Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penjelasan sebenar (Kronologi Isu Purdah yang membabitkan Syeikh Muhammad Tantawi)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penjelasan sebenar (Kronologi Isu Purdah yang membabitkan Syeikh Muhammad Tantawi)

Please Mendaftar To Post


Oleh Penjelasan sebenar (Kronologi Isu Purdah yang membabitkan Syeikh Muhammad Tantawi)

iQhwan
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37834
Posting: 2
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 19:05


Assalamualaikum warahmatullah...
salam ukhwah buat sahabat sekalian....

Sumber dipetik dari http://hairulnizammathusain.blogspot.com

mafhum surah al-hujarat ayat6:

"hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini:

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss



"moga sentiasa dalam lindunganNYA"

............................................................
"man arafah nafsahu, faqad arafah Rabbahu"

Bookmark and Share

    


  Member Information For iQhwanProfil   Hantar PM kepada iQhwan   Pergi ke iQhwan's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 19:56


ooo..begitu ceritanya.
at least ada justification.
so now we know, baru boleh komen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-10-09 09:27


hmm... tengoklah, sampai ke mana-mana tokoh2 agama itu dan ini diburuk2 kan hanya kerana putar belit media...


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-10-09 11:48


Baguslah..

Mereka dapat memikirkan uslub begini yang seharusnya dikeluarkan lebih awal.


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

wazier
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2007
Ahli No: 30550
Posting: 6
Dari: Pulau Pinang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-10-09 11:56


kalau fikir balik, tak ada apa yang buruk pun. memang betul pamakaian purdah ni tak ada dalam islam. jadi kenapa nak dgalakkan? nak dakategorikan sebagai sunat pun tak boleh. tapi bagi org yang tak faham ni dia jadi cepat panik. dia mesti ingat sheikh tu gila ke apa tiba-tiba nak haramkn benda yang dah dlakukan zaman brzaman dan sejak turun tmurun lagi. benda-benda macam tu nak sangat panik. tapi muslimah2 yang tak tutup aurat lgsung sekarang ni tak ada siapa pun nak panik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wazierProfil   Hantar PM kepada wazier   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-10-09 12:12


Pada 27-10-09 11:56 , wazier posting:

!!! QUOTE !!!

kalau fikir balik, tak ada apa yang buruk pun. memang betul pamakaian purdah ni tak ada dalam islam. jadi Kenapa nak dgalakkan? nak dakategorikan sebagai sunat pun tak boleh. tapi bagi org yang tak faham ni dia jadi cepat panik. dia mesti ingat sheikh tu gila ke apa tiba-tiba nak haramkn benda yang dah dlakukan zaman brzaman dan sejak turun tmurun lagi. benda-benda macam tu nak sangat panik. tapi muslimah2 yang tak tutup aurat lgsung sekarang ni tak ada siapa pun nak panik.


ops wazier..enta kena semak dulu sebelum berkata..dah menyimpang tu..Pemakaian purdah tiada dalam islam??
sebenarnya ada thread yang dah bncangkan akan hal ni..ada dua pendapat ulama' yang menerangkan tentang aurat wanita itu sendiri..Pertama adalah pendapat hanafi dan maliki yang menerangkan seluruh tubuh badan adalah aurat wanita melainkan wajah dan tapak tangan.Kedua adalah pendapat mazhab syafie dan hanbali iaitu aurat wanita adalah seluruh badan termasuk wajahnya.

Sememangnya purdah adalah pakaian isteri-isteri nabi dan purdah itu adalah wajib bagi mereka.Ini adalah untuk menutup pintu2 fitnah,bukankah wajah wanita itu adalah sebesar-besar fitnah.

Sesungguhnya hukum memakai purdah itu adalah harus dan telah disepakati oleh para ulama'.


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 12:26


kan sudah terang lagi bersuluh..

apa pun pendapat yang perlbagai..saya berpegang kepada pendapat yang terkuat dan jumhur....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111572 saat. Lajunya....