Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 174
Ahli: 0
Jumlah: 174




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 19 tahun mentadbir Kelantan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 19 tahun mentadbir Kelantan

Please Mendaftar To Post


Oleh 19 tahun mentadbir Kelantan

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 15:31


Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan

Wan Nik Wan Yussof
Wed | Oct 21, 09 | 2:34:55 pm MYT
ANALISA

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.

Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.

Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.

Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri ? falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran ? sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.

Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Pengorbanan untuk generasi muda

Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.

Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat.

Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak.

Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'.

Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan.

Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.

Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan ?ilmu tuan guru? bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya.

Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.

Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar.

Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:

1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,

4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

5. sawah bendang menguning setiap musim,

6. hutan dan lurah sedia ditereskan,

7. kadar kemiskinan menjunam turun,

8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,

10. taman perumahan melebar ke serata negeri,

11. bandar lama dan baru makin berkembang,

12. kehadiran pelancong terus melonjak,

13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku

19. punca hasil baru terus diterokai

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.

Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.

Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

--------------

Penulis adalah Pengarah, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. _

sumber: detikdaily



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 15:41


bukan nak menentang...bukan nak menghina... tapi sekadar untuk bertanya..

semasa Tun Mahathir memerintah .... ketika menjangkau usia ke-20... pemimpin˛ PAS mengatakan Mahathir sudah terlalu lama memerintah..sudah terlalu tua.. terlalu lama memegang tampuk pemerintahan...

bagaimana? pula pandangan anda semua mengenai TGNA pulak ye??


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 20:35


rdwira,TGNA tak pernah berniat untuk teruskan penggalnya sebagai MB kelantan tapi orang yang mahu dia teruskan juga penggal pemerintahan kerana keserdehanaannya hinggakan ada yang buat solat hajat supaya Allah panjangkan usia TGNA kerana kredibiliti yang ada padanya


p/s------->kerajaan pusat,sila beri royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 12:35


Iye,ramai yang masih memerlukan TGNA sebagai pemimpin di kelantan..

agak-agak siapa agaknya pengganti TGNA kelak?
Patah tumbuh hilang berganti.. Namun yang baru tu takkan sama dengan yang lama..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 12:09


hidup PAS!hidup kelantan!hihi..semangat pulak...sesunguhnya saya sebagai anak kelantan amat 2berangga menjadi anak jati kelantan...semoga kepimpinan ulamak di kelantan akan terus bersinar.....tahniah kepada TGNA dan saf kepimpinannya yang berusaha gigih memajukan kelantan setanding dengan negeri2 yang lain berteraskan membangun bersama islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 12:17


takbir takbir takbir allahu akbar allahu akbar allahu akbar..........membangun bersama islam.........insayallah moga-moga di berkati.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 14:25


Pada 21-10-09 15:31 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas.


Nik Aziz bayar riba kepada kerajaan pusat... :berfikir:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-10-09 14:27


Salam...

Perlaksanaan hukum Islam adalah suatu kewajipan yang dibebankan kepada pemerintah melebihi beban yang lain. Sebagai pemerintah adalah haram melaksanakan hukum selain hukum Islam.

Bagi Parti Islam yang mengambil jalan demokrasi, mereka telah mengambil pandangan boleh berkongsi kuasa dengan kerajaan kufur. Perkongsian kuasa ini (jika bagi kes Malaysia antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri), ia membawa kepada kompromi terhadap perlaksanaan hukum Islam. Apa yang biasanya terjadi parti Islam yang pada sebelumnya lantang mendesak keras perlaksanaan hukum Islam, biasanya akan tersepit antara banyak hukum-hukum kufur yang telah disediakan. Jika sebelumnya lantang dan berani secara terus terang melaksanakan hukum Islam, kini mereka sendiri yang berada dalam konflik, melaksanakan hukum Islam atau hukum kufur.

Akibat dari itu, maka mereka melahir fiqh baru, untuk berkongsi kuasa dengan kerajaan kufur, dan untuk mengabsahkan tindakan mereka melaksanakan hukum kufur dengan alasan terikat dengan perlembagaan. Hari demi hari, akhirnya desakan keras untuk melaksanakan uqubat, hudud, dan segala hukum syara' tenggelam disebalik kesibukan mereka mentadbir kerajaan yang mereka kuasai. Buktinya, mereka lebih sibuk membangun kemajuan negeri, industri2, pelancongan, ekonomi, kebajikan, kebudayaan dsbnya daripada matlamat asal mereka berjuang ke arah penegakan hukum syara' secara keseluruhan.

Inilah yang dibuktikan dalam 20 Nilai Pembangunan Negeri Kelantan, tiada lagi penegasan khusus lagi tegas terhadap perlaksanaan hukum Islam secara keseluruhan. Ummat hari ini meletakkan kepercayaan politik kepada mereka dan memahami politik Islam dengan cara yang dibawa. Maka, walaupun jelas di Kelantan tidak melaksanakan hukum Islam, tetapi tetap ramai yang menyokongnya. Sebenarnya, jika bukan dalam bidang kuasa kerajaan pusat, banyak bidang kuasa kerajaan negeri yang boleh dilaksanakan aplikasi hukum syara', soal tanah contohnya. Saya baca sendiri bahawa hukum tanah di kelantan masih lagi menerus hukum dari zaman penjajah, begitu jug undang-undang lain. Jadi, di mana Islamnya?

Hakikatnya, apa yang terjadi di Kelantan bukanlah perlaksanaan hukum syara', jauh panggang dari api. Hukum di Kelantan adalah masih hukum sekular yang diberi kosmetik Islam. Tak payah pergi jauh-jauh, setelah 19 tahun, struktur kerajaan negeri pun masih jelas sistem pemerintahan ciptaan Montesqiue. Jadi, di mana hukum Islamnya?

Kita bukan sekadar mahu nilai Islam, kita mahu Islam itu sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 18:17


Pada 24-10-09 14:25 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 15:31 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas.


Nik Aziz bayar riba kepada kerajaan pusat... :berfikir:



tu hutang pada federal lah.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111955 saat. Lajunya....