Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 22 hari yang lalu
izdham: 31 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 41 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Fenomena sejadah berdiri.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Fenomena sejadah berdiri.

Please Mendaftar To Post


Oleh Fenomena sejadah berdiri.

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 10:55


/
. GAMBAR sejadah berdiri yang heboh diperkatakan oleh orang ramai.


FENOMENA sejadah berdiri tiba-tiba menjadi kisah yang paling banyak diperkatakan kebelakangan ini. Ia seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu yang tersirat apatah lagi kebanyakan masyarakat di negara ini sangat berminat dengan kisah yang mempunyai unsur mistik sebegini.

Mengikut laporan terbaru mengenai kejadian ini seperti yang disiarkan pada 2 Oktober lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba berdiri tegak menyerupai orang sedang solat.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Haji Mohd. Amin Bukit Mertajam pada pukul 9.45 malam, Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berselisih pendapat mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka sebelum pergi ke ruang tamu untuk memandikan anak perempuannya manakala isterinya pula pergi menggosok pakaian.

Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada suaminya dalam keadaan muka pucat dan terkejut dan memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud.

Suaminya kemudian menghubungi keluarga dan jiran terdekat yang kemudian datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan ternyata kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat.

Lebih mengejutkan berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

Namun perkara ini berakhir setelah dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri menasihat agar sejadah itu dilipat bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.

Bagi pasangan suami isteri ini mereka percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Peristiwa sama turut dialami oleh seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal namun terkejut apabila melihat dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya pada awal Julai lepas.

Pada awalnya kakitangan kerajaan berasal dari Dungun yang tidak mahu dikenali itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.

Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.

Menurutnya, pengalaman pelik itu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.

Seorang petugas di Masjid Kristal menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.

Pada bulan September lalu kejadian sama berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek Pasir Mas serta di Meru pada Februari 2008. Sebelum itu pernah disiarkan dalam You tube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman. Itu merupakan antara beberapa kejadian yang berlaku berkaitan dengan fenomena sejadah berdiri.

Rata-rata berpandangan kejadian sejadah berdiri ini yang tidak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda dan petunjuk kebesaran Tuhan. Allah boleh melakukan apa sahaja. Segala kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam adalah antara tanda-tanda kebesaran Tuhan.

Ada pula yang berpandangan kejadian pelik sebegini adalah cara Tuhan memperli atau berlaku sinis kepada manusia. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun manusia tidak mahu sembahyang, maka kita didedahkan dengan kejadian sejadah yang tidak bernyawa sedang sembahyang.

Saintifik

Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Yusuf Othman menyifatkan kejadian ini mungkin ada hikmah yang yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT kepada umat manusia.

Beliau yang merupakan seorang ahli fizik berkata kejadian sebegini adalah sukar untuk dijelaskan secara saintifik kerana pergerakan yang berlaku perlu diperjelaskan secara terperinci.

Namun umat Islam perlu melihat perkara ini sebagai kekuasaan Tuhan tetapi tidaklah sehingga berlebihan sehingga boleh mengakibatkan syirik dan khurafat.

Menurut beliau secara umumnya sejadah yang berdiri seperti ini memerlukan tenaga atau "daya" untuk bergerak. Daya ini akan diperoleh melalui tujuh cara iaitu sama ada melalui proses elektrik, mekanik, sinaran, haba, magnet, nuklear atau kimia.

"Mungkin selepas ini ada ahli saintis yang mahu menjalankan kajian tentang kejadian ini dan saya mengalu-alukan pandangan mereka,". katanya

Mohd Yusuf berkata, secara fitrahnya alam ini ada tabiinya yang tersendiri seperti pokok memerlukan air untuk hidup atau air dicincang tidak akan putus. Kemudian manusia akan mula bertanya Kenapa kejadian itu berlaku dan dari situ ilmu sains mula berkembang.

Namun hakikatnya menurut beliau ilmu sains merupakan ilmu yang terbatas dan bukan ilmu yang mutlak maka beliau berpandangan kejadian sejadah berdiri bukanlah antara perkara yang boleh diterangkan secara saintifik.

Katanya, tugas ahli sains ialah memahami tabiat alam namun malangnya pemikiran saintifik kini terlalu mendominasi manusia sehingga kita semakin meminggirkan agama. Namun ilmu sains adalah tetap merupakan satu keperluan dan perlu dikuasai oleh umat Islam tetapi biarlah diseimbangkan dengan ilmu agama.

Dalam pada itu menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, beliau tidak yakin kejadian sejadah berdiri ini benar-benar berlaku.

Menurut beliau kita seringkali dihidangkan dengan cerita-cerita mistik dan luar biasa seperti api yang tiba-tiba menyala dan membakar, mutiara atau kaca yang keluar dari mata dan sebagainya dan sesungguhnya apakah perkara ini benar-benar perlu untuk didedahkan kepada umum.

Katanya semua pihak belum pasti apakah kejadian ini melibatkan sesuatu petunjuk dari tuhan.

"Apakah benar kejadian sejadah berdiri ini berlaku atau mungkinkah ia sengaja dilakukan oleh manusia dan kemudian disensasikan oleh pihak tertentu untuk menarik perhatian ramai.

"Saya melihat perkara ini lebih kepada sengaja dibuat-buat dan kemudian dibesar-besarkan," katanya.

Menurut Mahmood, beliau bukan menolak kekuasaan tuhan tetapi perkara sebegini tidak memberi apa-apa erti kepada kehidupan manusia. Manusia pula secara umumnya sangat meminati kisah-kisah sensasi sebegini, kemudian akan mula mempercayainya dan akhirnya mereka mula terlibat dalam kegiatan syirik dan khurafat.

"Jika kita lihat mereka yang percaya dengan bomoh pada awalnya melihat perkara-perkara yang ajaib seperti ini dan kemudian akan lebih mempercayainya sehingga terlibat dalam perlakuan syirik dan sebagainya,".

Sesungguhnya pelbagai penjelasan dan pandangan tentang kejadian ini adalah sesuatu yang biasa dan perbezaan pendapat sememangnya sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Memandangkan manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna mereka pastinya akan cuba mencari jawapan yang dirasakan paling sesuai untuk mengisi kehendak dan perasaan ingin tahu mereka.

Namun yang pasti bukan semua perkara boleh dijawab hanya dengan berlandaskan akal fikiran dan kaedah saintifik yang terbatas sifatnya. Apatah lagi sifat ingin tahu manusia itu juga yang akan mengheret mereka sehingga terjebak dalam kepercayaan syirik dan khurafat. Oleh itu adalah sesungguhnya hanya Allah jua yang mempunyai jawapan terhadap segala persoalan dan kemusykilan tentang segala kejadian yang berlaku di alam yang mana tuhan juga yang menjadi penciptanya.

:berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sahabat_jr
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.06.2005
Ahli No: 16855
Posting: 40
Dari: Kg. Bandar DiRaja

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 13:38


erm... kalau nak kata berdiri sendiri.. 50-50. Sebab, melalui eksperimen saya sendiri, sejadah memang boleh boleh dilipat atau dibentuk dan ditegakkan kalau kena dengan caranya. Seperti yang telah heboh dimedia sebelum ini, ada yang betul dan ada ynag tidak. Apa pun semuanya kejadian Allah dan Allah jua yang memberi akal kepada manusia.

antara koleksi gambar sejadah berdiri;
/
/
/
/
/
/
--------------------------------------------

tapi, bagaimana pula dengan ini?
/
KURANG AJAR! BODOH! BANGANG!


-----------------

KELAB BELIA MERDEKA : http://www.anakmorib.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_jrProfil   Hantar PM kepada sahabat_jr   Pergi ke sahabat_jr's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 20:57


ah.. sensasi saja..tak ada maknanya pun..even nak jadikan pgajaran rasanya ia hanyalah utnuk diri yang terbabit.. Kalau rasa insaf maka itu sebagiknya daripada heboh satu dunia.. yang tak terbabit tu akan pandang dr sisi lain..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 01:36


subhanalLAH...setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajaran agar kita mnejadi manusia yang berfikir dan sentiasa muhasabah diri.


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 14:02


Banyak dah benda pelik berlaku kat dunia akhir zaman ni..
Kalau benar,ambillah ia menjadi ikhtibar dan peringatan buat kita semua..

adakalanya,saya tak sokong sesetengah pihak yang menggembar gemburkan isu ini.. Seolah-olah nak mencari publisiti murahan pulak..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 15:34


em tak ada tu ada.. macam dibuat2 saja.. kekadang syaitan pun sengaje nak membuat umat Muhammad ni lalai.. ingat2la wahai teman

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 15:50


tak kesah lah betul atau tak berita tu....yang penting ambil pengajaran yang positif...sejadah yang tak bertulang pun boleh duduk/berdiri macam solat...takkan manusia yang bertulang ini tak boleh buat macam sejadah tu buat...hihihi


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 16:01


Pada 12-10-09 15:50 , khalifah posting:

!!! QUOTE !!!

tak kesah lah betul atau tak berita tu....yang penting ambil pengajaran yang positif...sejadah yang tak bertulang pun boleh duduk/berdiri macam solat...takkan manusia yang bertulang ini tak boleh buat macam sejadah tu buat...hihihi


betul ana setuju...mengambil sesuatu dari sudut yang positif..jangan letak sifat2 bersangka2 dalam diri kita...:):)


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 12-10-09 16:11


yang pasti..semua tu bukanlah asas aqidah dalam islam..bukan sebab tu saya sujud kepada allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 08:25


pandangan saya ini satu pembohongan , tolonglah jangan merendah-rendah Islam dan kekuasaan Allah dengan perkara2 yang semacam magik ini. jikalau Allah nak tunjukkan kuasa DIA , macam-macam yang lebih hebat DIA akan buat contohnya tsunami beberapa tahun lalu, siapa sangka ianya akan berlaku, tapi bila Allah "KUN FAYAKUN" sahaja terus ianya terjadi.jadinya kessejadah berdiri, terbang dan sebagai nya ini sebenarnya satu pembohongan dengan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai , sebenarnya perkara ini oarng dahulu dah banyak buat dah.

Saya cuma teringat dimana zaman selepas zaman para sahabat dan tabii'in dimana ramai yang membuat hadis palsu dan cerita2 mengarut dan magis semacam ini untuk menakutkan orang dan menarik mereka kembali ke amalan Islam kononnya, padahal mereka itulah yang telah sesat dengan melakukan pembohongan terhadap Nabi , Allah, dan Islam.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 21-10-09 08:50


Pada 21-10-09 08:25 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

pandangan saya ini satu pembohongan , tolonglah jangan merendah-rendah Islam dan kekuasaan Allah dengan perkara2 yang semacam magik ini. jikalau Allah nak tunjukkan kuasa DIA , macam-macam yang lebih hebat DIA akan buat contohnya tsunami beberapa tahun lalu, siapa sangka ianya akan berlaku, tapi bila Allah "KUN FAYAKUN" sahaja terus ianya terjadi.jadinya kessejadah berdiri, terbang dan sebagai nya ini sebenarnya satu pembohongan dengan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai , sebenarnya perkara ini oarng dahulu dah banyak buat dah.

Saya cuma teringat dimana zaman selepas zaman para sahabat dan tabii'in dimana ramai yang membuat hadis palsu dan cerita2 mengarut dan magis semacam ini untuk menakutkan orang dan menarik mereka kembali ke amalan Islam kononnya, padahal mereka itulah yang telah sesat dengan melakukan pembohongan terhadap Nabi , Allah, dan Islam.



Hahaha..bab ini aku paling sokong sekali. Kecoh kat kelantan berpusu-pusu org datang tengok. Dasar Melayu betul lah, pantang dapat cerita sensasi. Main serbu saja. bila solat jemaah tak ada sapa pula nak serbu macam kat TV3 semalam.

Bagi aku, selagi manusia boleh buat sejadah itu berdiri, nothing was special. Nak berbahas pun tak guna antara kerja manusia or kerja ALLAH.

Kalau nak teruja, baik tengok fenomena 'tsunami' or 'gempa bumi' or pelbagai perkara ajaib yang manusia tak boleh buat tapi hanya ALLAH saja boleh buat?

Sejadah berdiri? Jom pakat lipat sama-sama, kalau anda nak approve lagi, anda cari sejadah nipis yang memang tak boleh lipat. kalau dia boleh berdiri sendiri. itu baru fenomena lain dr yang lain.

tapi based on pictures attached ni, semua sejadah jenis keras ini.

Adoiii... macam-macam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 08:56


Haa macam-macam kes tak pelik yang dipelikkan.. kadang-kadang manusia ni taksub sangat dengan benda-benda gini penyudahnya bila nampak macam tu terus percaya.

Pasal kubah terbang tu pun mengarut sangat... terang-terangan ada tali kat situ.. Masih lagi dianggap magik dan ajaib?



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 11:40


tengok paper hari ni..jadi lagi fenomena sejadah berdiri dekat surau Sekolah Kebangsaan (sekolah) Tok Sangkot, Meranti. Tapi kali ni lagi banyak..

Angkara siapa lah ye..budak nakal ke or sebaliknya.. :berfikir:
Apa pun kita jangan mudah percaya perkara-perkara begini kerana boleh menyebabkan manusia mensyirikkan Allah..

org sekarang memang suka dan taksub dengan cerita sensasi..
Oleh itu,kita ambil lah ia sebagai peringatan.Sesungguhnya Allah telah mencipta alam ini untuk kita berfikir tentang kekuasaan dan kewujudanNya..Wallahualam.


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 12:32


jangan hal yang macam ni yang membuat kita berkhayal...

hal-hal macam ni pun ada dalam kristian..apakah kita nak percaya..??
dalam islam ada tentang nama allah dalam buah tembikai..dalam kristian juga ada fenomena tanda salib dan nama yesus dalam kentang.

apakah hal itu akan mengganggu iman kita?


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-10-09 12:34


Jadikan ikhtibar untuk tingkatkan keimanan diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 13:16


Pada 21-10-09 12:32 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

jangan hal yang macam ni yang membuat kita berkhayal...

hal-hal macam ni pun ada dalam kristian..apakah kita nak percaya..??
dalam islam ada tentang nama allah dalam buah tembikai..dalam kristian juga ada fenomena tanda salib dan nama yesus dalam kentang.

apakah hal itu akan mengganggu iman kita?



saya nak sentuh atas keprihatinan kita..banyak "kalimat huruf Arab" Allah yang org jumpa dekat ikan lah, tembikailah badan haiwanlah, kat batu lah.kat corak kain lah..
sebenarnya ianya pada saya secara kebetulan..sebab kaligrafi huruf Arab yang semacam itu merupakan corak terbanyak yang kita akan jumpa dekat corak kulit binatang. corak warna ikan dan corak kain.cuba para sahabat semak musti akan terjumpa corak yang sama atau seakan2 sama dengan kaligrafi tulisan yang menyerupai tulisan Allah didalam huruf arab itu. Justeru janganlah terlalu obses dan taksub..Islam Allah turunkan bukan dengan magik. dan Allah nak tunjukkan kekuasaan dia bukan dengan cara menempelkan namaNYA di badan haiwan atau batu atau batang pokok....perbetulkanlah mind setting kita terhadap perkara2 yang semacam ini.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 19:00


kalau macam ni, betul ke tak???

Miracle or hoax? Russians puzzled as phrases from the Koran start appearing 'spontaneously' on baby's skin

/

A baby is sparking a wave of speculation in Russia after phrases from the Koran allegedly began appearing on his skin.
Sayings from the Muslim holy book are said to appear on nine-month-old Ali Yakubov's back, arms, legs and stomach - before apparently fading away and being replaced with new sayings.

Russian medics claimed they are puzzled over the cause of the marks on a baby's skin, which started when the word Allah apparently appeared on his chin within weeks of his birth.

Medics deny that the marks are from someone writing on the child's skin.
His mother, Madina, said that she and her husband were not religious until the writings started appearing on his skin.
Initially they did not show anyone the unexplained writings, she said, until revealing them to their doctor and the imam in their village of Red October which is in a strongly Muslim region.
Now the boy has become a focus of Muslim homage in his troubled home province of Dagestan, close to war-ravaged Chechnya in the south of Russia.
Local MP Akhmedpasha Amiralaev said: 'This boy is a pure sign of God. Allah sent him to Dagestan in order to stop revolts and tension in our republic.'

The boy's mother claimed: 'Normally those signs appear twice a week - on Mondays and on the nights between Thursdays and Fridays.
'Ali always feels bad when it is happening. He cries and his temperature goes up. It's impossible to hold him when it's happening, his body is actively moving, so we put him into his cradle. It's so hard to watch him suffering.'
The phrases regularly replace each other on the baby's skin, she said.
Local imam Abdulla has told locals that the Koran forecasts that before the end of the world, there may be people with its sayings on their bodies.
He said that one sign read: 'Don't hide these signs from the people.'
The story has attracted considerable attention from the Russian media and online.

Source : Daily Mail


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 22:29


Tak payahlah nak percaya.. bagi saya ia hanya kebetulan.. berzaman dah jin Islam wujud bersama kita.. Kenapa sekarang baru nak guna sejadah kita? Lagi yang menipu yang terbaru di surau sekolah di Kelantan tu.. sejadah depa siap berdiri ada pula satu dok depan sekali jadi tok imam.. ingat ni cerita dongeng pak pandir ke? Cerita macam ni akan tersebar lagi.. tengoklah.. esok lusa sejadah di Sabah Sarawak pulak akan berdiri.. hmmm

p/s: yang pasti.. akhirnya sejadah saja lah yang sembahyang, tuan sejadah syok tengok sejadah sembahyang saja lah..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 23:31


Pada 21-10-09 22:29 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: yang pasti.. akhirnya sejadah saja lah yang sembahyang, tuan sejadah syok tengok sejadah sembahyang saja lah..



hehe..itulah dia..berpusu2 pula datang ambil gambar semua..lepas itu ada pula nak bior saja sejadah tu begitu..ish3...habis bila nak solatnye kalau dibiarkan sejadah tu?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 00:49


Pada 12-10-09 14:02 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Banyak dah benda pelik berlaku kat dunia akhir zaman ni..
Kalau benar,ambillah ia menjadi ikhtibar dan peringatan buat kita semua..

adakalanya,saya tak sokong sesetengah pihak yang menggembar gemburkan isu ini.. Seolah-olah nak mencari publisiti murahan pulak..





yang ni boleh tak jadi pelik

. :-D :-D :-D


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 08:21


.. aku rasa mereka tengah membentuk sejadah untuk dibuat hantaran perkahwinan tu.. :lol:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-10-09 11:07


Pada 21-10-09 23:31 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 22:29 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: yang pasti.. akhirnya sejadah saja lah yang sembahyang, tuan sejadah syok tengok sejadah sembahyang saja lah..



hehe..itulah dia..berpusu2 pula datang ambil gambar semua..lepas itu ada pula nak bior saja sejadah tu begitu..ish3...habis bila nak solatnye kalau dibiarkan sejadah tu?



Pandai pula sejadah tu pun ada imam dia,huhuhu...Siap letak tali rafia lagi, tak bagi org masuk, elok-elok surau tempat solat dah jadi sejadah saja solat, yang lain pas ambil gambar balik.

Kacau betul lah pemikiran sempit ini, elok lah kalau ALLAH turun kan bala, ramai sangat org Islam minat perkara ghaib saja, tak ramai berminat nak menambahkan ilmu agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 11:30


:-) Assalamualaikum


     Pada saya tidak ada perkara yang mustahil di dalam dunia ini...Sebagaimana Maksud ayat 45 surah An-Nur "....ALLAH menciptakan apa yang dikehendakiNYA,sesungguhnya ALLAH MAha Kuasa atas segala sesuatu..."
    
     Tidak mustahil timbulnya perkara-perkara sebegini adalah merupakan kekuasaan ALLAH supaya kita berfikir....kita muhasabah diri....ambil dari sudut positif...kalaulah sejadah yang tidak bernyawa itu boleh tunduk dan sujud pada ALLAH...apa gunanya kita...makhluk bernyawa,punya akal dan jasmani...sempurna dijadikan tetapi Kenapa kita begitu angkuh untuk sujud pada DIA yang menciptakan kita.....
    Perkara-perkara sebegini merupakan perkara diluar batasan pemikiran kita sebagai seorang manusia...jadi janganlah kita membuat telahan bermacam2....juga janganlah ada yang mengambil kesempatan diatas perkara sebegini dan hendak mencari publisiti...itu sahaja....ALLAH Maha Berkuasa...DIA jadikan sesuatu yang kadang-kadang kita tidak tahu untu apa yang Diciptakan......Dunia pun makin tua...makin sampai ke penghujungnya yang kita tidak tahu bilakah pengakhirannya...
    Mati itu pasti...syurga neraka itu pasti...akhirat itu pasti dan kiamat pasti berlaku....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 11:41


Pada 22-10-09 11:07 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 23:31 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 22:29 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: yang pasti.. akhirnya sejadah saja lah yang sembahyang, tuan sejadah syok tengok sejadah sembahyang saja lah..



hehe..itulah dia..berpusu2 pula datang ambil gambar semua..lepas itu ada pula nak bior saja sejadah tu begitu..ish3...habis bila nak solatnye kalau dibiarkan sejadah tu?



Pandai pula sejadah tu pun ada imam dia,huhuhu...Siap letak tali rafia lagi, tak bagi org masuk, elok-elok surau tempat solat dah jadi sejadah saja solat, yang lain pas ambil gambar balik.

Kacau betul lah pemikiran sempit ini, elok lah kalau ALLAH turun kan bala, ramai sangat org Islam minat perkara ghaib saja, tak ramai berminat nak menambahkan ilmu agama.


lepas ni semua surau/mesjid/rumah2 kena pasang cctv 24 jam...boleh tengok sejadah tu berdiri sendiri atau ada 'makhluk' lain yang dirikannya....


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 13:31


salam..
ana rasa kita perlu tengok ni dari positif way...
setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang baik untuk diambil pengajaran oleh manusia..
kerana berfikir untuk kebesarann Tuhan sangat dituntunt dalam agama...wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-10-09 14:12


Pada 22-10-09 11:41 , khalifah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-10-09 11:07 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 23:31 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-10-09 22:29 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: yang pasti.. akhirnya sejadah saja lah yang sembahyang, tuan sejadah syok tengok sejadah sembahyang saja lah..



hehe..itulah dia..berpusu2 pula datang ambil gambar semua..lepas itu ada pula nak bior saja sejadah tu begitu..ish3...habis bila nak solatnye kalau dibiarkan sejadah tu?



Pandai pula sejadah tu pun ada imam dia,huhuhu...Siap letak tali rafia lagi, tak bagi org masuk, elok-elok surau tempat solat dah jadi sejadah saja solat, yang lain pas ambil gambar balik.

Kacau betul lah pemikiran sempit ini, elok lah kalau ALLAH turun kan bala, ramai sangat org Islam minat perkara ghaib saja, tak ramai berminat nak menambahkan ilmu agama.


lepas ni semua surau/mesjid/rumah2 kena pasang cctv 24 jam...boleh tengok sejadah tu berdiri sendiri atau ada 'makhluk' lain yang dirikannya....



Aku pun nak tunggu setiap surau pasang CCTV, bagus jugak tak ada kecoh pasal isu ini. Lagi satu pencuri susah sikit nak mencuri.

Tahun lepas jam antik yang harga beribu kat surau aku hilang kena rembat dengan pencuri, tu belum yang curi kepala pipe lagi.

Haihhh.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 15:17


mungkin budak-budak susun sejadah begitu...
sengaja buat kecoh....
:-D


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:32


Orang kita cepat percaya dengan benda macam ni...budak-budak pula bengang orang-orang tua tak nak pergi masjid...

Pergi lah masjid! mari sama kita ke masjid.. imarahkan rumah Allah... malunya lelaki tak ke masjid...

Pesanan untuk diri ini juga...


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:48


sejadah 'berdiri' di rumah saya!
http://www.zaharuddin.net/content/view/883/72/


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:49


sama-samalah kita meningkatkan amalan seharian kita..


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:21


Pada 23-10-09 13:48 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

sejadah 'berdiri' di rumah saya!
http://www.zaharuddin.net/content/view/883/72/



hehe tergelak sendiri pula aku baca kat situ..
lawak pun ada.. malu pun ada tengok org kita taksub sangat dengan sejadah berdiri tu.. agaknya kalau jumpa sejadah terbaring,bagaimana pulak agaknya ye.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

adekuwan83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-10-09 15:14


malam tadi saya Sekadar cuba dan try dan test dirikan sejadah,
huhu memang boleh, dan malah lebih tinggi daripada gambar-gambar yang dipaparkan .. :sopan: wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekuwan83Profil   Hantar PM kepada adekuwan83   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 17:20


Polis siasat sejadah 'berdiri' di surau sekolah

PASIR MAS: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian misteri 36 sejadah yang dikatakan berdiri seperti makmum sedang mengerjakan solat di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut, dekat sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Haliludin Rahim, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu benar berlaku bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

"Dalam isu ini, kami bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama bagi menentukan kesahihan kejadian itu untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian dua hari lalu, pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut menemui 36 helai sejadah yang berada dalam kedudukan seperti makmum mengerjakan solat berjemaah di belakang imam dalam surau sekolah itu.

Kejadian sama berlaku pagi kelmarin apabila sebanyak 24 sejadah lagi ditemui dalam keadaan sama di surau Maahad Ar-Rahmah Kenali, dekat Kubang Kerian di sini, kira-kira jam 10 pagi oleh dua pelajar Tingkatan dua sekolah itu.

Haliludin bagaimanapun menafikan pihaknya ada menahan pelajar atau individu yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu yang dipercayai boleh menimbulkan kekeliruan akidah umat Islam.

"Hasil siasatan itu kita akan serahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk tindakan lanjut, kerana jabatan berkenaan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, berkata umat Islam tidak harus terpengaruh kejadian misteri yang berlaku di dua sekolah negeri berkenaan.

Katanya, ini kerana tiada sebarang keanehan atau boleh dianggap pelik ekoran penemuan sejadah terbabit, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Beliau menyifatkan kejadian itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau "budak-budak nakal". - Bernama


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-10-09 17:46


Pada 23-10-09 15:14 , adekuwan83 posting:

!!! QUOTE !!!

malam tadi saya Sekadar cuba dan try dan test dirikan sejadah,
huhu memang boleh, dan malah lebih tinggi daripada gambar-gambar yang dipaparkan .. :sopan: wallahu'alam


Ahahha..siap boleh ukur ikut gambar itu, apa pun kesimpulannya, jangan sedajah saja yang solat empunya sejadah pun sama-sama lah solat malah mari lah sama-sama meningkatkan lagi amalan kita. InsyaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 20:14


memang tak ada apa yang mustahil
tapi ikut logik lah
saya tak percaya semua ni
malaysia ni macam ada musim
1 kes sejadah berdiri, lepas itu tempat lain pun ada kes sejadah berdiri
ada kes bangunn bocor, esoknya ada lagi satu bangunn bocor,
ada kes bgunn runtuh, lepas itu ada stadium runtuh

nak percaya macamane kalau org yang siasat sendiri cakap
ada ruang masa yang memblhkan seseorang buat kerja tu

tahniah pada sesiapa yang try dirikan sejadah
maknanya xterima membabi buta

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131183 saat. Lajunya....