Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bermalam Di Katil Seorang Lelaki


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bermalam Di Katil Seorang Lelaki

Please Mendaftar To Post


Oleh Bermalam Di Katil Seorang Lelaki

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-10-09 11:28


ni kisah teladan.....
baca erk.....

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa... lengang, sepi!



Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra... menjerit sekuat hati, cemas gila panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pergi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kasihan, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia saja sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain saja dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia dengan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar gila maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ... ... ..... ... ... ... ... ... ... .. ... .

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya Kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .. ..

MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ...

So apa lagi geng (lelaki).... agaknya agaknya ada awek tersesat.. bakar lah jari anda.. ADA BERANI ?

** gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam kesempitan adalah.....huhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-10-09 12:13


Berhati-hatilah dengan panahan nafsu..

Dunia sekarang,tak ramai yang sudi mencacatkan jari macam lelaki dalam cerita tu.. Tapi ramai yang lebih rela mencacatkan iman sendiri..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-09 16:02


bestnya cerita ni..memang zaman sekarag susah nak jumpa lelaki sebaik itu..nafsu kalau diturutkan,akan semakin pudar iman..iman kita kan naik turun..


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-10-09 21:38


so sapa tak dapat tahan nafsu try lah bakar jari nak rasa api neraka lagi panas ke atau api lilin lagi panas....uishh dasyat2..hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 07:58


Pada 01-10-09 11:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!


MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ...

So apa lagi geng (lelaki).... agaknya agaknya ada awek tersesat.. bakar lah jari anda.. ADA BERANI ?

** gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam kesempitan adalah.....huhu....


aku langsung tak ada feeling baca cerita anda ini....
cerita menipu saja, bukan kisah benar!! :berfikir:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 08:05


dari bakar jari,baik ambil wudhu' baca quran..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 08:15


cerita yang hanya tinggal cerita...it's just a story....


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 08:52


.. macam cerita Korea yang aku tengok saja.. hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 09:07


Memang sekadar cerita dan rekaan semata-mata tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil.


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 09:14


Pada 02-10-09 09:07 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

Memang sekadar cerita dan rekaan semata-mata tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil.



nak buat pengajaran pun janganlah menipu!!
faham tak? :berfikir:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 09:22


Pada 02-10-09 09:14 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-10-09 09:07 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

Memang sekadar cerita dan rekaan semata-mata tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil.



nak buat pengajaran pun janganlah menipu!!
faham tak? :berfikir:



apa yang dia tipu? cuba terangkan sikit...


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 10:26


Pada 02-10-09 08:05 , marul posting:

!!! QUOTE !!!

dari bakar jari,baik ambil wudhu' baca quran..



ala aku pun pernah bermalam di katil seorang lelaki...katil marul..manalah pula marul nak bakar tangan,,mlm tadi..owl tidur kat katil aku,,pun aku xbkr tangan aku,,ahaks..



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 10:45


Pada 02-10-09 10:26 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-10-09 08:05 , marul posting:

!!! QUOTE !!!

dari bakar jari,baik ambil wudhu' baca quran..



ala aku pun pernah bermalam di katil seorang lelaki...katil marul..manalah pula marul nak bakar tangan,,mlm tadi..owl tidur kat katil aku,,pun aku xbkr tangan aku,,ahaks..




memang den tak bakar tangan,tapi terbakar hati den tengok umar bukan main sodap lagi tidur atas katil den..huhu.


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 10:49


Pada 02-10-09 07:58 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-10-09 11:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!


MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ...

So apa lagi geng (lelaki).... agaknya agaknya ada awek tersesat.. bakar lah jari anda.. ADA BERANI ?

** gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam kesempitan adalah.....huhu....


aku langsung tak ada feeling baca cerita anda ini....
cerita menipu saja, bukan kisah benar!! :berfikir:



tak payah lah nak melenting....bukan dapat apa-apa pun...
dapat rapat dengan syaitan yang direjam lagi adalah....

cerita mungkin bukan cerita benar tapi diolah dari suatu cerita benar...sebab saya pernah dengar cerita ni tapi versi Tanah Arab...

p/s: murah kan senyuman dan bersangka baik.....nasihat saya pada awak.......Islam pun sarankan begitu!!!!!!!


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-09 12:08


lah...dah start dah....aku ingat kan dah berubah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 12:21


Pada 02-10-09 10:49 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-10-09 07:58 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-10-09 11:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!


MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .



tak payah lah nak melenting....bukan dapat apa-apa pun...
dapat rapat dengan syaitan yang direjam lagi adalah....

cerita mungkin bukan cerita benar tapi diolah dari suatu cerita benar...sebab saya pernah dengar cerita ni tapi versi Tanah Arab...

p/s: murah kan senyuman dan bersangka baik.....nasihat saya pada awak.......Islam pun sarankan begitu!!!!!!!




rilek walid....bagi aku back up anda...

pemburu harimau,,,enta kenapa?janji nak belanja sup keting...ahaks...

boleh tak back up begitu??




Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 15:11


Pada 02-10-09 09:14 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-10-09 09:07 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

Memang sekadar cerita dan rekaan semata-mata tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil.



nak buat pengajaran pun janganlah menipu!!
faham tak? :berfikir:



bakar jari... tidakkah menipu??
:berfikir:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-10-09 15:17


tapi ana terharu jugalah dengan cerita ini
kalau betul lagi elok :)


-----------------
~Betulkan yang biasa,biasekan yang betul!


Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 15:18


Pada 22-10-09 15:17 , idie04 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ana terharu jugalah dengan cerita ini
kalau betul lagi elok :)



kalau salah?? :berfikir:


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 15:34


"Zaman tabi tabiin ada satu pemuda yang miskin, dia belajar agama, baca Al-Qur’an. Dia tinggal di kawasan hutan, dan dia tinggal di pondok kecil. Siang dia belajar, malam dia balik baca Al-Qur’an. Pada satu malam, malam hujan. Tiba-tiba dia ada dengar satu orang ketuk pintu, maka dibuka pintu. Maka dibukanya pintu, dan dia lihat ada seorang anak gadis yang amat cantik.

Perempuan itu baru lari dari perompak-perompak yang menangkapnya. Maka pemuda itu ketakutan terhadap dirinya. Karena dia adalah seorang muda, dan Nabi SAW bersabda,”Tidaklah duduk berduaan seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram, kecuali yang ketiga syaitan.” Maka pemuda tadi takut. Tapi dia kasihan juga. Karena hujan, di dalam hutan. Maka dia persilakan anak itu masuk.

Tapi pemuda tadi muda. Maka saat dia merasakan sesuatu yang dia tak mampu tahan, nafsu syahwat, dia kemudiam membakar tangan dia sampai menitis lemak dagingnya. Tapi jika rasa sakit berkurang, kemudian perasaan syahwatnya datang lagi, dia bakar lagi tangannya.

Begitu seterusnya sampai pagi. Maka ketika siang, si gadis tadi pergi. Maka keesokan, ada orang ketuk pintu. Ketika dia buka, lihat, ada pengawal, dengan tentera. Kata seseorang itu,”Kamu yang beri tempat tinggal kepada seorang gadis itu, dan Kenapa kamu bakar tangan kamu, jari-jari kamu?”

Maka pemuda itupun bercerita. Kemudian kata orang itu,”Budak itu adalah anak saya. Dan saya adalah raja. Sekarang saya jemput kamu dan kawinkan kamu dengan dia.” Maka firman Allah SWT,”Barangsiapa bertawakal kepada Allah SWT, Allah akan beri kepadanya jalan keluar. Dan Allah akan memberi rejeki padanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” Maka kemudian pemuda tadi menjadi seorang ulama yang besar dan seorang pemuda yang kaya raya.

Karena apa? Karena taqwa kepada Allah SWT."


bukan sama version ke dengan cerita diatas?


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 23:08


sekarang ni dah payah nak cari lelaki yang bersifat demikian. yang suka maksiat dan hiburan memang ramai.kalau kalian pergi solat berjemaah subuh di masjid lah ni, payah dah nak cari pemuda. orang-orang tua ramai lah...


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

prof
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2009
Ahli No: 37744
Posting: 1
Dari: bangi,slgr

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 23:46


betul tu..sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang mendapat keredhaan-NYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For profProfil   Hantar PM kepada prof   Quote dan BalasQuote

suci_jiwa
Warga Rasmi
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37719
Posting: 2
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 00:05


adakah islam mengajar kita seperti itu untuk menjaga hawa nafsu??
jadikanla ayat2 quran dan sunnah nabi sebagai rujukan..
agar kita tidak mudah tersesat

Bookmark and Share

    


  Member Information For suci_jiwaProfil   Hantar PM kepada suci_jiwa   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 00:42


cik suci_jiwa mesti belum kahwin kan?


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 09:44


erm..tapi zaman sekarang bukan senang nak cari yang betul-betul baik...nampak baik,akhirnya ambk kesempatan juga...manusia2...erm...


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 10:05


Cerita sebenar bukanlah seorang Cikgu...

Cerita sebenar ialah anak gadis seorang yang alim tersesat jalan di hujan yang lebat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 15:07


salamun alaik..

ana pernah baca version yang kisah zaman nabi..lebih anda sama..mungkin en hafezzul nak sesuaikn dengan zaman kita kut..ala positif thinking lah..yang penting niat sharing..


-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 03-11-09 21:43


Pada 03-11-09 15:07 , nurzatul posting:

!!! QUOTE !!!

salamun alaik..

ana pernah baca version yang kisah zaman nabi..lebih anda sama..mungkin en hafezzul nak sesuaikn dengan zaman kita kut..ala positif thinking lah..yang penting niat sharing..



wksm,

just copy and paste. terpulang kepada individu masing-masing menilai cerita tersebut.

Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129825 saat. Lajunya....