benarkan dan hukumnya seperti mengambil harta rakyat secara batil.
(B). Hadiah yang dberikan hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal.
(C). Dibenarkan menerima hadiah sekiranya perkara itu adat terjadi (yakni sebelum menjawat jawatan) dengan syarat tidak melebihi kebiasaan.

p/s..ulama ini juga memberikan klaus pengecualian pada ayat yang ke tiga (c)..tapi bagi wuzura "HARAM TOTAL SHEIKH"...

4. kalau ikut undang-undang SPRM, HADIAH pun boleh jadi adalah rasuah dan juga boleh jadi HADIAH..sama lah dalam islam, kalau HADIAH tersebut kerana JAWATANYA maka HADIAH tersebut adalah rasuah tetapi kalau HADIAH tersebut kerana persahabatan atau adat, maka itu adalah hadiah..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 21:22

Pada 16-11-09 15:53 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam kebanyakan isu yang timbul,saya berikan pandangan-pandangan yang Islami. Saya baru saja berbual dengan kawan-kawan PAS di tempat saya, mereka pun akui tajaan tersebut memang tidak boleh diterima. Kepada seorang rakan sekerja yang merupakan aktivis PAS, saya tunjukkan perdebatan di ukhwah ini kepadanya, beliau hanya menggeleng kepala.

1. geli aku baca frasa ni saya berikan pandangan-pandangan yang Islami..hahahha..berlagak alim ekkk...

2. teringat aku kawan anda yang kata ahli PAS tempat dia perangai buruk,,jahat,,kaki maksiat sedangkan dia (kawan anda) tahu ini adalah forum maya, tak boleh kami nak check betul ke tak...

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 21:36

Pada 15-11-09 23:25 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Agaknya kalau tak havoc pasal 'hadiah haji' ini tentunya tok guru dah berada di Mekah sekarang ini ya? :)

Pada saya lah...kalau tok guru memiliki pandangan bahawa penerimaan hadiah oleh MB dari kontraktor itu sesuatu yang diperbolehkan oleh Islam. Maka tak perlu beliau membatalkan hasrat untuk menerimanya.

Persetankan orang nak kata apa. Islam dah halalkan tiada siapa yang boleh haramkan, termaksuklah rakyat atau orang surat khabar!

Tapi apa boleh buat...dalam sistem demokrasi yang kufur, rakyat adalah majikan MB...so kenalah ikut cakap rakyat...nanti kena buang kerja lah pulak! Hehehehe! :(

Wasalam.

1. rupanya HTEE tidak tahu ke TGNA batalkan pergi kerana mahu mengelakkan benda ni jadi fitnah yang lebih besar...bagi TGNA, mengelakkan fitnah itu lebih baik walaupun beliau yakin benda tu tak salah...bukanya seperti RAMALAN engko yang kata dia takut kena buang kerja...

2. TGNA dah berada di mekkah hasil hadiah beliau yang lalu juga..apa nak bising..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 16-11-09 22:45

Pada 16-11-09 15:43 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-11-09 10:13 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-11-09 00:48 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-11-09 23:37 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya isu hadiah ni tak perlu diperbesarkan......sebab benda ni bukan baru pun...sebagai contoh masa saya sekolah dulu ada seorang atuk dia tukang urut (kini dia dah arwah) setiap tahun selalu pergi haji......semua ditanggung beres oleh mereka yang datang berurut kepada dia sebagai tanda terima kasih yang berurut pula adalah golongan berada....jadi jika orang beri hadiah kita terima saja dengan hati terbuka dan berterima kasih pada orang yang memberi

Hehehe...din! Hang tersalah masuk key lah! Bukan lagu tu yang dok kami bincangkan. :-D

sebgai contoh fm tapi stick to topic...kata orang rezeki jangan ditolak :-D :-D :-D tu pun dikira rezeki yang Allah bagi ;-)

eleh, ni sebab TGNA yang dapat, cuba kalau org lain dapat, mesti berapi2 pok din ni kata RASUAH!!!.... :-P

jika yang terima tu orang kaki rasuah dan perompak harta rakyat jawapannya adalah----->ya :-P

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 08:35

seronok mengikuti perbincangan "Islami" anda...Hujah Acok (aku tak taksub dengan achok ek jangan tersilap pulak..) amat saya kagumi...teruskan berhujah..aku rasa ni lah topik yang terbaik yang pernah aku baca....

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 12:59

!!! QUOTE !!!

Jelas tok guru menyandarkan tindakannya selari dengan undang-undang kufur SPRM, bukan hukum Allah.

ni main pukul rata saja ni, semua dihukum kufur.
Jika Islam menghukum haram perbuatan rasuah sedang secara asasnya rasuah juga turut haram dan salah di sisi undang-undang SPRM, ini pun di anda anggap kufur jugak ke ??... kronik betul anda kalau macam ni.

!!! QUOTE !!!

Buanglah ketaksuban itu wahai kak mahani. Sudah-sudahlah mempertahankan tindakan yang jelas haram, yang jika UMNO lakukannya nescaya kalian sendiri serang, tetapi apabila ulama' kalian melakukannya kalian pertahankan. Takutlah firman allah swt yang bermaksud:

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah : 31).

dasyat sungguh sangkaan buruk wuzaraa sehingga menisbahkan penghormatan saya pada tok guru dengan ayat Allah ini.Saya tahu apa yang saya lakukan dan Allah lebih tahu apa yang menjadi keyakinan saya selama ini. Anda tolong jangan berlebih-lebihan dengan tuduhan anda.

Sebenarnya anda tidak menjawab pun persoalan utama saya.
Anda tidak dapat 'buktikan' pun dengan hujah Islami anda itu bahawa perbuatan tok guru jelas haram ....itu saja.Bahkan perkaitan nas yang anda berikan untuk sabitkan tok guru itu tersasar sebenarnya.Lebih-lebih lagi kaitan hadis penerima zakat tu....macam tak kena.

TGNA seorang menteri besar dan juga seorang tok guru.....MB ya benar dibayar gaji dan tidak boleh menerima hadiah atas jawatan atau tugasnya sebagai MB. Apa pulak keadaannya sebagai tok guru yang menyampaikan kuliah ilmu , yang tidak bergaji untuk kerja tok guru, yang memiliki murid yang mengasihinya dan ada yang ingin menghadiahkan sesuatu padanya ?

pada saya, tok guru tidak salah menerimanya bila mempertimbangkan dari siapa dan dan untuk tujuan apa hadiah itu diberikan. Cumanya kalau dia menolaknya itu lebih menunjukkan kewarakan, menghalang fitnah dan membersihkan dirinya dari terdedah kepada apa yang boleh menjatuhkan dirinya kepada perkara haram.

setahu saya, terdapat beberapa individu yang berpakat menaja haji untuk tok guru dan mereka ada pertalian keluarga dengan tok guru.

buat pengetahuan anda, membiayai haji untuk tok-tok guru terutama tok guru pondok sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kelantan.Mereka mencari keberkatan membantu alim ulama menunaikan haji......yang ini pun anda hukumkan kufur jugak ke ?

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ibnushahabudin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.10.2009
Ahli No: 37618
Posting: 35

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 14:28

Perbincangan yang hangat dan menarik. masing-masing mepunyai pendapat dan hujah beserta nas2 yang sepatutnya. Jujur saya rasa ilmu saya tak semantap wuzaraa dan achok86, malah mungkin Kak Mahani lagi tinggi dr saya. Bagi saya, pokok persoalannya bukan lah sama ada yang tajaan itu haram atau tak, sama ada kategori rasuah atau hadiah, kerna saya berpendapat tak salah TGNA nak ambil tajaan org nak pergi menunaikan haji. Tetapi, persepsi masyarakat sekarang haruslah diambil kira. Kalau perkara ini mampu membawa fitnah yang lebih besar kepada TGNA, kepada perjuangan islam, lebih elok jangan diambil tajaan tersebut. Jujur saya akui, saya rasa kurang molek kalau seorang pemimpin negeri menerima tajaan apa-apa pun sebab saya rasa untuk mengelakkan kredibiliti dirinya diragui dan diftnah, apa lagi dalam konteks TGNA, insan yang saya paling hormati.
baru-baru ini, di muktamar PAS, Dr. Abu Hasan salah seorang panel yang dijemput PAS memberi pendapat tentang 'persepsi' ini; di Abad Ke-17, persepsi adalah fitnah, tetapi di Abad Ke-21 sekarang, persepsi bukan fitnah tetapi adalah maklumat dan sangat berharga. Justru, katanya, bersedialah menerima hakikat perepsi umum.
Mungkin di kelantan, sudah menjadi kebiasaan orang-orang disitu meraikan alim ulama' dengan menaja atau membantu dengan harta benda dan sebagainya.
Tetapi kalau mengambil kira persepsi umum dr luar kelantan, mungkin org menganggapkan nik aziz ni lebih kepada pemimpin daripada seorang alim ulama terus membuat kesimpulan yang TGNA menerima tajaan tersebut kerana kapasitinya sebagai ketua negeri, dan bukannya alim ulama'. Permasalahan persepsi inilah yang harus dijaga. Mungkin, apabila sudah menjadi lumrah dan adat penduduk2 islam di malaysia untuk menaja org alim/pemimpin negeri untuk pergi ke haji, senario yang berlaku ke atas TGNA ini mungkin berubah.

Bookmark and Share

  Member Information For ibnushahabudinProfil   Hantar PM kepada ibnushahabudin   Quote dan BalasQuote

norasmiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2009
Ahli No: 37987
Posting: 13
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 16:37

Assalamualaikum menarik nampaknya isu tgna nak pagi mekah di taja sampai rm 65,000 wah lebih mahal dr tmbang haji biasa .nak kata Rasuah juga ke ,saya bukan tak suka dengan Pas ni tapi orang yang menjalankan dan meneraju pas itu.kerana saya pernah bersama pas dahulu mereka ni pandai bercakap tapi tak pandai nak buat pandai mnengata dan memaki org saja .saya bukan apa nak kongsi di sini pasal tajaan ni kenapa kalau TGNA boleh pula menerima tajaan siap kata hadiah tapi cuba kalau org yang mereka tak suka mesti dah di jadikan isu atau di kata rasuah di sini saya bersetuju dengan kata dr mas ayu.bagi pak din tu ingatlah dimana anda duduk sekarang jangan ter lalu taksub sangat

Bookmark and Share

  Member Information For norasmiyahProfil   Hantar PM kepada norasmiyah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 16:55

Pada 17-11-09 16:37 , norasmiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum menarik nampaknya isu tgna nak pagi mekah di taja sampai rm 65,000 wah lebih mahal dr tmbang haji biasa .nak kata Rasuah juga ke ,saya bukan tak suka dengan Pas ni tapi orang yang menjalankan dan meneraju pas itu.kerana saya pernah bersama pas dahulu mereka ni pandai bercakap tapi tak pandai nak buat pandai mnengata dan memaki org saja .saya bukan apa nak kongsi di sini pasal tajaan ni Kenapa kalau TGNA boleh pula menerima tajaan siap kata hadiah tapi cuba kalau org yang mereka tak suka mesti dah di jadikan isu atau di kata rasuah di sini saya bersetuju dengan kata dr mas ayu.bagi pak din tu ingatlah dimana anda duduk sekarang jangan ter lalu taksub sangat

memang menarik isu ni..dan anda akan lebih menarik kalau anda baca setiap posting di sini dan secara terusnya anda akan lebih faham dan tidak terus nak memburuk -buruk dan cakap lepas saja..

isu ni tak ada kaitan tuan guru terhadap politik..so secara keseluruhannya memang tak ada kaitan dengan pas...nak berpolitik atau tak puas hati dengan pas ni bukan topiknyer...

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 17:08

Aku sanggup keluar duit beribu rm taja mak bapak aku pergi haji demi untuk berbakti.

Aku sanggup taja orang yang aku sayang juga pergi mekah demi kasih.

Aku sanggup taja, ustaz dan cikgu ku pergi haji kerana aku hormat.

Semua tu aku lakukan demi inginkan ganjaran. Biarlah mereka-mereka tu dapat ganjaran pahala kerana wang ringgit tak dapat membandingkanya.....

Soalannya, perasuah kah aku.....kalau itu niat asal ku?

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 17:11

Pada 17-11-09 16:37 , norasmiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
saya bukan tak suka dengan Pas ni tapi orang yang menjalankan dan meneraju pas itu.kerana saya pernah bersama pas dahulu mereka ni pandai bercakap tapi tak pandai nak buat pandai mnengata dan memaki org saja .

1. saudari yang menulis ni bagaimana pula ye..mungkin kamu seorang yang sangat pandai bercakap,menulis dan membuat..tak begitu??

2. org pas kuat memaki? berapa ramai tu ek???berapa peratus tu???20 orang??100 org??1000 org???1 juta org??atau seorang saja???berapa peratus..takkan sekerat org perangai buruk semua nya kena...

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 20:21

buktikan kalau betul org pas kuat maki..?bila eni join PAS ni?jadi sekarang UMNO ke?

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ibnushahabudin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.10.2009
Ahli No: 37618
Posting: 35

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 17-11-09 21:57

Pada 17-11-09 20:21 , syed posting:

!!! QUOTE !!!

buktikan kalau betul org pas kuat maki..?bila eni join PAS ni?jadi sekarang UMNO ke?

jangan lah saudara syed ambil hati sangat. Saya akui, ada juga orang-orang sebegini dalam PAS. Dalam soal memilih pemimpin pun begitu juga. Kemungkinan kekurangan tarbiah dan didikan untuk menjadi pemimpin. saya ulang kembali kata-kata Dr Abu Hassan, 'persepsi' adalah suatu benda yang berharga di zaman ini. Pimpinan kena banyak muhasabah, setiap tutur kata dan tindakan akan menjadi kayu pengukur org ramai. Saya rasa saudari norasyimah ni kebetulan terdengar org PAS 'terlepas kata', terus dinilai nya org PAS ni suka maki. Andai kata memang org PAS tu suka maki pun, bagus lah kalau dapat perhatian. moga-moga org bawah ni akan tegur kesilapan dia seterusnya berubah menjadi baik. Ingat, kita bawa perjuangan Islam, jangan kerana tindakan kita, terjadinya fitnah atas Islam, nauzibillah.

Bookmark and Share

  Member Information For ibnushahabudinProfil   Hantar PM kepada ibnushahabudin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 00:59

Pada 17-11-09 21:57 , ibnushahabudin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-11-09 20:21 , syed posting:

!!! QUOTE !!!

buktikan kalau betul org pas kuat maki..?bila eni join PAS ni?jadi sekarang UMNO ke?

jangan lah saudara syed ambil hati sangat. Saya akui, ada juga orang-orang sebegini dalam PAS. Dalam soal memilih pemimpin pun begitu juga. Kemungkinan kekurangan tarbiah dan didikan untuk menjadi pemimpin. saya ulang kembali kata-kata Dr Abu Hassan, 'persepsi' adalah suatu benda yang berharga di zaman ini. Pimpinan kena banyak muhasabah, setiap tutur kata dan tindakan akan menjadi kayu pengukur org ramai. Saya rasa saudari norasyimah ni kebetulan terdengar org PAS 'terlepas kata', terus dinilai nya org PAS ni suka maki. Andai kata memang org PAS tu suka maki pun, bagus lah kalau dapat perhatian. moga-moga org bawah ni akan tegur kesilapan dia seterusnya berubah menjadi baik. Ingat, kita bawa perjuangan Islam, jangan kerana tindakan kita, terjadinya fitnah atas Islam, nauzibillah.

salam ibnushahabudin,

orang pas tu siapa ? rasanya kena spesifik jugak tu.

ramai yang menjadi ahli pas dan datang dari pelbagai latar belakang. Setakat ini pas belum lagi 'mengelitkan' keahliannya dan membuka kepada sesiapa sahaja untuk mendaftar.ada petani, peniaga, ustaz, pelajar universiti, profesional malah mat rempit pun ada. Ada yang mendokong dan ada yang menyokong.Ada yang memahami dan ada yang sekadar nak mengundi. Ada yang melalui proses tarbiyyah dan ada sekadar nak jadi ahli.Jadi kepelbagaian latarbelakang ini menghasilkan macam-macam perangai dalam Pas.
Bagi yang mencari kesempurnaan pribadi adalah mustahil mereka akan sanggup bersama Pas, lebih baik join pertubuhan lain yang ada 'saringan' untuk bersama mereka.Jesteru itu kita dapati ramai yang menjadi 'bekas pas' kerana melepaskan diri dari pas jesteru kekecewaan kepada mana-mana pribadi.

bersama pas kerana dasar perjuangan Pas, bukan kerana mana-mana pribadi. andai TGNA atau TGHH keluar Pas sekalipun,sedang Pas masih mendokong perjuangan Islam yang suci, saya berpandangan saya 'wajib' bersama pas, kecuali saya yakini Pas sudah menyeleweng dari orbitnya dan bertentangan dengan kehendak agama ini, maka saya kena berlepas diri.

saya bersetuju dengan anda, tarbiyyah adalah elemen yang paling penting untuk keutuhan perjuangan sebuah harakah Islamiyyah, Maka ia agenda yang paling utama untuk ditumpukan. Kita tidak mahu pemuda kita ramai tapi kosong jiwa mereka dari kefahaman Islam yang tulen. Kita tidak mahu melahirkan ahli yang bersemangat menang pilihanraya tetapi tidak bersemangat pula mengisi kemenangan itu dengan kehendak agama. Apatah lagi menjadi ahli Pas yang sekadar hebat mencerca tapi kerja buat untuk dakwah dan agama habuk pun tarak.

saya juga sangat bersetuju, pimpinan mengambil sikap teliti dan hati-hati dengan segala tindakan. Kerana ucapan dan perbuatan mereka ini akan cepat dimanipulasi oleh musuh dan mereka yang ada penyakit hati.Begitu juga dengan komunikasi dan penyaluran maklumat. sepatutnya perlu cepat , menyeluruh dan 'kemas kini'. Era internet ni saya lihat serangan untuk melumpuhkan pas begitu dasyat sekali dan lebih mendatangkan kesan. Jika tidak benar-benar ditangani, fitnah akan hebat melanda, keyakinan ahli akan goyah dan kesatuan fikrah dan kesatuan amal akan sukar sekali dikecapi. anda akan dapati sekarang ini kalau ada 'isu' yang cuba disensasikan oleh UMNO, ada sahabat kita dari jemaah Islam yang lain juga sudah turut menambah perisa dan bersungguh-sungguh menggoyahkan kita.....itulah yang lebih menyedihkan dan mendukacitakan. kalau dulu kita dengar UMNO cukup suka menuduh 'taksub pemimpin' kepada kita, sekarang ini kita terpaksa menerima tuduhan yang sama dari mereka.....dengan hujah Islami mereka, mereka telah memperkuatkan tuduhan liar UMNO terhadap kita.... sedang jika mereka benar-benar jernih hati.....mereka akan dapati itu hanyalah 'PERSEPSI' mereka semata..:cry:

Saya berdoa Allah meneguhkan hati kita, memberi hikmah , dan kekuatan kepada kita semua

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 07:16

Pada 19-11-09 00:59 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

anda akan dapati sekarang ini kalau ada 'isu' yang cuba disensasikan oleh UMNO, ada sahabat kita dari jemaah Islam yang lain juga sudah turut menambah perisa dan bersungguh-sungguh menggoyahkan kita.....itulah yang lebih menyedihkan dan mendukacitakan. kalau dulu kita dengar UMNO cukup suka menuduh 'taksub pemimpin' kepada kita, sekarang ini kita terpaksa menerima tuduhan yang sama dari mereka.....dengan hujah Islami mereka, mereka telah memperkuatkan tuduhan liar UMNO terhadap kita....

sedih kan... :(

Kalau semua jemaah bertujuan mahu menegakkan agama Allah, Kenapa nak gaduh2 sesama sendiri?

adakah jemaah adalah puak?

bila masing-masing membawa dalil Quran dan hadis orang yang tidak berilmu namun mahukan agama Islam menjadi keliru.

benar-benar yakin ke dengan tafsiran yang dibuat? Semoga tiada yang mempermainkan ayat2 Quran atau hadis dengan mengada2kan atau membuat tafsiran sendiri demi memenangkan pendirian masing-masing.

ingat, ALLAH yang akan mengadili semua kelak.

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 08:04

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 09:42

menarik sungguh topik ini..... kemana menghilangnya wuzaraa...

"ulama pewaris nabi"

rasanya dengan akal yang rasional berlandaskan mentaliti Islam sebenar, wuzaraa boleh kenalpasti mana satu ulama' dunia mana satu ulama' tulen....

Rasionalnya, takkan seorang yang alim sanggup beribadah kepada-Nya dengan hasil yang haram.

Rasionalnya, takkan seorang yang alim tidak bijak bergelagat mengikut apa yang ditentukan sama ada dalam Al-Quran @ As-Sunnah...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 19-11-09 09:47

Pada 19-11-09 08:04 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

saya ada disini wahai saudaraku, muslimin23.
anda mengagumi hujah2 copy paste acok ye? yelah... kalian memang memang keputusan sebegitu, jadi apabila ada yang dapat berikan hujah, mestilah sokong, ye tak.

sabar, saya belum sempat menulis.
Saya akan terangkan, bahawa acok telah menggunakan dalil pada tempat yang jelas salah. Segala hujah yang diberikan, hanyalah dalam rangka nak mengabsahkan tindakan nik aziz.
InsyaAllah saya akan jelas berkenaan hukum hadiah. Dan hukum hadiah kepada penguasa, pada masa mana boleh diambil mana yang haram ambil.

Nak tanya, betul tajaan tu termasuk Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi dan Isteri?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

azuhaf_82
Warga Rasmi
Menyertai: 19.11.2009
Ahli No: 38316
Posting: 8

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 10:59

Pada pendapat saya, TGNA mungkin lebih elok tidak menerima tajaan itu. Sebabnya tajaan dan hadia itu sudah bertukar menjadi fitnah. Tidak salah rasanya menerima hadiah atau tajaan. Jika saya ada duit banyak pun saya akan taja ulama2 hafiz hafiz dan tokoh agama terkenal untuk mereka mengerjakan umrah atau haji. Ini kerana doa dan peribadi mereka lebih baik dari saya walaupun saya banyak duit.

Tapi MEMANDANGKAN fitnah telah tersebar,adalah lebih baik tidak menerima kerana ingin memuaskan hati pihak lain.

Bookmark and Share

  Member Information For azuhaf_82Profil   Hantar PM kepada azuhaf_82   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 13:09

Pada 19-11-09 09:47 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-11-09 08:04 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

Nak tanya, betul tajaan tu termasuk Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi dan Isteri?

boleh saja anda cuba siasat kalau anda benar-benar berminat nak 'membongkar' keaibannya ....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 13:12

Pada 19-11-09 09:47 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-11-09 08:04 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

Nak tanya, betul tajaan tu termasuk Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi dan Isteri?

boleh saja anda cuba siasat kalau anda benar-benar berminat nak 'membongkar' keaibannya ....

tapi saya nasihatkan hentikanlah....tawaran sudah dibatalkan, tak diterima pun...ia tidak wajar disandarkan lagi.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 13:27

Salam,

Sememangnya tawaran kali ini telah ditolak oleh tok guru...tapi menurut acok, tok guru sebelum ini ada menerima tawaran yang serupa.

Jadi kepada wuzara teruskan CSI anta. :)

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 14:26

ok syikh sekalian..ana rasa ini isu politik ni...umno dan bn nak sabotaj..tengok bila ada sebahagian anggota parlimen bn yang ke taiwan dengan tajaan..ada sesiapa kecoh?ada budak?skandal PKFZ dah berlarutan...tu lagi bosar..kenapa tak nampak..

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 14:55

Pada 19-11-09 13:27 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Sememangnya tawaran kali ini telah ditolak oleh tok guru...tapi menurut acok, tok guru sebelum ini ada menerima tawaran yang serupa.

Jadi kepada wuzara teruskan CSI anta. :)

Wasalam.

tak perlu nak berCSI dalam isu ni.....tok guru dah tolak.....senanglah tak perlu fikir lebih-lebih....cuma persoalannya

perasuahkah kita

1)jika kita sponsor bekas2 guru,imam kita buat haji tak pun haji badal kerana hormat dan hargai jasa mereka???

2)jika kita sponsor ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana kasih sayang kita kepada mereka???

3)jika kita sponsor kawan-kawan baik ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana mengenang jasa dan bantuan mereka pada ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita???

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 14:58

Pada 19-11-09 14:26 , syed posting:

!!! QUOTE !!!

ok syikh sekalian..ana rasa ini isu politik ni...umno dan bn nak sabotaj..tengok bila ada sebahagian anggota parlimen bn yang ke taiwan dengan tajaan..ada sesiapa kecoh?ada budak?skandal PKFZ dah berlarutan...tu lagi bosar..Kenapa tak nampak..

sebab yang terlibat tu bukan Nik Aziz..Sebab tu lah wuzaraa tak kecoh...

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 15:00

Pada 19-11-09 09:47 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-11-09 08:04 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

saya ada disini wahai saudaraku, muslimin23.
anda mengagumi hujah2 copy paste acok ye? yelah... kalian memang memang keputusan sebegitu, jadi apabila ada yang dapat berikan hujah, mestilah sokong, ye tak.

sabar, saya belum sempat menulis.
Saya akan terangkan, bahawa acok telah menggunakan dalil pada tempat yang jelas salah. Segala hujah yang diberikan, hanyalah dalam rangka nak mengabsahkan tindakan nik aziz.
InsyaAllah saya akan jelas berkenaan hukum hadiah. Dan hukum hadiah kepada penguasa, pada masa mana boleh diambil mana yang haram ambil.

Nak tanya, betul tajaan tu termasuk Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi dan Isteri?

bukankah pandangan dan hujah tuan juga tuan copy and paste...dari dul sampai sekarang asyik keluar hadis yang same saja...zzzzzzzzzz

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 16:51

hehheh...
taja untuk guru/cikgu pergi haji rasuah...
tapi taja untuk bekas pm kapal layar tu hadiah..
selepas ini cenderahati untuk perasmian juga rasuah..
belanja member makan pun rasuah...
inilah kerja org yang tak ada modal...

p/s.. baru saja nak belanja muslimin23 satay kajang...tak boleh rasuah..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 17:16

Pada 19-11-09 13:27 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Sememangnya tawaran kali ini telah ditolak oleh tok guru...tapi menurut acok, tok guru sebelum ini ada menerima tawaran yang serupa.

Jadi kepada wuzara teruskan CSI anta. :)

Wasalam.

saya menyokong TGNA menolak tawaran tersebut bukan kerana saya rasa TGNA bersalah..tapi saya menyokong TGNA menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu FITNAH menjadi melarat..

rupanya perangai HTEE suka buat siasatan CSI untuk musuh gerakan islam mereka...ya, terpulang lah kalau HTEE nak buat CSI ke,FBI ke,CIA ke MOSSAD ke..biasalah TGNA ni kan lebih dikenali berbanding syeh taqiyudin di kalangan rakyat malaysia..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 17:28

Pada 19-11-09 09:47 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

sabar, saya belum sempat menulis.
Saya akan terangkan, bahawa acok telah menggunakan dalil pada tempat yang jelas salah.

ye lah tuu, yusuf qardhawi,dr asri, dan TGNA yang faqeh kitab pun engko boleh kata fatwa mereka salah,,apa lagi aku ni...aku ni setakat COPY PASTE saja..

awak kan seorang yang pakai HUJAH ISLAMI, org lain punya hujah tidak islami. macam yang anda kata hari tu

Pada 16-11-09 15:53 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam kebanyakan isu yang timbul,saya berikan pandangan-pandangan yang Islami

:roll:

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 18:06

استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)

...........................................................................................................

jika kita merujuk kepada hadis ini, dengan jelas bahawa nabi saw menyoal ibn lutbiah sama ada beliau akan menerima HADIAH tersebut seandainya tidak memegang jawatan tersebut. soalan sama boleh kita ajukan kepada TGNA,,adakah TGNA akan mendapat tajaan Haji sekiranya beliau melepaskan jawatanya sebagai MB????

SAYA YAKIN

1.Rakyat kelantan yang menjadi murid TGNA akan menaja beliau
2. Ahli-ahli PAS yang kaya-raya akan menaja beliau (lihat sahaja beberapa ahli pas yang ditaja oleh individu2 yang menyayangi perjuangan islam untuk bekerja sepenuh masa dengan PAS)
3. rakyat malaysia yang melihat kezuhudan TGNA juga pasti sanggup menaja belaiu..

dan sebab itu lah juga FATWA KLASIK membenarkan pegawai kerajaan untuk menerima HADIAH sekiranya mereka tahu hadiah tersebut bukan kerana JAWATANYA..seperti fatwa berikut yang diTEGASKAN oleh ibnu NAWAWI..

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) Al-Mughni, Ibn Qudamah ( tahqiq At-Turki) 9/814 ; Subul as-Salam, 4/577

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 21:38

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, Kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi Kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat untuk Guru Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "kasihan orang miskin."

Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji Kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?

Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

dipetik dr laman http:www.harakahdaily.net

dr ana..ana sangat bangga pernah tinggal d Pulau Melaka..menjadi anak didik untuk guru, pernah memicit untuk guru..pernah tolong dia tahnik bayi-bayi yang datang..banyak pengalaman ana..yang mana mungkin orang lain tidak berkesempatan...betullah..tak kenal maka tak cinta..namun bagi mereka yang tidak sealiran..makin baik seseorang itu..makin jahat dipandangan mereka..

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 22:47

!!! QUOTE !!!

bukankah pandangan dan hujah tuan juga tuan copy and paste...dari dul sampai sekarang asyik keluar hadis yang same saja...zzzzzzzzzz

Ada juga orang yang tidur ya bila disampaikan hadis yang sama?

Satu hadis sudah memadai untuk menjadi dalil syara' bagi sesuatu masaalah...tak tahu lah pulak ada orang yang tak boleh terima sesuatu hukum itu sebagai syarie jika hanya diistimbath dari satu hadis.

Agaknya kerana dah terbiasa dengan kebiasaan demokrasi yang melihat kepada kuantiti ketimbang kualiti?

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 20-11-09 08:25

Pada 19-11-09 22:47 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

bukankah pandangan dan hujah tuan juga tuan copy and paste...dari dul sampai sekarang asyik keluar hadis yang same saja...zzzzzzzzzz

Ada juga orang yang tidur ya bila disampaikan hadis yang sama?

Satu hadis sudah memadai untuk menjadi dalil syara' bagi sesuatu masaalah...tak tahu lah pulak ada orang yang tak boleh terima sesuatu hukum itu sebagai syarie jika hanya diistimbath dari satu hadis.

Agaknya kerana dah terbiasa dengan kebiasaan demokrasi yang melihat kepada kuantiti ketimbang kualiti?

kalau aku tidur aku tak akan baca setiap posting ISLAMI wuzaraa..

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 20-11-09 10:04

Isu ni dah selesai pun.. Tak perlulah pertikaikan lagi tentang tajaan haji tok guru.. Dia pun dah tolak hadiah ni.. Agaknya ramai yang cemburu bila ada orang yang menaja tok guru pergi haji..

saya kira isu ini kecil tapi diperbesar-besarkan..

Bookmark and Share

  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 21-11-09 18:22

kecil nak diperbesarkan untuk menutup isu royalti minyak..

p/s.. bravo2..mr syed..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 21-11-09 19:56

walau apa pun yang melanda aku tetap yakin dengan TGNA dan percaya pada beliau..........

bukan aku fanatik.....kau tak kenal TGNA .......senang kau datang kelantan ...lihat cara hidupnya....

apapun aku syukur TGNA menolak tajaan tersebut.....untuk mengelakkan fitnah yang melanda...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 21-11-09 21:42

betul wafie...aa sokong...ini bukan pasal ta'asub...bukan nak perbesar2kan cuma perkara dan isu ini yang telah besar..

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 22-11-09 11:25

masih lagi menunggu penjelasan orang HT tentang persoalan saya

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-11-09 11:31

sudah terang lagi mahu bersuluh.....jika dah benci pada TGNA selamanya mereka berusaha untuk mencari mana silapnya orang tersebut...memang dah nama manusia memang macam ini......entahla apa nak jadi....

ana pun tunggu penjelasan.....
perasuahkah kita

1)jika kita sponsor bekas2 guru,imam kita buat haji tak pun haji badal kerana hormat dan hargai jasa mereka???

2)jika kita sponsor ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana kasih sayang kita kepada mereka???

3)jika kita sponsor kawan-kawan baik ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana mengenang jasa dan bantuan mereka pada ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita???

:berfikir: :berfikir:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-11-09 14:43

Pada 22-11-09 11:31 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

sudah terang lagi mahu bersuluh.....jika dah benci pada TGNA selamanya mereka berusaha untuk mencari mana silapnya orang tersebut...memang dah nama manusia memang macam ini......entahla apa nak jadi....

ana pun tunggu penjelasan.....
perasuahkah kita

1)jika kita sponsor bekas2 guru,imam kita buat haji tak pun haji badal kerana hormat dan hargai jasa mereka???

2)jika kita sponsor ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana kasih sayang kita kepada mereka???

3)jika kita sponsor kawan-kawan baik ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita buat haji tak pun haji badal kerana mengenang jasa dan bantuan mereka pada ibu bapa,nenek atuk dan moyang kita???

:berfikir: :berfikir:

Salam,

Itu bukan persoalannya, contoh-contoh yang akhi bawakan tiada kena mengena dengan topik yang diperbincangkan.

Ini bukan persoalan pemberian hadiah kepada mereka yang kita kasih yang tidak memiliki kuasa pemerintahan atau berkerja dengan pemerintah (yang memiliki wewenang untuk memberi imbuhan dalam bentuk kontrak atau perkerjaan). Perkara itu secara terang memang diperbolehkan.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 23-11-09 12:03

Salam….

Nampaknya mereka ini semakin terdesak nak mempertahankan tindakan tok guru mereka. Apabila membahas persoalan fiqh begini, saya berhati-hati dengan penulisan saya dengan tujuan 1) orang yang membaca tidak salah faham, 2) orang tidak boleh memutar belit fakta yang saya beri. Saudara-saudara yang jujur boleh perhatikan, apabila saya merujuk tajaan yang ditawarkan kepada Nik Aziz, saya nyatakan secara khusus, dengan menyebut perkataaan ‘sebegini’. Tulisan-tulisan yang saya telah post merupakan buktinya. Saya boldkan Silalah baca dan cek balik.

Pada 11-11-09 15:50 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Apakah hukumnya pemerintah dan pegawai pemerintah menerima hadiah sebegini? Saya akan kupas pembahasan hukum rasuah dan hadiah bagi pemerintah kemudian..

Pada 15-11-09 09:23 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Isu di sini bukan rasuah, tetapi hadiah. Apakah sebagai ketua pemerintahan, beliau boleh menerima hadiah dalam bentuk begini.Sebagai orang yang beriman, kita kena balik kepada hukum syara', bukannya undang-undang kufur SPRM. Andai kata dibenarkan oleh SPRM, tetapi ia haram disisi hukum Allah,dimanakah kita campakkan aqidah kita apabila menyandarkan hukum kepada hukum SPRM?

Pada 16-11-09 07:55 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Lihatlah, apabila ia melibatkan Tok Guru, ramai yang akan mempertahankannya, walaupun jelas ia haram. Ketaksuban melampau ini adalah amalan golongan Yahudi dan Nashrani, yang tidak layan diamalkan oleh seorang Muslim. Sampai sanggup memutar belit keumuman nas yang menyatakan sunat hukum memberi hadiah, dan mencampakkan kekhususan nas keharaman pemerintah menerima hadiah dalam bentuk begini.

Pada 16-11-09 08:01 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Hukumnya dah jelas, haram pemerintah menerima hadiah dalam bentuk begini, main kona bergantung niat tok guru. wahai kak mahani, mana ada cara berhukum begini, hukmu bizzohir.

Jelas dalam penulisan saya sebelum ini, saya secara khusus merujuk kepada bentuk hadiah yang ditawarkan kepada Nik Aziz. Ini kerana saya perlu membezakan hukum asal memberi hadiah yang sememangnya sunat dengan hukum hadiah yang diberikan kepada pemerintah. Tetapi ada sesetengah manusia yang berhujah dengan tidak jujur, menafsirkan sendiri hujah lawannya dan malah memutarbelit dalil syar’ie dalam rangka nak mempertahankan keputusan yang sememangnya mereka dah buat terlebih dahulu. Lebih menyedihkan lagi, apabila diberikan pandangan secara baik, mereka mengejek-ejeknya.

Pada 14-11-09 02:01 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

1. geli aku dengar ayat anda tuuu..Kenapa???dalil apa yang anda bawa tu??istinbat tak kena langsung,,berlagak alim dengan letak hadis yang tidak ada kaitan..

Pada 14-11-09 02:05 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

buat tripotfana,
tidak perlu dengar nasihat org yang berlagak alim macam c wuzura..kalau ada sesiapa yang nak bagi hadiah pada ayah awak,,

Pada 16-11-09 21:22 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

1. geli aku baca frasa ni saya berikan pandangan-pandangan yang Islami..hahahha..berlagak alim ekkk...

Lihatlah, ini gaya golongan ini ber’hujah’. mereka tidak habis mengolok-olok dan mengejek, satu cara penghujahan yang cukup keji lagi memalukan. Sedangkan dalam sebuah hadith qudsi dari al-Hasan, beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya orang yang mengolok-olok manusia, akan dibukakan pintu syurga bagi salah satu dari mereka. Kemudian dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Lalu ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, pintu itu ditutup. Kemudian dibukakan pintu yang lain baginya dan dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Kemudian ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, maka pintu itu ditutup. Hal seperti itu terus menerus dilakukan hingga salah seorang dari mereka dibukakan satu pintu dari pintu-pintu surga. Kemudian dikatakan, "Kemarilah-kemarilah!" Tapi ia tidak mendatanginya kerana putus asa. (hari. al-Baihaqi dalam saya'b al-Imam dengan sanad hasan mursal.

Mungkin itulah yang diinginkan oleh golongan ini diakhirat kelak, semoga Allah menjauhi kita dari kecelakaan ini. Ini menunjukkan mereka berhujah dengan penuh kebencian. Keputusan telah dibuat, tok guru telah halalkan tajaan itu, maka aku kena halalkannya juga. Kemudian barulah nak cari apa saja dalil untuk sokong keputusan yang dibuat itu.

Seperti yang kita maklum, beliau ditawarkan tawaran mengerjakan haji oleh Abroad Technologies, sebuah syarikat yang telah mendapat tender pemasangan billboard di Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK). Ada sumber menyatakan tajaan haji tersebut meliputi Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi , menantui nik aziz yang merupakan CEO PMBK bersama isterinya. Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan tawaran tajaan kepada semua mereka, tetapi seperti mana yang diakui oleh Nik Aziz beliau memang ditawarkan tajaan tersebut. Jadi, inilah skop pembahasannya. Apakah Nik Aziz selaku MB Kelantan boleh disisi syara’ menerima tajaan sebegini.

Tetapi apa yang terjadi disini adalah golongan pemuja Nik Aziz ini mereka mesti mempertahankan tindakan tok wali mereka. Mereka dah buat keputusan, tajaan tersebut adalah syar’ie dan sekarang barulah mereka nak mencari dalil untuk sekadar mengabsahkan keputusan mereka. Mereka sekadar copy lepas itu apa saja yang boleh tanpa memberikan rujukan, dan seolah mereka yang mengeluarkan hujah. Walhal, mereka sekadar mencarik dalil mana yang boleh untuk mengabsahkan tindakan tok guru mereka, mana yang sesuai digunakan. Apabila ada satu piha kdari mereka dapat mencari dalil yang dianggap bersesuaian, maka penyokong-penyokong mereka bergembira, menyokongnya seolah hujahnya sungguh kuat, walhal tempek sana sini dan salah sama sekali. Jadilah ia seorang hero memperjuangkan tok guru.

Sepatutnya sebagai seorang Islam, kita melihat tindakan tersebut dari aspek hukum syara’ dan hukum syara’ semata-mata. Kita balikkan kepada dalil, kerana jika kaji kitab-kitab para fuqaha, mereka telah membahas bab rasuah dan hadiah secara berasingan. Dan dalam bab hadiah, para fuqaha telah mengkhusus hukum hadiah kepada pemerintah dan pegawainya dan mencontohkan pada waktu mana seorang pemerintah boleh menerima hadiah dan pada waktu mana yang haram.

Jadi dalam penulisan saya yang berikutnya, insyaAllah saya akan bahaskan, hukum hadiah secara umum, dan pembahasan berkenaan hadiah kepada pemerintah. Kemudian dengan kefahaman ini, kita boleh menilai apakah tajaan haji kepada Nik Aziz oleh syarikat tersebut selari dengan hukum Islam atau tidak.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 23-11-09 13:16

ada masa tengok dalam http://www.zaharudin.net untuk melihat penghujahan beliaau..kepada wuzara..ada benarnya ente..tapi cara penulisan ente seolah-olah menhina seorang untuk guru yang lebih arif ilmunya..dengan seolah-olah ente anggap dia sudah tak beramal dengan ilmunya..pandangan ente ini d pengaruhi oleh apa ya?

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 23-11-09 17:07

Pada 23-11-09 12:03 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Seperti yang kita maklum, beliau ditawarkan tawaran mengerjakan haji oleh Abroad Technologies, sebuah syarikat yang telah mendapat tender pemasangan billboard di Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK). Ada sumber menyatakan tajaan haji tersebut meliputi Nik Aziz dan Isteri, serta Ir Ariffahmi , menantui nik aziz yang merupakan CEO PMBK bersama isterinya. Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan tawaran tajaan kepada semua mereka, tetapi seperti mana yang diakui oleh Nik Aziz beliau memang ditawarkan tajaan tersebut. Jadi, inilah skop pembahasannya. Apakah Nik Aziz selaku MB Kelantan boleh disisi syara’ menerima tajaan sebegini.

1. nampaknya kamu seperti diajar untuk menulis sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti kebenarnya..tak kan nak tuduh TGNA terima hadiah dari kontraktor dengan tidak mengetahui kesahihanya..

2. boleh tak engko buktikan pembayaran syarikat ABROAD TECHNOLOGIES yang membayar tajaan tersebut???setahu aku TGNA ditaja oleh kwan lama nya yang bernama NUDIN..kalau nak tuduh TGNA terima hadiah dari kontraktor biar jelas darimana sumber beritanya, sahih ke tak...kalau ikut undang-undang SPRM, tuduhan engko ni dah dikira sebagai RASUAH..dan sehingga kini SPRM pun belum pernah mengesahkan TUDUHAN ENGKO ni..

3. dan selama ini, akupun meletakkan hadis yang melarang pemimpin menerima hadiah, TAPI aku pun letak KLAUS pengecualian oleh beberapa ULAMA dan FATWA klasik yang membenarkan hadiah diberikan kepada pemimpin..apa yang aku tolak adalah PENGHARAMAN SECARA TOTAL YANG ENGKO FATWAKAN..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 23-11-09 17:49

Pada 23-11-09 17:07 , acok_86 posting:

kita tengok tulisan orang yang dah hilang pertimbangan. lain yang saya tulis, lain yang dituduhnya.

penjelesan saya akan muncul kemudian... jangan melatah ye kawan.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 23-11-09 18:19

Pada 23-11-09 12:03 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Lihatlah, ini gaya golongan ini ber’hujah’. mereka tidak habis mengolok-olok dan mengejek, satu cara penghujahan yang cukup keji lagi memalukan. Sedangkan dalam sebuah hadith qudsi dari al-Hasan, beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya orang yang mengolok-olok manusia, akan dibukakan pintu syurga bagi salah satu dari mereka. Kemudian dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Lalu ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, pintu itu ditutup. Kemudian dibukakan pintu yang lain baginya dan dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Kemudian ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, maka pintu itu ditutup. Hal seperti itu terus menerus dilakukan hingga salah seorang dari mereka dibukakan satu pintu dari pintu-pintu surga. Kemudian dikatakan, "Kemarilah-kemarilah!" Tapi ia tidak mendatanginya kerana putus asa. (hari. al-Baihaqi dalam saya'b al-Imam dengan sanad hasan mursal.

aik,takkan cara berhujah engko hanya dengan mengatakan hujah org lain sebagai keji dan memalukan..bukan kah itu satu OLOK-OLOKAN juga???bukan kah itu satu KEJIAN juga???bukankah itu satu ejekan juga????cuba kau baca semula hadis yang engko letak tu, kena tak dengan batang hidung sendiri????

lepas tu mari pula kita lihat cara berhujah engko yang lain

1. kepada kak mahani pada 16-11-09 08:01 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Memang dasar taksub, hang pertahankan apa saja tindakan sang wali ini.

sedar tak yang engko sebenarnya suka TUDUH,EJEK,HINA,KEJI org lain????tak kan hanya kerana kau tak dapat balas hujah kak mahani lalu engko tuduh dia taksub???cuba baca balik hadis yang engko copy tu,,kena tak batang hidung sendiri???

2. pada 16-11-09 15:53 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam kebanyakan isu yang timbul,saya berikan pandangan-pandangan yang Islami

ini kata-kata engko sendiri,,memang aku geli pun dengar ayat anda ni..kau mengaku bahawa HUJAH engko sahaja lah yang islami,lepas tu kalau aku berhujah, engko kata aku hilang pertimbangan..bukan kah itu satu ejekan???bukankah itu satu penghinaan???dah lah hina orang, lepas tu puji diri sendiri pulak...

Posting pada: 23-11-09 17:49 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

kita tengok tulisan orang yang dah hilang pertimbangan

ini juga satu olok-olokan

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 23-11-09 21:06

hemm...tak sudah kes ni....oklah sahabat ukhwah achok dan wuzara..semuanya dah selesai..kita kembali balik kepada Allah..soal Tuan Guru dia dah tak ambik tajaan tu..soal hukum..kita masing-masing serah kepada Allah..jangan kita masing-masing mengeji sesama kita..dan masing-masing kena muhasabah dr..termasuk ana.sendiri..ws

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 23-11-09 23:45

yang tersembunyi di badan sendiri sudahpun terserlah...teruskan menulism wuzaraa.

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-11-09 08:01

Pada 23-11-09 18:19 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-11-09 12:03 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Lihatlah, ini gaya golongan ini ber’hujah’. mereka tidak habis mengolok-olok dan mengejek, satu cara penghujahan yang cukup keji lagi memalukan. Sedangkan dalam sebuah hadith qudsi dari al-Hasan, beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya orang yang mengolok-olok manusia, akan dibukakan pintu syurga bagi salah satu dari mereka. Kemudian dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Lalu ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, pintu itu ditutup. Kemudian dibukakan pintu yang lain baginya dan dikatakan kepadanya, "Kemarilah-kemarilah!" Kemudian ia datang dengan membawa kebingungan dan kegundahannya. Ketika ia datang, maka pintu itu ditutup. Hal seperti itu terus menerus dilakukan hingga salah seorang dari mereka dibukakan satu pintu dari pintu-pintu surga. Kemudian dikatakan, "Kemarilah-kemarilah!" Tapi ia tidak mendatanginya kerana putus asa. (hari. al-Baihaqi dalam saya'b al-Imam dengan sanad hasan mursal.

aik,takkan cara berhujah engko hanya dengan mengatakan hujah org lain sebagai keji dan memalukan..bukan kah itu satu OLOK-OLOKAN juga???bukan kah itu satu KEJIAN juga???bukankah itu satu ejekan juga????cuba kau baca semula hadis yang engko letak tu, kena tak dengan batang hidung sendiri????

lepas tu mari pula kita lihat cara berhujah engko yang lain

1. kepada kak mahani pada 16-11-09 08:01 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Memang dasar taksub, hang pertahankan apa saja tindakan sang wali ini.

sedar tak yang engko sebenarnya suka TUDUH,EJEK,HINA,KEJI org lain????tak kan hanya kerana kau tak dapat balas hujah kak mahani lalu engko tuduh dia taksub???cuba baca balik hadis yang engko copy tu,,kena tak batang hidung sendiri???

2. pada 16-11-09 15:53 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam kebanyakan isu yang timbul,saya berikan pandangan-pandangan yang Islami

ini kata-kata engko sendiri,,memang aku geli pun dengar ayat anda ni..kau mengaku bahawa HUJAH engko sahaja lah yang islami,lepas tu kalau aku berhujah, engko kata aku hilang pertimbangan..bukan kah itu satu ejekan???bukankah itu satu penghinaan???dah lah hina orang, lepas tu puji diri sendiri pulak...

Posting pada: 23-11-09 17:49 wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

kita tengok tulisan orang yang dah hilang pertimbangan

ini juga satu olok-olokan

Perlukah dilayan?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 24-11-09 18:22

nak gaduh kat gelanggang lah.........kalau tak puas hati........hehehehehe....oklah ana bergurau saja.....yang penting tok guru dah tak ambil tajaan tersebut....

:jangan:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 24-11-09 21:42

Alhamdulillah terima kasih kerna topik ni d buka kembali,.,berkhidmat untuk ahli..bagus..terima kash kepada pihAK admin.

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 30-11-09 09:32

Assalamualaikum wbt...

Berikut saya perjelaskan pembahasan hukum hadiah.
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat darinya sekiranya ia benar, dan dijelaskan kesilapannya jika saya silap.
Semoga Allah meredhai amalan kita sebagai amalan yang baik. Ameen.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 30-11-09 09:35

HUKUM HADIAH

Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah, Hanabilah, Hanafiyah dan Malikiyah, hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa imbalan sebagai penghormatan kepada orang yang diberi hadiah.

Sebagai sebuah aqad, hadiah memiliki tiga rukun. Pertama, adanya al-‘aqidan, iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi hadiah (al-muhda ilaih). Kedua, adanya ijab dan qabul. Hanya saja, dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi (shighat) lafzhiyah. Ketiga, harta yang dihadiahkan (al-muhda). Al-Muhda (barang yang dihadiahkan) disyaratkan mesti jelas (ma‘belum), harus milik al-muhdi(pemberi hadiah), halal diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. (Sila rujuk An-Nawawi, Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin)

Hukum Memberi Hadiah
Hukum memberi hadiah adalah sunat. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda:
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
Kalian saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (hari Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan An Nasa’i)

Hai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita tetangganya walaupun hanya tungkai kuku kambing. (hari al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari, ia berkata

Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya.
Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:
Penuhilah (undangan) orang yang mengundang, jangan kalian tolak hadiah dan jangan kalian memukul kaum Muslim. (hari al-Bukhari Ahmad, Abu Ya‘lah dan Ibn Abi Syaibah).

Sebenarnya banyak lagi dalil yang secara umum menggalakkan sesama Muslim itu memberi hadiah. Ini dilakukan sesama Muslim, antara Rasulullah dan sahabat dan sebagainya. Adalah menjadi suatu yang khusus bagi rasul, baginda bahawa baginda boleh menerima hadiah tetapi tetapi haram menerima sedeqah.

Itulah serba sedikit suasana dalam daulah Islamiah pada zaman rasulullah. Walaupun hidup mereka sangat sederhana, mereka saling member hadiah sebagai manifestasi kecintaan mereka sesama Muslim. Mereka saling memberi makanan yang merupakan amalan mulia yang menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Sebenarnya banyak lagi hadith-hadith yang menceritakan amalan yang memberi hadiah yang disunnatkan oleh Islam.

KETIKA YANG HARAM MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Dalam keumuman hukum sunat memberi hadiah, Islam telah menyatakan kekhususan keharaman memberi dan menerima hadiah. Para fuqaha telah menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram, iaitu:

1)    Hadiah kerana adanya aqad hutang.
2)    Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman
3)    Hadiah kepada pemerintah

Pertama, hadiah yang diberikan karena adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra. menuturkan, Nabi saw. pernah bersabda:
Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. (hari Ibn Majah).

Kedua, hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal ibadah. Ini juga bentuk hadiah yang haram.

Ketiga, hadiah kepada pemerintah.Pengharaman hadiah untuk penguasa, pegawai pemerintahan, dan semisalnya telah disebutkan dengan jelas dalam hadits-hadits.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi, bahawa Nabi saw. menugaskan Ibnu Lutaibah untuk mengurusi zakat Bani Sulaim. Ketika dia sampai kepada Rasulullah saw. dan membuat perkiraan dengan baginda, dia berkata:

“Ini untuk kalian. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku.”

Maka, Rasulullah saw. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayahmu dan rumah ibumu,
sampai datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar?”

Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, lalu berkata:

“Amma ba’du. Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. Lalu salah seorang dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. Dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar? Demi Allah, tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu darinya, kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat.”

Dalam Talkhishul Mutasyabih, Al-Khathib mengeluarkan dari Anas, bahwa Nabi saw. bersabda.
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima alhukam adalah kufur" .

Abu Wail Syaqiq bin Salamah, salah seorang imam tabi’in, berkata: “Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah, maka dia telah memakan suht. Dan jika dia mengambil rasuah, maka itu telah menyampaikannya kepada kekufuran.”

Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud, bahwa ketia dia ditanya tentang suht, apakah itu rasuah, dia menjawab: “Bukan. Tapi suht adalah bahwa seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan atasnya, lalu dia member hadiah padamu. Maka jangan kamu terima.”

Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw., beliau bersabda: “Barangsiapa yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan, dan kami telah memberikan rezeki (upah)kepadanya, maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah pengkhianatan.”

Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah. Pertama, adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan lain. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah. Kedua, adalah sekiranya orang yang member hadiah sememangnya telah biasa member hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat jawatan pemerintahan. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith

….Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar?....

Maka, sekiranya dua orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan, persahabatan contohnya, sekiranya salah seorang dari mereka menjawat jawatan pemerintahan, mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.

BAGAIMANA DENGAN KES MB KELANTAN?

Ada sesetengah pihak yang berpandangan TG Nik Aziz boleh menerima tawaran mengerjakan haji tersebut sebagai hadiah kerana amalan pemberian hadiah mengerjakan haji adalah amalan biasa yang dilakukan kepada orang-orang alim. Amalan menanggung kos haji bagi sesiapa pun, baik kepada orang alim, pendakwah dan masyarakat umumnya adalah amalan yang hukumnya sunat. Ia berbalik kepada keumuman hukum sunat member hadiah kepada sesama manusia.

Walaubagaimana pun, bagi kes TG Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, beliau terikat dengan hukum sebagai pemerintah. Di mana-mana beliau boleh menerima hadiah dari ketua-ketua kerajaan lain dan juga dengan kenalan-kenalan yang biasa member beliau hadiah sejak sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Jika tawaran hadiah itu datang selain dari sumber itu, adalah haram bagi beliau menerimanya.

KHATIMAH

Dalam system pemerintahan Islam, perkara yang berkaitan pemerintah ini adalah diadili dalam mahkamah mazhalim, sebuah mahkamah khusus membicarakan pertuduhan terhadap pemerintah dan pegawainya. Dalam system sekular hari ini, tiada system kehakiman sebegini, maka ramai pihak yang termangu-mangu memikirkan hukum sebenar bagi masalah sebegini.

Bagi saya, menulis pembahasan fiqh hadiah ini sebolehnya saya menulis dengan penuh kejujuran dalam menukil pandangan para fuqaha. Saya cuba menjelaskan pandangan para fuqaha sejujurnya tanpa bias sama ada menyebelahi atau menyerang Tuan Guru Nik Aziz. Saya berdoa agar diberi pemahaman yang benar dalam hal ini dan para pembaca juga dapat memperoleh pemahaman yang benar.

just my2cent,
wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 10:34

syukran ya wuzara atas kupasan ilmiah ente...namun masing-masing ada hujah kan..kita berlapang dada..

-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..

Bookmark and Share

  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 11:41

Alhamdulillah ...

akhirnya....

ini lebih menepati adab dan lebih berhati-hati memberi pandangan daripada menonjolkan kesombongan dengan terburu-buru menjatuhkan hukuman.

kesimpulannya, TGNA secara asasnya juga berhak menerima hadiah dan tidaklah total haram mendapat hadiah seperti yang dipertahankan sebelum ini...situasi mana boleh menerima, maka disitulah ada huraian.

dari sumber sahabat di kelantan, tok guru telah mengakui menerima hadiah dan tajaan haji dari beberapa individu semenjak sebelum menjadi MB lagi.

kalau masih berminat menyelidik atau rasa tidak percaya, wuzaraa masih boleh terus menyiasat

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 30-11-09 12:21

Pada 30-11-09 11:41 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah ...

akhirnya....

ini lebih menepati adab dan lebih berhati-hati memberi pandangan daripada menonjolkan kesombongan dengan terburu-buru menjatuhkan hukuman.

kesimpulannya, TGNA secara asasnya juga berhak menerima hadiah dan tidaklah total haram mendapat hadiah seperti yang dipertahankan sebelum ini...situasi mana boleh menerima, maka disitulah ada huraian.

dari sumber sahabat di kelantan, tok guru telah mengakui menerima hadiah dan tajaan haji dari beberapa individu semenjak sebelum menjadi MB lagi.

kalau masih berminat menyelidik atau rasa tidak percaya, wuzaraa masih boleh terus menyiasat

Alahai kak mahani...
Tak usah-usahlah pertahankan Tok Guru.
Saya menulis apa yang selama ini saya faham, yang sandarkan sepenuhnya kepada dalil. Pada awal thread ini, agak emosional kerana hukum ini telah jelas, tetapi apabila tok guru yang cuba pertahankannya maka pengikutnya pasti akan pertahankan. Apapun apabila saya menulis artikel, saya cuba seneutral mungkin tanpa bias kepada mana-mana pihak kecuali berdasarkan dalil hukum semata. Saya cuma terpanggil menulis secara sedikit detail kerana merasakan ada bahagian2 yang ramai orang terkeliru dan perlu dijelaskan.
Dah banyak sangat hukum Allah yang tok guru ubah, tapi seperti yang dikatakan oleh sseorang sahabat PAS saya, andai tok guru mengatakan gagak itu putih, nescaya mereka pun akan cuba mengiyakannya.
Saya memang tak terlalu mengharapkan akak akan faham, kerana dalam banyak isu hatta saya jelaskan bagaimana pun, jika putih kata tok guru, putih lah juga bagi akak. Tetapi kepada pembaca lain yang jujur lagi ikhlas dalam menilai fiqh Islam, tulisan pendek itu saya persembahkan.

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 13:10

Pada 19-11-09 09:47 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-11-09 08:04 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

mana wuzaraa....aku tengah tunggu post dia ni...

saya ada disini wahai saudaraku, muslimin23.
anda mengagumi hujah2 copy paste acok ye? yelah... kalian memang memang keputusan sebegitu, jadi apabila ada yang dapat berikan hujah, mestilah sokong, ye tak.

sabar, saya belum sempat menulis.
Saya akan terangkan, bahawa acok telah menggunakan dalil pada tempat yang jelas salah. Segala hujah yang diberikan, hanyalah dalam rangka nak mengabsahkan tindakan nik aziz.
InsyaAllah saya akan jelas berkenaan hukum hadiah. Dan hukum hadiah kepada penguasa, pada masa mana boleh diambil mana yang haram ambil.

haha..ini yang saya mahu dengar dari wuzara berkenaan dengan hujah Acok tu. macam wuzara katakan, hujah2 copy paste diforum-forum lain dan diedit sedikit kemudian dimasukkn ke sini hanya dengan kesamaan pada topik dan isi perbincangan. thank you wuzara sebab sudah memaklumkn kepada umum hujah acok ni macam mana sebab hari ini saya baru mengikuti perbincangan tajuk ini nampak sangat ada kecelaruan seperti pertikaian hujah anda sendiri dengan pihak lawan.

saya kurang arif dan tak suka dalam hal-hal copy paste hujah mahupun dalil untuk mengelakkan berlakunya salah tanggapan pada hujah dan dalil tersbut. kena mempelajari sbaik mungkin untuk mperjelasknnya dan mengukuhkn hujah.

selalu acok cakap saya memberi pdngn tiada FAKTA, saya pun tak tahu fakta apa yang dia nak. fakta copy paste? haha...bagus copy paste ni acok, tambah ilmu pengetahuan. jangan salah copy pula..teruskan usaha anda copy paste untuk memberi kebenaran.

macam ni sajalah berkenaan dengan topik ni, simple dan mudah faham. hadiah dan rasuah kadang-kadang sama, kadang berbeza. saya huraikan dari sudut logik akal sahaja sebab dalil2 sudah dikemukakan di atas.

hadiah diberikan sebab mungkin pernah menerima sesuatu sebelum ini atau hadiah juga diberikan mungkin ingin mengkehendaki sesuatu dimasa akan datang. satu lagi memberi hadiah sekadar suka-suka, ada ke ye? saya nak lah dibagi hadiah macam tu..haha..bak kata orang, setiap pemberian mesti ada balasan. timbal balik. ok mudah.

rasuah, istilahnya pun sudah memaksudkan ianya salah dan tak dibenarkan. seperti hadiah ada timbal balik. tapi hadiah perkataannya menarik sikit dan mengaburi sesiapa jika ianya disalahgunakan.

bagi saya isu ini lebih kepada menerima hadiah bukan rasuah. sebab nik ajis sendiri kata orang taja dia, dia ambiklah.hehe..hebat. inilah persoalan yang timbul, Kenapa orang atau pihak tersebut menaja sehinggakan nilai yang besar?inilah yang dikatakan hadiah jika diberikan kepada orang alim bergelar MB bagi pandangan secara rasionalnya sebab mungkin hormat dan minta ganjaran pahala.

bayangkan kalau isu ini kena pula kepada BN, habislah berapi2 sana sini suruh siasatlah apalah seperti saudari mas_ayu katakan. hehe...hai mas, lama tak "jumpa".

pokok pangkalnya walaupun penerimaan itu berniat sebagai hadiah namun yang memberi hadiah itu apa tujuannya? RM65,000 banyak tu. Siapalah sanggup menaja sebanyak tu semata-mata untuk hormat atau saja2 suka bagi hadiah. ada udang disebalik nasi kampung.

tapi selayaknya sebagai orang yang berjiwa rakyat, alim ulama, sebagai MB tak perlulah menerima tajaan hadiah tu.lagipun dia mampu tanpa ditaja pun. ambik saja hadiah tu dan cakap kat org yang bagi hadiah tu, berikan kepada rakyat yang memerlukan. lagi berpahala dan hormat orang yang memberi hadiah tu.

P/S : selepas ini mungkin acok akan cakap, " kau tiada faktalah. apa kau cakap panjang2 ni"...hehehe..

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 13:11

!!! QUOTE !!!

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?

masuk topik yang telah dibika ek...tak perlu sambung di sini...(belagak macam moderator lah pulak...)

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 13:38

Pada 30-11-09 13:11 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?

masuk topik yang telah dibika ek...tak perlu sambung di sini...(belagak macam moderator lah pulak...)

berlagak tak apa asal jangan rasa diri macam moderator sudah...hehehe! :kelip:

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 30-11-09 14:03

Makna nya tak lama lagi jadi moderator itu...uhuhuhu

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 17:29

!!! QUOTE !!!

Alahai kak mahani...
Tak usah-usahlah pertahankan Tok Guru.
Saya menulis apa yang selama ini saya faham, yang sandarkan sepenuhnya kepada dalil.

perlukah ini dilayan ?????????

alahai kak mahani tak usahlah pertahankan tok guru....terima sajalah ilmu wuzara ...

wuzaraa.... dalil anda tepat....tapi tak kena tempat.....
sebabnya...saya meragui anda punya niat.... saya berat mengatakan matlamat anda nak bersungguh2 buktikan tok guru silap sedang anda ni semua sudut hukum anda dah lumat.....tu saja wuzaraa..

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 17:33

Pada 30-11-09 12:21 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-11-09 11:41 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah ...

akhirnya....

ini lebih menepati adab dan lebih berhati-hati memberi pandangan daripada menonjolkan kesombongan dengan terburu-buru menjatuhkan hukuman.

kesimpulannya, TGNA secara asasnya juga berhak menerima hadiah dan tidaklah total haram mendapat hadiah seperti yang dipertahankan sebelum ini...situasi mana boleh menerima, maka disitulah ada huraian.

dari sumber sahabat di kelantan, tok guru telah mengakui menerima hadiah dan tajaan haji dari beberapa individu semenjak sebelum menjadi MB lagi.

kalau masih berminat menyelidik atau rasa tidak percaya, wuzaraa masih boleh terus menyiasat

Alahai kak mahani...
Tak usah-usahlah pertahankan Tok Guru.
Saya menulis apa yang selama ini saya faham, yang sandarkan sepenuhnya kepada dalil. Pada awal thread ini, agak emosional kerana hukum ini telah jelas, tetapi apabila tok guru yang cuba pertahankannya maka pengikutnya pasti akan pertahankan. Apapun apabila saya menulis artikel, saya cuba seneutral mungkin tanpa bias kepada mana-mana pihak kecuali berdasarkan dalil hukum semata. Saya cuma terpanggil menulis secara sedikit detail kerana merasakan ada bahagian2 yang ramai orang terkeliru dan perlu dijelaskan.
Dah banyak sangat hukum Allah yang tok guru ubah, tapi seperti yang dikatakan oleh sseorang sahabat PAS saya, andai tok guru mengatakan gagak itu putih, nescaya mereka pun akan cuba mengiyakannya.
Saya memang tak terlalu mengharapkan akak akan faham, kerana dalam banyak isu hatta saya jelaskan bagaimana pun, jika putih kata tok guru, putih lah juga bagi akak. Tetapi kepada pembaca lain yang jujur lagi ikhlas dalam menilai fiqh Islam, tulisan pendek itu saya persembahkan.

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?
ilmu tu tegak keatas meninggi..kalau tak sama tinggi dan tak sama rata, tentu akan brbeza..kalau dah sama tinggi, pemilik ilmu tu akan tenang dalam menerima sebuah prbezaan.

cuba tengok imam2 dari 4 mazhab.mereka brbeza pendapat, tiu tak bermakna yang satu benar yang lain salah. boleh jadi dua2nya benar.

dan dalam memangdang sebuah dalil, setiap orang dipengaruhi oleh ilmu masing-masing. tentu akan lagi baik kalau dalam sebuah prbezaan, tak perlu menghukum yang ni salah yang ni benar.

nik abdul aziz tentu seorang yang sangat faham dengan hukum halal dan haram.

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 17:41

Pada 30-11-09 12:21 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-11-09 11:41 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah ...

akhirnya....

ini lebih menepati adab dan lebih berhati-hati memberi pandangan daripada menonjolkan kesombongan dengan terburu-buru menjatuhkan hukuman.

kesimpulannya, TGNA secara asasnya juga berhak menerima hadiah dan tidaklah total haram mendapat hadiah seperti yang dipertahankan sebelum ini...situasi mana boleh menerima, maka disitulah ada huraian.

dari sumber sahabat di kelantan, tok guru telah mengakui menerima hadiah dan tajaan haji dari beberapa individu semenjak sebelum menjadi MB lagi.

kalau masih berminat menyelidik atau rasa tidak percaya, wuzaraa masih boleh terus menyiasat

Alahai kak mahani...
Tak usah-usahlah pertahankan Tok Guru.
Saya menulis apa yang selama ini saya faham, yang sandarkan sepenuhnya kepada dalil. Pada awal thread ini, agak emosional kerana hukum ini telah jelas, tetapi apabila tok guru yang cuba pertahankannya maka pengikutnya pasti akan pertahankan. Apapun apabila saya menulis artikel, saya cuba seneutral mungkin tanpa bias kepada mana-mana pihak kecuali berdasarkan dalil hukum semata. Saya cuma terpanggil menulis secara sedikit detail kerana merasakan ada bahagian2 yang ramai orang terkeliru dan perlu dijelaskan.
Dah banyak sangat hukum Allah yang tok guru ubah, tapi seperti yang dikatakan oleh sseorang sahabat PAS saya, andai tok guru mengatakan gagak itu putih, nescaya mereka pun akan cuba mengiyakannya.
Saya memang tak terlalu mengharapkan akak akan faham, kerana dalam banyak isu hatta saya jelaskan bagaimana pun, jika putih kata tok guru, putih lah juga bagi akak. Tetapi kepada pembaca lain yang jujur lagi ikhlas dalam menilai fiqh Islam, tulisan pendek itu saya persembahkan.

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?

astaghfirullahalazim...
adakah anda seorang yang sempurna sehingga sanggup menuduh seorang ulama sedemikian rupa...

-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 30-11-09 17:43

!!! QUOTE !!!

p/s: royalti minyak tu dari fiqh amwal fil islam ke?

alahai dia dah buat pulak dah....

menulislah wuzaraa, ceritakan semua kedudukan hukum minyak , api, air , tanah dalam daulah khilafah.... dan betapa sesatnya kerajaan pas kelantan yang menuntut royalti minyak dari pusat...

ini isu besar umat masa kini....berbanding isu muslim yang tak solat, tak puasa, yang murtad yang berzina, yang dedah aurat , yang berpecah belah...isu hukum royalti minyak ni paling penting dan perlu anda perincikan serta perah keringat untuk bertukar hujah tentangnya...

saya banyak urusan, dhoif dan tak habis mengaji bab ni..... achok mungkin boleh bertukar pandangan dengan anda.

salam

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PAS Pertahankan Tajaan Mengerjakan Haji Untuk Nik Aziz

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.241239 saat. Lajunya....