Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 3 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Aura Beckham, Obama, Hadiah Nobel


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Aura Beckham, Obama, Hadiah Nobel

Please Mendaftar To Post


Oleh Aura Beckham, Obama, Hadiah Nobel

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 10:52


SIAPA tidak kenal David Beckham? Bekas pemain Manchester United, bekas kapten England, pernah bermain untuk Real Madrid dan kini mengikat kontrak dengan satu pasukan tidak popular di Amerika Syarikat, selain bakal dipinjam ke AC Milan tidak lama lagi serta berkemungkinan besar mewakili England di kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Jenama Beckham adalah fenomena komersial global yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah moden abad ke-21. Untuk berlaku adil, Beckham sebenarnya masih mampu memberikan persembahan bertenaga walaupun usianya sudah menjejak 34 tahun. Kalau tidak, Beckham tentu tidak akan dipilih oleh Cappelo yang amat menitik beratkan prestasi daripada emosi. Dan lagi, walaupun beliau bukanlah pemain bola sepak selincah Lionel Messi atau sekental Steven Gerrard, Beckham mempunyai kelebihan iaitu aura.

Aura ini menyebabkan peminat-peminatnya terkinja-kinja melompat setiap kali beliau turun padang, malah menarik golongan yang tidak pernah peduli pun pasal bola sepak sebelum ini. Aura itu turut mendorong England untuk melantiknya menjadi seorang daripada ikon untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah kepada kejohanan Piala Dunia 2018.

Aura ini jugalah mungkin mempengaruhi keputusan pegawai bila mengumumkan Beckham sebagai pemain terbaik perlawanan England lawan Belarus - meskipun hanya bermain 30 minit!

Atas alasan itu jugalah, pengurus pasukan bola sepak England, Fabio Capello 'menyamakan' anugerah tersebut dengan Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi Presiden Barack Obama. Beckham bermain 30 minit, Obama menjadi presiden baru sembilan bulan!

Di sini, aura kedua-dua individu ini berselang-seli dengan komedi. Seperti Beckham, Obama mewah dengan aura. Belum mengangkat sumpah pun lagi sebagai presiden, ramai yang sudah menyanjung Obama.

Banyak yang diharapkan daripada Obama. Sebagai presiden muda, beliau diharap membawa aspirasi generasinya semasa memimpin kuasa dunia itu dalam abad ke-21. Diulangi perkataan penting dalam ayat di atas: 'diharap'. Ini kerana Obama baru memulakan tugasnya. Banyak lagi yang belum dilaksana.

Nobel

Atas sebab itu, penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan kepada Obama menimbulkan reaksi seluruh dunia, semua lapisan masyarakat yang prihatin - termasuklah ahli sukan seperti Fabio Capello.

Ini kerana Hadiah Nobel Keamanan bukan sebarang hadiah. Ia adalah hadiah moral, jati diri dan keberanian tertinggi yang pernah diwujudkan oleh manusia untuk manusia berwibawa. Antara pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang tersohor ialah Martin Luther King Jr. Iaitu pejuang hak asasi manusia yang menentang penindasan terhadap kulit hitam di Amerika Syarikat (1969), Andrei Sakharov kerana menentang penindasan semasa era Kesatuan Soviet (1975), Mother Theresa yang diiktiraf atas sumbangannya bagi membantu golongan daif khususnya di dunia (1979), Nelson Mandela atas perjuangannya menentang dasar aparteid di Afrika Selatan (1993).

Terdapat juga sebilangan pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang boleh dipertikaikan. Antaranya ialah pemimpin rejim Zionis iaitu Shimon Perez dan Yitzhak Rabin yang dipilih oleh panel Hadiah Nobel kerana 'sumbangannya ke arah kedamaian di Asia Barat' pada 1994. Mereka dipilih kerana bersetuju mengiktiraf kewujudan Palestin tetapi realitinya rejim Yahudi itu terus menindas Palestin sehingga ke hari ini.

Meskipun demikian, sekurang-kurangnya kesemua mereka di atas ada portfolio untuk didebatkan. Mungkin kita tidak setuju tapi orang lain setuju. Tidak mengapa. Itu adil. Namun berbeza dengan senario Obama. Beliau baru menjadi presiden kira-kira sembilan bulan yang lalu. Apa benda yang Obama sudah sumbangkan kepada kesejahteraan dunia setakat ini?

Menggunakan kaedah memori spontan, yang paling diingati ialah keputusannya meluluskan polisi menebus hutang (bail-out) kepada syarikat automotif Detroit, selain mengumumkan penutupan kem Guantanamo di Cuba. Ucapan kepada umat Islam di Kaherah pun akan hanya dianggap retorik terhebat beliau jika tiada tindakan susulan yang konkrit untuk mendekatkan AS dengan dunia Islam. Daripada segi politik domestik, Obama berdepan dengan kesukaran yang getir untuk mendapatkan sokongan bagi pelan penjagaan kesihatannya.

Lebih menakutkan ialah polisi perang yang diwarisi daripada George W. Bush. Obama bertegas akan meneruskan pendudukan tentera AS di Iraq dan masih terkial-kial hendak menambah atau tidak anggota tentera dii Afghanistan. Jadi, atas faktor apakah yang mendorong panel Hadiah Nobel Keamanan untuk memilih Obama?

Nilai

Bukankah ini menjadikan nilai Hadiah Nobel itu menyusut? Berikan kepada sesiapa sahaja - mengikut selera panel. Mereka juga memberi alasan, jika tidak beri sekarang, mungkin akan terlewat jika ditangguh tiga atau empat tahun akan datang?

Reaksi terhadap pemilihan lima panel yang dilantik oleh Parlimen Norway ini tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Pada 1973, Henry Kissinger dan Presiden Vietnam Utara, lah Duc Tho berkongsi hadiah tersebut kerana merundingkan gencatan senjata yang menamatkan pembabitan AS dalam Perang Vietnam - tatkala pendedahan mengenai peranan Kissinger dalam pengeboman rahsia di Kemboja.

Pada 1994, seorang ahli panel meletak jawatan sebagai memprotes kemenangan Yasser Arafat yang dilabelnya sebagai pengganas. Malah, raksasa Rusia, Joseph Stalin pernah dicalonkan dua kali atas usahanya menamatkan Perang Dunia Kedua (beliau gagal kedua-duanya).

Anugerah berprestij ini - yang turut merangkumi bidang-bidang lain seperti kesusasteraan, sains, fizik dan sebagainya dimulakan pada tahun 1901. Ia adalah simbol kepada pencapaian sebenar. Penganugerahan kepada Obama ini mencalarkan prestijnya. Ada kalangan pengkritik mengaitkan penganugerahan Hadiah Nobel tersebut sebagai usaha tidak berselindung untuk mempengaruhi keputusan Obama mengenai konflik di Afghanistan.

Alasan rasmi yang dikemukakan oleh panel Hadiah Nobel di Norway semasa memilih Obama ialah pengiktirafan terhadap 'usaha-usaha luar biasanya bagi mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antara rakyat'.

Sesetengah pengkritik di AS menyelar keputusan tersebut kerana Obama disifatkan sibuk menjelajah ke serata dunia dengan 'memohon maaf' atas perkara yang disifatkannya sebagai 'kegagalan Amerika'.

Selain faktor politik, pemilihan Obama sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2009 boleh dirumuskan sama dengan pemilihan David Beckham sebagai pemain terbaik dalam perlawanan England-Belarus minggu lalu. Sudahlah pertemuan itu tidak seimbang - Belarus yang gajinya keseluruhan pemainnya hanya mewakili sekelumit peratusan daripada puluhan juta pound yang diterima oleh Beckham seorang sebulan!

:-o


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.309811 saat. Lajunya....