Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: anak luar nikah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» anak luar nikah

Please Mendaftar To Post


Oleh anak luar nikah

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 08:06


Assalamualaikum

sebetulnya jika topik ini mengguris hati sesiapa saya mohon maaf.. tapi saya memang memerlukan pandangan kawan-kawan tentang perkara ini.

baru-baru ini saya dan suami berkira2 untuk mengambil anak angkat..
kebetulannya tiba-tiba saya terjumpa dengan rintihan seorang gadis yang telah mengandung tanpa nikah...dia mengadu akan dihalau dari rumah sekiranya tidak berfikir untuk melakukan sesuatu.apa daya seorang kanak-kanak berumur 16 tahun nak survive on her own kan?
begitu juga bapanya menjatuhkan hukum "aku tak mahu tengok anak haram dalam rumah ini"
maka si gadis ini merayu sekiranya ada yang sudi mengambil bayinya yang akan lahir sekitar hujung november nanti..

baru-baru ini alhamdulillah remaja ini telah selamat diusahakan memasuki pusat perlindungan remaja.. harap-harap agar dia dapat belajar banyak perkara di situ.
tentang anak itu, sekiranya dia menandatangani untuk proses anak angkat maka bayi itu akan diserahkan kepada keluarga yang telah memohon untuk mengambil anak angkat nanti..

persoalannya yang ingin saya tanya..
apa pendapat kawan-kawan sekiranya kita mengambil dan memelihara anak ini?
anak ini tidak berdosa, ya benar..
walaubagaimana pun, janin ini membesar dalam keadaan yang bagaimana? ibunya pergi clubbing.. janin ini diperdengarkan perkara2 hampeh... sedangkan ketika mengandung kita perlu perbanyakkan bacaan al-quran untuk tumbesaran janin..

ada yang mengatakan, yang memelihara bayi ini harus peliharanya atau beri perhatian padanya lebih dari bayi sendiri...
ada juga yang sedari awal menjatuhkan hukum..bayi itu nanti ketika besarnya sangat mudah untuk terjerumus ke arah yang bukan2 jika tidak dididik bersungguh2...

sebagaimana hamba Allah yang lain-lain, tidak kira seorang ustazah, ustaz...tidak kira andai tudung selabuh lutut sekalipun.. tentu kita punya rasa kita ini masih belum cukup ilmu agamanya..(melainkan bagi kategori yang rasa diri dah cukup sempurna kealiman masing-masing)

apakah sebenarnya situasi untuk kita semua,pasangan2 biasa yang memelihara anak ini?
ini belum termasuk bagaimana nak menangkis pandangan serong ahli-ahli keluarga seperti atok nenek, makcik pakcik (orang-orang lama yang memang cukup anti dengan anak luar nikah ni..)


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 10:31


Waalaikumsalam eni..

Pandangan saya, tiada masalah untuk memelihara anak luar nikah. Anak itu lahir sesuci kain putih, tidak langsung mewarisi dosa ibubapanya. Namun, ujian dan halangan memang berat seperti yang eni huraikan. Usah pedulikan pandangan masyarakat yang dah tak ada modal cerita lain dalam hidupnya.

Ilmu agama memang tak akan pernah cukup, yang penting usaha kita untuk mencari ilmu dalam mendidik diri kita dan juga anak tersebut. Terdengar juga tentang kemungkinan anak akan mewarisi perangai ibubapanya. InsyaAllah didikan yang baik dan doa yang berterusan dapat membentuk anak menjadi insan beriman. Moga usaha murni tersebut akan dipermudahkan. Masalah lain yang timbul kelak adalah masalah aurat, masalah hati dan perasaan bila mengetahui dirinya anak angkat bahkan anak di luar nikah.

Nak dengar juga pengalaman mana-mana warga Ukhwah yang mengambil anak angkat..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 10:39


terima kasih kak..
masalah bab aurat ni..insyaAllah akan dipermudah kan sebab suami memberi syarat jika mahu mengambil anak angkat ni.. ambilah yang masih bayi kemudian susukan bayi tersebut(menggunakan khidmat doktor untuk penghasilan susu badan)
dengan itu masalah aurat ini dapat di atasi..

cuma itulah...bagaimana nanti nak bermain dengan emosi anak yang tahu tentang statusnya, restu keluarga kedua-dua pihak (pihak suami dan pihak saya), kalau keluarga dah restu sanak saudara punya pandangan lain macam nanti bagaimana nak tepis, banyak yang bermain di minda...
hingga ada ketika seperti mahu serender...
entah lah..ada orang kata..bila nak buat baik.. memang macam-macam halangan muncul...
itu belum termasuk diri sendiri nak kena repair lagi untuk bagi contoh yang baik pada anak...iskkk


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 10:39


betul juga...ingin mendengar pengalaman2 mereka yang pernah melalui situasi ini..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 19-10-09 11:24


Nabi juga ada seorang anak angkat yang Nabi sangat sangat sayang..pernah Nabi ingin menukar nama anak angkat tersebut kepada Zaid b Muhammad tapi Allah melarang 'bin' bapa angkat dan akhirnya namanya dibiarkan menjadi Zaid B Harithah.

Sedikit kisah Zaid B Harithah...

ZAID BIN HARITHAH

Zaid bin Harithah orang yang ke-3 memeluk Islam .Beliau adalah anak angkat Nabi s.a.w yang pertama , kemudian barulah Nabi s.a.w mengambil Ali sebagai anak angkat yang ke 2 . Zaid adalah orang luar tidak seperti Ali .Ali adalah sepupu dan kerabat Nabi s.a.w yang terdekat .

Zaid anak kepada Harithah bin Syarahil ,berasal dr penduduk Yathrib . manakala ibunya bernama Sa'da binti Tha'labah .

Berikut adalah bagaimana Zaid menjadi anak angkat nabi . Zaid adalah seorang yang merdeka ,kemudian dia telah dicolek oleh perompak kemudian dia dijual dipasar Ukaz di Mekkah . Hakim bin Nizam yang kebetulan membeli belah di pasar Ukaz tertarik dengan kecerdikan dan ketangkasan Zaid lalu membeli Zaid .

Kemudian Hakim menghadiahkan Zaid kepada sepupunya iaitu Khadijah buat Khuwailid yang pada ketika itu belum berkahwin dengan Nabi s.a.w

Nabi s.a.w menganggap Zaid sebagai anaknya sehingga Nabi s.a.w mengistiharkan bahawa Zaid bin Muhammad , akan tetapi Allah melarang perbuatan tersebut . Nabi s.a.w sangat menyayangi Zaid ,buktinya Nabi s.a.w menikahkan Zaid dengan sepupunya yang sangat jelita iaitu Zainab bin Jahasyi. Ibu Zainab adalah Birrah bin Abdul Mutalib .

Walaubagaimanapun atas sebeb -sebab tertentu Zaid bercerai dengan Zainab . Kemudian Zaid bernikah dengan ibu angkat Nabi s.a.w yang sudah tua bernama Ummu Aiman . daripada perkahwinannya itu lahirnya cucu angkat yang dikasihi nabi s.a.w iaitu Usamah bin Zaid . Inilah cucu angkat yang paling dikasihi selepas Hassan dan Hussin .

Kemudian nabi s.a.w mendirikan kerajaan Islam di Madinah . Tiba-tiba Zaid muncul sebagai panglima perang yang banyak memimpin tentera Islam . Ternyata firasat Nabi dan Hakim itu benar-benar terjadi dan menjadi kenyataan.

Dia akhirnya terkorban di dalam peperangan Mutah pada tahun ke 8 Hijrah ketika itu dia memimpin tentera Islam melawan tentera Romawi yang bergabung dengan tentera Arab Ghassan .


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 13:46


Anak luar nikah kat Malaysia ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Semakin hari semakin ramai,semakin hari semakin meningkat bilangannya.

Moga usaha kak eni dan suami untuk mengambil anak angkat dipermudahkan. Bukan senang dan bukan semua orang boleh menjaga anak luar nikah ni. Dan bukan semua boleh menerima status "luar nikah" ni.

Bagi pandangan saya, sebagai ibubapa terpulang pada kita untuk mencorak anak tersebut. Kalau bulat acuannya,maka bulatlah bentuknya. Usah dipeduli tentang kisah-kisah dan sejarah lalu. Asalkan dididik dengan cara baik,maka InsyaAllah baiklah hasilnya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 27-10-09 14:31


salam..

izinkan saya memberikan pandangan...

sebaiknya..jika ingin mengambil anak tu sebagai anak angkat, ambillah ibunya sekali sebagai adek angkat...jangan ambil anak saja...

kenapa ambil dengan mak dia sekali??
ini agar anak dapat kasih sayang ibu kandungnya...dan siibu agar terjaga dan tidak melakukan hal yang sama lagi...
kalau anak tu diambek dan ibunya pergi macam tu saja...besar kemungkinan ibunya akan bebas, dan merasa tak ada beban...besar kemungkinan akan mengulang hal yang sama..(maaf, bukan tuduhan..tapi hal yang dikhawatirkan..)


tentang keadaan anak tu, sama sekali tidak ada masalah...yang penting, didik dia setelah dia lahir...tentang apa yang terjadi sebelum dia lahir..serahkan sepenuhnya pada yang maha menciptakan yang telah mengatur segalanya..

kalau nak ambil anaktu, ambil dengan ibunya sekali...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 08:16


tak ada salahnya ambil anak tu jadi anak angkat.
dia suci, yang salah ibu bapanya, bukan dia.
tapi, sebelum tu, saudari terpaksa fikir pasal masa depan dia.
pastinya ada saudara-mara mimi_eniliana yang tak setuju bila dapat tau yang baby tu out of wedlock. rancang and pujuklah mereka baik-baik agar family saudari dapat terima baby tu.
kalau family saudari tak suka, ditakuti sampai besar nanti baby tu jadi bahan cemuhan sanak saudara.
dulu pakcik saya ada pelihara anak angkat (tapi dia diambil jadi anak angkat masa umur 7-8 tahun, bukan baby).
budak tu orang kampung, hidup susah. jadi tak pernah nikmati kesenangan. pakcik dan makcik saya sayang sangat kat dia, hidup dia senang dan mewah dengan keluarga baru but unfortunately ada saudara-mara yang tak suka dan tak layan dia dengan baik.
kasihan kat dia sebab dapat layanan buruk bila ziarah rumah saudara mara tadi. budak tu pula ada masalah sikit. dia budak baik sebenarnya, tapi entah mengapa dia kadang-kadang mencuri duit pakcik makcik saya. agak banyak juga diambilnya. mungkin dia tak pernah rasa hidup semewah itu sebelum ni. jadi lama kelamaan pakcik makcik saya hantar dia semula pada keluarga asalnya di kampung even though di hati mereka sangat sayangkan budak tu.
kisah ni memang berbeza dengan saudari mimi_eniliana tapi sesetangah saudara mara, even datuk dan nenek sekalipun kadang-kadang tak dapat terima anak angkat ni.
kisah sepupu saya lain pula. beliau pelihara anak luar nikah sebagai anak dia tapi keluarga dia dan saudara-mara tak ada masalah dan dapat terima budak tu sebagai sebahagian dari keluarga mereka.
pengajarannya, saya rasa adalah penting untuk dapatkan restu family saudari terlebih dahulu, paling penting ibu dan bapa saudari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 15:43


Iman tidak diwarisi begitu juga sebaliknya. Jadi peliharalah sekiranya anak itu diberi pada anakanda ya.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 16:08


ambil anak tu dan ibunya sekali...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 19:24


pada pendapat saya,kalau kak eni nak ambil anak tu sebagai anak angkat memang baik..
saya dulu pernah juga dapat ofer dr sowng akak yang sedang sarat mengandung masa prektikel kat hospital tahun lepas..siap bagi num tipon lagi..dia cakap dia orang susah suami tak peduli dia dan anak-anak..
pasal baby yang status macam tu,kalau boleh tak perlu agaknya bagitahu status baby tu pada sanak saudara,cukupla kalau kak eni dan suami saja tahu..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 20:56


Jumaat ni 30 Oct dalam rancangan Semanis Kurma TV9 bincang pasal "Anak Angkat". Mungkin ada sentuh pasal isu ini..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 22:24


pandangan saya..akak patut ambil anak tu sebagai anak angkat
sebab kita tak tahu apa yang Allah janjikan pada anak tu
setiap anak ada rezkinya masing-masing
tentang cadangan wildan untuk ambil ibunya sekali tu saya tak berapa sokong
pasal emosi anak akan celaru, mana satu mak dia yang patut dia sayang
mungkin juga dia akan bertanya macam mana perangai yang patut dia ikut
ikut mak angkat dia o mak betul dia?
kalau lah akak ditakdirkan ada anak lain nanti dia akan keliru
mungkin akak pun akan keliru nak sayang yang mana..

elok rahsiakan dulu perkara2 yang xsedap
didiklah dia dengan corak pergi akak dan suami nak
moga emosi dia stabil
sekadar pendapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 07:20


terima kasih semua kepada yang memberi pandangan dan pendapat..
tersentuh hati bila membaca artikel dari saudara hafeezul, semoga diberi kemampuan untuk mendidik anak itu sehingga menjadi manusia yang cemerlang.

solehah: memang betul dik, akak pun risau penerimaan namun nampaknya, kami mungkin akan merahsiakan status kanak-kanak itu dari umum yang tahu maybe cuma ibu bapa kami...
kepada yang lain kita cuma akan sebut membantu ibu yang tidak mampu...

wildan: yang sebenarnya perancangan asal adalah ibu itu tinggal bersama kami sehingga melahirkan dan berpantang...kemudian dia boleh pulang ke rumah orang tuanya dan boleh kerumah2 kami bila-bila masa sahaja... namun atas sebab2 undang-undang, wanita itu perlu dimasukkan ke pusat penjagaan..
insyaAllah hubungan kami akan seperti saudara kerana saya tidak mahu anak itu nanti tertekan apabila tiba-tiba mengetahui siapa beliau..saya mahu dia kenal dengan ibu kandungnya dari kecil lagi..dan wanita ini saya layan seperti adik kandung sendiri..
cuma untuk tinggal bersama adalah agak sukar memandangkan dia dan suami bukan muhrim.. :)

nurhaziqah: benar, keluarga saya..makcik pakcik dan sebagainya punya pesepsi sendiri.oleh itu kami tidak akan mendedahkan status out of wedlock ini kecuali ibubapa kami..insyaAllah..

ummimq: insyaAllah ummimq, anak ini akan lahir sekitar raya haji nanti.. dan saya akan memelihara nya sesudah ibu itu selesai berpantang (kerana mahu bayi ini menerima susu ibu sebanyaknya jika dapat)

aeiyda: terima kasih, ya kami akan menyimpan rahsia status bayi itu kecuali kepada ibu bapa kami masing-masing... mereka juga akan sama-sama merahsiakannya

kak hanan: terima kasih kak hanan, banyak yang dapat dari program tersebut

aqil: terima kasih aqil, ada benarnya kata aqil, takut kekeliruan juga...namun kami tetap akan meluangkan masa untuk ditemukan dengan ibu kandungnya, cuma tidaklah kami tinggal sebumbung nanti :) takut juga jika dah besar baru tahu, anak ini akan memberontak dan tidak dapat menerima hakikat...


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 07:22


jika tiada aral 80% mungkin kami akan pelihara anak ini..
(jika ia lahir dengan selamat, jika ibunya tidak berubah fikiran dan sebagainya)
jika segalanya selesai maka tahun baru ini kami ada baby..hehehe


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 08:35


semoga Allah permudahkan usaha murni enie dan suami...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 14:33


mimi....jagalah anak angkat dengan baik
jangan guriskan perasaannya
dan jangan beza-bezakan kasih sayang dengan anak sendiri
jangan mengungkit statusnya jika berlaku sesuatu bila dia sudah dewasa

saya pernah mendengar luahan anak angkat yang dibezakan kasih sayang dan diungkit apa jasa yang dibalas setelah membesarkan dia...
sedih sangat....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 15:08


nak kata rezeki ke apa entah..tapi kalau jadilah, khamis ni ada lagi seorang baby bakal menghuni di rumahku nanti...anak kawan sendiri yang nak pergi mencari kerja dan tak mampu nak besarkan dia....
doakan kami agar mampu mendidik mereka..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 17:44


Pada 28-10-09 16:08 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

ambil anak tu dan ibunya sekali...



wow.......

tak terbayang di fikiran aku kalau wildan buat gini.....

aku memang tak boleh.....

nak bela anak tu memang lah susah, ni nak bawa maknye sekali....

anda biar betul wildan....

perang saudara kang....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

norasmiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2009
Ahli No: 37987
Posting: 13
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 23:22


Assalamualaikum dan tahniah kepada saudari dan suami kerana prihatin kepada mereka yang terinaya.anak itu tidak bersalah dan berdosa jangan kita hukum mereka di atas kesalahan orang lain.di sini saya ingin berkongsi pengalaman.Mak saudara saya ada memelihara anak seperti ini dan sekarang dah besar tapi dengan didikan yang sempurna dan ajaran islam yang di terapkan Alhamdullilah dia sudah pun berjaya sekarang sebagai seorang jurutera.masa dia kecil kami semua sayang pada dia dan tidak sekali-kali menyisihkan dia,kerana selagi kita bergelar manusia kita tidak akanterlepas dr melakukan dosa.Oleh itu mereka juga berhak hidup sebagaimana orang lain.jadi sayangi dan bentuklah mereka dengan seadanya dan penuhkan ilmu agama di dada mereka InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For norasmiyahProfil   Hantar PM kepada norasmiyah   Quote dan BalasQuote

Saudagar_Senja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.04.2007
Ahli No: 29585
Posting: 58
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 12-11-09 12:55


salam...andai ana ada harta macam jutawan billionaire Robert Kuok tak pun Ananda Krishnan..rasa2 untuk anak-anak istimewa ni memang ana akan asuh dan beri kemudahan yang first class,biarpn masyarakat lain pandang hina ...Yang penting ganjaran yang akan kita peroleh di akhirat kelak bila memelihara anak-anak ni..! Andai lah ada sikap ihsan pada insan2 jutawan ni..dah ramai nasib anak-anak ini akan dibela..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saudagar_SenjaProfil   Hantar PM kepada Saudagar_Senja   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 10:33


em kasihan anak-anak tersebut tidak mengenali erti kehidupan dengan sempurna.. syukurlah kita yang dilahirkan beribubapa yang sah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 22:46


Salam ...

Pada saya, anak ini tidak haram tapi yang haram itu adalah perbuatan ibu/bapa nya ...

Kalau ikhlas nak menjaga, pada saya tidak salah ... cuma jika anak itu anak perempuan semasa nak bernikah, biarlah berwalikan hakim ... berterus terang kepada anak itu ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-05-10 14:52


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

Jumaat, 21 mei 2010.. rancangan Al-Kuliyyah..

Ada penonton yang bertanya apakah status seorang anak tidak bertaraf (anak luar nikah) untuk mendoakan ibubapa mereka

maka dijawab oleh ustaz hasrizal....

jika anak ini diambil, dijaga & diasuh dari kecil dengan didikan agama yang
baik..diberi ilmu agama..dan akhirnya menjadi insan yang mukmin/mukminah.... maksudnya yang soleh/solehah.. mereka layak
mendoakan hanya untuk ibunya sahaja.

Bagaimanapun.. doa kepada pelaku (lelaki/bapa) tersebut... adalah seumpama doa seorang muslim kepada muslim yang lain.. kerana dianggap bahawa lelaki itu sebagai (batu).. ini kesan daripada perlakuannya.. ianya jauh sekali untuk dianggap 'bapa' atau 'ayah'. Keistimewaan hanya kepada ibu.

Berkenaan anak ini untuk diambil jadi anak susuan, tiada menjadi masalah..dibolehkan, secara langsung aurat ibu dan anak tersebut sebagai ibususuan. Maka tak batal air sembahyang.

Wallahua'lam.:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138088 saat. Lajunya....